Beberapa tips penting sebelum anda pulang ke kampung:
- Rancang perjalanan anda dahulu.Hari dan masa sesuai untuk mulakan perjalanan apatah lagi di musim perayaan semua orang akan mula cuti serentak dan boleh jadi masa untuk pulang ke kampung akan bertembung tarikh yang sama dengan anda.Rancang perjalanan sebaik-baiknya.Anda boleh semak jadual cadangan perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS bagi melancarkan perjalanan pulang.
Jadual Perjalanan yang di atur pihak PLUS untuk hari raya aidilfitri 2015 |
- Servis kereta anda dengan pusat bertauliah dahulu.Periksa kondisi kenderaan anda dahulu agar tiada perkara tidak di ingini berlaku
- Pastikan tidur dan rehat mengcukupi.Elakkan memandu terus setelah anda pulang dari kerja.Memandu ketika letih akan menyebabkan risiko untuk terlelap ketika memandu. Jangan terlalu gembira untuk pulang ke kampung menyebabkan anda mengambil risiko merbahaya ini.
- Elakkan minuman keras dan mengambil ubat yang memberi kesan mengantuk seperti ubat batuk atau ubat selsema.
- Memandu dalam keadaan tenang. Jauhi stress walau musim perayaan memang jalan akan sesak. Tenangkan hati dengan alunan nasyid atau bacaan ayat suci al-quran sepanjang perjalanan.
- Isi minyak sepenuh-penuhnya sebelum mulakan perjalanan agar tidak kehabisan di tengah perjalanan. Di musim puncak perjalanan pulang ke kampung di hari raya,kebiasaan stesen minyak akan penuh dan sesak.
- Baca doa menaiki kenderaan dan lakukan solat sunat musafir sebelum mulakan perjalanan.
- Pastikan anda dan semua penumpang memakai tali pinggang keledar dan mengikut had laju pemanduan yang di tetapkan
- Jika memandu di siang hari ketika berpuasa, anda ada rukhsah dan keringanan untuk berbuka puasa bagi musafir jika cukup syarat. Namun hati-hati jangan makan di tempat terbuka atau di khalayak ramai
- Jika mengantuk, berhentilah di mana-mana hentian walau seketika. Basuh muka, regangkan otot-otot dan badan yang penat. Boleh berjalan-jalan seketika
- Jarakkan kenderaan dari kenderaan di hadapan. Elakkan mengekori kenderaan di hadapan terlalu dekat bagi mengelakkan kemalangan tidak di ingini berlaku
- Banyakkan bersabar sekiranya menghadapi masalah pemanduan dengan kenderaan lain. Bertolak ansur adalah sebaik-baiknya.
- Sediakan air mineral dan minuman kesihatan Cinch Energy Tea untuk memberikan anda tenaga. Cinch Tea mengelakkan anda mengantuk,membekalkan tenaga dan memberi kesegaran semula.
- Jika memandu dalam keadaan hujan lebat ,pastikan anda memandu dengan perlahan-lahan dan tidak memasang emergency signal. Bertenang dan memandu secara berhemah.
Saya pasti jika kita semua mengikuti tips pemanduan berhemah akan dapat menyelamatkan lebih nyawa di musim perayaan.Saya doakan anda semua selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi berjumpa insan tersayang.
Semoga bermanfaat untuk anda sebagai ingatan di bulan mulia ini:-)
No comments:
Post a Comment