Jan 27, 2019

Gastrik kerap menyerang? Bagaimana mengatasinya?

Gastrik adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.








Masalah gastrik sering menyerang individu yang skip breakfast dan kerap juga menyerang ketika berpuasa.




Bagaimana penyakit gastrik terjadi?

TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut.


Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat inilah yang menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.

Punca lain adalah seperti berikut:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Tanda-tanda serangan gastrik:


1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik)
9. Hilang selera makan
10. Berat badan turun (pada peringkat teruk)



Bagaimana mencegah serangan gastrik?
Terdapat pelbagai cara perubatan moden dan tradisional untuk mengurangkan dan sekaligus merawat gastrik. Namun sangat penting untuk mencegah ia daripada berlaku daripada merawat. Betulkan?
Sekiranya anda daripada jenis yang perut sensitif atau pernag mengalami serangan gastrik, penyakit ini boleh berulang datang kembali. Jadi sangat penting untuk menjaga pemakanan dan menjaga waktu makan
Cara mencegah serangan gastrik:
1. Makan mengikut waktu. Pastikan tidak skip 'breakfast'. Kebanyakan yang terkena serangan gastrik kerana lewat mengambil sarapan akibat kesibukan berkerja
2. Elakkan makanan ringan, jeruk kering atau basah.
3. Elakkan minuman bergas dan alkohol.
4. Elakkan cuka dan makanan pedas-pedas.

Pengambilan susu juga baik untuk pesakit gastrik. Protein susu daripada sumber soya Non-GMO, ESP juga dapat mengurangkan gejala gastrik
  • ESP kaya dengan kacang soya berkualiti tinggi. Ia bersifat alkali dan mampu membantu meneutralkan lebihan asid hidrolik yang dirembeskan oleh kelenjar perut
  • ESP ini juga mengandungi kandungan protein yang tinggi boleh membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik kerana sistem pencernaan kita mula 'bekerja' apabila wujudnya unsur protein dalam perut.
  • Nutrien yang terdapat didalam ESP ini juga mampu membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidrolik sewaktu proses pencernaan itu berlaku.
  • ESP juga kaya dengan kandungan kalsium serta membantu mengenyangkan dan memberi tenaga dalam tempoh panjang. Sekiranya anda jenis yang sibuk dan tidak sempat untuk breakfast, sangat baik untuk shake ESP pada waktu pagi. 

Jom lihat apa kata pengguna yang dah mencuba protein ESP:









Alhamdulillah, ramai dah pengguna yang pernah terkena serangan gastrik ni mencuba ESP (Energising Soy Protein) dan mendapat kesan positif. Malah turut mendapat kesan bonus yang lain seperti parut jerawat juga semakin pudar, kulit dah tak kering, bacaan gula turun dan pelbagai lagi





Nak berpuasa atau berdiet tanpa pedih perut? Pilihlah protein ESP. Anda akan merasai kelainannya. Badan bertenaga, kulit semakin sihat dan serangan gastrik pun semakin hilang!

Sempena promosi protein ESP bulan ni, meh cepat borong. Beli 6 dapat 7 tong ESP. Boleh pakat dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Juga boleh dapatkan 2 tong dengan diskaun 5%

Nak dapatkan promosi ESP? whatsapp sahaja di SINI 



credit:portal 1KLIK ,SirapLimau.com



Jan 25, 2019

Tips Pemulihan Luka selepas Bersalin supaya Luka Jahitan Cepat Baik

Semalam dapat anak buah, 2 hari lepas dapat cucu buah. hihi..alhamdulillah, adik dan anak saudara selamat bersalin

Fasa pertama selamat kelahiran dah lepas, fasa kedua fasa berpantang bagi ibu dan yang mengalami luka selepas bersalin samaada luka czer atau luka episiotomi,kedua-duanya sakit dan memerlukan penjagaan rapi





Pemakanan, kebersihan dan juga cara berjalan sangat penting bagi membantu pemulihan luka dengan cepat

Ada sesetengah ibu selepas bersalin langsung tak dapat bangun di sebabkan jahitan luka perinium yang sangat panjang. Nak duduk sakit, nak berjalan sakit, nak membuang air lagilah gerun

Semalam ada customer maklumkan dia berjahit sangat banyak dan sangat sakit di bahagian luka.

Teringat saya kisah 12 tahun lepas, semasa saya bersalin anak sulong juga mengalami masalah sama. Luka jahitan sangat panjang dan ia mengambil masa lama untuk pulih kerana saya kurang ilmu.
Hanya bergantung kepada cara tradisional sahaja tanpa penggunaan ubat atau suplemen yang dapat bantu baik luka dengan cepat



Apa ibu perlu buat untuk memastikan luka jahitan tidak terbuka kembali?



1) Keringkan tempat luka

Luka di bahagian bawah tu memang susah nak tengok kan..Lagi kita gerun bila rasa benang. Selepas cuci bersih kemaluan, pastikan lap lembut di bahagian luka. Boleh beli tisu gulung toilet tu atau gunakan towel bersih. Saya guna tisu sahaja mudah terus buang. Atau boleh juga guna kipas angin atau dryer untuk keringkan bahagian luka


2) Sapu ubat luka

Bila keluar dari hospital, kebiasaan doktor akan bekalkan sekali ubat luka untuk sapu. Biasanya ramai yang guna kapas, tapi biasanya kapas akan menyerap dan sedikit sahaja yang dapat sapu. Sebaiknya guna botol spray. Masukkan ubat dalam spray dan sembur di bahagian luka


3) Jaga Pemakanan

Pemakanan tersangatlah penting ketika dalam pantang. Pastikan ibu mengambil nutrisi yang cukup, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang di benarkan. Juga pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelak sembelit. Dah sembelit lagi teruk jadinya.

Petua elak sembelit ketika berpantang


4) Tukar pad dengan kerap

Pada awal kelahiran, darah memang keluar banyak. Tukar pad setiap jam atau 2 jam sekali. Jangan tunggu lama kerana boleh melecet dan jangkitan kuman boleh menyebabkan luka lambat sembuh

5) Pengambilan Suplemen

Antara suplemen yang dapat bantu pemulihan luka adalah zinc dan vitamin C. Kedua-dua ni boleh di ambil selepas bersalin. Nak makan buah seperti sunkist atau oren pun tiada masalah tapi kekadang ada yang perut tak tahan jadi gastrik.

Tahu tak dalam ikan haruan ada zinc sebab tu ada yang cadangkan makan ikan haruan. Tapi kalau susah nak dapat ikan ni boleh ambil Zinc ni. InsyaAllah dapat bantu luka dengan cepat




6) Last but not least, ada petua guna air garam, air asam keping, asah manjakani dan pelbagai lagi. Boleh pilih ikut kesesuaian dan keyakinan diri. Saya pernah guna air garam kasar. Campur dalam air suam.


7) Dan penting juga amalkan senaman kegel. Tahu tak mengenai senaman ni? Haaa ibu wajib buat senaman ni tau. Boleh tengok di sini


Semoga ibu-ibu yang sedang berpantang cepat sembuh. Nak jaga baby, diri sendiri kena cepat baikkan. Jadi amalkan tips di atas. InsyaAllah semoga di permudahkan.


Berminat untuk dapatkan suplemen set asas penyembuhan luka ini boleh terus whatsapp saya di SINI ( sila klik)




Jan 10, 2019

Keloid Czer Mengecut dengan ESP dan Vitamin C

Apakah Keloid?



'Keloid merupakan salah satu jenis bekas luka yang cukup mengganggu penampilan kerana bentuknya yang tebal dengan warna yang kontras dengan kulit'

Keloid dapat tumbuh pada bekas luka di bahagian tubuh seperti di bahu,dada. Parut ini kebiasaannya muncul dan di alami oleh individu yang memilki kulit lebih gelap namun tidak bermakna individu berkulit cerah tidak mengalaminya.

Faktor terjadinya keloid adalah di sebabkan luka pembedahan, luka terbakar, luka bekas tindik, luka tergores dan pelbagai lagi

Saiznya berbeza bagi setiap individu dan ia juga boleh membesar dan boleh memberi kesan kurang menyenangkan sekiranya terdapat di kawasan kulit yang terdedah

Terdapat pelbagai cara untuk hilangkan keloid iaitu dengan cara laser, pembedahan, dan suntikan.

Namun sekiranya ingin cara selamat dan tidak menyakitkan boleh ikhtiar dengan suplemen semulajadi ini



"Sejak saya konsisten ambil ESP dan Vitamin C, keloid Czer saya semakin mengecut. Ini perubahan paling besar sejak konsisten dua produk ini.

Selama ini asyik fokus nak kulit cantik dan putih. Rupanya ada yang tersembunyi lagi ohsem effect!!"

~ Puan Nur Iba

ESP adalah protein soya Non-gmo yang membantu pembaharuan sel-sel badan yang sihat, membantu pudarkan parut jerawat,strechmark dan memberi kelembapan kulit

Vitamin C - vitamin yang sangat baik untuk masalah kulit, bantu mencerahkan kulit, bertindak sebagai kolagen dalam badan, juga bantu menguatkan sistem imuniti badan


Promosi ESP sepanjang Januari ini - Beli 6 percuma 1 / beli 2 diskaun 5%


Berminat untuk dapatkan set keloid ini boleh whatsapp saya di 016 358 9018 / klik terus di SINI