Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari.
Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi. Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.
Punca cirit-birit:
Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:
- Makanan dan minuman yang tidak bersih dicemari bakteria, dan kuman lain.
- Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.
- Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak.
- Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.
- Penyakit yang boleh menjejaskan perut, usus kecil, atau kolon seperti penyakit Crohns dan sindrom iritasi usus (IBS).
Makanan dan minuman perlu di elak semasa cirit-birit:
- Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
- Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
- Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng.
- Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus.
- Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.
Semasa cirit-birit,elakkan pengambilan makanan dan minuman di atas dan boleh menggantikan dengan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.
Bancuh Tea pekat tanpa gula juga membantu mengurangkan masalah cirit.
Cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mendapat cirit-birit ialah dengan menjaga kebersihan diri.
- Basuh tangan dengan kerap, terutama sekali selepas menggunakan tandas, kerana kuman mudah tersebar menerusi sentuhan.
- Amalkan tabiat menjaga kebersihan apabila mengendalikan makanan, sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas mengendalikan makanan, terutama daging mentah atau makanan lain yang belum dimasak.
- Daging dan ayam hendaklah dimasak dengan betul untuk membunuh sebarang bakteria
- Buah-buahan dan sayuran yang dimakan mentah hendaklah dibasuh dengan betul menggunakan air bersih.
Sekiranya cirit-birit semakin serius dan tidak hilang,anda perlu berjumpa doktor segera sekiranya mempunyai tanda-tanda berikut:
- Demam panas, dengan suhu 38°C dan ke atas.
- Cirit-birit berlarutan selama lebih 2 hari.
- Sakit sederhana atau teruk pada bahagian abdomen atau rektum.
- Najis berdarah, atau bernanah.
- Najis berwarna hitam seperti tar.
- Tanda nyahhidrat, yang mungkin termasuk kelesuan atau kelemahan, gayat, dan/atau air kencing berwarna gelap.
Rawat Cirit-Birit sebelum semakin melarat
Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menggantikan bendalir dan garam yang hilang. Pengambilan air kosong sebanyak-banyaknya sangat penting.Anda juga boleh mengambil minuman lain seperti jus buah-buahan tulen.
Namun dalam kes cirit-birit sederhana hingga teruk, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik hendaklah diambil.
Bagi ibu hamil atau menyusu,elakkan sebarang ubat yang merbahaya dan dapatkan kebenaran doktor. Anda boleh menguatkan immune antibodi dengan pengambilan Nutriferon,Performance Drink,Vitamin C dan Energy Tea Mix untuk bekalan tenaga.Ia selamat untuk ibu hamil dan menyusu dan bebas dari bahan merbahaya dan semulajadi.
Nutriferon : Kuatkan sistem imun badan untuk melawan serangan bakteria/virus
Performance Drink : Menggantikan bendalir yang hilang dan membekalkan elektrolit
Vitamin C :Menguatkan sistem pertahanan badan
Energy Tea Mix : Membekalkan tenaga,meningkatkan metabolisma dan memberikan kecergasan
Time-time raya ni,perut kita mudah meragam..Yerla,macam-macam juadah adekan..Ada makanan di panas berulang kali macam rendang,sup boleh juga menjadi punca cirit-birit. Jadi berpada-pada kalau makan time beraya ni..Lagi-lagi mau beringat jika anda dalam perjalanan jauh ya!
Time-time raya ni,perut kita mudah meragam..Yerla,macam-macam juadah adekan..Ada makanan di panas berulang kali macam rendang,sup boleh juga menjadi punca cirit-birit. Jadi berpada-pada kalau makan time beraya ni..Lagi-lagi mau beringat jika anda dalam perjalanan jauh ya!
Sekiranya anda berminat untuk membeli sendiri set ini menggunakan kad kredit/debit,boleh click pada link di bawah:
Sekiranya berminat untuk dapatkan set bersesuaian untuk cirit-birit ni boleh hubungi saya seperti berikut:
No comments:
Post a Comment