Aug 27, 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com


Assalamualaikum..jom support GA Merdeka Mialiana..Semarakkan hari merdeka negara kita:-)


Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Anak Nakal Sebab Dosa Ibu Ayah?

Renungan bersama kita sebagai ibu bapa..kekadang kita puas marahi anak,pukul anak tapi anak tetap nakal dan mengikut kepalanya sendiri..

Sebaik-baiknya kita kembali kepada DIA..minta ampun atas segala salah dan dosa kita..Mungkin ada terbagi rezeki haram kepada anak-anak..Rezeki haram kepada terhad kepada mencuri,merompak sahaja tetapi juga mungkin 'mencuri masa' di opis,melengah-lengahkan kerja dan amanah diberikan dan pelbagai lagi..Allahu..sangat berat,,

Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menggalas amanah dan tanggungjawab besar bergelar ibu ayah ini..





Tips Berguna untuk Ibu Ayah















Credit: FB Imuslim


#peringatanuntukdiri

Aug 26, 2015

Khasiat Peria

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 


Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, boleh cuba meminum perahan daunnya.

Sumber: FB Dr Zubaidi



Aug 25, 2015

10 “BAHASA DOSA” PENYEBAB ANAK DEGIL DAN BERMASALAH YANG WAJIB DIELAKKAN KETIKA BERCAKAP DENGAN ANAK

Saya kongsikan semula hasil catatan sahabat saya,Puan Nur Haslaily di Facebook.Beliau dapat catatan ini daripada group whatsapp dan terdapat penambahbaikan daripadanya yang mungkin boleh memberi peringatan dan dimanfaatkan bersama.
.
[FORWARDED] Dua minggu lepas saya berkesempatan untuk menghadiri seminar pendek bertajuk “Memupuk Suasana Mawadah Wa Rahmah Di Sekolah dan Rumah” yang dianjurkan oleh sekolah anak kami. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Azlina Roszy Bt. Mohamad Ghaffar, pakar psikologi klinikal di Hospital Pakar An-Nur (Bangi), yang juga pemilik Pusat Psikologi & Rehabilitasi Atfal Jannah di Bandar Putra, Kajang.
.
Saya tertarik dengan salah satu isi yang beliau kongsikan, iaitu mengenai “10 Bahasa Dosa Dalam Berbicara“. Sama ada sedar ataupun tidak, ramai daripada kita ibu bapa yang selalu menggunakan “bahasa dosa” ini pada anak-anak. Dan dalam kebanyakan keadaan, inilah antara penyebab anak degil dan bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan tiada keyakinan diri/rendah diri, walaupun kita rasa sudah pun memberikan didikan agama dan mencukupi keperluan mereka.
.
1) Bahasa MELAKNAT
Contohnya, sumpah seranah, maki hamun, carutan menggunakan perkataan yang buruk.
.
Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious, ataupun seorang yang kurang keyakinan diri. Ini mengingatkan saya pada status FB seorang kenalan saya yang mengendalikan sebuah tadika. Kesian, kan?
.
2) Bahasa MENYINDIR (SARCASM)
Contohnya, “Asyik mintak duit aje. Kamu ingat ayah/ibu nie kerja cop duit?”, “Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
.
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. They won`t get the message. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.
.
Tak dinafikan budaya sindir menyindir sangat menebal dalam masyarakat kita. Tapi budaya sarcasm ini memang Allah larang.
.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) menyindir dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan menyindir dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang disindir itu lebih baik daripada mereka.”
[al-Hujurāt 49: 11]
.
Artikel yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal @Abah.My sangat menginsafkan bahawa bahasa sarcasm boleh membunuh jiwa anak. Kita hentikan ya.
.
3) Bahasa BERDUSTA/MENIPU
Contohnya, “Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim….” (tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam), “Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.”, “Jangan main kat situ, ada hantu.”
.
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan oleh masyarakat kita. Saya kira, hadis di bawah sangat baik untuk dijadikan panduan. Jangan berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
.
“Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW duduk di tengah-tengah kami, (tiba-tiba) ibuku memanggilku dengan mengatakan: ‘Hai kemari, aku akan beri kamu sesuatu!’ Rasulullah SAW mengatakan kepada ibuku: ‘Apa yang akan kamu berikan kepadanya?’ Ibuku menjawab: ‘Kurma.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda:
.
“Ketahuilah, seandainya kamu tidak memberinya sesuatu maka ditulis bagimu kedustaan.” (HR. Abu Dawud)
.
Belajar untuk terangkan dan memujuk dengan lembut dalam bahasa yang mudah.
.
4) Bahasa MENEMPELAK
Contohnya, “Padan muka.” “Tue lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
.
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
.
5) Bahasa MENGKRITIK/MEMBEBEL
Yang nie mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri. Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
.
6) Bahasa MENGUNGKIT (Surah al-Baqarah, ayat 264)
Contohnya, “Kenapa result teruk macam nie? Buat penat je ayah/ibu hantar pegi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga..”
.
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
.
7) Bahasa MEMBANDINGKAN
Contohnya, “Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu nie, asyik nak bermain saja.”,“Kenapalah kamu nie tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot saja.”
.
Jangan bersikap pilih kasih terhadap anak-anak.
.
Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan/menyayangi anak-anak tertentu (=favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed. Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak. Anda boleh baca rintihan seorang anak 12 tahun yang sangat terkesan dengan keadaan nie, seperti yang dicerikan oleh Ustaz Ebit Lew di FaceBook. Kesian, kan?
.
Saya suka dengan nukilan Encik Nazali di FaceBook tentang kesan perbuatan membanding-bandingkan anak. Saya yakin pengalaman tersebut dapat menginspirasikan dan memberikan pengajaran untuk semua ibu bapa supaya melayani anak-anak dengan adil dan penuh kasih sayang.
.
8) Bahasa MENGUGUT
Contohnya,
“Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.”
“Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.”
“Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
.
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak.
.
Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini diterangkan kepada anak-anak. Yang penting, kena konsisten, tegas (bukan garang) dan hukumannya juga perlu berpatutan. InsyaAllah anak-anak akan mudah faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunaan STAR CHART juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik.
.
9) Bahasa MENUDUH
Contohnya, “Macam mana barang boleh hilang? Nie mesti kamu yang cuai bermain sampai tercicir.” “Kenapa adik menangis nie? Abang/kakak buat ya?”
.
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar, dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis. Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
.
10) Bahasa BISU (silent treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan. Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita usaha tingkatkan parenting skills dan cuba sehabis baik untuk elakkan bahasa percakapan seperti di atas ya. Upbringing kita mungkin mempengaruhi. Apa pun yang lepas itu kita muhasabah, sentiasa ada peluang untuk betulkan keadaan.
.
Untuk kita pendosa, harapan selalu ada !

Semoga memberi peringatan buat kita semua..

Aug 24, 2015

Perbezaan ESP dan CInch Shake untuk Diet

Beberapa hari ini,saya mendapat banyak persoalan mengenai perbezaan antara 2 protein utama di dalam set diet shaklee iaitu antara ESP dan Cinch Shake,yang manakah paling berkesan dan sesuai untuk di ambil semasa dalam proses diet.

Haa..ni khas untuk adik,akak,abang yang nak turunkan berat badan tau..Memang Shaklee ada protein bermutu tinggi yang membantu dalam proses penurunan badan..Kedua-dua ni memang berkesan dan membantu dalam proses diet tetapi mana yang lagi baik?




Cinch Shake

Cinch Shake memang direka khas untuk diet. Terdapat kajian yang telah dijalankan dan menunjukkan Cinch membantu mengatasi masalah yang sering di alami oleh seseorang yang diet iaitu YOYO EFFECT!! Haa apa pulak itu YOYO EFFECT?? Ia  adalah proses penurunan berat badan yang anda dah capai tapi dalam masa tempoh lama anda gagal untuk mantain berat badan tersebut dan akhirnya berat badan naik semula..Senang cite macam yoyo- berat badan mudah turun naik.

 Kenapa begitu ? kerana semasa kita diet, jisim lemak tidak berkurangan, apa yang berlaku hanyalah jisim otot yang berkurangan. Sebab itu kita rasa macam dah turun, tapi tetiba naik balik. Jadi Cinch yang diperkaya dengan formula khas LEUCINE untuk mengatasi YOYO EFFECT ni.

Cinch Shake juga adalah 'meal replacement' di mana anda boleh menggantikan cinch shake ini sebagai hidangan utama. Kandungan kalorinya yang tinggi iaitu 270 kalori, 35 gram karbohidrat,24 gram proetin,3 gram lemak dan 6 gram serat makanan laut seperti anda makan 1 hidangan nasi dan lauk. Cinch shake memang mengenyangkan. Ada customer saya maklumkan selepas dia minum cinch shake dah tak mampu makan makanan lain..Jika tak confirm muntah..memang perut menjadi sangat full!! 





Selain pengambilan Cinch Shake,buat senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi pergerakan otot. Memang untuk kurus,penjagaan kalori dan senaman sangat membantu. Konsisten dan disiplinlah melakukan senaman kerana leucine akan lebih berkesan bila bertindak dengan otot yang bekerja seterusnya proses pembuangan lemak cepat berlaku.

Jangan pula lepas anda dah bancuh cinch shake pergi plak ambik sepinggan nasi..memang akan bertambah-tambahla kalori dan berat badan.



Terdapat 3 jenis perisa - Chocolate,Coffee Latte dan Vanilla..Ketiga-tiga ni memang best!! Anda patut cuba..





ESP 

ESP adalah singkatan kepada ENERGIZING SOY PROTEIN dimana ia adalah daripada soya non-GMO yang bermutu tinggi. Ada orang terlalu takut untuk mengambil minuman soya kerana di kaitkan dengan masalah ekzema,gout dan pelbagai lagi. Namun anda perlu tahu adakah anda alah dengan soya atau tidak. Soya ESP ni sudah semestinya berbeza dengan yang berada di pasaran kerana ia di hasilkan daripada soya organik dan diproses menggunakan suhu yang rendah. 1 tin ESP di hasilkan daripada 30KG kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 




ESP adalah satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan. Jadi kita kena ambil dari sumber luaran. 

Kenapa asid amino penting? Dan kenapa kena cukup 9? Untuk info, asid amino ni adalah unit asas bagi protin. Semua asid amino ni ada tugasnya masing-masing. Pembentukan sel, hemoglobin, perlindungan otot, pemulihan tisu, pembentukan kolagen dan elastin kulit, peningkatan daya tumpuan adalah antara fungsi asid amino.

ESP juga menyediakan 5 jenis sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk peringkat muda dan tua dan mempunyai kandungan Glisemiks Indeks yang rendah ( GI =39). Kenapa penting sangat pengambilan GI yang rendah??Anda boleh cek mengenai GI di sini


Perbezaan antara ESP,Mealshake dan Cinch Shake

Bagi ibu menyusu yang ingin diet,anda di sarankan mengambil ESP berbanding Cinch kerana ibu menyusu memerlukan lebih kalori berbanding mereka yang tidak menyusu dan ESP juga mengandungi lebih kandungan kalsium.


Ramai je yang minum ESP dapat turunkan berat badan kerana ia bantu memberi kenyang lebih lama dan membantu kulit lebih cantik dan sihat,

Pelbagai manfaat ESP



Dengan pengambilan air kosong mengcukupi,senaman dan penjagaan pemakanan insyaallah set kurus ini dapat membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Kurus bukan sahaja untuk nampak cantik,paling penting supaya kita bebas daripada penyakit-penyakit berpunca daripada kegemukan dan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri

Antara artikel-artikel lepas yang dapat membantu anda menurunkan berat badan:


Konsep kurus dalam Shaklee
Tips turunkan berat badan 
Buah-buahan membantu turunkan berat badan
Testimoni Set Kurus

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan ESP atau Cinch Shake atau set kurus ini boleh hubungi saya seperti berikut. Anda juga boleh membeli secara online menggunakan kad kredit/kad debit dengan click pada link image di bawah:





Jangan lupa selepas pembelian hubungi saya untuk panduan cara pengambilan makan dan konsultasi terbaik untuk anda.

Sekiranya ingin mendapatkan ESP atau Cinch di sekitar Bandar Baru Bangi,Uniten atau Sekitar Kajang,kita boleh jumpa di mana-mana untuk COD. Juga untuk anda yang berada di seluruh Malaysia,saya akan poskan untuk anda..Jangan risau,hari ni pos esok insyaallah sudah selamat sampai..

Hubungi saya seperti berikut:



credit






Aug 23, 2015

Cara Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir

Tali pusat bayi baru lahir memerlukan penjagaan khas pada 2 minggu pertama kelahiran, Kebiasaan ia akan kering dan sembuh dalam masa 10 hari sehingga 3 minggu,



 Pada mulanya tali pusat berwarna putih hingga kuning dan sedikit demi sedikit menjadi lebih gelap dan kemudiannya menjadi warna hitam sebelum tertanggal. Anda haruslah melakukan beberapa perkara untuk membersihkan dan mengeringkantali pusat itu sehingga tertanggal.

Perkara yang perlu ibu tahu mengenai tali pusat bayi:


  • Jauhi daripada merendam bayi dalam air 
  • Mandikan bayi secara lap atau mandian span sahaja sehingga pusat tertanggal
  • Ada doktor mencadangkan supaya membersihkan kawasan tali pusat dengan alkohol (guna alkohol wipes)
  • Perkara paling penting adalah kawasan pusat tersebut kering dan bersih
  • Jauhi lampin bayi daripada kawasan tali pusat sehingga tali pusat tertanggal sendiri
Pastikan lampin bayi di bawah tali pusat


  • Anda harus mencuci tangan selepas mencuci tali pusat dan selepas menukarkan lampinnya,
  • Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. 
  • Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.



    Jika anda perasan akan bau yang busuk,kawasan tali pusat menjadi merah atau kekeringan,hubungi doktor anda kerana ia mungkin tanda jangkitan.





    Aug 20, 2015

    Kombinasi Supplemen Terbaik untuk Ibu Hamil sentiasa Sihat,Bertenaga Setiap Hari

    Masalah yang sering di alami oleh ibu-ibu hamil adalah kekurangan zat nutrisi yang seimbang yang boleh menjejaskan tumbesaran bayi yang dikandung..Pengambilan makanan seimbang dan berzat amat penting bagi memastikan ibu dan bayi memiliki kesihatan yang lebih baik sekaligus mengelak daripada penyakit.

    Namun dalam kesibukan berkerja dan membuat kerja-kerja harian,kekadang ibu hampir lupa untuk mengambil makanan berzat dan berkhasiat ini..Lagi-lagi jika ibu pun curi-curi masa untuk makan.Ada juga ibu yang alami alahan tak berselera nak makan..Jadi bagaimana ibu boleh atasi masalah ni supaya ibu masih dapat zat nutrisi yang cukup lengkap dan seimbang.

    Setiap kali checkup di klinik mesti nurse/doctor akan bekalkan ibu dengan vitamin/supplemen? Kenapa ye? Adakah makanan seharian ibu tidak cukup zat? Ibu juga perlu faham kekadang proses penyediaan makanan yang terlebih masak (overcooked) boleh menyebabkan zat nutrisi dalam sayur-sayuran atau masakan tersebut menjadi musnah. Itulah sebabnya badan tidak dapat keperluan zat mengcukupi. Sebab tu majoriti ibu hamil menghadapi masalah seperti anemia dan sembelit.


    Set Mengandung Shaklee



    Bahaya bagi ibu yang alami masalah anemia/Hb rendah boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang..Jadi ibu perlu banyakkan pengambilan sayur-sayuran hijau (seperti bayam,brokoli),daging merah,kekacang dan bijirian tinggi serat. Ketahui juga bagaimana ibu dapat kekalkan paras HB yang stabil dan cara elak anemia berlaku


    Haa..ibu muda ini sangat seronok kerana bebas daripada masalah anemia hamil kali ini..



    Di sinilah pentingnya pengambilan supplemen ketika ibu hamil.Supplemen membantu melengkapkan nutrisi ibu,mengurangkan masalah kelesuan dan stress,memberi tenaga,mengatasi masalah HB yang sering di alami ibu hamil serta mengelak masalah sakit pinggang dan lenguh-lenguh yang sering terjadi kepada ibu.





    Menyedari kepentingan supplemen ini,ramai ibu telah mula mencuba set kehamilan shaklee ni kerana ia daripada bahan semulajadi,bebas pengawet,bebas pewarna dan selamat dan berkesan untuk ibu.


    Dengan promosi YES pack Prenatal ( terdiri daripada B Complex,Vita C Plus,Omegaguard,ESP,Vitalea,Ostematrix) dapat membantu ibu mendapat keperluan zat nutrisi yang lengkap dan seimbang. Set ini sangat jimat kerana ia boleh di ambil semasa hamil,berpantang dan juga menyusu. Kiranya ibu hanya perlu add on beberapa vitamin lain sahaja semasa berpantang dan menyusu.


    Kebaikan Set Hamil Shaklee 

    1. Vitalea @ Iron Formula (Multivitamin)






    • Membantu ibu menambah zat besi dalam badan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu mudah pitam,lesu,kurang daya ingatan dan masalah anemia.
    • Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral 
    • Tiada pewarna,perisa dan bahan pengawet
    • Multivitamin yang lengkap 100% vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh.

    2. B Complex





    • Vitamin ini sangat penting pada awal usia kehamilan (Trimester 1) kerana kandungan acid folicnya membantu mengelak masalah saraf tunjang dan kecacatan bayi,Jadi jika ibu sudah tahu hamil,cepat-cepat ambil B complex kaya asid folic ni ya
    • Membantu memberi tenaga,menangani masalah stress
    • Vitamin B complex mengandungi 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12). Asid folik adalah vitamin B9. Jadi, kalau beli vitamin B complex, pastikan ia ada 8 jenis vitamin B macam yang Shaklee punya ni.
    • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

    3. Vitamin C



    • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
    • Membantu tingkatkan sistem imun badan
    • 1 biji vitamin C (VIta C Plus) bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah setiap hari nak makan 7 biji oren?
    • sebagai antioksidan
    • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

    4. Ostematrix








    • Pengambilan kalsium sangat penting sepanjang hamil bagi memastikan pembentukan gigi dan tulang yang kuat. Jika kurang kalsium,sangat mudah ibu-ibu hamil alami masalah lenguh-lenguh,kejang,gigi patah dan pelbagai lagi.
    • Kalsium yang ada dalam badan ibu akan diserap oleh bayi dan ibu memerlukan tambahan kalsium untuk kesihatan yang baik
    • Ostematrix adalah pil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D yang membantu serapan terbaik dalam tubuh kita.

    5. Soya Organik -Energizing Soy Protein (ESP)



    • Protein soya organik bermutu tinggi daripada sumber non gmo
    • Membekalkan tenaga untuk ibu
    • Mengekalkan pertumbuhan dan memelihara tisu-tisu badan
    • Bebas kolestrol
    • Kulit akan menjadi gebu,cantik dan licin
    • Setiap hidangan mempunyai 14g protien dan 105Kcal
    • Mengandungi 9jenis tambahan asid amino yang penting
    • Glisemiks Indeks yang rendah

    6. Omega guard






    • DHA adalah asid lemak yang sangat penting untuk perkembangan otak dan janin
    • mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.
    • Boleh mula di ambil ketika usia kehamilan 4 bulan ke atas

    Secara keseluruhannya set ibu hamil ini mampu membekalkan zat nutrisi seimbang,mengatasi keletihan,membekalkan tenaga,menghilangkan lenguh-lenguh dan kejang semasa hamil serta mengelak masalah sembelit.


    Sekiranya ibu mengambil set hamil lengkap di atas,tidak perlu lagi makan vitamin daripada klinik atau hospital.



    Testimoni Set Hamil Shaklee



    Ramai ibu dah mencuba set hamil ni dan memberi kesan positif dan baik selepas menggunakannya. Alhamdulillah..









    Selepas bersalin,ibu boleh add on Alfafa Complex untuk membuang angin dalam badan,banyakkan penghasilan susu badan,mengetatkan kembali bahagian intim serta memulihkan kesihatan dalaman ibu.







    Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mendapatkan set hamil atau set bersalin boleh hubungi sue seperti berikut. Setiap pembelian akan di sertakan panduan cara makan dan tips menyusu bayi ekslusif hanya untuk customer Impianz Shoppe




    sihat,cergas dan bertenaga sepanjang hamil impian semua ibu













    7 Kebaikan Air Kelapa Muda Untuk Ibu Hamil

    Sebut sahaja air kelapa muda,sudah terbayang enaknya air kelapa muda ini ketika minum di musim cuaca panas. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan dahaga malah dapat menyegarkan tubuh dan menggantikan cairan tubuh yang hilang.

    Khasiat dan manfaatnya sangat banyak. Orang-orang tua dahulu sering menasihati untuk minum air kelapa muda bagi mendapatkan kulit bayi yang bersih dan cantik. Adakah ia benar? Apakah lagi sebenarnya kebaikan kelapa muda ini untuk ibu hamil?






    Kebaikan air kelapa muda untuk Ibu Hamil



    1. Elektrolit semulajadi
    Air kelapa merupakan minuman isotonik yang memiliki keseimbangan level yang sama dengan darah kita, Ia mengandung elektrolit, klorida, kalsium, potassium (kalium), magnesium dan sodium. Kalium (potassium) berperanan penting dalam menjaga tekanan darah dan kesehatan jantung. 



    Masalah dehidrasi atau kekurangan cecair sering berlaku pada ibu yang menyebabkan sering terjadi masalah sakit kepala,demam dan kejang otot.Jadi minumlah air kelapa muda ini untuk menggantikan bendalir dalam badan.




    2.  Meningkatkan fungsi pencernaan
    Salah satu kegunaan air kelapa muda adalah ia membantu meningkatkan fungsi pencernaan pada ibu hamil. Masalah sering di alami semasa hamil adalah cirit-birit dan sembelit. Jadi jangan lupa minum air kelapa bagi membantu sistem pencernaan ibu.

    3. Meningkatkan Kolestrol Baik (HDL)
    Air kelapa muda terbukti memiliki khasiat yang baik dalam meningkatkan HDL atau kolesterol baik di dalam tubuh. ni dapat membantu mengelakkan masalah kronik seperti darah tinggi,sakit jantung dan pelbagai lagi penyakit merbahaya lain. Ini sekaligus membantu menurunkan paras kolestrol jahat dalam tubuh,

    4. Menurunkan tekanan darah
    Seringkali semasa hamil,tekanan darah ibu naik tinggi sehingga ada yang terpaksa mengambil ubat darah lnggi dan perlu cek tekanan darah setiap hari, Darah tinggi semasa hamil sangat merbahaya dan memberi risiko buruk kepada ibu dan bayi. Menurut artikel daripada Dr Zubaidi yang saya baca,tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan gangguan peredaran darah terutama pada uri yang akhirnya menyebabkan janin kurang mendapat zat makanan. Paling menakutkan ia boleh menyebabkan kematian bayi dan ibu juga berisiko mendapat penyakit buah pinggang,paru-paru berair,kegagalan fungsi hati,sawan dan kematian.
    Air kelapa muda sangat bagus kerana ia mengandungi potassium yang boleh membantu menurunkan tekanan darah,

    5. Sumber tenaga
    Air kelapa muda mengandungi glukosa yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Namun jangan lupa untuk ibu mengambil makanan berkhasiat dan seimbang setiap hari.

    6. Kandungan vitamin C tinggi
    Salah satu kandungan penting dari air kelapa adalah kandungan vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C pada air kelapa muda ini dapat membantu menguatkan sistem imun dan daya tahan tubuh,mencegah penyakit gusi berdarah dan membantu penyerapan zat besi yang boleh  mengelakkan masalah anemia.
    Masalah anemia/HB rendah dapat di atasi dengan pemakanan sayuran hijau,bijirin tinggi serat dan supplemen kaya zat besi

    7. Penawar Racun


    Air kelapa muda mengandungi 'asam laurat', sejenis asam yang dapat membantu melawan berbagai penyakit. Asam laurat yang cukup melimpah dalam air kelapa sama dengan yang ada  dalam air susu ibu dan memiliki kesamaan sebagai antibakteria dan antivirus, yang boleh menjaga kesihatan ibu dan bayi daripada virus berbahaya seperti herpes dan HIV, dan pelbagai jenis jangkitan bakteria.



    Aug 17, 2015

    Aug 14, 2015

    5 Cara Anak Tidur Tanpa Tangisan

    Adakah anak anda mengalami masalah untuk tidur?
    Adakah anak anda perlu di paksa setiap kali mahu tidur?
    Adakah anak anda tiada "suis penutup"? Bermain sehingga melawan kepenatan dan boleh terlelap.

    Tidur adalah satu tabiat dan kanak-kanak boleh mempelajarinya.Mereka perlu di ajar sejak kecil kerana ia mengambil masa untuk memperolehi tabiat ini.



    Berikut adalah cara-cara supaya anak anda dapat tidur dengan sendiri:


    1. Mula awal

    Penyediaan untuk tidur sebaik-baiknya bermula selepas waktu senja kerana anda tidak pasti bila anak anda akan mula tidur. Pastikan anak anda telah mengambil makan malam sebelum maghrib.Jika anda pulang lewat daripada kerja,jangan paksa anak anda untuk terus tidur - bacakan 1 buku untuknya. Bermula awal juga boleh membantu anak anda menetapkan waktu biologinya. Ia akan menjadi lebih senang jika ianya telah ditetapkan.


    2. Rutin,rutin,rutin!

    Amalkan rutin yang sama setiap hari jika boleh. Makan malam,mandi,cerita,cium,peluk,doa,tutup lamu,tutup mata, Pastikan rutin yang tidak terlalu banyak kerana ia boleh melambatkan waku tidur.
    Pastikan anak anda boleh tidur dalam keadaan aman,tenang dan boleh diramal. Jika set masa pukul 9 malam untuk tidur,pastikan masa yang sama setiap malam supaya mereka faham.


    3. Tidur petang adalah bagus

    Untuk kebanyakan kanak-kanak,tidur petang selama 45 minit - 1jam boleh mengelakkan mereka kurang meragam pada waktu malam. 


    4. Udara segar adalah bagus

    Pastikan anak anda mendapat senaman di luar setiap hari. Kanak-kanak tidur dengan lebih baik jika mereka dapat bermain di luar. Namun,jangan anda lakukan ini sejam sebelum masa mereka tidur, Ini akan membuatkan mereka lebih aktif


    5. Buat anak-anak selesa

    Mandian air panas dan memakai pakaian tidur yang selesa membantu anak anda dengan selesa. Pastikan bilitk tidur tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Anda juga boleh memasang cd zikir atau muzik yang menenangkan untuk memberi mood yang baik.


    Semoga perkongsian ini dapat bantu ibu-ibu tidurkan bayi dan anak-anak yang sedang membesar dengan mudah:-)


    Sumber: majalah mami baby