Oct 31, 2014

Parut pudar,kulit glowing dengan set kecantikan shaklee

Kulit cantik berseri,bebas dari masalah jerawat dan jeragat impian semua wanita.Ada yang berhabis ribuan ringgit berbelanja untuk memastikan kulit cantik dan berseri.

Selain faktor luaran pemakaian kosmetik yang bersesuaian dengan jenis kulit,faktor pemakanan dan rawatan dalaman juga amat penting.Supplemen juga dapat membantu kulit lebih sihat,memulihkan dan menggantikan sel-sel baru dan memastikan kulit sentiasa bersih dan sihat

Bagi rawatan dalaman,supplemen yang sesuai di ambil adalah B complex,vitamin C dan vitamin E.

Oct 30, 2014

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

5 Tips menyimpan duit yang efektif

Nak share tips dan cara simpan duit yang berkesan.Tips ni saya baca dari rakan FB..semoga ia memberi manfaat kepada semua.

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit
Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu
Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau
Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini (note RM5), terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.

4. Simpan Duit Syiling
Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM
Ada 3 pilihan.
1) Bank 2) Tabung Haji 3) ASB
Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.
Jadi simpanlah di Tabung Haji atau ASB. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.

Selamat menabung!

Oct 29, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November & Disember 2014

Assalamualaikum



29 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014


Jom Support Kisahsidairy.com

10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis

Penyakit diabetes atau kencing manis menjadi penyakit utama dan No 1 di negara kita..

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.

Tanda-tanda penyakit diabetes / kencing manis:

  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

credit


Sekiranya anda atau yang tersayang mengalami masalah ini , cubalah supplemen VIVIX yang boleh menurukan bacaan diabetes ni..

boleh baca mengenai VIVIX ini di sini


Semoga kita di anugerahkan kesihatan yang baik sentiasa..


Oct 28, 2014

Kurus dan Inchloss dengan Set kurus Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak share testimoni dan hasil  'Shaklee Effect' hasil penggunaan secara konsisten set kurus shaklee yang popular tu iaitu Herblax,Lecithin,Alfafa dan ESP



Set Kurus shaklee mengandungi 3 vitamin/supplemen utama iaitu Lecithin,Herblax/Alfafa dan ESP

Menggunakan konsep 3B iaitu

Langkah 1 : Buang Lemak / detoks dengan Herblax atau Alfafa complex
Langkah 2: Bakar lemak dengan Lecitihin - bertindak sebagai pemecah lemak /kolestrol
Langkah 3: Bina otot dengan ESP/Cinch Shake - mengelakkan badan menggeleber


Saya juga ada menulis kebaikan setiap vitamin dan set ini sebelum ini..Boleh baca di sini ya..



Lagi beberapa testimoni yang telah mengambil set ini:








Ramai telah mencuba dan berjaya dengan Set ini..Set ini bukan seperti ubat kurus yang merbahaya tu ya..Set ini insyaallah selamat dan semulajadi.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produki ini segera dan ingin membuat pembelian sendiri menggunakan kad kredit/kad debit bolehlah klik pada link berikut:


Atau sekiranya berminat untuk dapatkannya melalui saya boleh hubungi saya seperti berikut:






Oct 27, 2014

7 Amalan Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..selamat pagi..

Hari Isnin yang indah..selamat mulakan kerja dengan penuh semangat..Tidak kira apa jua pekerjaan anda walau surirumah pun saya doakan semoga Allah mudahkan pekerjaan kita semua..


Senyum-senyum selalu:=)




Jom kita hidupkan sunnah Nabi ini..semoga hidup kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..


Oct 26, 2014

Cara tambahkan berat badan

Ramai dari kita rungsing berat badan naik dan masalah gemuk..Namun ada juga dari kita yang mengalami masalah terlalu kurus atau berat badan kurang..
Jangan risau..sangat mudah sebenarnya untuk tingkatkan berat badan berbanding menurunkannya..Namun pastikan anda mengetahui tips kenaikan berat badan secara betul untuk mengelakkan masalah kesihatan lain..Ada juga yang kurus tetapi mengalami masalah diabetes dan darah tinggi..
Tips tingkatkan dan tambahkan berat badan:
1) Pengambilan Makanan Berkarbohidrat – Mengambil sumber makanan yang berkarbohidrat sangat penting untuk menambah berat badan. Contoh makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, ubi. Jadi setiap kali makan, cuba lebihkan makanan dari sumber karbohidrat.
2) Makan Kerap Bukan Makan Banyak – Kesilapan yang biasanya di lakukan…nak gemuk makan banyak-banyak. Salah tu. Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa. Sebaliknya makan dengan lebih kerap. Contohnya kalau dah biasa makan 4 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam…cuba ubah jadual makan tu dan jadikan 7 kali. 3 kali tambahan itu untuk snek yang berkhasiat contohnya seperti makan biskut, makan buah-buahan atau pengambilan minuman yang berkhasiat seperti susu atau yogurt.
Cara Menaikan Berat Badan
3) Jangan Minum Sebelum Makan – Jika orang yang nak berdiet digalakkan untuk minum sebelum makan, orang yang nak tambahkan berat badan pula dilarang minum sebelum makan kerana amalan seperti ini akan membuatkan seseorang makan dengan sedikit sebab perut sudah kenyang dengan air.
4) Bersenam – Pasti ada yang pelik..nak tambah berat badan pun kena bersenam ke? Harus diingat orang yang nak naikkan berat badan ni biasanya makan tanpa mengira kalori. Jadi kalau tak bersenam, lama-lama nanti badan akan mula mengumpul lemak. Tiada siapa yang inginkan badan gemuk penuh lemak kan. Jadi senaman ini adalah untuk membina otot dan menyingkirkan lemak. Kena pandai pilih senaman yang sesuai.
5) Rehat Yang Mencukupi – Jika badan kurang rehat, selera makan pun pasti berkurangan. Orang yang nak menaikkan berat badan perlu mempunyai selera makan yang baik. Kalau tidak macam mana nak makan 7 kali sehari. Jadi pastikan mendapat tidur yang mencukupi agar badan rasa sihat dan segar.
6) Pengambilan Supplemen – Untuk menaikkan berat badan, pengambilan supplemen tambahan seperti vitamin sangat penting terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai selera makan yang baik atau pun kurang mendapat rehat yang secukupnya dan juga untuk mereka yang tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.
Supplemen yang sesuai untuk tambahkan berat badan dari shaklee adalah B complex,ESP dan Mealshake.



Sekiranya anda berminat  untuk mendapatkan supplemen ini boleh hubungi saya untuk order atau boleh buat pembelian secara ONLINE di sini-- PEMBELIAN SET TAMBAH BERAT BADAN
HUBUNGI SAYA SEPERTI BERIKUT:




Oct 25, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Kisah penghijrahan

Indahnya ukhuwah kerana Allah..manisnya bersahabat di sini..ya Allah semoga Engkau rahmati kehidupan kami..

image

Walau kalian jauh dimata,namun selalu dekat di hati..

Inilah antara wajah sahabat yang bakal saya rindui..sahabat di opis yang sentiasa memberi sokongan dan cerita-cerita best

Tak sangka inilah penghijrahan saya sempena tahun baru hijrah..dari fulltime programmer now saya adalah Working at Home Mom (WAHM)..

Semoga Allah rahmati penghijrahan saya ini dan semoga Dia anugerahkan kekuatan pada saya untuk menjadi ibu terbaik,isteri solehah dan menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatNya..

Ameen..doakan saya ya kawan-kawan

Renungan bersama untuk para isteri


Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil rah tidak kurang dari 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.

Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.


Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu

Subhanallah..semoga kita ambil pengajaran dan sama-sama amalkan..

Oct 24, 2014

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu..bakal berlabuh 1435H asar nanti..

Kehadiran tahun baru 1436h berbaki beberapa jam sahaja lagi, berdoalah sebanyaknya selepas Asar petang ini moga Allah terima segala amalan kita dan mengampunkan dosa dan setiap zarah kesilapan kita sepanjanga tahun ini. Usai Maghrib, berdoalah moga tahun baru jauh lebih baik berbanding tahun ini. Berdoalah agar kita menjadi lebih soleh, lebih baik dan terbaik dari tahun sebelum-sebelumnya. 

Sedikit sejarah mengenai tahun hijrah ini..Permulaan takwim Islam di wujudkan oleh Saidina Umar R.A. Maal hijrah adalah permulaan takwim hijrah di ambil sempena mengingati penghijrahan nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah.





Doa akhir tahun baca selepas solat asar


Doa awal tahun baca selepas maghrib..


Semoga tahun baru hijrah lebih baik,lebih mendekatkan kita kepadaNya..

ya Allah ampunkan dosa-dosa kami,rahmati kami dan pandanglah kami dengan pandangan kasih sayangMU..

AMEEN

Credit : FB TV Alhijrah


Motivasi pagi

Assalamualaikum..selamat pagi..salam jumaat penghulu hari yang sangat indah..

Hari ini juga hari terakhir kita di tahun 2035H..Subhanallah,memang cepat masa berlalu..

Seringkali setiap kali tahun baru kita sediakan impian dan target yang tinggi untuk capai apa kita impikan..Namun ada ketika kita merasa sangat lelah dan masih tidak mencapai apa kita impikan..Bersabarlah dan teruskan dan gandakan usaha kita..Mungkin Allah ingin memberi yang lebih indah dan lebih baik untuk kita..Jangan putus asa..Sentiasa bersangka baik dengan DIA yang MAHA PEMURAH

Oct 23, 2014

Tips penjagaan gigi

Menulis sambil menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor gigi..sapa takut jumpa doktor gigi?teringat zaman sekolah rendah dahulu,macam-macam program kesihatan gigi..paling best bila dapat berus gigi dan ubat gigi percuma..ingat tak?
Ok saya nak share sikit tips penjagaan gigi,antara aset penting jugakan..lebih-lebih lagi ia juga boleh menarik perhatian dengan senyuman menawan gigi tersusun cantik.


Penjagaan kebersihan gigi yang baik:

  • Berus gigi sehingga bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari selepas makan dan sebelum tidur
  • Berkumur-kumur selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan untuk menggosok gigi atau selepas makan di luar

Makan secara sihat:

  • Makan makanan seimbang.Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman
  • Elakkan makanan berasid atau berkarbonat

Pemeriksaan pergigian berkala:

  • Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurangnya sekali setahun
  • bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi di nasihatkan mendapat rawatan lebih kerap

Ok,semoga tips ni membantu kita mendapat gigi yang sihat..

Oct 22, 2014

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

Assalamualaikum..

selamat bercuti kepada semua..Happy Deepavali kepada penganut Hindu..

hari ni entry simple sahaja..sambil-sambil berblogwalking,jumpa 1 segmen GA yang sangat best..ha jom join..mana tau kan murah rezeki dapat lagi kumpul hadiah GA ni:-)



Syarat pun sangat mudah..boleh click pada image kat atas untuk tahu syarat-syaratnya..

Jom join ramai2:-)



Oct 21, 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Fuh ramai betul peminat jeruk mangga asam boi ni..mana taknya..penuh wall FB saya ramai duk share pasal resepi ni...

Ada yang saya terjumpa menjual RM30 sebalang..Boleh tahan juga harganya..So apa lagi,kalau mak-mak buyong terliur tu,saya sarankan buat sendiri jela..so boleh kawal nak letak asam banyak manakan,gula dan garam pun boleh kurangjan..lagi pun tak elok makan asam banyak-banyak untuk bayi..hehe membebel plak..


Ok, resepi nyer sangat lah mudah..so bolehlah cari barang-barang ni dan buat stok kat rumah ya..enak di makan lepas makan nasi..hehe


Resepi jeruk mangga


Oct 20, 2014

Bahaya produk Shape Plus

Produk terlarang yang masih berleluasa di pasaran.. Terpulang kepada anda jika masih ingin mengambilnya..Namun HATI-HATI produk ini di sahkan mengandungi KANDUNGAN TERLARANG dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan kesan buruk yang lain..



Banyak lagi pilihan yang lain..Saya bukan anti kepada supplemen lain TETAPI jika dah di sahkan TIDAK SELAMAT oleh KKM dan FARMASI,kenapa masih mahu KORBANKAN DIRI?

Jadilah Pengguna yang bijak dan buatlah pilihan yang terbaik!!

Saya pilih yang semulajadi,selamat dan beribu-ribu kajian telah di laksanakan sebelum mengambil keputusan untuk serius dalam berSHAKLEE:-)

JOM UBAH kepada LEBIH SELAMAT 

Oct 18, 2014

atasi masalah ruam lampin dengan Herbal Blend

Ruam lampin cepat menyerang pada anak-anak kecil jika ibu lambat tukarkan pampers mereka.Lebih teruk jika anak megalami alahan dan juga penyakit ekzema boleh menyebabkan ruam lebih teruk dan melecet..

Bagi anak-anak yang mengalami masalah ruam lampin dan juga kulit yang sensitif dan mudah melecet,saya sarankan ibu sapulah Herbal Blend multipurpose ni..

Krim ini sering saya pakaikan pada bayi saya ketika ruam lampin terjadi.Sekarang ni tinggal di Taska,jadi mulalah cepat ruam lampin ni terjadi..

Hanya pakai sapuan nipis je pada tempat ruam dan celah kelangkang..Insyaallah cepat kering dan hilang merah dan ruam tersebut.

herbal blend


Herbal Blend ini sangat istimewa kerana ia bebas paraben,Tiada bahan kimia dan sangat selamat untuk kegunaan bayi..

Selain dari kegunaan untuk ruam lampin,Herbal Blend juga sesuai untuk kegunaan:

  1. Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal dan ruam
  2. Untuk mengurangkan masalah tumit merekah/pecah-pecah.
  3. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
  4. Memecahkan lemak / pembuangan angina dengan cara urutan terutama pada bahagian perut.

Gabungan hebat dari ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage,horse chestnut yarrow dan rosemary. Ia juga dingin,bermentol dan tidak berminyak..

Sangat sesuai untuk melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut,siku serta tumit kaki..

Harga 1 tiub ini sangatlah berpatutan..RM37.50 sahaja!!

Jom order hari ini untuk kegunaan seisi keluarga:-)


Oct 17, 2014

Keberkatan hari Jumaat

Assalamualaikum..salam jumaat barakah..

Semoga kita perbanyakkan zikir,istighfar dan selawat buat kekasih hati kita..

Juga jangan lupa banyakkan berdoa dan baca surah al kahfi  hari ini ya


Oct 16, 2014

Pelembap semulajadi

Anda nak dapatkan kulit lembap secara semulajadi?

Mudah dan murah sahaja!

Caranya adalah kisarkan kubis kemudian tapis dan ambil airnya.Campurkan sedikit madu lebah dan kacau sempurna.

Sapukan pada wajah dan biarkan ia kering kira-kira 10minit.

Bilas dan kemudian bersihkan menggunakan air suam..

Amalkan dan lihat hasilnya:-)

Oct 15, 2014

cara mencegah denggi dan rawatan demam denggi

Musim demam denggi masih berlarutan sehingga hari ini..Menurut statistik dari Kementerian kesihatan Malaysia,di anggarkan hampir 79000 kes setakat ini yang telah di laporkan..Ia adalah angka yang sangat membimbangkan dan amat perlu di beri perhatian serius..





Hampir beberapa kawan saya kenal juga terkena demam denggi ini..Malah ada seorang officemate saya berada di wad ICU selama 2 hari pada minggu lepas kerana platlet yang turun mendadak..Sangat menakutkan dan bahaya..

Sebelum itu, jom tengok video ini dahulu- saranan dan tips dari Pakar Nutrisi Shaklee mengenai rawatan demam denggi tanpa menggunakan sebarang ubat yang merbahaya.





Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. 



Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :
Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.



5 rawatan alternatif untuk demam denggi:

  1. Minum air suam / masak sebanyak-banyaknya dalam 3 liter sehari
  2. Pengambilan sup ketam ( ketam laut atau ketam nipah) dapat membantu
  3. Di katakan jus daun betik amat mujarab sebagai penawar denggi.Caranya adalah dengan menumbuk daun betik matang dan dapatkan jusnya.
  4. Dapatkan jus jambu yang kaya vitamin C..Insyaallah  platlet cepat naik semula
  5. Makan tembikai dalam kuantiti banyak.Ia dapat membantu menggantikan cecair tubuh yang hilang dan dapat menyejukkan badan

selain daripada rawatan di atas, supplemen yang dapat membantu pesakit demam denggi adalah seperti berikut :


1. Nutriferon - membantu meningkatkan imuniti virus dan menguatkan sistem pertahanan badan. Amat bagus di ambil ketika demam dan selsema




2. Performance Drink - Ia mengandungi ion-ion membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam badan bagi mengelakkan badan dehidrasi atau kekurangan air. Performance drink boleh menggantikan 100 plus yang lebih selamat dan bebas karbonat.Malah ia juga kurang kandungan gula.



3. Vitamin C - Ia membantu menguatkan antibodi dan meningkatkan sistem imunisasi badan.Ia juga bantu penghasilan sel-sel darah putih untuk membunuh bakteria dalam badan.

4. ESP - sumber tenaga segera. Ia bantu meningkatkan tenaga dalam badan.Semasa demam denggi,badan sangat lemah dan tidak lalu untuk makan,jadi ESP dapat membantu badan kembali bertenaga.


Bertindak segera

Bertindaklah segera untuk tangani masalah denggi ni..Tengok-tengok juga kawasan rumah kita ada tak air bertakung kan..al maklum musim hujan ni lagi cepat nyamuk membiak..


Sekiranya anda ingin mendapatkan produk-produk ini segera boleh membuat pembelian menggunakan kad debit/kad kredit anda di link di bawah: 


Selepas pembelian anda boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah untuk konsultasi cara makan dan penggunaan setiap produk.

juga anda boleh hubungi saya untuk order atau sebarang pertanyaan: