Mar 31, 2015

detoks badan untuk kekal sihat dan langsing

Anda pernah tak mengambil set diet kurus tapi badan still sama..tak turun pun berat dan inci pun langsung takde..haa,ini menunjukkan badan anda memerlukan detoks atau menyingkirkan toksin dari badan.




Sekiranya badan kita penuh dengan toksin,penyerapan zat mineral dan vitamin yang diambil tidak dapat diserap semaksimum dalam badan kita.Oleh itu,penting kita melalui proses detoks ini dan membuang segala toksin-toksin terkumpul sejak kecil..

Dari mana datangnya toksin??

Toksin dalam badan boleh terkumpul hasil daripada pemakanan kita.Pemakanan yang mengandungi pewarna,bahan pengawet mudah menjadi toksin di dalam badan kita.Bayangkan jika berusia 40 tahun dan mengambil pemakanan yang banyak pengawet,bahan pewarna,berapa banyakkah agaknya sisa toksin yang tersimpan dalam badan kita??

Toksin juga boleh disebabkan oleh pencemaran udara,kosmetik,radiasi X ray dan pelbagai lagi .

Kini terhangat di pasaran adalah air detoks/jus detoks yang enak dan boleh di buat sendiri dirumah..

Bahan-bahannya juga sangat mudah dan murah..Boleh diminum setiap hari atau 2 kali seminggu untuk nyahtoksin dalam badan..







Selain daripada jus detoks yang enak ini,supplemen bersesuaian seperti set detoks shaklee ini boleh membantu anda singkirkan bahan buangan toksin daripada badan:


💡 Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan digelar ‘Raja Segala Tumbuhan’. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.      
                                     
💡 DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati

💡 Garlic  Complex (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh

💡 Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi – daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver’s. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit


Sekiranya anda ingin detoks dengan Alfafa Complex pastikan anda mengambil air kosong secukupnya supaya tiada masalah sembelit berlaku.

Bagi perokok,amat penting dan sangat penting detoks untuk anda!!

Pengalaman kawan saya,suaminya mengambil DTX complex sehingga demam kerana proses pembersihan hati yang kita tahu merokok memang boleh menyebabkan masalah kepada jantung,hati dan paru-paru..Saya nasihatkan sekiranya anda seorng perokok,keraplah membuat detoks ini dan rajin juga mengambil vitamin c tambahan disebabkan vitamin c mudah musnah kepada rokok.


Detoks perlu di lakukan setiap hari dan berterusan demi memastikan badan kita bebas daripada toksin dan sentiasa sihat dan cergas sepanjang hari..



Sekiranya anda berminat untuk dapatkan supplemen detoks ini boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan pembelian..



SMS/WHATSAPP: SUE 016 358 9018
COD AREA: BANGI,KAJANG,CYBERJAYA
POS LAJU/GDEX SELURUH MALAYSIA


Mahu Penjimatan Produk Shaklee sehingga 25% daripada harga pasaran??

Ketahuinya di SINI







Mar 29, 2015

Asma/Athma: Pengalaman Mengerikan dan Cara Merawat Asma tanpa Bantuan Inhaler Lagi

Bercerita kisah asma atau lelah ni,ia menjadi satu igauan buruk buat penghidap asma..Ramai penghidap asma tak jemu berusaha mencari cara merawat asma yang terbaik untuk mengurangkan masalah ini dari berlarutan..Saya juga mengalami masalah asma dan alhamdulillah kini beransur bebas dan jarang-jarang sudah terkena serangannya..Syukur Alhamdulillah..





Saya terkena serangan asma buat pertama kali dalam hidup selepas kelahiran anak kedua.Saya tidak mempunyai keturunan atau sejarah keluarga yang mempunyai asma..TIDAK ada keturunan langsung baik belah arwah ayah atau arwah emak..Saya rasa ia mungkin kesan daripada pengambilan pil perancang..Wallahua'alam
..

Saya masih ingat lagi,ketika anak kedua saya berusia 6 bulan,saya mendapat serangan asma yang sangat teruk.Ketika itu saya dan suami bercuti ke Samporna Sabah. Kritikalnya saya ketika itu,saya tidak mampu berjalan jauh..Bayangkan saya berjalan 1KM,saya sudah tercunggap-cunggap seperti orang berlari 4 pusingan padang.Percutian saya ketika itu sungguh mengerikan dan langsung tidak menyeronokkan. 

Saya tidak mampu berjalan jauh,saya batuk sepanjang malam tidak dapat tidur dan paling menggerunkan saya kerap terkencing ketika batuk teruk dan ketika asma menyerang..Allah sahaja yang tahu ketika itu betapa seksanya jiwa..Tapi ketika itu saya tidak tahu dan langsung tidak tahu itu adalah tanda-tanda serangan lelah@ asma..Saya tidak sempat ke klinik dan hanya mengambil ubat batuk biasa sahaja.

Memandangkan saya tiada keturunan asma,doktor pun tidak menganggap ia adalah masalah asma kerana jarang sekali seseorang terkena serangan asma ketika sudah dewasa dan 1 daripada 100 kes terpencil adalah seperti saya yang tidak mempunyai sejarah keluarga penghidap asma.



Salur pernafasan penghidap asma yang sempit dan mengecut



Saban bulan,asma saya kerap menyerang..Kadang-kadang baik selepas saya mendapat rawatan nebulizer..berulang kali jugala saya mendapat rawatan asma ini sehinggakan doktor meminta saya membuat X-ray bagi memastikan saya tidak mengalami kerosakan paru-paru.Alhamdulillah saya bebas dari masalah paru-paru dan semasa itu suspek bronkitis di sebabkan saya batuk terlalu lama.
Image result for inhaler

Saya mula mengenali Inhaler..Doktor memberikan 2 jenis inhaler kepada saya..1 berwarna biru yang perlu saya ambil setiap 4 jam dan apabila memerlukan dan 1 lagi berwarna kelabu yang perlu saya pakai selalu walau tidak terkena serangan asma. ubat-ubatan kekadang sampai 5,6 jenis yang perlu saya makan mengikut turutan..



NGERI!!!Memang saya rasa saya seperti hidup ini sungguh menyeksakan ketika serangan asma..Bayangkan naik tingkat 1 sahaja saya seperti orang berlari 4 pusingan padang..Desiran kuat pada bahagian dada dan sangat menyenakkan perut..Malam-malam tidak dapat tidur lena seperti orang lain..Pernah ketika serangan ini saya hanya mampu bersandar di bahu katil dan memandang cemburu suami yang lena di sebelah saya!

tetapi Allah Maha Adil,Dia memberikan saya nikmat kurang sihat ini supaya saya tidak jemu berusaha untuk mencari rawatan walaupun pada asalnya saya hanya berserah pada Nebulizer dan ubat-ubatan steriod sahaja untuk mengurangkannya.

Saya pernah juga mengambil rawatan homopathy dan ia memang mengambil masa berbulan-bulan untuk hilangkannya..Ketika mengerjakan ibadah umrah,saya pun turut minum susu segar unta yang katanya baik untuk penghidap asma dan saya juga membeli hati unta kering dan makan ketika sampai di Malaysia..

Namun selepas saya terjebak dalam Shaklee,saya rutin mengambil minyak ikan Omega Guard,Vita C Plus,Nutriferon,ESP,Garlic Complex dan ostematrix..Inilah supplemen yang saya ambil tanpa henti bermula serangan asma saya..paling saya jatuh cinta adalah pada Omega dan Vitamin C yang banyak membantu menguatkan paru-paru saya dan ia amat membantu mengurangkan keradangan ketika asma..Ia juga membantu saya merawar asma tanpa bantuan inhaler dan pil ventolin lagi.


Itu kisah saya..Alhamdulillah sejak bersalin anak ke 4,last saya kena serangan asma ketika 36 minggu kehamilan.Doktor di KPMC sangat risau dan memberikan saya beberapa ubat dan mengambil Nebulizer untuk mengurangkan risiko saya bersalin..Alhamdulillah kemudian saya amalkan Omega dan supplemen lain seperti di atas sehingga sekarang dan saya bebas dari masalah asma..Jika saya batuk,saya cepat-cepat recover minum air suam sebanyak-banyaknya bagi mengelakkan masalah buruk terjadi.

Itu kisah saya..Saya mengharapkan saya bebas terus daripada masalah asma ini..insyaallah..Saya pasti anda yang mengalami masalah ini turut sama merasai keperitan..


Brother dalam video ni pun hadapi asma kronik juga..Namun kasihnya seorang isteri dapat membantu beliau bebas daripada serangan asma malahan tidak perlu bergantung kepada inhaler lagi..



Anda alami masalah sama seperti saya atau brother di atas??


Sekiranya anda ingin mencuba supplemen,saya sarankan anda mengambil set asma ini iaitu:


1) Omega guard


ubat asma shaklee


- Kaya dengan minyak Omega 3 yang bantu mengelakkan keradangan

- membantu menguatkan sistem imun

Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang terjaga.


- Minyak Ikan Terbaik Di Dunia di mana ia mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Omega Guard (Asid lemak Omega-3) Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo. 

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3. Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.


Image result for omega shaklee untuk asma


2) Vita C Plus




Peningkatan Sistem Imun 

- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,    membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
- mempertingkatkan alergi hidung dan kulit , asthma
- Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom batuk dan selesema.


3) Nutriferon


  • Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.


  • Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  • Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Selain daripada pengambilan supplemen,untuk mengelakkan dari serangan asma berulang dan bertambah teruk,penghidap asma perlu mengetahui punca utama atau pencetus kepada terjadinya asma ini.. Anda perlu berhati-hati dan perlu sentiasa alert kepada:

  • cuaca sejuk
  • habuk,debu
  • alahan pada bulu binatang
  • Cuaca jerebu,udara kurang sihat
Bagi memastikan anda kekal sihat dan bebas daripada serangan asma,pastikan juga anda cepat-cepat mendapat rawatan doktor sekiranya mengalami masalah batuk dan selsema bagi mengelakkan keadaan makin buruk.

Testimoni Omega Shaklee


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai set asma ini boleh hubungi saya untuk konsultasi @ order..


Insyaallah saya ingin bantu anda bebas daripada masalah asma ini tanpa bergantung kepada penggunaan Inhaler lagi..Cepat bertindak sebelum serangan asma semakin teruk dan kos hospital meningkat setiap bulan...

Hubungi:


SMS/WHATSAPP: 016 358 9018 (SUE)
FANPAGE: https://www.facebook.com/impianzshoppe
COD : Kajang,Bangi,Cyberjaya
Poslaju/GDEX seluruh Malaysia




Mar 26, 2015

PETUA BAHAGIA: BANGKITKAN PERASAAN GEMBIRA

Tips menarik yang boleh kita amalkan untuk rasa bahagia dan gembira selalu:



1. BANGUN AWAL PAGI. 

Bangun awal pagi dan tidur awal akan membentuk rutin yang positif untuk badan dan fikiran. Kita akan lebih bertenaga, segar dan bersemangat sekiranya bangun awal pagi. Buka tingkap dan pintu serta nikmati cahaya matahari yang pertama menyinari bumi. Ia umpama kekuatan yang dibina untuk kita menghadapi jam-jam seterusnya yang lebih mencabar.

2. BERSENAM SETIAP HARI. 

Ini yang paling sukar tetapi kesannya sangat bermanfaat. Bersenam bukan hanya baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga memberi kebaikan kepada minda kita yang penat berfikir dan menghadapi masalah. Bersenam memudahkan kita rasa gembira. Bersenam juga membuatkan kita tidur lebih lena. Ya, tidur lena adalah aspek penting mendapatkan hari yang lebih sempurna, bertenaga dan menggembirakan.

3. ‘UPAHLAH’ DIRI SENDIRI SELEPAS PENAT BEKERJA. 

Ia mungkin minum kopi sendirian di sebuah kedai kopi sambil membaca akhbar. Boleh saja minum kopi atau teh peppermint di kerusi taman rumah anda atau jendela sambil merenung pemandangan alam sendirian.

4. BELAJAR PERKARA BARU. 

Percayalah, sekiranya anda mempelajari cara membuat cucur badak yang sedap kemudian menikmatinya bersama orang tersayang, ia menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan.

5. MERANCANG SESUATU YANG BARU SEBAGAI CABARAN KEPADA DIRI SENDIRI. 

Jika sekarang bersenam seminggu sekali, cuba pula buat seminggu dua kali. Perkara ini akan menggembirakan hati apabila kita berjaya melakukannya. Tidak salah mencuba!

6. SELALULAH MENOLONG ORANG WALAU SEKECIL MANA PUN. 

Membantu dan menceriakan orang lain memberi kegembiraan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bukan hanya kewangan tetapi tenaga, sedekah lauk-pauk dan lain-lain lagi.

-Datuk Dr Maznah Hamid-

Mar 25, 2015

TESTIMONI SHAKLEE: 6 Kisah ibu-ibu hebat kekal cergas dan bertenaga dengan shaklee

Jika di google,banyak rupanya testimoni pengguna yang menggunakan produk shaklee.Ada testimoni set kulit cantik,set kurus,set hamil,set bersalin dan pelbagai lagi..

Alhamdulillah anda membuat pilihan yang bijak kerana produk shaklee adalah selamat,semulajadi malah ia bebas bahan kimia,pengawet,pewarna dan perisa..





Hari ini saya nak share beberapa video menarik iaitu pengalaman beberapa orang ibu hamil dan menyusu yang berpuas hati dan mendapat kesan baik hasil pengambilan set kehamilan,set berpantang dan set menyusu..


Sinonim ibu hamil yang sering letih,lesu,masalah HB rendah,sembelit dan juga tidak kurang ada yang mengalami masalah darah tinggi dan kencing manis ketika hamil.Namun dengan supplemen shaklee mereka berjaya atasi..Alhamdulillah..



#1) IBU HAMIL BOLEH MENDAKI TANGGA TINGGI CANDI BOROBUDUR


Haa,,jangan ingat ibu hamil ni tak larat dan lesu je tau..apatah lagi kalau dah masuk Trimester 3,perut makin memboyot ke depan..Ketahui apakah tips Puan Ainul kekal cergas dan bertenaga sepanjang kehamilannya..Jom tengok video di bawah:






#2) BERTENAGA DAN KUAT SEMASA BERPUASA WALAUPUN HAMIL


Ada ibu-ibu yang bila berpuasa ni takut je nak berpuasa,takut tak larat..takut bayi duk menendang-nendang minta makanan kan..haa jom tengok video ni pula bagaimana Puan Haridah yang dah berusia 40 an mampu berpuasa sehingga habis..sangat best!!






#3) MASALAH HB RENDAH TIADA LAGI SAMPAI NURSE SENDIRI TERKEJUT!


Ramai ibu yang mengeluh semasa hamil kerana HB rendah! Masalah ini menyebabkan nurse dan doktor terus cop tanda di buku merah dan nasihat berbakul-bakul supaya menjaga pemakanan dengan baik..Memang sangat penting HB ini bagi mengelakkan risiko buruk terjadi pada ibu dan bayi..Ketahui bagaimana Puan  Aya Chalo dapat atasi masalah HB rendah walau sebelum itu ( kehamilan) sebelumnya pun beliau ada masalah sama dan nurse pun terkejut apabila beliau bebas dari masalah HB rendah lagi..Jom sama-sama tengok video ini..






#4) TURUN 20KG SELEPAS BERSALIN!!Wow!!!



Bestnya..bukan mudah nak turun berpuluh-puluh kilo lepas bersalin ni..apa lagi jika ibu menyusu yang sinonim dengan cepat lapar dan takut bayi tak kenyang jika ibu berdiet.Ketahui bagaimana Puan Salwa dapat turunkan berat badannya dengan mudah







#5) SUSU MENCURAH-CURAH SELEPAS BERSALIN DAN DAPAT MENGUMPUL STOK SUSU BAYI DENGAN BANYAK



Ramai ibu berkerjaya risau dan stress apabila start je bekerja susu badan makin susut dan stok susu pun makin berkurangan..Ketahui tips dan cara bagaimana Puan Wahida dapat mengekalkan keperluan susu badan untuk bayinya dan tidak perlu rungsing lagi mengenai stok susu anaknya..Malah beliau dapat bekerja dengan senang hati,


Jom ketahui rahsia beliau di video berikut:







#6) MENYUSU BAYI PRAMATANG MEMANG MENCABAR!! APA YANG PERLU IBU BUAT? 



Tahniah buat semua ibu yang hebat. Jika ibu ada melahirkan bayi pramatang lagilah hebat dan sudah pasti ia lebih mencabar. Ikuti pengalaman Puan Hidayah yang melahirkan bayi pramatang tetapi beliau masih mampu menyusu bayinya..Ikut kisah beliau di video di bawah




Haa..best tak video-video ibu kat atas?? tak semestinya apabila ibu hamil,berpantang dan menyusu tak boleh aktif dan bertenaga kan,,



Yang pasti produk shaklee selamat dan sesuai untuk kegunaan ibu bermula dari hamil,berpantang sehinggalah menyusu,,Sekirannya ibu mengambil set kehamilan shaklee,ibu boleh teruskan makan supplemen tersebut sehingga selepas bersalin dan menyusu, Ini juga boleh menjimatkan wang ibu0ibu kan..Haa..al maklum zaman GST ni semua nak kene berjimat cermat..tapi jangan lah terlalu kedekut untuk kesihatan pulak..lagi-lagi ia sangat penting untuk kesihatan  ibu dan bayi kan..


Set ibu hamil,berpantang dan menyusu ni sangat-sangat saya rekemen pada ibu-ibu semua..Saya sendiri pun dah mencuba dan rasai sendiri perbezaannya,,

Memang bertenaga sepanjang hamil,dapat berpuasa penuh sepanjang ramadhan,dapat berpantang sendirian dengan bantuan suami,bebas masalah sembelit dan stok susu menimbun-nimbun sebelum mula bekerja..Alhamdulillah semua dengan izinNya..syukur ya Allah..

Jadi jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan mana-mana set kehamilan,set berpantang atau set menyusu bolehlah hubungi saya segera. Setiap pembelian akan disertakan cara makan yang betul dan pelbagai tips menarik bakal saya kongsikan untuk ibu-ibu semua.



Jom ibu-ibu hubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan mana-mana produk sesuai dan saya akan bantu ibu untuk menikmati kesan baik seperti saya rasai.Insyaallah..


Hubungi saya seperti berikut:





Kisah Penjual Bunga dan isterinya yang sungguh meruntun hati

Catatan dari seorang sahabat,Pn Nurhaslaily.Saya rasa sungguh meruntun perasaan..Bahagianya memiliki suami yang sangat mementingkan dan menjaga amanah,si isteri sebaik-baiknya.





Petang semalam adik ipar telefon untuk buat sambutan hari jadi mak lebih awal. ‘Surprise’ untuk mak !
Masa suntuk lepas kerja, jadi kami terlintas mahu beli bunga, dari abah untuk mak.
Kami singgah di sebuah kedai bunga di PKNS. Waktu kami tiba, kedai tersebut tertutup rapat dan ada label, 'KELUAR HANTAR TEMPAHAN'. Bila encik suami soleh toleh ke belakang, rupanya pakcik kedai tersebut baru kembali. Terus dibuka kedai dengan senyumannya dan sapaan mesra seperti selalu.
"Ye bang, bunga dah tak berapa ada. Dah petang. Ni je yang ada." Kami melihat pilihan yang ada, memang terhad.
"Nak beli untuk apa?" Pakcik bunga terus bertanya. Belum sempat kami jawab dia dengan gembiranya tunjukkan satu kertas pada saya.
"Hari ni anniversary pakcik ke 40. Pakcik tak ada apa nak bagi pada makcik. Pakcik bagi ni je". Saya terpaku melihat slip simpanan wang Tabung Haji berjumlah RM30,000 yang sudah rapi di laminate. Ini benar-benar ‘surprise’ Allah pada kami.
Tanpa lengah, yang ada dalam fikiran hanya pegang smartphone. Terus minta izin untuk ambil gambar slip tersebut sambil pakcik tergelak-gelak melihat gelagat saya.
"Ada orang datang kedai nak cari hadiah 15 tahun anniversary. Tapi tak tahu dah nak bagi apa pada isteri. Kadang-kadang pilih yang paling biasa-biasa sekali. Pakcik bukan nak paksa-paksa beli tapi sebab dia tak rasa yang ini....."
Sambil menunjukkan buku-buku di sudut depan kedai atas meja kecil. Di situ ada 6 rekod kesihatan yang telah dibukukan. Ditunjuknya satu per satu rekod kesihatan isterinya. Kanser tangan, kanser perut, batu dan besi dalam gall bladder dan mcm² lagi. Ini kejutan kedua untuk saya yang melihat.
Saya melihat satu demi satu rekodnya. Terdiam. Sepanjang hayat saya ini pertama kali saya lihat seorang lelaki menyimpan rekod kesihatan isteri dengan cukup tersusun, kemas dan sangat lengkap. Gambar-gambar disusun elok, keputusan pemeriksaan, resit pembayaran, perincian setiap satu beserta tarikh dan masa dengan catitan kemas. Bahkan dilaminate elok setiap laporan itu. Tambah lagi disimpan di tempat kerja pula.
“Macam mana pakcik tak sayang makcik. Kedai ni pun kedai dia. Pakcik tolong jaga saja!” sambil menudiang jari telunjuknya kepada sijil perniagaan yang ditampal di dinding kedai dengan nama isteri beliau.
“Dia jaga pakcik, dia uruskan pakcik. Setiap masa pakcik doa, YA ALLAH PANJANGKANLAH UMUR DIA, AKU SAYANGG DIA”. Dada saya sudah sebak.
“Ini gambar pakcik dengan makcik. Celebrate berdua di rumah masa berhenti kerja nak jaga kedai ni”. Mata saya terus menangkap gambar yang ditampal di dinding kedai. Sederhana tapi bermakna.
Diambilnya pula album gambar, ditunjuk dan dibelek satu persatu gambar rumahnya. “Makcik suka bunga, tauke bunga kan. Tapi pakcik tahu dia suka, pakcik bagi selalu beri bunga hiasan di rumah. Beri apa dia suka. Dia suka duduk di dapur, bagi dia hias cantik-cantik dapur, dia nak duduk situ. Tapi kita suami kena la support, bagi dia duit untuk dia hias elok-elok.”
Saya dan encik suami soleh pandang satu sama lain. Tak terkata. “Rumah kami kecil je, rumah teres biasa je. Tapi makcik baik tak minta macam-macam, bukan setiap tahun tukar perabot. Dia cakap, ikut abang la”. Jauh disudut hati saya merasakan betapa pakcik ini sangat menghargai isterinya. Melihat gambar rumah beliau, menyakini perkata yang dituturkan.
Ada macam-macam gambar pakcik dan makcik yg disimpan dalam kedai. Sesuatu yg sukar dilihat pada lelaki kebiasaan. Bahagia bercerita tentang kebaikan isteri pada orang yang tidak dikenali dan menyimpan pelbagai kenangan bersama isteri dengan sgt baik.
“Ha nak bunga yang mana bang? Banyak pakcik merepek macam-macam. Dan umur macam ni, rasanya ni la penamatnya pakcik dapat bagi ni pada makcik. Setiap kali ada duit pakcik masuk tabung haji dia, dia tak tahu pun”. Hati rasa berkaca-kaca.
En suami soleh bersuara “40 tahun. Kami baru 7 tahun”. Pakcik terus jawab, “ Alhamdulillah, agaknya pakcik tak sempat nak wish abang sampai anniversary ke 40. Umur pakcik dah 60 lebih. Dah masuk kubur kut masa tu”. Aduhai hati, bertabahlah.

“Bang, nak bagi sapa bunga ni”

Kami jelaskan, mencari bunga untuk hari jadi mak. Pakcik jawab, “Saya kalau dengar orang nak bagi bunga pada mak… Allah...”
En suami buat pilihan dan pakcik kemaskan gubahan tersebut. “1,2,3,4,5,6,7. 7 kuntum ros! Maksudnya I MISSED YOU SO MUCH !” ulas pakcik pada saya sambil tergelak-gelak.

“Maaflah layan pakcik cerita macam-macam. Hari ni hari special. Tak ada orang nak cerita, cerita pada customer je la. Abang ni pula baik, layan je pakcik”.

Mata saya sudah berkaca-kaca. Sebelum empangan pecah, saya keluar dari pintu kedai. En suami dan pakcik bersalaman dan berpelukan. Kedua-duanya mata merah berair. Jelas diraut mukanya sedang gembira untuk berjumpa makcik. Persiapan dan makanan telah siap ditempah untuk sambutan malamnya. Anak cucu juga akan berkumpul. Semua dirancang tanpa pengetahuan makcik.
Sebelum kami beredar, pakcik panggil saya masuk. “Sempena anniversary pakcik, pakcik mintak izin pada cik abe ni, pakcik bagi bunga ni sebagai hadiah”.

Saya hanya mampu ucap terima kasih dengan air mata yang mencurah-curah. T_T
Pakcik bunga ini gayanya seperti seorang rockers. Rambutnya panjang, pakaiannya juga brutal. Tapi pertemuan kali ini benar-benar menjentik jiwa muda kami. Ceritanya ikhlas, sampai ke hati. Kita sering lupa menghargai orang yang paling kita sayang. Ikhtibarnya berbeza-beza pada siapa yang berfikir.

Bila ke kedai bunga, mata kita terus tertangkap dengan harga paling murah. Tapi pakcik ini mengajar satu pelajaran. Berilah yang sehabis baik, seikhlas mungkin untuk orang yang paling kita sayang pada setiap masa yang Allah beri peluang!

Ya, betul ! Bila 7 kuntum ros itu sampai ke tangan mak. Berjuraian air mata mak. “Terima kasih! Pertama kali dapat bunga sepanjang hidup”, itu kata-kata yang keluar dari mulut mak.
Dan saya benar-benar rasa sebak dan terpukul !

Mar 24, 2015

Kenangan indah kampung halaman

Rindunya pada kampung halaman..rindu pada bunyi ombak yang menghempas pantai..

Kampung Halaman yang sentiasa dihati walau sekarang dah jadi anak kota..

tempat lahir lagikan dikenang..


Credit: FB nasirzehni mohamed

Mar 23, 2015

Kulit cantik dengan ESP Shaklee

Promosi ESP tinggal lagi 6 hari untuk bulan Mac ini..Alhamdulillah ramai customer sue rembat ESP bulan ni..ada yang dah cuba ESP bulan lepas dan happy hasilnya sangat memuaskan..so bulan ni alang-alang dah promo terus grab 2 tong ESP dapatla jimat 5% dari harga pasaran,


Sue dah minum ESP ni hampir 2 tahun kot..dah ade 7,8 canister habis kat rumah ni..Macam-macam boleh buat dengan tong ESP yang dah habis guna ni..Buat tabung,bekas pensil,letak barang-barang dapur (gandum,gula dll)..So kalau anda dah cuba ESP ni dan dah minum sampai habis jangan buang tau..Boleh guna balik macam sue buat ni..Kalau nak bercucuk tanam dalam tu pun boleh:-)


Ok,just nak share beberapa testimoni ESP lagi..Memandangkan ESP ni memang laris dan antara produk kegilaan ramai setiap bulan..Alang-alang dah promosi ini,kalau anda peminat soya kenalah rembat 1 tong tau..daripada minum soya kat luar,sue fikir baik minum soya non GMO ni..Selamat dan takdelah takut-takut kata kene ekzema la,kena kanserla..Nauzubillah..




1 tong soya ESP di hasilkan daripada 30KG Soya yang bermutu tinggi. Memang Shaklee jaga betul-betul proses penghasilan soya non GMO ni..Pelbagai manfaat ESP untuk kesihatan diri dan keluarga..Ramai ibu ambil untuk menjayakan penyusuan bayi tapi bestnya dalam masa sama dapat BONUSkulit makin cantik,parut strechmark makin pudar,parut jerawat pun dah makin hilang,rambut pun dah tak gugur,berat badan menurun dan pelbagai lagi.









Lagi Testimoni ESP yang menarik di SINI


Bulan ni promosi beli 6 ESP FREE 1 lagi..jimat RM150 tau..best lagi dapat pulak FREE MEMBERSHIP..dan best lagi bulan depan shaklee bagi balik rebate tunai dalam akaun bank..haa amacam?? sambil minum dapat hasil tuaian untuk bayi,kulit cantik dan dapat lagi duit..best tak??


So saya nak ajak anda semua pakat-pakatlah beli dengan kawan-kawan,adik-beradik ke..dapat beli 6 at least 1 dah dapat kat anda percumakan?? lagi-lagi dekat nak puasa ni kan,ESP sangat membantu memberi tenaga ketika berpuasa dan juga berikan perut lebih kenyang..takdela ibu-ibu melepet je seharian lesu kan..

Ok,banyak lagi sue nak share dengan anda semua..Dalam group whatsapp customer pun sue selalu share macam-macam info dengan customer2 yang dah buat pembelian dengan sue sahaja..

Ada yang response bestlah minum ESP ni macam-macam resepi boleh cuba..ya..anda boleh cuba macam-macam resepi tau dengan ESP ni..gerenti syok dan habis minumla:-)





Jom!! jangan tunggu lama-lama..dapatkan segera ESP untuk keperluan diri anda sekeluarga..

LEBIH SIHAT
LEBIH BERTENAGA
LEBIH PEKAT PENGELUARAN SUSU BADAN
LEBIH CERAH DAN GEBU
PARUT MAKIN PUDAR
STRECHMARK MAKIN HILANG
RAMBUT DAH TAK GUGUR
GASTRIK PUN MAKIN HILANG



Dan pelbagai lagi bonus anda akan dapati daripada minuman ESP special ini..

Jom tengok video di bawah ni,seorang pengguna sangat seronok rambutnya dah tak gugur lagi lepas amal mengambil suplemen shaklee terutamannya ESP!




dan video ini pula sharing dari puan yang mengalami masalah gastrik kronik bertahun-tahun lamanya akhirnya hilang selepas amalkan supplemen shaklee yang salah satunya juga dengan pengambilan ESP



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja?



Bestkan ESP ni..anda patut cuba dan rasai perubahannya..

Jom hubungi saya segera untuk order dan konsultasi..Setiap pembelian akan di sertakan bersama shaker dan resepi ESP


hubungi:


SMS/WHATSAPP 016 358 9018 (SUE)
COD AREA : KAJANG / BANGI / CYBERJAYA
POS LAJU/GDEX SELURUH MALAYSIA



Segmen Blogwalking #Part3

Assalamualaikum..

jom sama2 join..

Mar 22, 2015

Seminar Komunikasi Bahagia bersama Pak Utih

Assalamualaikum..


Sharing sedikit seminar yang saya hadiri semalam,seminar komunikasi Bahagia 3.0 Anjuran Bangi Bandar Ilmu dan Persatuan Generasi Prihatin ( GenP) yang telah berlangsung semalam 21/3 di Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi..



First time hadiri ilmu dari Pak Uteh membuatkan saya teruja kerana saya tahu ilmunya cukup meluas dalam bidang komunikasi suami isteri dan saya percaya hadirin yang hadir sangat seronk mendapat ilmu ini. 

Membawa tajuk 'Kita berbeza tetapi bahagia' di kupas begitu baik oleh Pak Uteh. Pertama kali selepas 9 tahun hidup bersama suami,saya baru tahu dan faham ragam dan gaya orang lelaki/suami:-)

Seminar ini di selangi beberapa video yang memudahkan kami untuk faham. Gaya santai dan bersahaja Pak Uteh membuatkan kami sering ketawa 



Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan

 Lelaki suka;
(1) gadget, machine, kereta, dan tengok perkara-perkara yang bergerak.
(2) objektif, simple, cepat dan menyelesaikan masalah
(3) jadi hero, dihormati dan dipercayai dan menjadi rujukan.
(4) diam dan berfikir sebelum bercakap
(5) one topic at a time
(6) one action at a time
(7) no news, silent, means good news
(8) cerita kelakar, action dan misteri
(9) cakap ape di hati
(10) maintain je setting
(11) makan,main,tido
(12) tengok zoom, jauh, xkesah ape sekitar dia, yg penting semua selamat dan matlamat tercapai.
(13) decisive, objective, focus
(14) isteri yang berbadan cantik dan pandai masak sedap
(15) bincang tentang ekonomi, isu semasa
(16) lihat pemandangan alam
(17) tak kesah ttg fesyen perempuan, dy minat badan je
Lelaki tak suka;

(1) dengar leteran perempuan membebel
(2) dapat soalan subjektif, jawab soalan kenapa kenapa kenapa
(3) gangguan bunyi yang banyak
(4) bunyi baby menangis
(5) dibandingkan dengan lelaki lain yang lebih bagus.
(6) cerita ttg kerja, keluarga, sejarah hidup
(7) dapat arahan bundle dari isteri, sepatutnya bagi satu, selesai baru beritahu satu lagi.
(8) teman/pergi/tunggu isteri shopping
mile emoticon
Perempuan suka;

(1) membaca, berkomunikasi
(2) subjective dan suka cakap terbalik dari ape yang ade di hati dan sentiase ade maksud tersirat
(3) share problem, walaupun tak selesaikan masalah
(4) berfikir selepas cakap
(5) buat pelbagai perkara serentak
(6) memahami perasaan dan keadaan orang lain
(7) setia dan menjaga semua perkara
(8) membezakan banyakbjenis ton warna dan corak warna
(9) kepelbagaian, keseronokan dan bahagia
(10) cerita romantic, emotionally driven
(11) pujian dan suami bersama isteri
(12) suami ceritakan kerja, perkara lepas, keluarga
(13) ingat kesilapan, perkara yang sedih dan gembira.
(14) wide angle view, tapi x jauh.
(15) alert warna dan fesyen, shopping
(16) dihargai
(17) suami always update bila outstation atau pergi oversea
(18) teringat rumah bila pergi oversea
(19) merajuk manje
Perempuan tak suka;

(1) panas baran, ego lelaki
(2) cemburu buta
(3) penampilan suami yg selekeh
(4) ditipu lelaki atau suami
(5) dimarah
(6) lelaki lupa tarikh
(7) masakannya tak dijamah atau dikritik x sedap

1. Anak itu lahir dgn fitrah, anak itu juga adalah kain yg putih. Fitrah dan warna ini boleh berubah dgn 3 faktor. GENETIK, PEMAKANAN, dan PENDIDIKAN. Dari ketiga tiga faktor ini pendidikan adalah pengubah yang paling kuat.
2. Lelaki ini material oriented, mereka sukakan barang. Mereka akan 'main' dgn handphone, pancing, kereta, bola, robot. Perempuan pula people oriented, mereka suka orang. Mereka akan 'main' dgn orang.
3. Otak wanita 10% lebih kecil dari otak lelaki. Lebih kecil lebih sempit, jadi darah dalam otak wanita bergerak 15% lebih laju. Sebab itu kita boleh lihat perempuan lebih laju. Otak mereka 'berlari' sentiasa. Lelaki lebih 'rileks'.
4, Otak kiri lelaki lambat matang atau lambat develop,Sebab tu mereka lambat bercakap,lambat menulis,lambat mengira..Kadang-kadang ada yang sampai usia 21 tahun baru matang.
5.  Sel-sel aktif semasa mendengar :
  • Lelaki - Kebanyakan aktif hanya sel kanan
  • Perempuan - kedua-dua belah sel telinga berfungsi dengan baik


Bagaimana suami mahu bahagiakan isteri cara mudah?
  • Always update/story dgn isteri. Isteri rasa lebih dekat, walaupun anda berbatu jauhnya. Letak reminder kat handphone kalau perlu.
  • Suami selalu tak dengar arahan atau cakap isteri. Bukan kerana pekak tapi cara isteri cakap salah. Cara yang betul adalah. 

A) beri satu persatu arahan. Ingat otak lelaki perlahan, tak seperti otak perempuan. Ibarat komputer lama dan baru. Jadi jangan bagi arahan baru kalau tugas lama sedang dibuat. 

B) kalau bertanya pandangan suami tentang tudung atau nak makan apa, jangan tanya soalan berbentuk subjektif, beri pilihan jawapan ( Objektif)

C) jika lelaki sedang buat sesuatu jangan bagi arahan, tapi jika perlu beri arahan bagi tempoh 10 minit utk lelaki tukar dari arahan A ke B. Almaklumlah, kami otak kami ram sikit je. 

D) ulang arahan. Tak perlu marah-marah.

TELINGA LELAKI sistem MONO bermaksud apabila mata dan telinga fokus serentak benda sama. Contoh apabila menonton TV,mata dan telinga di gunakan fokus hanya pada TV. Sekiranya pada masa ini si isteri ingin mohon bantuan suami,jangan terpekik-pekik atau terjerit-jerit,cukup pergi dekat padanya dan alihkan pandangannya kepada anda wahai isteri dan baru maklumkan apa bantuan yang  anda perlukan:-)

TELINGA PEREMPUAN sistem STEREO bermaksud semua benda boleh di dengari dan di jalani serentak. Mata dan telinga boleh fokus pada banyak tempat. Contoh,sambil menonton TV boleh bermain dengan anak,boleh sambil melipat kain dan lain-lain:-)

Saya baru tahu rupanya LELAKI @ SUAMI sangat STRESS mendengar BAYI MENANGIS. Jika mereka boleh bertahan dengan anak anda bermakna dia mencuba dan kasihi dia sebab dia telah meruntuhkan egonya:-) Kebiasaan 5-6 bulan pertama selepas kelahiran bayi,suami akan stress mendengar bayi menangis namun apabila ia menjadi rutin ia akan serasi kepadanya.

Perempuan suka cakap TERBALIK??

Hehe..kene atas batang hidung sendiri:p
  • Saya tak kisah maksudnya saya nak nak juga
  • Tengokla = saya tak mahu
  • Abang letih ke? = jom keluar
  • Terpulanglah pada abang = ikut aje cakap saya
  • Sedap ke mee tu bang? = nak rasa mee tu
Pak Uteh pesan kalau kita keluar makan dengan suami dan anak-anak,pastikan order makanan jenis lain-lain.Sebab kebiasaan si isteri akan 'mencuit/merasa' semua makanan yang ada.


ORANG PEREMPUAN SETIAP 10 MINIT - AUTOSAVE
ORANG LELAKI SETIAP 10 MINIT - AUTODELETE

Otak Lelaki - Mono Tracking (nipis) - jika pakai kanan dia akan pakai kanan je ,kiri pakai kiri je
Otak Perempuan - Multi Tracking (Nipis dan tebal) - macam-macam idea ada



Pak Uteh suka senyum:-)


 
okla itu sedikit sebanyak yang dapat saya share, Perkongsian beliau sangat menarik.Saya rasa dengan harga bayaran hanya RM10 sangat-sangat Valuable dan tak dapat di bayar nilainya.

Ini program kali ke 3 dianjurkan oleh GenP dengan kerjasama BBB.Insyaallah lepas ni akan menyusul pelbagai lagi aktiviti dan seminar yang lebih menarik untuk semua..

Untuk mendapat info lanjut mengenai sebarang aktiviti bolehlah like Page Persatuan generasi Prihatin


Credit: FB Persatuan Generasi Prihatin