Jul 12, 2015

7 Barang Keperluan Hari Raya Wajib Ada Sebelum Pulang Beraya di Kampung

Saya pasti anda yang berada di kota sudah merancang untuk percutian pulang berhari raya.Juga ada yang dah menghitung hari dan masa untuk pulang menyambut syawal bersama keluarga tercinta.Bagi yang ada anak kecil, mesti penuh beg tersedia dan rasa macam-macam nak angkut masuk kedalam bonet kenderaan kan:-) 




Sebelum balik ke kampung halaman,pastikan anda sesekali tidak lupa kepada 7 jenis barang yang wajib ada ini supaya percutian pulang ke kampung merasa bahagia dan gembira.


1) Buah Tangan

Sudah pasti,kepulangan kita di tunggu dengan penuh ceria oleh ibu ayah dan keluarga. Jangan sesekali lupa buah tangan untuk insan tersayang.Anda boleh bawakan ole-ole seperti kuih raya,kerepek,telekung,kain batik/pelikat,supplemen dan pelbagai lagi sebagai tanda ingatan.


2) Charger Handphone  dan Powerbank

Selalunya charger handphone ramai yang terlupa nak bawa.Al maklum teringat kat kuih raya je..Kekadang teringat si isteri dah bawa,rupanya tertinggal jua..Penting untuk mempunyai charger dan powerbank ni..Almaklum nak berwhatsapp,berselpie di pagi raya dan share di laman sosial:-)


3) Bantal / Tilam

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang ramai,jangan lupa untuk bawa beberapa biji bantal atau tilam mudah lipat agar tidak berebut ketika di rumah orang tua..Kekadang hal ini nampak remeh,tetapi ada yang tidak boleh lena dan sakit kepala apabila tersalah bantal atau tidur di atas lantai.Sudahnya pagi raya 'bad mood' pun menjelma.


4)Ubat-ubatan / Supplemen

Jangan sesekali lupa untuk bawa sedikit bekalan 'basic' terutama jika ada anak kecil. Perjalanan jauh boleh menyebabkan perubahan cuaca dan kepenatan teutama di kalangan anak-anak.Sediakan ubat demam,ubat cirit-birit atau paling selamat supplemen secukupnya. Kekadang pagi raya klinik tutup terutama di pekan-pekan dan kampung kawasan pedalaman. Suplemen seperti Vitamin C dan multivitamin untuk anak-anak terutamanya sangat membantu untuk kuatkan sistem immune. Jangan lupa untuk selitkan juga minyak angin/balm untuk mengurangkan angin atau sakit kepala.


5) Duit Raya



Haa..yang ni paling penting untuk anak-anak buah dan saudara mara tercinta..Takkan raya setahun sekali tak boleh nak hulur walau sikitkan..Walau GST,minyak dah naik,anak-anak buah ni bukannya tahu pasal isu semasa ni..Jadi niatkan jela untuk bersedekah walau RM1.Yang penting IKHLAS ya:-)


6) Kelengkapan dandanan diri

Rasanya kaum isteri tak pernah lupa untuk selitkan kelengkapan diri ni seperti bedak,syampoo,sabun,tuala dan pelbagai lagi. Namun sebenarnya ramai jugak yang buat tak kisah dan buat-buat lupa,.Yelah,dah balik rumah sendiri,gunakan jela apa yang ada kan..Tapi kesianlah kat mak ayah kita..Tuh belum campur lagi adengan anak-anak kita bermain buih sabun semasa mandi bersama sepupu-sepapat mereka..Jadi, sediakan keperluan ini ya..Lagi-lagi syampoo tu sangat penting jika seharian memakai tudung keluar beraya.


7) Kelengkapan Baju Raya 

Rancang berapa helai pakaian yang perlu di bawa. Bagi yang mempunyai anak kecil,bawaklah lebih sedikit pakaian mereka. Al maklum balik kampung sekali-sekala..time ni la ada yang masuk parit,gali pasir dan macam-macamlagi keletah macam kita kecik-kecik dahulu, Kekadang cuti raya ni mesin basuh pun OFF terus..Jadi jangan sampai tak cukup baju raya ya:-) Juga tidak lupa sampin,songkok/tudung baru dan kasut raya.


Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda tidak tertinggal barangan yang penting di hari raya, Jika anda nak tambah lagi barangan di perlukan,boleh komen di bawah ya:-)


Ketahui tips bagaimana atasi badan letih dan lesu selepas percutian atau travel.






Ketahui Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS dan rebat tol yang diberi.


Selamat Bercuti dan Selamat Pulang Ke Kampung Halaman Dengan Selamat dan Gembira








No comments:

Post a Comment