Panas terik hari ini..sepanas tajuk berita pertukaran kabinet petang ni..Apapun semoga kita semua sentiasa dalam pemeliharaan kasih sayangNya..Semoga Allah berikan kita pemimpin yang adil dan berjiwa rakyat..Insyaallah..
Petang-petang ni enakkan kalau dapat minum jus mangga..sambil-sambil dapat menyejukkan hati yang panas dan meredakan stress:-)Jom ketahui apa khasiat mangga dalam merawat pelbagai penyakit.
Khasiat Mangga Dalam Membantu Merawat 5 Jenis Penyakit
Mangga, buah enak yang dapat menguatkan otot dan menyediakan tambahan bagi membunuh kuman dan penyakit. Daripada akar,daun,kulit kayu,bunga,buah mangga serta biji semuanya mengandungi khasiat penyembuhan dengan izinNya.
1) Mengurangkan Keletihan
Minum jus mangga dengan susu segar dapat meningkatkan kekuatan dan tenaga tubuh kita, Pengambilan secara teratur setiap petang dapat mengurangkan keletihan
2) Meningkatkan Kekuatan Seksual
Dalam Buku Rasulullah is my Doctor,ada dimaklumkan jus buah mangga adalah viagra semulajadi. Caranya dengan mengambil akar pokok mangga sebesar ibu jari dewasa dan dididihkan dengan 2 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum dan nikmati air viagra semulajadi ini
3) Kulit Cantik
Idaman semua wanita dan lelaki, amalkan memakan buah mangga secara teratur setiap hari.
4) Luka Terbakar
Ambil abu daripada daun mangga yang dibakar,di tampalkan pada tempat yang terbakar. Ia dapat menghilangkan rasa sakit.
5) Cirit-Birit
Didihkan 20gram serbuk kulit kayu pokok mangga dalam 3 cawan air sehingga menjadi setengah.Ia bagus untuk mengurangkan sakit cirit-birit.
Pasti ramai suka rasa enak buah mangga kan..Ia juga ubat mujarab mengatasi masalah sembelit..
Antara khasiat buah mangga:
- menurunkan kolestrol
- Mencegah serangan kanser
- mencerahkan mata
- Menjaga paras insulin
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Menurunkan panas dalam
- Mencantikkan wajah
Semoga artikel ini membantu anda mengatasi penyakit yang di alami..
Sumber: Buku Rasulullah is my Doctor
No comments:
Post a Comment