Bagaimana cara Nabi mendidik anak? Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w:
1. Umur anak-anak 0-6 tahun
- Berikan kasih sayang tanpa mengira anak sulong atau bongsu tanpa mengira umur dengan bersikap adil sama rata
- Melimpahkan kasih sayang sepenuhnya
- Tidak boleh dikenakan rotan sekiranya melakukan kesilapan wlaaupun untuk tujuan mendidik
- Kesannya: anak-anak akan lebih dekat dan rapat dengan ibu bapa dan merasakan ibu bapa sebahagian masa membesar mereka yang boleh di anggap sebagai rakan dan rujukan terbaik
2. Umur anak-anak 7-14 tahun
- Tanamkan nilai DISIPLIN dan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak ketika ini
- Perintahkan anak-anak untuk mula solat ketika berusia 7 tahun dan pukul mereka sekiranya meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun dan asingkan tempat tidur di antara anak lelaki dan perempuan
- Pukulan tersebut sekadar untuk menggerunkan mereka dan tidak di pukul; di kawasan muka
- Masa terbaik unruk membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan islam
3. Umur anak-anak 15-21 tahun
- Inilah fasa remaja yang penuh sifat memberontak
- Ibubapa perlu menjadikan anak sebagai KAWAN - banyakkan berborak dan berbincang sekiranya ada masalah,mejadi pendengar yang setia
- Sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan anak-anak usia ini,elakkan mengherdik dan memarahi mereka di hadapan adik-beradik lain
4. Umur anak-anak 21 tahun dan ke atas
- Fasa ini adalah fasa ibubapa memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN 'berotonomi' dalam membuat keputusan sendiri
- Ibu bapa hanya perlu pantau,nasihat dan iringi mereka dengan doa
- Bermula pengembaraan anak-anak dengan kehidupan sebenar di luar rumah,insyaallah jika disiplin yang di asah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup akan menjadi benteng diri untuk mereka
Sebagai ibu bapa,jangan penat untuk menasihati mereka.Mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti ibubapa inginkan.
Anak-anak adalah anugerah paling berharga dan amanah Allah buat ibu bapa. Hargai masa-masa indah ketika mereka kecil sebaik-baiknya kerana masa kecil mereka tidak akan berulang buat kali kedua
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
~Prof Dr Muhaya~
No comments:
Post a Comment