May 27, 2014

chewable vitamin c untuk kanak-kanak

Chewable vita C-Plus 100g telah di upgrade formulanya di mana Shaklee telah menambah kandungan Citrus Bioflavanoid Complex supaya pengguna dapat kesan optimum apabila mengambilnya.Vitamin C ini adalah paling lengkap dan sangat sesuai untuk anda.




Chewable Vita C Plus


Bagi anda yang tidak suka mengambil vitamin c dalam bentuk pil,anda boleh mencuba vitamin c ni..hanya kunyah sahaja.Nikmati keenakannya seperti makan buah oren.1 biji vitamin C ni ibarat makan 1/2 biji oren. Vitamin ni boleh di ambil dari usia 4 tahun ke atas sehingga dewasa.



Chewable Vita C Plus


Khasiat Vita C Plus



  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 


Tanda-tanda kekurangan Vitamin C dalam badan:


1) Mudah tertekan
2) Kulit sangat kering dan bersisik
3) tapak kaki keras dan kasar
4) Luka lambat sembuh
5) Mudah Selsema atau bersin
6) Wajah tambah lebih tua berbanding umur kerana Vitamin C penting utk pembentukan Collagen
6) Mudah mendapat ulcer
7) Mudah demam
8) Penyakit skurvi


Jika anda inginkan vitamin C ini boleh hubungi saya.Hanya RM37.50 sahaja sebotol.1 botol ada 90 biji yang boleh bertahan sehingga 1-2 bulan penggunaan.






May 25, 2014

Rawat Buasir dengan Shaklee

Perit,pedih dan menyakitkan.

Jangan biarkan masalah buasir anda berlarutan.cepat bertindak sebelum makin parah dan menyebabkan kecederaan di usus dan pendarahan ketika membuang air besar.

Terdapat 2 jenis buasir:

Jenis buasir

1) Buasir Dalaman  - tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.Buasir jenis ini tidak merbahaya namun awas kerana teranan membuang boleh menyebabkan kecederaan kepada permukaan buasir dan menyebabkan berdarah.

2) Buasir Luaran - Kegatalan,sakit dan pedih bagi buasir ini.Jika ia tersepit dan bekuan darah akan terjadi menyebabkan anda kurang selesa dan merasa sakit.Buasir peringkat ini kebiasaan akan berulang kembali walaupun telah di rawat.


Punca-punca buasir:

  • pengambilan makanan pedas dengan kerap
  • Duduk berterusan
  • Ketegangan akibat sembelit semasa membuang air besar
  • Mengangkat benda berat
  • Cirit-birit berterusan 
  • Batuk teruk dalam tempoh lama dan berterusan

Jika anda mengalami masalah ini,anda boleh mencuba supplemen berikut untuk mengurangkan masalah buasir ini:

set buasir shaklee


OSTEMATRIX : Membantu mengurangkan masalah sembelit,memberi keselesaan dan melancarkan pembuangan air besar (pelawasan)

ZINC COMPLEX : Membantu penyembuhan luka di bahagian dalam dubur dengan cepat

OMEGA GUARD : Membantu surutkan bengkak di sebabkan tekanan ke atas  otot dubur dan kawasan sekitarnya



Jom cegah sebelum makin parah. Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen ini boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut dan konsultasi makan secara percuma









May 24, 2014

10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTERI BAGINDA

Jom para suami dan bapa-bapa sekalian,kita contohi dan ikut akhlak nabi ni.Indahnya rumahtangga anda para suami mengamalkan dan mencontohi cara Nabi ketika melayani isteri-isteri baginda.


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.


2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Ka lau Nabi berada di
rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada
kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut
wajah baginda.


5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur,‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agakgementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi akupukul lah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihiwassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’


6. Pernah baginda bersabda,’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah
lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat


7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang
sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.


8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.


9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .


10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang
bersyukur... semoga same-same kite dapat contohi baginda s.a.w



Allahuma solliala Muhammad..hebatnya baginda sehingga isteri-isteri Nabi sentiasa saling cemburu dan sentiasa ingin menjadi terbaik..


May 23, 2014

Set Puasa Shaklee bantu ibu menyusu kekal bertenaga dan susu mantain

Salam Rejab buat semua pengunjung blog ini..Tinggal beberapa hari je lagi sebelum menjelang ramadhan.Bagi ibu-ibu dan kaum wanita yang tengah pulun duk menggantikan puasa yang lepas,saya doakan semoga di permudahkan ibadah berpuasa dan semoga kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa.

Bagi ibu-ibu menyusu berpuasa mesti rungsing susu badan drop dan menyusut kan? Jangan risau ye,Insyaallah kuatkan semangat dan azam untuk terus menyusu sepanjang berpuasa dan kekal sihat dan bertenaga.


Untuk hadapi persediaan Ramadhan nanti,ibu-ibu menyusu digalakkan untuk berpuasa sunat dahulu beberapa kali sebelum mula berpuasa untuk melatih ibu dan sebagai persediaan badan untuk berpuasa.Pastinya ini dapat bantu ibu bersedia dengan lebih baik dan badan ibu pun tidak 'shock' secara mendadak.


Sepanjang berpuasa,ibu boleh mengekalkan tenaga,mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kecergasan dengan set ramadhan iaitu Mighty triple gem.



Set Mighty 3 Gems untuk berpuasa



Apa istimewanya set ini?

ESP adalah soya protein Non-GMO yang sangat membantu ibu-ibu mengekalkan tenaga,membantu ibu menghasilkan pengeluaran susu dengan cepat dan seperti biasa,mengekalkan kelembapan kulit sepanjang ramadhan dan juga membekalkan semua Asid Amino yang diperlukan oleh badan.



Performance Drink adalah minuman elektrolik yang terbukti secara klinikal membantu menyokong tahap hidrasi berbanding air.Minuman ini memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium serta memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan stamina dan tenaga.Minuman ini digelar minuman untuk sang juara kerana ia memang banyak membantu para atlit dalam mengatasi kelesuan.

Performance Orange


Mealshake pula membekalkan keperluan 24 jenis vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh badan ibu.Ia amat penting untuk tenaga,meningkatkan kecergasan dan stamina.Mealshake juga amat sesuai di bancuh kepada anak-anak yang berpuasa.Rasa vanilla yang enak pasti dapat membangkit semangat anak-anak untuk bersahur dan berbuka puasa.




Testimoni Set ini

Jom kita baca pengalaman beberapa customer yang telah mencuba set ini semasa berpuasa:



Testimoni berpuasa dengan ESP


Testimoni berpuasa dengan ESP & Performance


Testimoni berpuasa dengan ESP & Performance

Testimoni berpuasa dengan Performance

Testimoni ESP,PD berpuasa



Bagi ibu-ibu dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba boleh hubungi saya untuk pesanan ye.Insyaallah set ini boleh bantu ibu tunaikan ibadah puasa dengan baik dan lancar.Juga bagus untuk minuman seisi keluarga sepanjang berpuasa nanti.


Untuk dapatkan harga ahli yang lebih jimat sehingga 30%? jom join keahlian dengan serendah RM75 sahaja-->Keahlian Shaklee


Hubungi saya jika anda berminat atau ada sebarang pertanyaan lanjut:




May 21, 2014

Cara Marah Anak dan jadikan anak hormat kepada kita

Anak membesar memang sangat banyak ragamnya.Setiap anak ada pelbagai karekter sendiri yang memang kadang-kadang memeningkan kepala kita ibu bapa juga.

cara marah anak

Beberapa perkara yang perlu di ambil berat ketika marah anak:

1- Tegurlah perbuatan bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ' Kamu ni memang jahat!' kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,' Janganlah berperangagai tidak baik macam tu...sayang anak yang baik'
2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.
3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maximum.
4-Bila marah gunalah sandwich method. Ibu dah terangkan cara ini sebelum ini, nanti Ibu akan terangkan sekali lagi.
5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakan kasih anda.
6- Elaklah mengatakan kata-kata begini.."mak marah ni sebab mak sayang..' semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.

Menggunakan SANDWICH METHOD dalam memarahi anak

Tujuannya ialah supaya jati diri anak tidak tercalar. 

Anak mudah memproses kata-kata kita dan menerima sebab kita memberikan sangkaan yang baik. 
Apa yang bukan mengenai method ini ialah ia BUKAN untuk kita manipulate atau reverse psychology.

Cara

1- Ingatkan anak akan kebaikan yang telah dia lakukan.
2- tegur PERBUATAN yang salah itu.
3- Beri harapan bahawa dia boleh membetulkan diri.

Contoh:

Malas menolong.

'Hari tu kan, Mama happy sangat sebab sayang tolong mama angkat barang berat tu. Tangan sayang kecil lagi tapi sayang kuat. Happy sangat mama rasa. Itulah sebabnya Mama sedih sikit hari ini sebab sayang tak mahu kemaskan katil sayang ni. Perbuatan menyemak bilik ni tak baik, sebab nanti banyak pest, udara tak segar. Memanglah kadang-kadang kita letih. Dan mungkin sayang letih sekarang ni. Okay, mama bagi 10 minit untuk rehat, lepas ni mama yakin sayang boleh kemas dengan baik, macam sayang angkat barang berat tu. Sebab sayang ni suka menolong.'

Makin marah makin degil?

Ketahuilah, anak yang selalu dimarah, dilontarkan kata-kata negatif akan menjadi anak yang degil atau anak yang penakut.

Disebaliknya, anak yang sering dihargai dan ditunjukkan kefahaman dan kesabaran dengan perangainya, akan menjadi anak yang mudah untuk mendengar kata dan mudah untuk memberi kerjasama.

Namun, jika anak itu telah lama sangat terdedah dengan kemarahan, maka dia hanya akan tahu bertindak bila dia dimarah. Itulah sebabnya ada ibu bapa yang berasa putus asa bila hendak berubah kepada menjadi lebih sabar. Mereka menghadapi masalah anak tidak mendengar kata bila mereka berlembut.

Cara mengatasinya bukan dengan kembali kepada cara memarah, tetapi dengan cara bersemuka dan menyatakan kepada anak itu bahawa anda mahu mengubah cara demi kebaikan dia dan anda. Nyatakan matlamat yang hendak anda dan dia capai untuk kebaikan pertalian anda. Minta kerjasama dia. Anak mudah bekerjasama.

Jom aplikasikan teknik ini kepada anak-anak kita.Semoga kita sebagai ibu bapa pun dapat belajar menekan butang pause ketika marah.Memang bukan mudah,tapi jika selalu kita ingatkan diri kita dan amalkan insyaallah akan jadi mudah.

Credit: FB Prof. Dr. Rozieta Shaary

May 20, 2014

Kebaikan cinch shake shaklee

Anda tengah diet?plan nak kurus tapi asyik lapar je?

Jom cuba minuman cinch shake ni.Mengandungi 3 jenis perisa-vanilla,coffee latee dan chocolate.
Setiap kali anda minum shaklee cinch ni,akan mendapat 24gram protein,24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6gram serat larut.

Cinch shake


Cinch shake mengandungi soya yang bebas gmo dan merupakan sumber protein penting untuk membina otot.Otot amat penting untuk menaikkan kadar metabolisma dan membakar kalori
Makanan yang kaya dengan protein juha boleh menahan lapar yang mana boleh mengurangkan pengambilan makanan lain dan perasaaan ingin mengunyah sahaja.
Cinch mengandungi Leucine iaitu nutrisi penting untuk membantu memecahkan kitaran diet.

Faedah pengambilan Cinch:

  • Indeks glisemik 22 iaitu sesuai untuk penghidap diabetes
  • Mengandungi Leucine untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan supaya badan tidak menggeleber
  • 24gram protein memberi anda kenyang lebih lama
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
  • Tiada perasa tiruan,warna atau pemanis

Jom dapatkan cinch shake hari ni.Rasa yang lazat dan enak untuk minuman diet harian anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan cinch shake ni boleh hubungi saya seperti berikut.


May 18, 2014

Tips stok susu melimpah ruah bagi ibu bekerjaya

Hari ni saya berminat nak cerita mengenai Penyusuan susu ibu di kalangan ibu bekerja.Rata-rata ibu bekerja sangat risau stok EBM tidak mencukupi untuk bekalan kepada bayi sepanjang kerja dan ada mula risau stok akan merudum bila sudah bekerja nanti.




Saya nasihatkan ibu-ibu yang berkerjaya,tolong buat stok susu ketika ibu dalam pantang.Ambil peluang ketika bayi tengah tidur atau ketika bayi menyusu sebelah,ibu boleh pam sebelah lagi.Membuat stok ketika dalam pantang sangat membantu ibu ketika ibu sudah mula bekerja nanti.Malah production susu ketika pantang sangat meriah.Ketika ni susu badan ibu kebiasaannya sangat banyak dan melimpah.Jadi sangat rugi jika ibu biarkan susu menitik keluar begitu sahaja.


Setiap anak ada rezeki masing-masing.Ya..tetapi jika ibu tidak berusaha dan mencuba untuk terbaik,manakan dapat hasil.Ibu perlu tanamkan azam untuk menyusu bayi selama 2 tahun,Insyaallah Allah akan bagi jalan dan bantuan dengan semangat ibu.


Ada juga ibu yang tidak bekerja yang saya jumpa sudah memberi anak susu tepung dengan alasan susu tidak banyak kerana cik B nya saiz kecik.Owh,sangat sedih apabila saya mendengar.Saiz payudara ibu tiada kaitan langsung dengan penghasilan susu.Allah Maha Adil ye.


Ada yang bertanya,jika saya pam susu ketika dalam pantang,boleh tahan ke susu badan saya ni?


Ok,ibu-ibu perlu tahu sedikit sebanyak info asas penyusuan dan penyimpanan susu ibu (SI) ini.SI sangat unik kerana boleh di simpan dalam suhu sejuk (beku) yang boleh bertahan sehingga beberapa bulan.Ibu boleh refer jadual berikut:



tempoh penyimpanan susu ibu


Ibu-ibu yang bekerjaya boleh mulakan cubaan memberi susu perahan ni kepada bayi 2 minggu sebelum mula kerja untuk memastikan bayi anda mula belajar menerima teknik menyusu lain selain payudara ibu sendiri. Ada anak yang tidak mahu menyusu menggunakan botol susu dan ibu perlu mencari puting bayi yang sesuai dengan kehendak bayi.

Macam-macam jenis puting bayi kat pasaran sekarang ni,yang rupa seperti puting ibu pun ada ye.Jadi ibu boleh mencuba.


MIMIJUMI


Untuk penghasilan susu badan yang banyak dan konsisten,ibu perlu tahu beberapa perkara ye.

  1. Kerapkan menyusu bayi 2/3 jam setiap setiap hari @ pam susu mengikut jadual tetap setiap hari
  2. Mengambil pemakanan seimbang
  3. Mengambil supplemen supaya ibu bertenaga dan kurang lesu
  4. Minum air mineral atau air masak sebanyak 3 liter
  5. Jauhi stress
  6. Memilih pam yang sesuai yang grade sesuai seperti spectra 3,Harmoni medela dan lain-lain.
  7. Sentiasa berzikir dan berdoa semoga Allah mudahkan usaha menyusu bayi

Mengapa supplemen sangat penting bagi ibu menyusu?

Supplemen amat penting untuk bantu ibu bertenaga,kurang lesu dan sekaligus menyebabkan mood ibu dalam keadaan baik.Apabila badan ibu sihat dan bertenaga,susu mudah di hasilkan dan dapatlah ibu menyusu anak sehingga kenyang / pam susu dengan banyak.

Jika anda ingin tahu supplemen yang boleh membantu,boleh rujuk di sini: Rahsia mengumpul 3000z stok susu ketika dalam pantang

Tips penyusuan susu ibu dan makanan yang boleh menambah susu ibu:Antara makanan yang boleh membanyakkan susu

Ok,saya doakan ibu sentiasa kuat semangat untuk menyusu bayi.Selalulah berdoa semoga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah untuk menyusu bayi selama 2 tahun.Antara doa yang boleh di amalkan.


"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar
menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMEEN..."

Banyakkan juga zikir (ya matin sebanyak 100x)Setiap hari.


Jika ibu ada sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu dan juga berminat dengan suplemen penyusuan ,boleh hubungi saya seperti berikut.Insyaallah saya cuba bantu ibu ya!













May 17, 2014

Cara hilangkan tanda putih kolestrol bawah mata

Biasa lihat tak tanda biji putih bawah mata? Takutkan bila tanda-tanda ni dah wujud kat kulit sendiri.Di katakan punca keluar tanda biji putih ini adalah disebabkan kolestrol tinggi dalam badan.





Jangan main-main dengan kolestrol ye.Kolestrol tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat.


Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. 


Faktor Kolestrol Tinggi


Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. 



  1. Pemakanan - pengambilan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang boleh menyebabkan kolestrol tinggi dalam badan
  2. Keturunan daripada ibu bapa - boleh diwarisi kepada anak-anak
  3. Hati telah rosak - Organ yang bertindak balas dengan kolestrol tidak normal.Hati akan terus menghasilkan kolestrol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kolestrol tinggi
Oleh itu amat penting seseorang yang mempunyai kolestrol yang tinggi mengubah gaya pemakanan.Kurangkan pemakanan yang mengandungi garam MSG,makanan segera,makanan telah process seperti nugget,hotdog dan sebagainya.

Senaman juga amat penting untuk menghancurkan kandungan kolestrol dalam badan.


PEMAKANAN UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Menurut Pakar Pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
1. Makanan Bijirin Penuh Dan Tinggi Serat
Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol
2. Ikan Dan Asid Lemak Poli-tidak Tepu Omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
3. Kekacang Badam, Walnut, Pistachio Dan Soya
Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.
4. Buah-buahan Kaya Antioksidan Mengandungi Vitamin A, C Dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.
Jika anda ingin mengambil Supplemen,anda boleh mencuba OMEGA GUARD,LECITHIN dan GARLIC COMPLEX untuk menurunkan paras kolestrol jahat dalam badan serta menghilangkan tanda putih di bawah mata.
OMEGA mengandungi asid lemak - omega 3 yang amat penting yang tidak di hasilkan oleh badan dan kita perlu mengambilnya dari makanan.DHA dan EPA dalam omega juga membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok,membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesity dan mengurangka risiko sakit jantung.
GARLIC COMPLEX membantu menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid dan kelikatan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalan strok dan penyakit koronari.Ia juga antibiotik yang selamat dan semulajadi yang boleh meningkatkan sistem immune dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan lain-lain.

LECITHIN membantu dalam menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik(HDL). Ia juga membantu mengawal paras triglycerides dan mengurangkan lemak-lemak yang tersendat dalam pembuluh darah. Lecithin juga dapat membantu mengurangkan kesan yang buruk wujud dari masalah kolestrol
Jadi jangan ambil mudah ye dengan penyakit kolestrol ni. Jika anda berminat nak dapatkan supplemen seperti di atas boleh hubungi saya untuk konsultasi cara makan dan order
CEGAH sebelum PARAH.




Biji Kolestrol semakin berkurangan selepas pengambilan Omegaguard & Lecithin



Nasihat saya,amalkan pemakanan yang betul,kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak serta berjumpalah dengan doktor untuk sahkan masalah anda yang sebenar.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan set kolestrol (Omegaguard ,Garlic Complex dan Lecithin) boleh hubungi saya seperti berikut atau boleh buat sendiri pembelian dengan menggunakan kad kredit/debit anda di sini:



Segala penulisan tentang produk bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua pendidik anak bangsa yang tercinta.Jasa guru mendidik anak bangsa memang tidak akan di lupakan sepanjang zaman






Terima kasih buat mak ayah orang pertama yang mendidik saya,cikgu-cikgu tadika perpaduan,cikgu-cikgu sek keb paka,sek men keb paka,pensyarah-pensyarah uniten,warga pendidik dan trainer di Sigtech.

Semoga Allah rahmati kalian semua.

TERIMA KASIH CIKGU!! TANPA CIKGU SIAPALAH KAMI..


May 15, 2014

Pujian gaya Nabi menggunakan Teknik Nabi

Semalam saya sempat menghadiri satu program usrah Nisa bersama Ustazah Siti Khadijah,pengamal teknik Nabi dan hadis.

Antara huraian yang sempat saya catat memandangkan si comel Hannah di ribaan.

Di ceritakan mengenai akhlak-akhlak Nabi yang sungguh indah dan mulia yang seperti kita ketahui iaitu Nabi seorang yang penyabar,berakhlak mulia,bercakap benda-benda baik,suka tersenyum,rajin,pemurah dan pelbagai lagi.

Rasulullah suka memberi ganjaran.Baginda menghargai dan memberi ganjaran.

Sistem ganjaran terbahagi 2 iaitu:

- sosial (pujian)
- material ( sogokan dengan gula-gula,gajet dll)

Rasulullah tidak pernah memberi ganjaran material.


GANJARAN SOSIAL POSITIF
  1. Doa
  2. Sentuhan
  3. senyuman
  4. pujian
  5. Mimik muka
  6. Kata-kata semangat
Rasulullah menasihati dengan 2 cara :

  1. Dengan meminta izin
  2. Sekiranya di minta

Nasihat boleh menjadi ganjaran yang negatif.Macam kebiasaan kita ni,orang tak minta nasihat pun kita rajin nak nasihat kan..


Apabila melihat kebaikan,jangan tangguh-tangguh memuji.Terus bagi pujian.

Contoh apabila kita melihat anak rajin melipat kain,Terus puji.

"wah bagusnya kak husna tolong ummie lipat kain.Allah suka orang yang suka menolong ibu dan ayah"

Apabila orang sekeliling kita suka membuat kebaikan terus puji kebaikan tersebut.


Akhlak Rasulullah Dalam Hadis

  1. Diamkan kesalahan angkat kebaikan
  2. Tidak terus menghukum kesalahan
  3. Tidak menyiasat kesalahan
  4. Memberi penghargaan ke atas usaha baik

Format Pujian Gaya Nabi:

  • Cari 1 kebaikan dan puji kebaikan tersebut
  • Mulakan kata-kata dengan : 
    • saya kagum
    • ibu bangga
    • Allah dan Rasul suka
    • Ayah terharu..
  • Puji hasil kerja,usaha,teknik BUKAN puji orangnya
  • Sertakan impak dan perbuatan baik,hasil ekrja,usaha,teknik dalam ayat pujian

Pujian teknik Nabi

Melerai pergaduhan teknik nabi

Melerai pergaduhan teknik nabi



Credit: Teknik lerai pergaduhan

May 14, 2014

Tingkatkan selera makan anak dengan mealshake

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak share beberapa testimoni anak-anak yang telah mengambil mealshake.Rata-rata ibu sangat berpuas hati dan gembira apabila melihat anak kesayangan mereka mula menunjukkan minat dan berselera untuk makan.


testimoni mealshake


testimoni mealshake


testimoni mealshake


testimoni mealshake



Sempena promosi bulan ini,jom rebut peluang untuk dapatkan mealshake ni dengan harga berpatutan malah dapat percuma lagi.


Hubungi saya untuk order: