Apr 30, 2016

Promosi Hari Terakhir : Vivix, Omegaguard & Vitamin C untuk Kesihatan Terbaik

Hari terakhir bulan April. Hari ni hari last day bagi semua promosi Shaklee sepanjang April ni. Paling best promosi bulan ni sebab vitamin feveret saya dua-dua ada dalam ni iaitu Vitamin C dan Omega 3,Omegaguard.



Hari ni dah last day tau..Tak tau la bila lagi nak jumpa promosi ketiga2 vitamin ohsem ni.

1) Promosi Vitamin C - beli 6 percuma 1 @ beli 2 diskaun 5%

Vitamin C wajib anda miliki untuk kuatkan sistem imun badan dan kuatkan pertahanan badan dari serangan virus dan bakteria. Lagi sekarang ni macam-macam jenis virus ada sekeliling kita, jadi memang kene ambik vitamin C ni hari-hari tau. Lagi-lagi vitamin C ni tak di hasilkan sendiri oleh badan kita jadi kene ambil melalui pemakanan dan suplemen. Paling mudah consume je setiap hari 2 biji vitamin C ni untuk kekal sihat.

Vitamin C ni vitamin C 500Mg Sustained Release, means ia akan lepaskan secara perlahan-lahan dalam badan setiap jam jadi tidaklah membazir vitamin C dalam badan. Jika berlebihan pun ia tidak di simpan dalam badan dan akan di salurkan melalui pembuangan air kecil. Jadi tidak perlu takut kerana ia tidak memberi mudarat.



2) Promosi Omegaguard : Beli 6 percuma 1 @ beli 2 botol diskaun 5%

Omegaguard ni pulak minyak ikan omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan jantung,turunkan kolestrol jahat,lancarkan peredaran darah,kekalkan tekanan darah normal dan baik untuk kesihatan sendi. 

Antara kebaikan Omega 3 pada jantung ialah adalah:
1. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan risko kematian akibat serangan sakit jantung.
2. Mengurangkan risiko denyutan jantung yang tidak menentu (arrythmia)
3. Mengurangkan serangan sakit jantung kali ke 2 bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelumnya.

Kebaikan Omega 3 pada saluran darah.
1. mengurangkan risiko pembentukan darah beku.
2. mengurangkan risiko pembentkan plaq dalam saluran darah.
3. mengurangkan rasa lenguh (claudication) pada kaki akibat penumbatan pada saluran darah di kaki
4. mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi dan membantu mengurangkan tekanan darah pada pesakit darah tinggi. 

Kebaikan Omega 3 pada tahap kolestrole dan penyakit stroke
1. mengurangkan tahap kolestrole jahat (Triglyceride).
2. mengurangkan risiko mendapat serangan stroke

Kebaikan Omega 3 sebagai anti-radang dan antioksida
1. mengurangkan radang pada penyakit sendi terutamanya rheumatoid arthritis.
2. mengurangkan radang dalam usus
3. memberikan kesan positif kepada penyakit autoimmune disease
4.memberikan kesan positif pada penyakit eczema, asthma dan resdung (allergic rhinitis)



credit: Dr Zubaidi

Ia kaya dengan DHA,EPA yang membantu menguatkan daya ingatan dan memori. Amat baik di berikan kepada kanak-kanak sebagai suplemen tambahan untuk tingkatkan fungsi otak dan juga untuk kesihatan mata.

Kelebihan omegaguard:
  • soy based ink - dakwat yg digunakan pada botol adalah berasaskan soya
  • bottle BPA free - botolnya adalah bebas BPA
  • menjalani 3 kali proses penyulingan utk bebas dari merkuri dan bahan bahaya dari ikan laut dalam.
  • sangat natural dan bergred farmasi
  • ekstrak dari ikan, bukan dari hati ikan yang bertoksik
  • 3x lebih tumpat dari minyak hati ikan
3) Promosi Vivix  Twinpack : Beli 2 botol diskaun 5%,Free membership & free postage

Vivix tonik terbaik kaya reveratrol membantu mengurangkan komplikasi penyakit kritikal dan memberi kesihatan menyeluruh.. Alhamdulillah ramai yang telah mencuba vivix telah mendapat manfaat dan kebaikannya.



Harganya setanding dengan kelebihan dan kebaikan padanya. Satu-satunya produk yang membantu menyerap sehingga ke paras DNA sel dan membaikpulih sel-sel rosak akibat radiasi.




Siapa yang boleh ambil vivix?

Pesakit kanser
pesakit buah pinggang
Pesakit Darah tinggi
Pesakit Jantung
Pesakit Diabetes
Pesakit Belly Palsy
Perokok tegar





Promosi Terakhir TWINPACK Vivix hari ini..Dah lama jugak promosi ni berlangsung sebenarnya dan ramai telah layak mendapat keahlian PERCUMA dan memberitahu kesan positif selepas mengambilnya.




Sekiranya anda berminat dengan ketiga-tiga suplemen ni dan ingin memilikinya dengan harga promosi boleh cepat-cepat PM sue ya..Tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Yang berdekatakan dengan branch Shaklee boleh terus ke branch Shaklee dan dapatkannya, boleh guna iD saya -889806 Suhaila Johar.

Yang ada kad kredit/ kad debit boleh terus buat pembelian secara online di bawah:


jom grab segera.boleh juga hubungi saya segera untuk details dan pos terus ke alamat anda.









Apr 29, 2016

Kebaikan Minum Air Kelapa Ketika Musim Panas

KETIKA musim panas sekarang yang berpunca daripada fenomena El Nino, seelok-eloknya minum air yang banyak bagi mengelak badan kita mengalami masalah kekurangan air. Salah satu caranya adalah dengan meminum air kelapa muda.

Dalam pada itu, air kelapa muda yang diminum mampu dijadikan penawar racun, meredakan cirit-birit, mengubati demam panas, melawaskan buang air kecil dan air besar. Terdapat juga dakwaan air kelapa muda yang dicampur dengan beberapa bahan lain mampu mengubati penyakit batu karang.

Air kelapa muda juga boleh diminum dengan ditambah perahan air limau nipis bagi menghilangkan keletihan. Minuman itu boleh dicampur dengan ais supaya terasa lebih segar.

Meminum air kelapa muda turut mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak dengan menambah sedikit jus asam limau dan satu sudu minyak zaitun. Minumlah tiga kali sehari.

Air buah kelapa hijau jika dibandingkan dengan kelapa jenis lain mengandungi banyak tanin atau bahan antiracun yang paling tinggi. Komposisi kandungan kimia lain yang terdapat dalam air kelapa ialah asid askorbik atau vitamin C, protein, asid lemak Omega 3, karbon terhidrat dan kalsium.

Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa.

Minyak kelapa yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan begitu juga dengan kulit bermasalah. Bahan itu juga akan menjadikan rambut subur, hitam dan berkilat.

Isi buah kelapa pula mempunyai banyak khasiat. Isi buah kelapa yang sudah tua mengandung kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram, kelapa setengah tua sebanyak 180 kal per 100 gram dan kelapa muda mengandung 68 kal per 100 gram.



Credit :Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)


Apr 25, 2016

Testimoni Set Detoks Parasit Shaklee

Pernah singkirkan parasit atau bahasa paling mudah; cacing dalam badan?

Agak-agak berapa lama dah tak singkirkan parasit ni..Seperti kita maklum persekitaran yang tercemar,makanan yang tidak bersih,bahan kosmetik,penggunaan bahan-bahan pencuci juga mengundang toksik dalam badan kita. Setiap hari kebarangkalian untuk parasit-parasit ni masuk dalam badan sangat tinggi dan sentiasa ada.

Jadi perlulah kita rajin mendetoks diri, Beberapa bulan lepas, group detoks business berjaya mengadakan kempen detoks parasit ketika bulan islam penuh ( di katakan ketika ni cacing-cacing dan parasit semua sedang bersukaria bertelur ketika ini). Jadi untuk menjadikan tubuh badan sihat bebas daripada penyakit dan masalah-masalah kesihatan,detoks parasit ini sangat penting.

Detoks parasit ini dilakukan selama 5 hari bagi 'soft detoks' atau 14 hari sahaja. Ibu menyusu pun boleh lakukan detoks.


Untuk tahu lebih details mengenai detoks parasit boleh klik disini

Ramai juga kawan-kawan SID yang join detoks parasit ni dan hasilnya sangat positif dan happy tau!!

Jom tengok apa kata mereka yang telah berjaya lakukan detoks parasit ni:


1) Testimoni 1 : 'Food craving' tengah malam sudah tiada. Tiada lagi selera waktu malam



2) Testimoni 2 : Kulit lebih segar,sohat bermaya,lebih cerah dan kurang berminyak


3) Testimoni 3: Berat badan turun - Hilang 1.2Kg dalam masa 5 hari


4) Testimoni 4: Saiz baju dulu 8L sekarang dah jadi L.Wow!!


Testimoni 5 : Sudah tidak boleh makan roti putih, kurang craving makanan manis


Testimoni 6 : Perut kempis, muka lebih licin, lebih bertenaga


Testimoni 7 : No more 'sugar craving'


Testimoni 8 : Masalah kulit alergi di jari semakin sembuh, jerawat makin berkurang,kulit berseri-seri,kurang berminyak


Testimoni 9 : Berat badan turun 


Testimoni 10 : Craving makanan manis berkurangan, berat turun,pori-pori makin kecil dan jeragat berkurang


Testimoni 11 : Kulit lebih glowing


Testimoni 12 : 'Craving' makanan berkurangan



Haa..best ke best?? Mestilah bestkan bila badan makin ringan, berat badan yang payah nak turun tu dah dapat turun, keinginan makanan manis-manis dah berkurang, jerawat makin hilang,kulit pun makin berseri. 

Setiap bulan memang akan di jalankan detoks parasit ni..So untuk bulan akan datang sekiranya anda berminat nak join untuk detoks parasit ni boleh cepat-cepat hubungi Sue ya.Lagi bagus maklumkan cepat-cepat sebelum pertengahan bulan,so kita dapat buat detoks sama-sama:-)

Tak rugi buat detoks parasit ni..Bukan diet langsung tak boleh makan tau..Yang penting parasit-parasit yang dah lama dalam badan kita dapat di nyahkan.. Jadi takde la lagi masalah kesihatan nak datang kat kita..Memang hasilnya sangat best ok!


Sebarang pertanyaan mengenai detoks parasit atau berminat untuk join detoks parasit boleh hubungi saya seperti berikut:









Apr 24, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Detoks Parasit: Tanda-tanda Badan ada Jangkitan Parasit & Bagaimana untuk Nyahkannya!

Pernah dengar detoks parasit?

Parasit lebih mudahnya sinonim dengan cacing..Kecik-kecik dulu mesti ingat pengalaman makan ubat cacingkan? Pastu takut-takut nak membuang,geli nak tarik cacing..erk..Dah besar ni pernah tak makan ubat cacing? SIla jawab jujur ya..hehe..

Antara jenis parasit yang mudah menyerang tubuh manusia adalah cacing tambang (paru-paru dan usus) ,anisakis (cacing dalam ikan & biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru2, otak & hati), Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense), dan banyak lagi.



Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.

SIMPTOM2 JANGKITAN PARASIT:

- kelesuan
- stress
- tekanan perasaan
- sering dalam keadaan 'blur'
- kembung
- berat badan menurun
- alergi
- sensitif terhadap makanan/persekitaran
- sering sakit
- kegatalan pada bahagian sulit
- sakit otot & sendi
- sembelit atau cirit-birit
- ketidakstabilan haid
- ekzema
- teringin benda manis
- sukar tidur dan sukar bangun
- eye floaters

Semakin kita meningkat dewasa,kita merasakan dah tak perlu ubat cacing ni..So camna nak nyahkan parasit yang masuk dalam badan kita? Takkan nak biarkan je cacing-cacing ni bersukaria dalam badan?

dan paling menakutkan kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleh menyebabkan kanser!

BAGAIMANA MENYAHKAN PARASIT

1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.
2. Makan makanan yang mengandungi 'anti-parasit' seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.
3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.
4. Mengambil makanan yang tinggi serat.
5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.
7. Minum air bertapis secukupnya.
8. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.
9. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.
10. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.
11. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.
12. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.
13. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!


Bila nak Lakukan Detoks Parasit?

Dalam sebulan,kita hanya lakukan detoks parasit ketika bulan mengambang iaitu ketika pertengahan bulan dalam Islam. Dikatakan ketika bulan mengambang ni parasit sangat aktif mengawan,bertelur dan menetas. Ketika ini ramai yang lebih moody,suka makan dan minum manis-manis. Paling mudah untuk ketahui tarikh tepat boleh cek kalendar Islam.

Semasa melakukan detoks parasit ni ada beberapa jenis makanan yang perlu kita 'berpantang' sementara/stop seketika ya.

Antara Makanan Yang Perlu Di Kurangkan/Di hentikan Semasa Detoks Parasit:

1.Teh,kopi,minuman 3 in 1
2. Daging merah dan segala daging proses seperti sosej,nugget, dan daging burger
3. Mentega dan marjerin
4. Roti putih dan segala makanan berasaskan tepung seperti kuih,kek,muffin,pastri dan lain-lain
5. Gula-gula dan coklat
6. Mee segera
7. Kicap,sos dan bahan perisa
8. Mayones
9. Gula Putih
10. Alkohol

Suplemen yang membantu untuk singkirkan parasit dan di ambil ketika tempoh detoks ini adalah:
  • Herbalax - detoks usus
  • Nutriferon - tingkatkan sistem imun ketika melawan serangan parasit
  • Garlic Complex - untuk matikan telur dan cacing 



Buang parasit yang bersarang dalam diri kita! Jangan 'sayang' untuk berdetoks nyahkan mereka, Banyak masalah kehidupan yang timbul disebabkan mereka! 

Dalam sebulan paling lama untuk detoks selama 15 hari atau paling sedikit boleh lakukan 'soft detoks' iaitu selama 5 hari. Sekejap jekan..Tapi hasilnya sangat-sangat memuaskan!! Alhamdulillah ramai yang mencuba memberi feedback positif dan sangat menggembirakan.

Apa Kata Mereka Yang Telah Melakukan Detoks?






BEST ke BEST??:-)

Mestilah bestkan..Saya yang lakukan sendiri pun sangat terkejut bila naik penimbang..Turun 4Kg dalam tempoh 2 minggu!!

Paling best bila tengok makanan manis dah tak teringin..Badan makin ringan dan petang-petang dah tak mengantuk.

Jom buat detoks parasit ni..Serius sangat best!! Memang tak rugi kalau anda buat..Sudah tiba masa anda kene detoks segala parasit yang berkurun-kurun dalam badan ni.

Nak tahu details mengenai detoks parasit dan nak suplemen detoks parasit? Boleh hubungi saya seperti berikut:






Apr 21, 2016

Hasil Kurus dengan Diet Vs dengan Detoks. Mana yang Terbaik untuk Turunkan Berat Badan??

"Saya dah diet tapi tak kurus-kurus"
"Masa diet memang kurus, tapi lepas tu kalau tak jaga betul2, terus mencanak-canak berat naik"
Kenapa boleh jadi macam tu? Bila diet, badan kurus, tapi dah makan macam biasa, alamak aihhh terus naik tak agak2. Inilah dikatakan "KESAN YO-YO" berat boleh turun dan naik sesedap rasa.

Macamana nak maintain kurus je?

Kesan yo-yo ni adalah dari hasil diet yang tak betul. Bila kita diet untuk kurus dengan cara kurangkan makan, atau tak makan, ia memberi badan kita 2 kesan besar:-

1) Kandungan toksin makin pekat. Badan kita akan terus membina lemak utk menjadikan organ2 kita 'kebal toksin'. Hasilnya, kita akan naik berat badan dalam masa yang cepat.

2) Diet tak makan merosakkan otot. Bila otot rosak, lemak akan mudah terkumpul dalam badan kerana otot dan boleh dah nak bakar lemak dengan berkesan.



Cara terbaik untuk kurus ialah dengan DETOKS.


 Kenapa? Kerana detoks ni bukannya diet berlapar, tapi dengan membekalkan nutrien yang SEPATUTNYA dan SECUKUPNYA kepada tubuh kita. Pada masa yang sama, ia MEMBUANG TOKSIN dari tubuh kita.

Hasilnya? Berat badan yang maintain dan tabiat makan pun jadi semakin sihat! Nak makan benda2 merepek pun rasa tak lalu dah. Serius,air manis dapat dikurangkan atau stop terus..Coklat,gula-gula memang dah kurang dah..Kuih manis pun dah tak lalu..



So,boleh makan apa je? Banyak lagi pilihan enak yang lain..Ada jus buah,ada yogurt asli,ada buah-buahan segar,salad dan macam-macam lagi..


Wah..Bestkan..Serius sangat seronok bila dapat buat detoks..Rasa ringan je badan,mata pun takdela mengantuk je petang-petang..Dan paling penting sekali dapat turunkan berat badan.

Seronok buat detoks ni ramai-ramai.Tengok kawan-kawan dalam group detoks ni share makanan sedap-sedap tau..Tapi berkhasiat..dan bila masing-masing update berat dah turun,dah kurang inchloss dan selera makan berkurangan.

Nak tau cara? ada beberapa jenis detoks yang boleh anda pilih. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ya. Anda akan di berikan sekali panduan makan dan supplemen yang dapat membantu untuk detoks.

Jom!! nyahkan toksin dan buang semua kotoran dengan mulakan detoks hari ini..Insyaallah bila kita start puasa nanti pun badan dah ready dan senang melakukan ibadah sebab badan dah ringankan:-)

Nak tau pasal detoks? boleh roger-roger saya ya


Credit: Pn Lyna Noh


1st Mini Giveaway by CikNurul


Assalamualaikum..jom join GA..lama tak join GA ni..semoga dapat berkenal-kenalan dengan kawan baru:-)

Syarat penyertaan : 

1. Follow Blog CikNurul
2. Like FB Pages Blog CikNurul
3. Copy banner giveaway
4. Buat entry 1st Mini Giveaway by CikNurul
5. Copy + paste link entry kat komen.
6. Jangan lupa mention nama fb sekali ya :)


Apr 20, 2016

Atasi Masalah Sakit Tumit Segera Sebelum Tidak Mampu untuk Berjalan Lagi!

Baru-baru ni seorang customer saya mengadu mengalami masalah sakit tumit sebelah kaki kanan. Beliau maklumkan dah pakai kasut rata tapak macam kasut crocs tu..Kerap jugak bertukar kasut yang lebih selesa namun masalah sakit tumit tetap ada.


Sakit tumit atau dalam bahasa perubatannya plantar fascitiis adalah sakit pada bahagian tumit yang kerap dialami oleh orang dewasa dan ada yang turut merasakan sakit sehingga seluruh tapak kaki atau ke buku lali. 




Simptom ini terjadi apabila berlaku keradangan pada tisu pelantar(tendonitis) yang membentuk lengkuk pada tapak kaki atau mengalami kemerosotan degeneratif (tendinosis).Kebiasaannya aktiviti seharian seperti berjalan atau berlari akan menyakitkan tumit.

Plantar fascitiis atau fascitiis plantar adalah keradangan pada fascia plantar yang merupakan tisu kuat (seperti ligamen) yang meregang daripada tumit sehingga ke tulang tengah kaki. Ia menyokong lengkung tapak kaki dan juga bertindak sebagai penyerap kejutan dalam tapak kaki.

Punca-punca Sakit Tumit:

1) Berat badan berlebihan boleh menjadi sebab sakit tumit berlaku. Kenaikan berat badan secara mendadak juga memberi tekanan kepada kawasan tumit.

Ketika berpijak sama ada semasa berjalan atau berlari,tisu plantar menanggung beban berat badan ke seluruh tapak. Oleh itu akan rasa sakit tumit akibat tekanan dan bebanan di kawasan tisu plantar ini.

2) Kerap bersukan atau beriadah terutama berlari boleh menyebabkan berlaku kecederaan tisu plantar pada tapak kaki disebakan kesan hentakan berulang kali. 

3) Senaman di lakukan di atas permukaan tidak rata

4) Memakai kasut yang tisak sesuai dan tidak memberi sokongan baik boleh menyebabkan ketegangan pada kawasan tumit kaki.

Penggunaan pelapik dalam kasut membantu mengurangkan tekanan pada tumit sakit. Ortotik yang ditempah khas mampu membantu mereka yang mempunyai struktur mekanikal kaki tak normal. 

5) Terjadi masalah tarsal Tunnel Syndrome iaitu keadaan di mana satu urat saraf pada tapak kaki terhimpit ketika ia melalui terowong tarsal yang sempit.



Kebiasaan sakit tumit kerap menyerang pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur. Ketika awal pagi,tisu plantar menjadi ketat dan semasa berpijak,tisu fiber tersebut mengalami regangan. Selepas beberapa langkah barulah tisu tersebut menjadi longgar dan sakit berkurangan.Namun sekiranya kerap berjalan atau berlari akan menyebabkan sakit tumit menyerang lagi.

Suntikan steroid akan diberikan oleh doktor kepada pesakit sekiranya mengalami masalah ini. Perlu di fahamkan punca terjadinya sakit tumit ini. Kebiasaan doktor tidak sewenang-wenangnya memberi suntikan tersebut di sebabkan komplikasi steroid.

Sebelum itu anda boleh mencuba beberapa petua dan mengambil langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Lakukan regangan pada bahagian kaki dan tumit selepas bangun tidur
  • Rehat kaki daripada sebarang aktiviti fizikal seperti berlari,bersukan bagi mengelak keadaan lebih buruk
  • Melakukan terapi ais- letakkan 'ais pack' pada permukaan tapak kaki yang sakit
  • Senaman regangan pada bahagian kaki setiap masa .Ini akan membantu melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit
  • Pelapik kasut sangat penting bagi menyokong lengkuk tapak kaki dan mengurangkan tekanan.
  • Ubat anti radang boleh di ambil untuk mengurangkan radang

Penawar Sakit Tumit:

Untuk lebih selamat anda boleh mengambil supplemen yang dapat membantu mengurangkan sakit tumit iaitu Omegaguard dan Ostematrix.

Kedua-dua supplemen ini daripada bahan semulajadi  tiada pengawet,pemanis dan pewarna

Boleh di ambil ketika hamil,dan juga menyusu.


kebaikan minyak ikan omega 3



Omegaguard adalah minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi omega3 dan kaya dengan DHA,EPA dan ALA. Ia diproses dengan penyulingan 3 peringkat bagi memastikan bebas daripada bahan merbahaya dan beracun.



Kebaikan dan manfaat Omegaguard:

1.   Melambatkan degradasi tulang rawan 
2.   Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi 
3.   Bertindak sebagai pelincir – membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit 

Ostematrix pula adalah pil kalsium yang dapat melindungi dan menguatkan tulang.





Kelebihan OsteMatrix :

1. Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

2. Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

3. Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis


Manfaat dan Kebaikan Ostematrix:


1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Pengalaman customer yang pernah mengalami sakit tumit mengambil suplemen ini:



Berat berlebihan juga boleh mengundang masalah sakit tumit. Amalkan omegaguard secara konsisten


Sayangi kaki anda. Jangan biarkan sakit tumit berlarutan sehingga boleh menjejaskan anda untuk berjalan. Lagi lambat rawatan boleh merumitkan lagi keadaan dan menyukarkan kerja-kerja harian

Sekiranya berminat untuk mendapatkan suplemen ini boleh membuat pembelian di link berikut ( menggunakan kad debit/kad kredit)



atau boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp di 016 358 9018 atau klik di SINI




credit