Jul 18, 2015

5 Kebaikan Buah Lemon Untuk Kecantikan dan Kesihatan Diri

Buah lemon tidak asing lagi dan banyak manfaatnya untuk kesihatan diri. Ia bukan sahaja untuk cantikkan kulit,malah banyak membantu mengatasi masalah harian kita.





Manfaat buah lemon:


1. Menghilangkan Kehitaman Ketiak dan Siku

Lemon merupakan ekstrak yang selalu digunakan untuk produk pemutihan. Ia secara semula jadi digunakan sebagai ‘peluntur’ sejak turun temurun. Sekiranya anda ada masalah ketiak dan siku yang gelap, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang gelap itu. Lakukannya secara konsisten untuk melihat hasilnya.



2. Menurunkan Berat Badan


Jus lemon membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kekotoran di dalam sistem badan anda. Ini boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Minum segelas jus lemon suam yang dicampurkan dengan madu setiap hari dan jadikannya amalan sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan.



3. Masalah Rambut Nipis dan Berkelemumur


Menyapu dan mengurut jus lemon ke atas kepala anda mampu melancarkan peredaran darah untuk merangsang pertumbuhan rambut. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia mampu mengurangkan kelemumur dan menjadikan rambut anda lebih bersinar.



4. Kuku Kuat dan Tangan Cantik

Untuk mendapatkan kuku yang kuat dan bersinar, rendam jari anda di dalam jus lemon selama 10 minit. Selepas itu, berus kuku anda dan rendamkan semula di dalam air suam yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Setelah itu, bilas jari anda dengan air suam. Lakukan seminggu sekali untuk melihat kesannya.



5. Rawatan Kulit Berjerawat

Lemon mengandungi asid sitrik yang mampu merawat jerawat dan kandungan alkalinya mampu membunuh sesetengah bakteria yang menjadi punca jerawat. Selain daripada meminum jus lemon setiap pagi, anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit yang berjerawat dan tinggalkan semalaman. Untuk masker, anda boleh campurkan jus lemon dengan madu dan lumurkan pada kulit muka. Rawatan kulit muka dengan lemon mampu mengekalkan seri wajah.

Credit

No comments:

Post a Comment