Jul 30, 2015

Tanda-tanda Meroyan dan 12 Cara Atasi Meroyan Supaya Tidak Menjadi Serius


Assalamualaikum..alhamdulillah semalam saya ada berkongsi petua elak peranakan jatuh selepas bersalin .Di harap perkongsian tersebut dapat membantu ibu-ibu dalam pantang menjaga diri dengan baik. Sebenarnya ramai yang tahu cara berpantang tetapi ramai juga yang mengambil mudah benda-benda macamni walaupun tahu akibat buruk tak menjaga dengan baik. 

Walau dah banyak jamu moden dan supplemen yang dah tak rasa pahit di pasaran,amalan-amalan tradisional seperti berurut,bersengkak,bertungku,bersalai tetap perlu diteruskan..Memang badan akan rasa lebih segar,bertenaga dan kuat dan paling penting mengelak ibu daripada stress seterusnya boleh menjadi meroyan.Perkara ini paling ditakuti bagi ibu dalam pantang dan sebaik-baiknya perlu cara atasi meroyan dengan segera sebelum keadaan semakin membimbangkan.



Meroyan atau kemurungan posnatum adalah masalah yang sering berlaku kepada ibu selepas bersalin. Dahulu dalam 10  orang ibu bersalin hanya seorang yang hadapinya namun kini dalam 4 orang ibu seorang menghadapinya.


Tanda-tanda awal mengalami meroyan:

  • Perasaan putus asa
  • rasa bersalah
  • amat letih
  • muram dan sedih
  • Sering menangis
  • Gelisah
  • Sunyi
  • Terperangkap

Ibu akan merasakan perasaan ini lebih pada masa-masa tertentu. Jika ibu merasa tidak reda-reda walaupun masa telah berlalu,besar kemungkinan ibu menghidap meroyan atau kemurungan posnatum. Lazimnya, ia berlaku apabila umur bayi antara empat hingga enam minggu, tetapi ada kalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu anda merasa amat gembira menjaga bayi anda, kemudian, menyedari kemurungan datang secara perlahan. Ketika ini,ibu akan merasakan bayi tidak lagi penting dan mengabaikannya.


Punca meroyan atau Kemurungan Posnatum




  • Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu, atau kemurungan semasa kehamilan.
  • Suami yang kurang menyokong, atau tidak mempunyai keluarga atau rakan-rakan yang tinggal berdekatan.
  • Masalah kewangan, perumahan, kerja atau masalah bersama suami dan keluarga
  • Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
  • Mendapat bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak sihat.
  • Mendapati sukar untuk menyusu badan.
  • Ingatan-ingatan sedih yang melanda, seperti kematian salah seorang daripada ibubapa  atau kehilangan suami tercinta


  • Cara Mengatasi Masalah Kemurungan Posnatum atau Meroyan

    • Banyakkan rehat dan jika bayi sedang tidur,ibu boleh mengambil peluang tidur sebentar.
    • Ambil minuman panas,relaks,dan dengar alunan zikir atau muzik yang menenangkan
    • Makan makanan seimbang dan berzat. Nutrisi yang baik sangat penting untuk memberi tenaga dan mengelakkan daripada badan lesu
    • Buat senaman ringan seperti berjalan-jalan dengan bayi atau senaman yoga/pilates
    Senaman Yoga selamat untuk ibu hamil
    • Bergaul dengan orang lain. Jangan tinggal dan sisihkan diri berseorangan
    • Jauhi daripada perkara-perkara yang merosakkan diri. Kawal diri dengan banyakkan zikir. Yang penting ibu dapat menjaga diri dan bayi. Jauhkan daripada perkara-perkara yang membebankan diri 
    • Bantuan dan sokongan daripada suami dan keluarga sangat penting.Minta bantuan mereka untuk uruskan anak-anak lain jika ada,menguruskan dan memandikan bayi pada minggu-minggu awal kelahiran
    • Mengambil supplemen terbaik semasa berpantang yang membantu seperti B Complex yang dapat mengatasi masalah kemurungan atau depresi
    • Kekurangan asid lemak Omega 3 juga dikatakan punca kemurungan boleh berlaku. Pengambilan minyak ikan juga dapat membantu pembentukan otak fetus atau bayi yang menyusu
    Sumber makanan asid lemak omega 3
    • Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi dan membantu penghasilan susu badan ibu
    • Pengambilan makanan berkhasiat bagi ibu dalam pantang seperti sup ikan haruan,ulam-ulaman membantu badan lebih sihat dan ceria
    • Dapatkan rawatan doktor sekiranya keadaan semakin membimbangkan dan melarat



    Jagalah diri ibu sebaik-baiknya sejak hamil dan kurangkan stress agar tidak berlaku perkara seperti ini. Sentiasa berfikiran positif dan bertenang hadapi ujian. Jangan memendam perasaan sendirian,cubalah cari kawan-kawan terdekat,suami atau keluarga bagi mengelakkan perkara seperti ini terjadi. Lebih banyak sokongan sejak kehamilan,lebih kuat dan yakin ibu akan rasakan selepas mendapat bayi. 




    Ketahui cara untuk tambah susu badan supaya ibu TIDAK PANIK anak asyik menangis


    Semoga Allah permudahkan dan beri kesihatan baik kepada semua ibu dan bayi. Jaga diri ya..Selamat berpantang:-)











    No comments:

    Post a Comment