Mar 30, 2017

7 Tips Ibu Cergas dan Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Pejam celik pejam celik..dah masuk 2 Rejab..Lebih kurang 2 bulan lagi kita akan berpuasa Insyaallah. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk sampai ke bulan penuh barakah ni.

Saya pasti bulan ni dan bulan syaaban paling ramai yang mengambil kesempatan menggantikan puasa. Yang pasti ibu-ibu hamil dan ibu menyusu antara paling ramai berpuasa ganti ketika ini.




Suka saya nak share pengalaman saya berpuasa ganti sebagai ibu hamil dan ibu menyusu pada tahun-tahun lepas.


Tips Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Berpuasa dengan Baik


1) Paling penting untuk berpuasa ni wajib bangun sahur..Lagi bagus lewatkan sahur..Jangan sesekali malas bangun sahur..Walau che abang tak bersahur, ajak dia teman sekali.. Kadang-kadang bila bangun sorang-sorang ni kemalasan tu sangat menebal..sudahnya bila tak bangun sahur terus tak jadi berpuasa..Haa hati mau tekad dan kental ye nak ganti puasa..Lagi lengahkan makin lambat habisnya.

2) Berpuasa dengan sedikit nasi atau makanan tinggi serat. Tak lalu nak makan nasi waktu pagi bolehla bancuh buat oat. Kalau rajin sebelum tidur buat overnight oat..Confirm makan sejuk-sejuk time sahur ni laju je habis.. Ni resepi overnight oat saya selalu buat dan memang habis licin makan ni..Tak makan nasi pun dah kenyang. Selalu time berpuasa memang saya buat overnight ni untuk anak-anak yang tak lalu makan nasi. Kadang siap minta menambah lagi oat ni.


Resepi overnight oat enak

Resepinya cukup senang : 

1 kotak air susu rendah lemak perisa strawberry. 
Oat secukupnya
Buah-buahan kering / Buah-buahan segar seperti hirisan epal, kiwi dll


Masukkan kesemua bahan dalam bekas bertutup..Kacau semuanya dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Esok pagi boleh terus makan.

Ada lagi resepi lain yang enak.. Boleh variasikan oat ni..Boleh tambah pisang, gantikan susu coklat, ESP, Performance Drink dan sebagainya.


Gabungan ESP + Performance Drink +  chia Seeds memang sangat enak..Seperti Air Vitagen Oren

3) Elakkan pengambilan caffeine atau teh semasa bersahur.

Tahu tak pengambilan minuman ini ketika sahur boleh menyebabkan kita kerap buang air kecil dan menyebabkan badan dehidrasi atau kering. Jadi cepat haus lagi-lagi musim cuaca panas sekareang ni..Jadi make sure pagi-pagi ambil minuman selain ini ye.

4) Ambil Buah Kurma

Kita semua tahu khasiat dan manfaat buah kurma untuk tenaga dan lebih kenyang. Jadi makanlah sebiji atau 2 biji semasa bersahur. Bagus sangat buah kurma ni. Zaman Nabi dulu bersahur dan berbuka puasa dengan kurma je kan..

Kalau nak resepi sedap lagi boleh blend buah kurma ni dengan ESP dan juga kekacang kering seperti buah badam dll.. Rasanya wallawehh..sedap, kenyang dan bertenaga:-) Yang ni memang tak tipu..Memang dah cuba dan milkbooster terbaik!




Lain-lain resepi enak time bersahur boleh lihat di sini


5) Elakkan makanan pedas atau berempah waktu pagi

Bila bangun sahur ni perut masih kosong. Yang ada masalah gastrik kena jaga-jaga sangat ye. Sebaiknya ambil sup sayur, telur atau buah-buahan waktu ini. Elakkan makanan pedas, berempah yang boleh menyebabkan perut meragam atau sakit perut sepanjang hari. 


6) Ambil minuman protein atau makanan berprotein tinggi

Tahu tak pengambilan protein waktu pagi dapat tingkatkan tenaga dan berikan tempoh kenyang lebih lama. Sebab tu ramai ibu yang mengambil minuman protein ESP time sahur bagitahu badan tak melepet sangat, perut takdela berdondang sayang sepanjang hari:-) 

Jadi ibu-ibu hamil atau ibu menyusu yang risau takut susu 'drop',badan lesu. boleh shake protein ESP ni ya.





Protien ESP memberikan tenaga berpanjangan

Campuran ESP bersama kurma dan susu sangat sedap dan kenyang

ESP membantu badan bertenaga dan tidak penat


Protein ESP juga sangat baik untuk pesakit gastrik. Sekiranya ibu ada masalah gastrik dan takut tak mampu berpuasa, minumlah ESP ni..Insyaallah akan nampak perubahan dengannya.

Nak tahu bagaimana gastrik 10 tahun lamanya tak menyerang lagi? Klik link di bawah:

Gastrik 10 tahun lamanya kini tidak menyerang lagi!


Makanan lain yang ada sumber protein adalah ayam, susu, telur dll

Kalau tak larat sangat mengantuk or malas sangat dah nak makan pepagi time sahur kan..haa shake je 3 sekawan ni..Confirm kenyang sampai berbuka..Suruh je abam sado tersayang tolong buatkan..Confirm minum sampai habis :-P 





7) Minum air kosong secukupnya

Pengambilan air kosong semasa bersahur dan berbuka puasa sangat penting bagi memastikan badan tidak dehidrasi. Kurangkan minuman manis ye!


Itu sahaja sedikit tips untuk ibu. Moga-moga dapat membantu ibu untuk gantikan puasa dengan baik sekaligus sebagai persediaan untuk memasuki Ramadhan nanti. Jadi takdela badan terkejut dan terasa terlalu penat.

Tips untuk ibu hamil bertenaga semasa berpuasa

Tips-tips ni saya dah amalkan dan alhamdulillah dapat berpuasa dengan baik sampai berbuka walau time lunch saya perlu masak tengahari untuk anak-anak, ambil anak sekolah dan menyusu badan. Insyaallah sangat membantu untuk berpuasa dengan baik dan jalankan kerja-kerja harian dengan baik juga.

Ibu-ibu hamil dan ibu menyusu juga boleh ambil set hamil dan set menyusu ni..Insyaallah kesihatan lebih baik, badan bertenaga, kurang stress dan bantu penghasilan susu badan dengan cepat

Alhamdulillah..Selamat menggantikan puasa. dan sebenarnya bulan Rejab ni juga kita boleh amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa Nabi Daud Selang sehari. 

Wallahualam.

Nak dapatkan suplemen Shaklee boleh hubungi saya seperti berikut:









Mar 29, 2017

Rahsia Kulit Tidak Sunburn Lagi Malah Liang Pori Semakin Mengecil

Kerja di Site atau di tapak projek bagi kaum wanita sangat perlu di titikberatkan soal keselamatan dan juga perlindungan diri. Untuk kecantikan kulit juga penting sangat untuk pakai sunblock yang betul supaya kulit muka tidak terbakar atau mengalami kerosakan. 


Lagi-lagi musim panas terik sekarang ni, jika keluar pukul 11 tengahari sudah panas terik. Terdedah kepada cahaya matahari secara langsung boleh menyebabkan kulit akan mengalami sunburn dan masalah kulit lain seperti jerawat,jeragat,whiteheads dan blackheads serta masalah kulit kusam.
Hari ni saya nak berkongsi kisah Cik Irdayanti yang berkerja sebagai Konsultant Perancang Bandar di mana tugas beliau perlu kerap melawat tapak projek dan melakukan pemeriksaan tapak. Walau kerap turun padang, kulit muka beliau tidak lagi sunburn malah liang pori muka semakin mengecil. Jom kita baca perkongsian beliau bagaimana  kulit wajah beliau mantain cantik dan bebas masalah walau kerap berjemur di bawah matahari.
_______________________________________________________

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.
Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.
.
Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.
.
Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.
.
Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!
Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!
Set Nutriwhite Shaklee yang telah di jalankan oleh pakar kecantikan di uji khas untuk kulit orang Asia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa rahsia kecantikan beliau adalah amalkan ESP serta Collagen Powder dan menggunakan set luaran kecantikan Nutriwhite.

Protein ESP untuk Kecantikan Kulit
ESP ini adalah protein yang sangat baik untuk membantu dalam pembinaan sel kulit baru. ESP adalah soya non GMO yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Bukan setakat menghasilkan sel kulit baru malah ia membantu melembapkan kulit serta bantu mengurangkan masalah kulit berparut.

Protein terbaik lengkap dengan asid amino perlu
Mengapa perlu memilih soya ESP? Apa Kelebihan dan Kebaikan ESP?
Boleh baca details di sini

Kecilkan Liang Pori dengan Collagen Powder

Collagen Powder tidak asing lagi untuk kecantikan kulit. Pengambilannya selama 8 minggu terbukti berkesan dapat menambahkan kualiti kulit lebih baik.


\




Set Kecantikan Nutriwhite Kesukaan Ramai


Set Kecantikan Luaran yang tidak asing lagi kesukaan ramai..Sekali cuba mesti nak pakai lagi dan lagi..

Ramuan daripada bahan botani semulajadi..Bebas daripada bahan kimia merbahaya.


★Set nutriwhite ni ada kajian klinikal oleh pakar penjagaan kulit dan di uji keatas kulit asia.
★di jalankan ujian yang menyeluruh
★Unik,pengwujudan ekslusif pelbagai dimensi pendekatan untuk pemutihan
★Selamat dan berkesan
★Bebas merkuri
★bahan-bahan semulajadi : Patent-pending whiten-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat membantu mengurangkan melanin sedia ada untuk kulit lebih cerah dan putih

★Halal
★Mempunyai Notifikasi NO ( Kelulusan KKM)



Sekiranya adik kakak mempunyai masalah sama seperti kakak cantik di atas boleh dapatkan segera. Insyaallah pulangan berbaloi dan sangat berpuas hati.

Untuk pesanan boleh hubungi saya seperti berikut. Setiap pembelian akan dapat konsultasi percuma 



Mar 28, 2017

Bekas Pesakit Stroke, Kesihatan Mata Terpelihara dengan Vivix

Apabila di uji dengan penyakit stroke, pelbagai penyakit lain juga turut hadir bersama. Kata orang macam pakej penyakit sebab sel-sel otak dah mati. Badan lesu, mata turut rabun dan pelbagai lagi.




Hari ni saya nak share kisah En Hafza Aien bekas pesakit Stroke yang pernah saya ceritakan sebelum ini. Boleh baca kisah mengenai Stroke beliau di usia muda di sini.

Beliau telah amalkan antioksidan vivix selama setahun lebih.





Alhamdulillah kesihatan bertambah baik dan kesihatan beransur pulih. Ikuti kisah yang di ceritakan oleh isteri beliau di bawah:


MATA SIHAT TERPELIHARA DENGAN VIVIX

Assalammualaikum...saya Hafzazuraein a.k.a Hafza Aein..Kalau anda masih ingat lagi..saya pernah tuliskan kisah suami saya yang menghidapi stroke pendarahan sehingga menyebabkan masalah pertuturan..


Dan mungkin ramai yang tak menyangka suami saya sekarang makin beransur pulih dari masalah itu..Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah s.w.t, keluarga dan juga rakan-rakan yang lain..

Tapi kali ni saya nak share sikit pasal suami saya juga...yang dah consume dengan Vivix lebih setahun..untuk bantu atasi masalah stroke beliau..

Kebiasaanya, orang stroke ini mempunyai masalah mata kan.. Kadang-kadang sukar untuk melihat...akibat dari sel-sel yang dah mati di otak mereka.. Begitu juga dengan suami saya..

Pada mulanya, beliau hanya menghadapi masalah pertuturan..Tapi tidak diketahui juga menghadapi masalah mata..mungkin sebab silau..atau pun masalah saraf pada mata..

Kami dapat tahu bila membuat pemeriksaan susulan di bahagian Rehab di Hospital..Selepas itu, doktor menyarankan untuk melakukan pemeriksaan mata di bahagian pakar mata..

Tapi..apa yang memeranjatkan saya dan juga doktor mata..semua ujian mata yang dijalankan tidak menunjukkan pun beliau menghadapi masalah mata..Malah semuanya 'perfect' ...Sampaikan doktor pun berkata "Saya sendiri pun tidak dapat bacaan macam ni"

Ini lah hasilnya setelah consume Vivix..yang dah lebih setahun..Alhamdulillah..Dengan izin Allah s.w.t...mata suami semakin baik walaupun beliau sudah pun berumur hampir 40 tahun..

Malah kalau dilihat pun..tiada satu uban pun ada di kepalanya..dan kelihatan awet muda lagi..Memang terbaiklah Vivix..

Terima kasih Vivix kerana menjadikan saya dan keluarga semakin sihat.



Info lanjut mengenai tonik vivix dan Kajian Journal mengenai vivix boleh di baca di sini



Alhamdulillah,pengambilan vivix memang terbaik untuk tingkatkan kesihatan menyeluruh. Sekiranya ada insan tersayang atau ibu bapa juga mengalami masalah kesihatan sama seperti kisah di atas, cubalah berikhtiar dengan vivix.

Vivix di sahkan oleh KKM, Halal, Tiada pemanis, pengawet dan pewarna dan daripada bahan semulajadi. 


Info lanjut mengenai vivix dan untuk order boleh hubungi saya seperti berikut:


Credit: FB Supermom Shaklee Story

Mar 22, 2017

Penyakit Alzheimer yang Boleh di Elak dari Muda

RESVERATROL untuk OTAK SiHAT🍁



Saya teringat masa kecik2 dulu suka sembang2 ngan arwah mak lepas solat.
"La, tak nak nyanyuk baca quran selalu..lagi bagus kalau hafaz"..masa tu saya masuk pertandingan tilawah alquran
"Tengok che ngoh ngaji tu, sampai ke tua mata terang, otak kuat ingatan tau.." jadilah mcm tu..jangan jadi tua lupa semua..nt menyusah kat anak..



Terngiang2 ayat arwah mak ni kat telinga saya..arwah mak saya ni syka bercerita..suka bagi nasihat..selalu jgk putar balik ayat ni ulang kat anak2 supaya mereka semangat untuk baca quran
Alfatihah untuk arwah mak dan tok guru mengaji saya ni

NEUROGENERATION...

Penyakit Neuro ni berkaitan dengan otak..
Semakin usia lanjut, proses penuaan berlaku..macam2 penyakit kritikal boleh menyerang..ketika ni sel-sel badan pun dah banyak rosak

Radikal bebas sekeliling kita menjadikan sel-sel mudah rosak seterusnya penuaan kulit dan penyakit mudah hinggap. radikal bebas ini menjadikan otak kita mengalami oxidative stress.

Bila semakin lanjut usia, bukan setakat penuaan kulit berlaku malah penuan otak juga boleh berlaku.

Antara penyakit boleh menyerang:

1. Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan penhgidapnya tidak mampu untuk mengurus diri sendiri.

Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Bahaya penyakit ni dia boleh lupa keseluruhan..bila pergi kedai,lupa jalan balik..lupa nama sendiri, nama anak dll

dan bahayanya jugak otak pesakit alzheimer ni boleh mengecut

Alzheimer ni takde ubat yang boleh merawat cuma kawal simptom sahaja.

2. Penyakit Dimensia /nyanyuk

Penyakit ini pun ada kaitan dengan kerosakan sel di saraf otak dan gangguan pembuluh darah otak seperti stroke.

Sebenarnya ada suplemen yang boleh mencegah dan mengurangkan risiko bagi pesakit seperti ini iaitu Resveratrol dan suplemen baik untuk otak.



Suplemen ada kandungan Resveratrol ni adalah VIVIX

Dalam vivix ada 10kali ganda Resveratrol biasa



dan ada kajian yang dijalankan oleh pakar pada tahun 2015..

Hasil kajian ini mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemerosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti.

Maknanya, keadaan pesakit Alzheimer's tidak jadi makin kronik!

Didapati bahawa kadar protein beta amiloid40 kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.

Nak elak penuaan otak, dari muda kena jaga..kita yg muda2 ni pun kadang dh start penyakit LUPA ni..

So, rajin2 lah ambil antioksidan tinggi ni dan tak lupa juga untuk rajin membaca quran, baca buku dll..

Mar 21, 2017

24 Nasihat Doktor Hamid Arshat Untuk Kaum Wanita

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA



1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.
5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.

Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.


Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.

Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.

Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.


Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.

Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.


Keperluan vitamin dan logam meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilangan logam iron ketika haid.
23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Credit : FB Dr Hamid Arsyat

Mar 20, 2017

Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis semasa hamil atau juga di kenali sebagai Diabetes Gestasi / Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah penyakit yang sering berlaku kepada ibu. Kini semakin ramai yang menghidap penyakit ini dan KKM telah menyarankan untuk semua ibu menjalani dan mengambil ujian minum air gula untuk mengesan diabetes semasa hamil walau ibu tiada rekod family yang mempunyai masalah ini.




Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan hormon (insulin) dengan secukupnya. 

Insulin yang di hasilkan oleh pankreas ini sebenarnya sangat penting iaitu:


  • Ia mengawal jumlah gula dalam darah yang di gunakan untuk tenaga
  • Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera di simpan.
GDM boleh di kesan pada minggu ke 28 sehingga minggu ke 34 kehamilan bayi dan kebiasaannya akan hilang selepas kelahiran bayi.


Bagaimana GDM berlaku ketika hamil?



Badan ibu memerlukan lebih insulin daripada biasa semasa hamil untuk memenuhi keperluan bayi terutama ketika masuk pertengahan kehamilan dan seterusnya. 

Ibu akan mengalami masalah diabetes ini apabila  badan tidak boleh lagi menyediakan insulin tambahan di mana terlalu banyak gula dalam darah.

Uri mengeluarkan hormon rintangan insulin ini dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.

Semakin membesar usia kandungan dan uri semakin membesar,  makin banyak hormon di hasilkan  dan semakin tinggi rintangan insulin terjadi


Risiko Kencing Manis Semasa Hamil

  • Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah rendah dan  jaundis.
  • Berat bayi yang melebihi 4kg akan menyebabkan sedikit kesukaran semasa kelahiran
  • Jaundis
  • Bayi sukar bernafas
  • Bayi berisiko tinggi untuk cacat
  • Bayi berisiko tinggi meninggal dalam kandungan

Siapakah berisiko mendapat GDM ini?

  • Mempunyai berat badan berlebihan semasa hamil
  • berusia 35 tahun ke atas
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga mempunyai penyakit ini seperti ibu atau ayah
  • Pernah mempunyai sejarah kencing manis (GDM) semasa kehamilan dulu
  • Selalu makan makanan berlemak tepu dan karbohidrat tinggi

Bagaimana Untuk Bantu Atasi GDM semasa Hamil?


Jadi sangatlah penting untuk ibu menjaga kesihatan dan pemakanan ketika hamil ini.

  • Diet khusus sangat penting selepas di sahkan mempunyai masalah GDM ini.
  • Pastikan mengambil ujian MGTT ( minum air gula) untuk semak kondisi diri samaada mempunyai kencing manis atau sebaliknya
  • Kurangkan makanan berkanji dan minuman/makanan manis
  • Selalu bersenam
  • Mengambil suntikan insulin yang cukup

Pengalaman Menghidapi GDM 

Pengalaman pertama kehamilan saya dulu di sahkan menghidap GDM ini. Masyallah memang sangat rumit sekiranya mempunyai masalah ini ketika hamil.

Bayangkan perlu repeat 2 kali uuntuk minum air gula. Berat badan naik mendadak.. Memang saya suka minum milo ketika ini. Bila tak cukup info memang sedap je makan dan minum kan semasa hamil ni..

Saya perlu jumpa pakar pemakanan dan doktor sarankan untuk kawal dan stop terus minuman manis dan makanan manis-manis termasuk kuih muih dan gula putih.

Perlu cucuk kat jari untuk cek bacaan gula sebanyak 4 kali setiap hari selama 5 hari berturut-turut. Memang jenuh nak ulang alik klinik tapi alhamdulillah masa ni layankan jela..yang penting baby sihat

Alhamdulillah selepas kelahiran bayi ,masalah GDM ini hilang dengan sendirinya dan saya mula alert mengenai pemakanan dan berat badan.

Kehamilan anak-anak seterusnya saya bebas daripada masalah GDM ini..Lega sesangat.

Suplemen semasa hamil juga amat penting bukan setakat untuk lengkapkan zat nutrisi yang tidak cukup malah ia juga bantu untuk kawal dan elak terjadinya GDM ini.

Set kehamilan Shaklee berserta ESP sangat baik untuk ibu amalkan sepanjang kehamilan. 



Ia bukan setakat memberikan tenaga, malah ia juga bantu mengawal berat badan ibu, mengawal gula dalam darah, mengurangkan risiko berlakunya gejala darah tinggi, membantu proses penghasilan susu badan dan memberi ketenangan kepada saraf ( elak stress).


ESP suplemen terbaik untuk Ibu Hamil

Tahu tak ESP ni  mempunyai asid amino Arginine iaitu Arginine memainkan peranan yang penting dalam pembahagian sel, penyembuhan luka, mengeluarkan ammonia dari badan, fungsi imun, dan pelepasan hormon.




Boleh baca info lanjut mengenai kebaikan asid amino Arginine untuk Pesakit Diabetes di SINI




Saya percaya suplemen dan zat nutrisi yang seimbang dan cukup sangat mempengaruhi kesihatan dan mengelak masalah pelbagai penyakit ketika hamil. 

Paling penting yang ibu perlu alert:

Jaga pemakanan, elakkan makanan manis dan minuman manis, rajin bersenam, makan suplemen baik dan konsisten setiap hari serta amalkan gaya hidup sihat -  jauhi stress dan sebagainya dapat meningkatkan kesihatan terbaik untuk ibu dan bayi juga.

Testimoni Set Hamil Shaklee

-- Rahsia kakak ni cergas bertenaga walau sarat hamil ketika berpuasa




Cergas Bertenaga dengan Set Hamil Shaklee

Kisah ibu-ibu hebat cergas bertenaga dengan set Shaklee

Proses kehamilan memang pelbagai cabaran dan dugaan dan setiap kehamilan sangat berbeza daripada anak pertama, kedua dan seterusnya.

Semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan diberikan juga kekuatan dan kesabaran untuk tempuhi apa jua cabaran dan ujian sepanjang kehamilan ini..

Miliki  set Hamil shaklee berserta ESP hari ini..Insyaallah pengeluaran wang untuk set ini sangat berbaloi sepanjang hamil. Boleh juga amalkan makan sehingga proses berpantang.

Jadi ibu jangan tunggu lama-lama ye..Dapatkan segera set kehamilan ini melalui cara berikut:












Mar 17, 2017

Resveratrol Bantu Pulihkan Luka dan Bagi Ibu Bertenaga sepanjang Berpantang

Ibu dalam pantang memerlukan penjagaan rapi dan berpantang dengan betul bagi membantu badan lebih sihat dan pulih sepenuhnya.

Di zaman moden sekarang ni ramai ibu yang mengambil mudah dalam konsep berpantang. Ada ibu hanya berpantang makanan , masih mengikut cara dan adat lama -- makan nasi putih bersama ikan kering. Ada yang catu bekalan air minuman dan pelbagai lagi.




Jika di ikut cara ini kemungkinan ibu akan mengalami kekurangan zat di samping sukar untuk menyusukan bayi. Proses berpantang memerlukan pemakanan yang lengkap zat nutrisi, air kosong yang cukup juga bagi membantu melawaskan aka mengelak masalah sembelit.


Pemilihan set berpantang juga sangat penting. Lagi-lagi sekiranya ibu mempunyai anak lain yang perlu di uruskan, risiko untuk penyakit kuning yang memerlukan ibu berulang-alik ke hospital, bayi yang kerap bangun malam dan sebagainya. Proses berpantang sebenarnya memerlukan rehat yang cukup, tenang ketika berpantang supaya tiada masalah stress / meroyan dalam pantang dan sebagainya. 

Set berpantang pilihan saya setakat ni masih saya guna Set Bersalin Shaklee. Dalam set bersalin shaklee ni ada B Complex, Multivitamin Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Alfafa Complex, Ostematrix dan ESP.

Manfaat Setiap Vitamin dalam set bersalin


Banyaknya kak..Boleh telan ke semua ni?? Haa ibu-ibu jangan risau.. ada jadual makan setiap vitamin ni..bukan telan sekaligus.

Alhamdulillah selepas amalkan dengan konsisten set ni saya perasan luka luaran cepat baik, badan bertenaga walau anak kerap berjaga malam, pengeluaran susu badan meriah, anak pun menyusu cepat kenyang dan walau anak kena jangkitan kuning still boleh makan. 

Suplemen ni bukan setakat bantu bekalkan tenaga kepada ibu, malah bantu juga ibu dalam penyusuan bayi, bantu elak masalah sembelit yang sering di hadapi oleh ibu-ibu berpantang, legakan saraf, kurangkan dan legakan sakit pinggang dan seluruh badan, serta bantu baikpulih luka dengan cepat.


Testimoni Set Berpantang Shaklee











Selain Set Berpantang ini, Resveratrol dalam vivix juga sangat baik bagi membantu baikpulih sel badan ibu dan berikan tenaga dan kesihatan menyeluruh kepada ibu.



Mengapa ibu berpantang baik untuk amalkan tonik vivix?

Kerana Vivix dapat bantu Memperbaiki sel

Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit.



Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah.

Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu.

Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.











Kebaikan vivix untuk ibu berpantang:

Menyembuhkan organ peranakan dan
Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
Mengembalikan kecantikan tubuh.
Mengelakkan stress atau gila meroyan


Sekiranya ibu sedang berpantang atau sedang menunggu masa kelahiran bolehla mengambil tonik kaya resveratrol ni. Jika ada luka pembedahan czer insyaallah luka cepat baik.

Pilihan terbaik untuk rawatan ibu agar dapat berpantang dengan mudah, hati lapang dan paling seronok jika luka cepat baik dan pengeluaran susu badan melimpah ruah kita pun dapat berpantang dengan hati gembira kan..

Ibu sihat insyaallah bayi pun sihat:-)

Sebarang pertanyaan atau inginkan set bersalin atau tonik vivix untuk tempoh berpantang ibu nanti boleh hubungi saya seperti berikut: