Apr 29, 2015

Kesan Memakai IUD: period menjadi tidak stabil??

Terdapat beberapa cara untuk mencegah kehamilan yang boleh digunakan untuk para isteri atau ibu.Selain daripada teknik merancang sendiri,ibu atau isteri boleh mencuba mengambil pil perancang yang sesuai,pemasangan Implanon,Suntikan dan pemasangan IUD untuk mencegah kehamilan daripada berlaku.Namun pastikan isteri/ibu berbincang dengan pasangan dan dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba sebarang jenis pencegah kehamilan ini.

Harus di ingatkan bahawa semua kaedah ini  mempunyai implikasi dan kesan tersendiri bergantung kepada individu.

Hari ini saya nak share sedikit info mengenai IUD memandangkan pengalaman saya memakainya hampir setahun lebih dah..

Apakah alat pencegah hamil IUD??
Alat IUD adalah salah satu alat pencegah kehamilan berbentuk T yang di lilit bersaama logam atau hormon tertentu.








Bagaimana IUD bertindak?

Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.

MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.


Saya mula memakai IUD ini selepas kehamilan anak ke empat..Ketika bayi berusia lebih kurang 56 hari jika tidak silap saya pergi ke hospital pakar annur Bangi untuk pasang alat ini..

Kalau fikirkan takut,memang takut apabila fikir ada sesuatu nak di masukkan kat anggota sulitkan tetapi bila fikirkan ia sangat membantu dan hampir 99% selamat daripada kehamilan dengan izinNya..saya nekad.

Semasa doktor pakai alat ini sedikit terasa ngilu apabila di tolak masuk..Macam 'cramp' perut tapi sekejap je..Lepas tu dah ok..Doktor akan tanya adakah kita dah buat pemeriksaan kanser serviks??so kalau tak buat lagi kebiasaan akan terus buat..Macam tula saya..anak ke 4 baru buat pemeriksaan..takut punya pasal..huhu..buat awal-awal ye ibu-ibu semua..

Kesan sampingan bergantung kepada individu..Jika tidak sesuai pendarahan teruk akan berlaku dan pemakai perlu mencabut segera IUD ini.

Sekiranya ibu masih breastfeed bayi,kemungkinan besar period akan mengalami on-off dan period kekadang heavy dan kekadang sangat sedikit..IUD tidak menganggu hormon tetapi disebabkan ibu BF,period akan menjadi kurang stabil.

Selepas pemasangan,doktor akan tetapkan tarikh scan alat tersebut 1 bulan dari tarikh memakainya dan selepas itu di sarankan setiap tahun perlu buat 'scan' untuk memeriksa kedudukan alat tersebut supaya tidak 'lari' daripada kedudukan asal.

Apapun,bagi saya IUD selamat di gunakan dan langsung tidak merasa terganggu/cramp/sakit perut..Cuma period on/off ini sedikit terganggu dan perlu mengambil cakna ketika solat dan berpuasa.

Pastikan kiraan 15 hari dari tarikh period adalah hari kotor..maksudnya jika period on-off,jika masih dalam tempoh 15 hari ia di kira haid namun selepas hari ke 15 selepas dari tarikh period,ia bermaksud darah istihadah.Ibu perlu mandi wajib dan mengerjakan ibadah seperti biasa.

Apapun alat kehamilan yang di gunakan ada kesan masing-masing.Pilihlah yang terbaik dan berbincanglah dengan pasangan supaya memuaskan hati semua pihak:-)




Apr 28, 2015

Adakah Produk Shaklee Selamat Di gunakan??

Bagi anda yang baru ingin mencuba produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Shaklee,penting untuk ketahui adakah produk Shaklee ini selamat digunakan dan adakah ia memberi kesan sampingan kepada badan.


Jika kita lihat kini lambakan jenis produk di pasaran wujud seperti cendawan tumbuh lepas hujan..Sesiapa sahaja boleh menghasilkan produk dan jenama sendiri malah ada yang di jual tidak mendapat kelulusan KKM pun.

Penting ya sebelum mengambil apa jua supplemen untuk anda semak adakah ia elok atau tidak untuk kesihatan kita.


Adakah betul 'kulit putih dalam masa 3 hari' selamat di gunakan dan tidak merbahaya pada kulit?

Adakah supplemen murah selamat di gunakan??




Jangan kerana taksub untuk cantik kita hilang segala-galanya..Risiko penyakit kanser kulit dan kesan jangka masa panjang sangat penting supaya selamat untuk diri kita.


Sebagai makluman,produk Shaklee telah berada 50 tahun di pasaran Malaysia..Memang ramai pengguna produk Shaklee ni malah ia telah membantu ramai pengguna mendapat kesihatan baik.




Shaklee mempunyai barisan saintis sendiri yang membuat ujikaji dan menghabiskan hampir jutaan dollar untuk memastikan produk benar-benar memberi kesan baik dan selamat.



Barisan Saintis Shaklee,,Muslim pun ada


Produk Shaklee sangat menjaminkan keselamatan dan mementingkan kualiti di mana sekiranya terdapat masalah sekiranya anda menggunakan produk ini,anda boleh membuat report melalui email atau call sendiri di stokis Shaklee dan kemukakan bukti.Pihak Shaklee mempunyai peguam sendiri yang menguruskan kes-kes aduan ini.

Pada 5hb April lepas juga,Shaklee berjaya merasmikan 1 pusat teknologi inovasi baru untuk tujuan penyelidikan,kajian,penghasilan produk baru dan pelbagai lagi demi memastikan produk ini sentiasa selamat dan berkesan.







Syarikat Shaklee sentiasa menghasilkan produk terbaik dan sentiasa menghasilkan produk kesihatan yang selamat untuk manusia dan juga alam sekitar.

Antara negara selain Malaysia yang memasarkan produk Shaklee adalah Kanada,Indonesia,Jepun,Mexico dan Taiwan.




So pilihlah supplemen yang terbaik untuk kesihatan diri dan keluarga. Shaklee nampak seperti 'mahal' tetapi berbaloi dengan harganya yang boleh di gunakan berbulan-bulan.

Pasti ia memberikan pulangan berbaloi dengan wang yang di keluarkan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan supplemen shaklee atau ingin menjadi ahli shaklee.boleh hubungi saya segera seperti berikut.Setiap order akan di sertakan bersama konsultasi cara makan dan guide dan pelbagai tips khas untuk customer saya sahaja.

Hubungi saya seperti berikut:





Resepi Apam Coklat Gebu

Assalamualaikum..selamat pagi..

Hari ini nak share resepi best yang dah buat semalam..rupanya senang je nak buat apam atau muffin ni..yang penting kena berani mencuba:-)

Sebelum tu pastikan ada bekas acuan apam atau papercup untuk membuat kuih ini..

Saya hanya mengikut resepi berikut untuk membuat apam coklat ini.Memang gebu dan sedap macam beli kat luar

Saya mendapat 22 biji apam coklat ni..so kalau akak-akak nak dapat lebih boleh upkan bahan2 ni 2 kali ganda ya..

Ini resepinya..saya dapat dari FB 'resepi ringkas tapi sedap'kalau tak silap la..Terima kasih pada yang sharing.



Alhamdulillah anak-anak sangat suka dan licin sekelip mata..Hari ini boleh buat lagi nampaknya...



Nyum nyum..selamat mencuba:-)


Apr 24, 2015

Rawatan Kanser: Vivix Shaklee Membantu pesakit kanser



Bercerita pasal kanser,amat mendebarkan perasaan dan sudah pasti hati pun tidak tenang.Manakan tidak ia adalah penyakit merbahaya yang meruntun hati.Sesiapa yang menghidapinya sahaja yang tahu.Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Baru-baru ini,kakak ipar saya di diagnose menghidapi kanser darah iaitu Limfoma.




Limfoma adalah salah satu jenis kanser darah yang terjadi ketika limfosit B atau T,iaitu sel darah putih yang menjaga daya tahan tubuh, menjadi abnormal dengan membelah lebih cepat dari sel biasa atau hidup lebih lama dari biasanya. Limfoma dapat muncul di berbagai bagian tubuh, seperti nodus limfalimpasumsum tulang, darah, atau organ lainnya, yang pada akhirnya akan membentuk tumor, yang tumbuh dan mengambil ruang jaringan dan organ di sekitarnya, sehingga menghentikan asupan oksigen dan nutrien untuk jaringan atau organ tersebut.


Asalnya beliau menghadapi penurunan berat badan yang mendadak dan sering lesu. Bekerja sebagai seorang guru Pra Sekolah lagi memerlukan tenaga kan..Jadi beliau sering merasa letih dan lesu sehinggakan pucat muka dan tiada selera makan


Apabila diperiksa doktor,beliau mengalami masalah HB yang sangat rendah iaitu hanya 5.5mg/mol sahaja.Bayangkan betapa rendahnya hemoglobin badannya. Saban bulan beliau perlu ke hospital untuk tambah darah dan doktor mencadangkan beliau mengambil suplemen vitamin B dan vitamin zat besi untuk tingkatkan HB beliau.




Kemudian beliau mengambil set Anemia,iaitu terdiri daripada Vitalea,B Complex dan Vitamin C.


Kemudian apabila ujian kesihatan keseluruhan di lakukan,doktor diagnose beliau bukan mengalami masalah asma sebenarnya tetapi menghidapi kanser limfoma di atas dan ia sangat menyulitkan.Doktor mencadangkan beliau untuk menjalani rawatan kimoterapi untuk bulan seterusnya.


Allahukabar.berat telinga mendengar berat lagi yang memikul bebanan tersebut. Semoga Allah kurniakan kekuatan pada kakak ipar untuk hadapinya.


Berusaha Terbaik untuk melawan kanser


Setiap penyakit ada penawarnya. Kita usaha yang terbaik dan selebihnya serahkan pada DIA yang MAHA BERKUASA untuk menyembuhkan.Saya meminta kakak mencuba Suplemen Vivix kali ini untuk membantu sel-sel badannya pulih dan mudah-mudahan dengan izinNya sembuh segera.



Apakah Kandungan Bahan VIVIX?



1. Muscadine Grape 
Mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti-bakteria

2. Purple Carrot 
Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

3. Elderberry (Sambucus Niagra) 
Mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung,mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman

4. Polygonum Cuspidatum
Melambatkan proses penuaan,merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah ,mengurangkan berat badan



Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kanser?



Dalam Shaklee,Vivix adalah supplemen yang kaya antioksida.



Vivix yang kaya dengan resveratrol dan polifenol bertindak memperbaiki DNA dalam tubuh badan.Vivix membantu pembentukan semula sel-sel yang telah rosak dan yang terganggu akibat kanser.

Apabila sel telah dibetulkan, sel-sel itu akan mati dengan sendirinya (apoptosis) dan sel kanser akan berkurangan sehingga terus hilang buat selama-lamanya. Itulah cara Vivix menyembuhkan kanser.


Selain itu, Vivix juga mampu merawat luka dan tisu yang rosak akibat dari pembedahan, kimoterapi, radioterapi dan sebagainya.
Vivix juga bertindak menguatkan sistem ketahanan tubuh untuk melawan sel-sel kanser dari terus merebak dan membantu pesakit meredakan kesan sampingan akibat rawatan kanser.

Testimoni Vivix
Sebelum saya share testimoni vivix ini,saya nak share 1 kisah pesakit kanser iaitu Master Lau Chew Hian bekas Pengacara NTV7 yang bertarung dengan kanser hampir 8 tahun kini bebas dari kanser dengan konsisten pengambilan vivix!
Tiada daya upaya melainkan dengan izinNya

Rawatan Kimoterapi selama 8 tahun dan kini bebas dari kanser selepas rutin pengambilan vivix
Kanser dah berkurang selepas amalkan vivix
Kanser payudara dah surut dan tidak teruk lagi
Kanser Usus Stage 4 Sembuh dengan izinNya
Tidak perlu lagi Kimoterapi
Bebas dari Kanser Ovari.Alhamdulillah

Penyakit auto-immune semakin sembuh dengan vivix!




Sekiranya anda atau ahli keluarga menghadapi masalah kanser atau tumor ini,cubalah ambil VIVIX ini.Tak salah mencubakan..Alhamdulillah bila baca kisah keajaiban mereka tiada yang mustahil dengan IzinNya.

Kita hanya mampu berusaha dan semoga Allah sembuhkan melaluinya.


Banyakkan berdoa juga semoga Allah hapuskan penyakit ini dan seterusnya memberi kesihatan terbaik untuk kita..Ameen
Saya pohon semua doakan yang terbaik untuk kesihatan kakak ipar saya ya..


Anda ingin mencuba vivix?

Harga sebotol vivix ,150 ML adalah RM475. Sekiranya anda ingin harga lebih jimat saya cadangkan anda join keahlian serendah RM70 sahaja dan terus mendapat harga ahli.


Tiada anigerah ternilai daripada nikmat kesihatan. Kos perubatan di hospital untuk kimoterapi mencecah puluhan ribu ringgit! Cegah segera dan dapatkan kesihatan terbaik dengan antioksidan tinggi kaya resveratrol ini.


Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan pembelian  vivix seperti berikut:
















Apr 22, 2015

Jajan yang tidak sihat

Assalamualaikum..

Semalam saya dapat info dan gambar dari group whatsapp kononnya terdapat kandungan dadah dalam gula-gula sedutan ni..

Saya pun tak pasti kebenarannya..Namun sebagai ibu bapa sebaik-baiknya kita awasi sentiasa apa yang anak-anak makan dan seboleh-bolehnya mengelak memberi makanan rapu ini terutama yang tidak pasti kandungan bahannya..

Hati-hati ya semua

Apr 21, 2015

Bagaimana Ibu Hamil Berpuasa Sentiasa Cergas dan Bertenaga?

Assalamualaikum..

pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Rejab..Bulan Allah penuh keberkatan. 

Anda ibu hamil berpuasa sentiasa risau lapar dan lesu??
Anda ibu hamil berpuasa risau bayi sentiasa menendang-nendang perut sebab kelaparan?
Anda ibu hamil berpuasa risau bayi tidak cukup zat nutrisi?




Lagi 2 bulan kita akan bertemu bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan..so adik kakak dah habis ganti berpuasa belum?? jangan pulun last minit tau..sebaik-baiknya habiskan secepat mungkin dan semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk kita penuhi tanggungjawab dan amanah di beri.

Bagi ibu-ibu hamil, adakah anda merasa risau tak mampu untuk berpuasa penuh puasa ramadhan nanti? Masih ada baki puasa ganti yang belum di selesaikan??

Sebelum itu,jom kita tengok video di bawah bagaimana puan Haridah  ni cergas dan bertenaga berpuasa walau sarat hamil




Bagi ibu hamil berpuasa yang ingin sentiasa cergas dan bertenaga,saya ada beberapa tips untuk anda dan saya sendiri sudah amalkan dan alhamdulillah berjaya puasa penuh walau sarat 8 bulan pada kehamilan yang lepas.


Tips Ibu Hamil Cergas dan Bertenaga semasa Berpuasa:




  • Jangan sesekali skip sahur. Walau anda terlalu penat dan letih atau morning sickness sekalipun.bangun makan ketika sahur walau anda selepas itu muntah. Pengambilan makanan ketika sahur hendaklah di sertakan dengan karbohidrat dan protein. Di sini ibu boleh memilih untuk mengambil sedikit nasi atau roti dan pastikan mengambil protein seperti ikan atau ayam yang memberi tenaga. ESP adalah salah satu protein bermutu tinggi yang boleh membantu ibu kekal bertenaga dan tahan perut sehingga petang.
  • Elakkan makanan pedas,berempah ketika bersahur
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Kurangkan makanan manis,berlemak semasa bersahur dan berbuka. 
  • Pengambilan buah kurma dan pisang juga membantu ibu lebih bertenaga dan kuat semasa berpuasa
  • Minum air kosong secukupnya walau ketika sahur. 
  • Jangan lupa mengambil supplemen atau vitamin semasa berpuasa. Jangan sesekali tinggalkan atau skip vitamin /supplemen dengan alasan tidak mampu nak telan  waktu sahur. Bayi anda memerlukan cukup zat dan nutrisi lengkap untuk membesar 
  • Elakkan minuman berkaffeine dan ganti dengan minuman berjus,susu,yogurt yang lebih segar dan yang lebih membekalkan tenaga
  • Pengambilan makanan seimbang ketika sahur juga mengelakkan ibu menjadi lesu,mengantuk,sakit kepala dan bayi kelaparan.
  • Pastikan minum air secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan,


Dalam Islam terdapat kelonggaran untuk ibu berbuka puasa namun tak eloklah kita beri alasan sebelum mencubakan??Terdapat pelbagai jenis pemakanan supplemen yang boleh bantu ibu semasa berpuasa.

Antara supplemen yang boleh memberikan ibu tenaga sepanjang berpuasa adalah Set Kehamilan  ( B complex,Vitalea,Vitamin C dan Ostematrix ) dan pengambilan rutin setiap kali sahur dan berbuka dengan ESP.Mealshake dan Performance Drink





Set bertenaga ketika berpuasa di atas juga sesuai untuk ibu menyusu,kanak-kanak,warga emas dan orang dewasa.










Berdoalah selalu semoga Allah permudahkan urusan untuk melaksanakan ibadah puasa ni..Insyaallah jika kita minta denganNya dengan bersungguh-sungguh pasti segalanya menjadi mudah.Sentiasa fikir positif dan kuat semangat.

Saya doakan ibu-ibu hamil semua sentiasa kuat semangat dan cergas walau apa jua cabarannya. Pastikan pengambilan nutrisi dan zat penting untuk ibu dan bayi tidak di tinggalkan walau berpuasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat menggantikan puasa ya wahai ibu..

Jika anda berminat untuk dapatkannya boleh hubungi saya untuk info lanjut dan pesanan pembelian. 

Setiap pembelian akan di sertakan konsultasi dan panduan pengambilan suplemen:



Hubungi saya seperti berikut:



Apr 16, 2015

Cara Mencegah Penyakit Kaki,Tangan dan Mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Faktor Jangkitan:
• Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkankebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
• Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
• Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem sarafdan jantung.
• Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan Gejala Penyakit:


• Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
• Ulser di tekak dan mulut
• Demam
• Sakit kepala
• Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan:

• Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
• Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu
dan garpu.
• Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
• Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
• Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.


Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

• Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
• Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atausekolah.
• Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Apr 15, 2015

Ayat al quran hilang??

Assalamualaikum..

Hari ini banyak peringatan untuk diri kita.pasal sakit,kematian dan macam-macam lagi.

Bangun pagi ni,kawan universiti dahulu share mengenai alquran yang makin kabur tulisannya.

Katanya alquran milik adik kawannya yang sering beliau baca makin hilang dan kabur..padahal alquran tu selalu beliau ulang baca untuk hafazan..Nanti beliau akan update ayat alquran yang hilang tersebut.

Allahuakbar..apakah peringatan yang ingin Allah tunjukkan pada kita??Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan terima segala amalan kita dan selalulah kita bertaubat dan beristighfar selalu..

Ya Allah,janganlah Engkau lalaikan hati kami dengan urusan dunia.Terimalah taubat kami dan segala amalan kami..Sungguh Engkau Maha Pengampun dan Maha Pengasih..ameen

Apr 14, 2015

Tips Mengelak Lesu Ketika Hamil

Perasaan letih dan lesu ketika hamil adalah normal bagi ibu hamil.Perubahan hormon,sukar tidur di waktu malam dan 'morning sickness' punca ibu merasa letih dan lesu.

Kebiasaan ibu akan merasa keletihan dan sangat lesu ketika trimester pertama.Masuk trimester kedua,kandungan ibu makin kuat dan ibu akan merasa sihat dan bertenaga.Namun ketika trimester ketiga,ibu merasa letih kembali kerana kandungan makin sarat dan bayi yang aktif sepanjang masa.




Mengapa ibu berasa terlalu letih?

Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda.


Semakin perut membesar, tidur menjadi semakin sukar. Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda.

Sebelum tu jom tengok bagaimana Puan Ainul ibu hamil 7 bulan ni masih cergas dan kuat memanjat Candi Borobddur..Kuat dan Bertenaga walau sudah Trimester ketiga..




<Kuat dan Bertenaga walau Trimester 3 kehamilan>


Ibu mesti nak kuat dan bertenaga kan sepanjang hamil..Rugilah kalau time pregnant ni lesu dan melepet je terbaring dan tidur kan..Time ni lah ibu-ibu nak merasai 'bonding' bersama bayi dan pengalaman terindah dalam hidupkan..Apatah lagi ia kurniaan paling besar dalam hidup seorang wanita..

Tip Kekal Cergas dan Bertenaga Semasa Hamil

  • Elakkan berbaring sepanjang masa.Buka semua tingkap supaya udara segar masuk dan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan
  • Jika sukar tidur pada waktu malam, cuba menonton TV atau membaca sehingga merasa mengantuk
  • Selalu membuat senaman ringkas. Ajak suami keluar bersiar-siar di waktu petang atau hujung minggu
  • Mandi menggunakan air suam supaya badan lebih segar.Boleh campurkan limau nipis dalam air mandian untuk memberi kesegaran
  • Elakkan berjaga malam.Tidur awal dan konsisten pada masa sama setiap malam
  • Sekiranya menghadapi masalah loya atau kurang nafsu makan,ibu boleh mengambil buah-buahan seperti buah epal,pisang,betik untuk mengelakkan masalah angin dalam badan.
  • Makan sikit-sikit tetapi lebih kerap untuk memastikan ibu sentiasa ada bekalan tenaga
  • Banyakkan pengambilan air kosong untuk mengelakkan badan ibu dehidrasi atau kekeringan.


Sekiranya ibu ingin mengambil supplemen boleh mencuba minuman ESP.Hanya perlu shake dalam minuman kegemaran ibu ( selain caffeine ). ESP membantu ibu membekalkan tenaga, memberi kenyang lebih lama selain mencantikkan kulit ibu dan bayi.



Set kehamilan shaklee juga membantu ibu kekal sihat dan bertenaga.Saya sudah merasai perbezaanya dan doktor pun menyarankan saya mengambil set kehamilan ni tanpa menambah vitamin klinik.Malah masalah GDM,darah tinggi dan anemia tidak di hadapi semasa mengambil set ini..Alhamdulillah..
Sekiranya ibu mengalami masalah loya dan 'morning sickness' boleh mencuba Peppermint Ginger.Peppermint Ginger Plus mengandungi daun pudina,halia,pokod adas dan cekur manis yang boleh mengurangkan perasaan loya ibu.


Paling penting jangan sesekali skip makan dan ambil makanan berkhasiat.Elakkan 'junk food',makanan tinggi lemak,makanan rapu seperti jeruk,maggie dan lain-lain. Pentingnya nutrisi yang sihat untuk bekalan kepada bayi dalam perut ibu ya..

Jika ibu-ibu inginkan supplemen di atas ,bolehlah hubungi saya untuk keterangan lanjut dan order.

Free consultation untuk ibu semua

Hubungi:




Apr 11, 2015

7 Petua Hilangkan Bau Ketiak

Bau ketiak sangat menjengkelkan dan merimaskan.Bukan sahaja pada diri tetapi pada orang sekitar kita..Hari ini nak share tips bagaimana cara nak hilangkan bau ketiak busuk.Mungkin nampak sangat mudahkan tetapi jika kebersihan ketiak tidak di jaga sebaiknya ia mengundang perasaan kurang enak terutama kepada para suami..So,jangan ambil mudah ya isteri-isteri semua:-)


Petua mudah dari alam sekitar untuk hilangkan bau ketiak:

1. Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.

2. Rebus 5 helai daun sirih dan 5 kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya 3 kali seminggu.

3. Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama 8 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu.

4. Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan 3 kali seminggu.

5. Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.

6.Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makan 3 kali sehari. Bau ketiak dan juga badan akan hilang.

7. Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama 40 hari sebelum hari pernikahan.

*SELAMAT MENCUBA:-)

Apr 10, 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum..

Jom join

Segmen blogwalking

Hadiah menarik Instant Shawl Magic menanti pemenang bertuah .

Tarikh tamat 15 Mei 2015

Ubat untuk Kurus yang juga bagus untuk Minda

Lecithin adalah salah satu produk famous dalam shaklee..amat popular bagi sesiapa yang mahu diet dan turunkan berat badan.

Tetapi sebenarnya banyak lagi kebaikan lecithin ini untuk kesihatan diri.

Bukan sahaja bagus untuk sesiapa yang tengah berdiet,malah dapat membantu para pelajar,pesakit batu karang,pesakit darah tinggi dan kolestrol serta pesakit insomnia.

Sebelum tu kita kenal dahulu apakah Lecithin ini?

Lecithin Shaklee

Lecithin ni di ekstrak dari kacang soya organik bukan gmo dimana 1 kapsul ada 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48g inositol

Kebaikan Lecithin:

  • Bagi anda yang ingin kurus, Lecithin membantu memecahkan lemak-lemak dalam salur darah kepada molekul-molekul kecil. Sebab itu,amat bagus sekiranya anda mengambil bersama kawannya iaitu Alfafa Complex untuk detoks/angkut semua lemak-lemak tadi keluar melalui pembuangan.


  • Bagi pesakit darah tinggi,lecithin membantu perbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteri tersumbat dan ia juga membantu peredaran darah dengan baik.
  • Utk pelajar,lecithin membantu meningkatkan pembelajaran,mengelak stress,memperbaiki daya ingatan dan mengelak masalah pelupa atau nyanyuk
lecithin untuk minda
  • Jangan tak tahu,pengambilan lecithin juga bagus utk mencantikkan kulit dan otot.Malah ia boleh melembabkan kulit,menghaluskan dan melambatkan penuaan
  • Selain memecahkan lemak dan kolestrol,lecithin juga membantu perbaiki masalah alergi,meringankan sembelit dan melindungi hati kita
  • Bagi penghidap batu karang ia bantu pecahkan kolestrol di mana 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol
  • Bagi lelaki pula Lecithin membantu mengekalkan kesihatan prostat..ada kajian membuktikan masalah prostat dpt diperbaiki dgn pengambilan lecithin yg banyak
  • Lecithin juga bagus utk ibu dalam pantang untuk elak masalah susu tersumbat seterusnya menyebabkan ibu demam dan susu bengkak.

Sempena promosi Lecithin sepanjang April ini,anda bolehlah dapatkan Lecithin ini..Lebih jimat dengan pembelian beli 6 percuma 1 atau beli 2 botol diskaun 5%.


Tiada yang lebih berharga daripada kesihatan yang sangat baik.Lecithin adalah suplemen mampu milik untuk semua..

1 botol hanya RM52.50 (180 biji)
2 botol off 5%

                                                   


Testimoni Lecithin 



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan promosi Lecithin boleh hubungi saya seperti berikut: