Jul 3, 2015

Tips Menyusu Ketika Berpuasa supaya Bekalan Susu Sentiasa Mengcukupi dan Badan Tidak Penat

Menyusukan anak/bayi sebagai seorang suri rumah atau Work at Home Mom (WAHM) sangat memerlukan kesabaran tinggi dan kekuatan.Tahun ini adalah tahun pertama saya menyusukan anak secara 'direct'.Sebelum ni saya menyusukan anakanda umair dan husna ketika masih berkerja dan suasananya tidak sama. Ketika di tahun-tahun yang lalu,saya pam sebanyak 2X iaitu waktu pagi dan petang sahaja. Kini,ketika bersama anakanda hannah yang berusia 1 tahun 7 bulan saya perlu bersedia sepanjang masa kerana bersamanya setiap hari.



Cabaran penyusuan ketika berpuasa di rumah setiap hari adalah anak saya nak melekap hampir setiap jam.Letih,penat? Hanya Allah sahaja yang tahu..Setiap pagi selepas sahur,dah melekap.Selepas subuh melekap nak susu lagi,pukul 7 pagi,10 pagi..Pendek kata,hampir setiap jam si anak mesti menangis minta mahukan susu.Anakanda hannah ni pandai,dia tak nak susu stok tau..Nak susu 'fresh' sepanjang masa:-)

Ibu-ibu pernah alami situasi seperti di atas?

Tak nak bagi menangis-nangis.Buat kerja pun tidak dapat siapkan dengan sempurna.Belum lagi jika ada anak-anak lain yang perlu di uruskan. First time,saya alami ketika menggantikan puasa bulan lepas,saya merasa sedikit 'down' dan sangat penat.Namun saya teruskan jua penyusuan seperti biasa.Takkan nak berhenti menyusu pulakkan?Lagi-lagi si anak dah pandai dan tak nak menggunakan botol.



Menyusukan bayi memerlukan semangat dan keinginan yang kuat.Sekiranya ibu benar-benar mahu,insyaallah apa jua halangan pasti dapat di atasi:-) Paling penting perlu bersikap positif dan menerima keadaan dan situasi anak dengan berlapang dada.


Tips menyusu ketika Berpuasa

Terdapat pelbagai cara banyakkan susu ketika berpuasa.Antara tips banyakkan susu adalah seperti berikut:


1) Supply dan Demand Tidak Terganggu

Pastikan proses supply dan demand tidak terganggu - menyusu dan pam seperti biasa walau berpuasa.Susu tidak akan terhenti jika ada permintaan daripada bayi.Semaki kerap payudara di rangsang (bayi menyusu,payudara dipam) semakin banyak susu akan terhasil.

The more demand,the more milk will be supplies

2) Minum air kosong 3 liter sehari

Pengambilan air kosong sebanyak 2-3 liter sangat penting walau ibu berpuasa. 8 gelas sehari = 3 liter air sangat penting bagi memastikan ibu tidak terhidrat dan tidak terlalu letih.





3) Elakkan stress 

Tanamkan di minda bahawa anda boleh menyusukan bayi dan berfikiran positif selalu yang susu cukup untuk keperluan bayi. Stress boleh menyebabkan pengeluaran susu terganggu sekaligus mengurangkan pengeluaran susu.


4) Pengambilan Makanan Seimbang dan Supplemen Tambahan



Makanan seimbang dan nutrisi yang lengkap amat penting ketika berpuasa. Ambil Supplemen bagi membantu ibu kekal bertenaga dan cergas. Saya mengambil set penyusuan shaklee yang terdiri daripada Vitalea,Vitamin C,Alfafa,Ostematrix dan tambahan set berpuasa ini untuk kekal bertenaga dan mengelakkan lesu sepanjang berpuasa. 


Jika ibu tidak tahu set penyusuan manakah yang sesuai untuk ibu,boleh rujuk panduan di sini - Set  penyusuan manakah yang sesuai untuk ibu?


5) Makan Kurma ketika Sahur dan Berbuka

Kurma adalah buah wajib yang perlu di ambil setiap hari ketika berpuasa. Boleh mengambil 3 biji setiap kali sahur dan berbuka


6) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta pengambilan sup ketika berbuka puasa atau sahur

7) Kenali pemakanan 'milk-booster' ibu supaya susu dapat terhasil dengan banyak.

Saya pernah mendengar penerangan pakar laktasi,beliau maklumkan setiap ibu mempunyai milkbooster masing-masing.Jadi carilah makanan atau minuman 'milkbooster' ibu untuk memastikan susu terhasil dengan banyak. Ada yang gemar makan durian,nasi arab,susu,ESP dan pelbagai lagi milkbooster masing-masing yang boleh ibu cuba.


Kesemua tips di atas alhamdulillah saya dah amalkan dan insyaallah moga-moga pengeluaran susu badan banyak dan berterusan sepanjang hari.



Antara testimoni ibu yang mengambil supplemen ketika berpuasa












Antara minuman milk booster saya yang saya ambil setiap hari.Bergilir-gilir resepi ni..takdelah asyik minuman sama jekan..

1) Perfomance Drink + Laici

Fuhh yang ni minum time berbuka sejuk-sejuk..Terliur anak-anak dara saya kat rumah ni..Memang 1 jug terus saya bancuh..Alhamdulillah menghilangkan haus dan mengembalikan tenaga serta membekalkan elektrolit semula dalam badan






2) 1 sudu ESP/susu tepung + 7 biji Kurma + 1 sudu Horlick

Resepi ESP + kurma+horlick

Yang ni blend semua. Minum time sahur alhamdulillah kenyang sampai berbuka. ESP,kurma dan horlick adalah antara minuman yang boleh menambahkan pengeluaran susu


3) Vico /milo +  ESP

Yang ni minuman rutin sahur.Pagi-pagi nak cepatkan..so minum ni pun dah kenyang dan bertenaga


4) Cinch Energy Tea + Madu + Limau Kasturi

Fuhh minum air ni suam-suam ketika berbuka sampai berpeluh-peluh..Cinch energy tea ni saya bancuh dalam 1 tumbler 1 liter. Memang rasa fresh sangat dan saya jatuh cintan banyak kali..Hari-hari berbuka air ni pun takpe..paling best tak mengantuk masa terawikh..Memang bagus sangat bagi yang cepat letih dan mengantuk..


Tiada moment paling indah bagi seorang ibu apabila dapat menyusukan bayi sendiri.Memang terasa penatkan tetapi bila fikir-fikir semula anak-anak ni cepat membesar,jauh di sudut hati kita sebagai ibu sanggup berkorban apa sahaja bagi memastikan yang terbaik untuk anakkan??


Sekiranya ibu-ibu ingin mencuba supplemen diatas boleh hubungi saya.

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 












No comments:

Post a Comment