Click banner untuk join Follower terkini : 190 |
Sep 30, 2015
PROMOSI TERAKHIR ESP TAHUN 2015
Hari ni dah LAST DAY bagi bulan September..tiktok..tiktok..maka hari terakhir juga untuk PROMOSI yang shaklee offer sepajang bulan ini iaitu:
PROMOSI HEBAT ESP:
BELI 6 ESP PERCUMA 1 @ BELI 2 ESP DISKAUN 5%
DAN
BELI 3 VITALEA FOR CHILDREN PERCUMA 1
Bagi peminat-peminat soya,anda patut rebut tawaran istimewa ni kerana harganya lebih murah dan jimat..dan kemungkinan besar juga ia adalah promosi terakhir ESP bagi tahun 2015 ni..
Kenapa anda perlu memilih soya ESP??
Jemput baca entry saya yang lepas --Kelebihan soya ESP TANPA GMO
Ramai juga telah mencuba dan mengambil ESP ini dan sangat berpuas hati dengan kesan baiknya..Alhamdulillah semua dengan izinNya..
Kelebihan soya ESP ni adalah penghasilannya sangat teliti dan 1 canister ESP yang anda beli tu di hasilkan daripada 30KG soya tanpa GMO yang berkualiti tinggi.
Proses penghasilannya juga sangat teliti dan ia di ekstrak menggunakan air BUKAN alkohol ya..
soya ESP juga menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia terutama ketika hamil dan menyusu kerana ia membantu ibu membekalkan tenaga,membantu pembentukan sel baru,membantu ibu dalam penyusuan di mana susu cepat terhasil dan lebih pekat. Hasilnya bayi akan cepat kenyang selepas menyusu susu ibu.
Pengalaman saya sendiri mengambil ESP sepanjang Kehamilan, berat badan terkawal naik,badan bertenaga,kulit bayi cantik tiada masalah ruam/ekzema.tiada lagi masalah GDM (kencing manis) semasa hamil..
Semasa menyusu pula bayi saya cepat kenyang selepas menyusu..Susu terhasil lebih cepat dan pekat dan alhamdulillah saya dapat kumpul stok susu dengan banyak semasa berpantang dan semasa berkerja.
Alhamdulillah dengan izinNya..kita sedaya upaya berusaha yang terbaik untuk kesihatan diri dan sediakan yang terbaik untuk anak-anak
Protien sangat penting dalam pembentukan sel baru untuk janin dan bayi yang sedang membesar |
100% daripada bahan semulajadi.Soya terbaik tanpa pewarna,bahan tiruan dan HALAL |
ESP membantu ibu lebih cergas dan bertenaga. Ia sangat sesuai bagi ibu yang mengalami morning sickness |
Pengambilan ESP setiap hari membantu merendahkan kolestrol dalam badan |
Ramai sudah jatuh cinta dengan ESP!! PELBAGAI KEBAIKAN ESP untuk kesihatan diri |
Sep 27, 2015
Jerebu oo Jerebu
Balik dari Paka Terengganu semalam,jerebu makin tebal dan memang kelam..tambah pulak setiap perhentian dan jalan sesak kat Bentong tu..memang terasa kering tekak..nak minum air banyak-banyak tak berani takut terkucil payah plak nak berhenti perhentian semua penuh..sudahnya sampai KL baru minum air lebih sikit..
Hari ni sedikit kompius nak hujan ke jerebu ni..kelam sungguh kat area Bangi ni..tapi aktiviti mencuci tetap di teruskan dan jemur kain macam biasa..Berita TV tengahari tadi pun dah umumkan esok cuti sekolah memandangkan keadaan jerebu makin buruk.
Hope malam ni turunlah hujan selebat-lebatnya dan semoga IPU kembali sihat..Kasihan sangat-sangat kalau anak-anak atau warga emas ada masalah asma atau batuk ni..
Jaga kesihatan diri ya semua..Jemput baca tips perlindungan diri dan keluarga ketika musim jerebu
Jika anda ingin semak bacaan IPU setiap hari boleh ke link berikut:
http://apims.doe.gov.my/v2/
Semoga Allah lindungi kita semua..Take care..
Sep 21, 2015
Selamat Cuti Persekolahan
Assalamualaikum semua..
Lamanya tak update blog..tah ape bizi kebenonye..
Cuti sekolah juga sudah bermula..sue dan anak-anak dah selamat balik kampung di paka,terengganu..disebabkan encik suami ke brunei untuk training,kami balikla dulu kampung..kebetulan plak raya ni wat ibadah korban,tahlil dan juga kenduri anak saudara.....
Baru-baru ni on the way pulang ke kampung tu tibe-tibe je kereta breakdown tepi highway LPT ni..cuak jugakla dahla campur panas terik lagi..last2 kene tarik dengan trak penunda ke bengkel berhampiran area maran..
Cek punya cek rupanya meter minyak rosak dan lepas p isi minyak dah ok dan boleh start enjin..tapi yang sakit hatinya tokei cina tu ambik kesempatan. rm380 duit melayang..padahal dia tolong bawak ke stesen minyak je dan tolong tuang minyak..dah tak de rezeki. dah terdesak apa boleh buat..bayo jela..huuhu
Balik KL nanti kene p balik servis center toyota ni..adalah hikmahNya..Allah nak beri rezeki lebih baikla tu..ameen insyaallah..
Duduk kat kampung ni saya berpusing la umah kakak-kakak..mak ayah dah tak ade, jadi pandai-pandailah bawak diri..
Anak-anak seronokla ramai sepupu sebaya dan melayan ragam diorang..
Insyaallah ada masa saya mencoret lagi. Internet very slow..hhuhu..
Sep 15, 2015
Tips Perlindungan Diri dan Keluarga ketika Musim Jerebu
Semalam seharian sakit kepala..Mungkin juga faktor cuaca jerebu ni..Tapi paling saya geram apabila melihat ada ibu ayah yang membawa anak berniaga di tepi jalan dengan mendedahkan anak kecil begiu sahaja tanpa di pakai mask atau tutup menggunakan kain. Saya faham orang berniaga ni..Itulah risikonya..tapi jangan sekali mengheret anak yang masih usia lingkungan bawah 2 tahun terdedah sebegitu rupa.Kasihan pada anak.
Balik pula ke rumah,saya melihat anak-anak sekolah tahfiz berdekatan rumah bermain dengan gembira bola sepak di taman..Aduhai adik-adik sekalian..Peranan guru sangat penting untuk mengingatkan anak-anak murid juga bahaya terdedah dalam cuaca buruk ini.
Tips Lindungi Diri Ketika Jerebu
1. Kurangkan Aktiviti Luar
Tidak keluar langsung memang mustahil la kan..Urusan harian memang kena berjalan seperti biasa. Namun hadkan aktiviti di luar rumah seperti berjoging,bersenam,bermain bola dan lain-lain. Pencemaran jerebu boleh mengundang penyakit asma,batuk selsema serta sakit tekak.Awasi juga anak-anak anda supaya mereka tidak berada di luar rumah
2. Banyakkan Pengambilan Air Kosong.
Minum air kosong lebih daripada biasa. Pengambilan air kosong membantu pengeluaran toksin dari badan melalui pembuangan air kecil dan perkumuhan. Elakkan pengambilan kaffeine dan minum air kopi kerana minuman ini mengalakkan kehilangan cecair daripada badan. Ia juga boleh menyekat zat nutrien di serap dengan baik dalam badan.
3. Pakai topeng muka/mask
Jangan sesekali lupa untuk memakai topeng muka jika berada di luar rumah.Bekalkan kepada anak-anak anda ke sekolah topeng muka ini. Jika tiada,boleh menggunakan tuala bersih untuk menutup hidung dan mulut. Juga basuh tangan dengan sabun selepas berada di luar rumah.
4. Berada di dalam bangunan tertutup
Pastikan pintu,tingkap semua di tutup dan jika ada penghawa dingin boleh ON. Jika ada air purifier juga boleh dipasang bagi memastikan pemgaliran udara bersih.
5. Hentikan pencemaran alam seperti pembakaran terbuka.merokok dan pelbagai lagi..Jadi abang-abang ensem merokok diluar sana,kurang-kuranglah hisap rokok ya dan paling bagus berhenti terus.Boleh tengok video kat bawah ni camna abang sado perokok tegar ni boleh berhenti merokok
Paling penting sekiranya anda tidak sihat atau ada masalah serangan asma,gatal-gatal atau demam batuk,segeralah berjumpa dengan doktor.
Pengambilan supplemen untuk menguatkan antibodi dan sistem imun badan juga sangat penting ketika ini. Antara cadangan supplemen yang sesuai adalah:
Performance Drink dapat membantu membekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
Nutriferon dapat menguatkan imun badan dan mengatasi serangan bakteria
vitamin C bagus juga kuatkan sistem pertahanan badan.
Minyak ikan Omegaguard untuk menyihatkan paru-paru dan menguatkan sistem pertahanan badan
Kesan Buruk Jerebu Pada Bayi/Kanak-Kanak
1.Jerebu mungkin akan menyebabkan hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa.
2. Sesetengah bayi mungkin mendapat ruam kulit.
3. Bayi anda juga mungkin akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.
4. Jika bayi mempunyai sejarah masalah pernafasan, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu.
Panduan Pemakanan Sihat di Musim Jerebu
Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan keluarga sebaik-baiknya. Doakan juga semoga bacaan IPU kembali normal dan kita semua sentiasa di beri kesihatan baik. Buat yang tidak sihat sekarang,jaga kesihatan diri,makan ubat,makan supplemen,banyakkan rehat dan pengambilan air ya.
Take care semua..
Bagi yang berminat untuk dapatkan supplemen kuatkan sistem imun badan di atas boleh hubungi sue seperti berikut:
Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sep 14, 2015
Cara Detoks Usus dengan Mudah agar Perut kembali Kempis
- Sembelit atau cirit birit berpanjangan.
- Sakit kepala yang kerap.
- Sering keletihan.
- Mudah lupa.
- Tidur yang sering terganggu.
- Muka pucat dan kusam.
- Sakit sendi dan otot.
- Kulit bermasalah-jerawat,berbintik,ezema,ruam.
- Perut berangin.
- Bibir yang kering.
- Ulser mulut.
- Perut buncit.
- Badan dan nafas berbau.
- Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.
- Senna leaves – rangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, cepatkan proses detoks dan kurang kan penyerapan lemak
- Anise seed – rangsang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan.
- Blue malva flower – bantu proses detoksifikasi dan imbangi tekstur kulit.
- Buckhon bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.
- Licorice root – bantu proses detoks
- Rhubarb root – herba yg byk digunakan dalam perubatan Cina
- Fennel seed
- Culver’s root
Sifatnya yg menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
- Pembersihan najis yg tersekat
- Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yg tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
- Membantu masalah sembelit.
- Tindakan pembersihannya yg lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
- Mengempiskan perut.
- Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
Apa kata pengguna yang telah mengambil Herb-Lax?
Sep 13, 2015
KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH
Sesungguhnya kita patut rasa cemburu kerana mereka di pilih meninggal di tempat paling mulia,paling suci dan dalam beribadah padaNya..
Al-fatihah kepada Allahyarhamah Rusiah Suar dari Sungkai Perak dan salam takziah buat semua ahli keluarga..
Teringat leader business saya pun sekarang tengah mengerjakan ibadah haji bersama suaminya.Apapun semoga Allah berikan kesabaran dan ketabahan buat semua jemaah kat sana..
Buat jemaah haji yang masih hilang,semoga Allah berikan petunjuk dan dipermudahkan semua urusan mereka.
Sama-sama kita berdoa semoga semuanya selamat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.
Al-Fatihah..
___________________________________________________________________
Terbaca catatan ustaz Nasir di FB beliau:
Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.
Sep 12, 2015
Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa
Sep 11, 2015
8 Jenis Makanan Baik untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita
6. Makanan yang kaya vitamin C
Ambillah selalu makanan yang mengandungi vitamin C. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan kita jadi perlu di ambil daripada pemakanan seharian daripada buah-buahan,sayur-sayuran dan supplemen. Makanlah buah oren,strawberri,kobis dan pelbagai lagi.
ESP juga adalah sumber protein yang juga bagus untuk kesuburan wanita.Perisanya yang asli dan bebas GMO menjadikan ia salah satu sumber protein terbaik.
Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil ya.