Nov 30, 2017

Kenali Kanser Limfoma atau Kanser Darah

Baru-baru ni kita di kejutkan berita penyanyi Elyana umumkan beliau telah di sahkan menghidapi Kanser Limfoma stage 4 dan sudah mengalaminya sejak 7 tahun lepas.

Kanser Limfoma bukan cerita baru di negara kita. Beberapa kali kita di kejutkan dengan berita kanser ini. Anak penyanyi nasyid Saudara Bazli UNIC, arwah Syahid, Pendakwah terkenal,Ustaz Hanifah antara yang di sahkan menderita penyakit ini.






1. Kenali apakah Kanser Limfoma?

Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes'. Keadaan ini berlaku apabila 'lymphocytes' berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

2. Tanda-tanda di serang Kanser Limfoma

Penyakit limfoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. 
Menurut Ketua Jabatan Hemotologi Hospital Ampang, Datuk Dr Chang Kian Meng: 
"Pesakit akan berasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal kulit.
"Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin. Pesakit juga mengalami demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak"

Tanda-tanda yang jelas:
# Pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan.
# Bengkak pada muka, leher, bahagian atas lengan dan dada.
# Kesukaran untuk menelan.
# Bengkak pada nodus limfa di dalam abdomen boleh menyebabkan kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menyekat saluran najis dan menyebabkan sembelit, loya dan muntah.
# Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam, kadang-kala dipanggil simptom B.
# Kegatalan kulit dalam kes limfoma hodgkin.
# Tanda limfoma bukan hodgkin terjadi dengan cepat, dalam masa beberapa hari atau minggu sebelum dikenal pasti. Sesetengah jenis limfoma jenis ini terjadi secara perlahan dalam beberapa bulan.
# Bagi limfoma hodgkin pula, biasanya berlaku dalam jangka masa panjang, secara perlahan. Kesan bengkak ini kelihatan sehingga satu tahun pada pesakit.
# Simptom B pada amnya merebak dengan cepat dan boleh dikesan dalam tempoh masa beberapa bulan penyakit disahkan.

3. Jenis-jenis Limfoma:
Ada dua jenis limfoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin limfoma. Limfoma Hodgkin adalah sejenis limfoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi, manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal.
Menurut statistik, di Amerika Syarikat (AS), setiap tahun dianggarkan 54,000 orang didiagnosis dengan NHL dan 7,000 kes HL. Ia adalah kanser darah paling lazim di AS sebaliknya Kesatuan Eropah (EU) menyaksikan lebih 50,000 kes NHL setiap tahun.
Mereka yang berumur antara 15 hingga 30 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat HL, malah warga emas yang berusia 55 tahun ke atas juga mempunyai risiko yang sama.

3. Bagaimana kanser Limfoma berlaku?
Limfoma adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh.
Sistem limfatik berfungsi untuk melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh dan ia merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.
Apabila Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut ,sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan.
"Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa. Pengumpulan ini seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.
"Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak," 


4. Rawatan untuk Kanser Limfoma
Dari segi rawatan, pakar akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai.
Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis limfoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.


Bercerita mengenai tanda-tanda ini, kakak ipar saya juga di sahkan menghidap kanser ini sejak 2 tahun lepas. Mengalami hampir kesemua tanda-tanda di atas sebelum di sahkan sebagai penghidap kanser ini
Batuk berterusan, berat badan menurun mendadak, pada permulaan tidak nampak dengan jelas bengkak nodus limfa tetapi selepas xray secara terperinci baru perasan bengkak nodus limfa di bahagian leher.
Demam on off sepanjang masa. Sehinggakan ke klinik bertukar ganti dan akhirnya nekad ke hospital pakar di Johor. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melalui proses kimoterapi bukan sesuatu yang mudah. Rambut gugur teruk sehingga kepala botak, selera makan tiada, antibodi 0 menyebabkan mudah demam dan selsema bebila masa, badan cepat panas sejuk, kesukaran tidur, bengkak di muka kaki dan pelbagai lagi. Inilah kesan yang di ceritakan oleh kakak dan apa yang saya nampak sendiri.
Sesuatu ujian Allah hadir bukan sebagai hukuman atau balasan. Tetapi sebagai kasih sayangNya dan ingin tingkatkan martabat diri. 
Sabarlah wahai diri yang di uji dengan ujian getir ini. Semoga Dia berikan kekuatan dan semangat luar biasa kepada yang di uji. Sentiasa fikir positif dan bersemangat untuk teruskan perjalanan hidup. Insyaallah semoga diberikan sebaik-baik kesembuhan.Teruskan beri sokongan kepada pesakit-pesakit ini




Nov 22, 2017

Adakah belum berkahwin, gadis atau lelaki boleh amalkan Asid Folic?

Asid folic tidak asing lagi bagi ibu hamil. Pil kecil di bekalkan oleh klinik wajib di ambil setiap hari.Tetapi adakah betul ia hanya untuk ibu hamil sahaja? Adakah pengambilannya dilarang kepada anak gadis dan orang lelaki?

Sudah tentu TIDAK! Semua orang lelaki,wanita dewasa, ibu hamil, ibu menyusu boleh mengambil asid folic ni.

Kenapa Asid Folic sangat penting?

Asid folic sangat penting untuk kesihatan kita. Tahukah anda Asid folic penting untuk penghasilan sel darah merah yang baru.

Kekurangan sel darah merah menyebabkan badan mudah letih, cepat penat apabila melakukan kerja, cepat mengah apabila berjalan jauh.

Seseorang yang kekurangan sel darah merah akan kelihatan pucat, tekanan darah rendah sementara nadinya laju.

Sel darah merah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan.


Kebaikan mengambil asid folic juga ia membantu mencegah penyakit kanser kolon, kanser pangkal rahim , stroke dan penyakit jantung.

Bagi yang merancang untuk hamil atau ibu hamil, asid folic penting untuk kecacatan bayi dikenali 'neural tube defects' (NTD).



Pengambilan asid folic juga dapat membantu mencegah kecacatan jantung pada bayi dan masalah sumbing.

Haa..banyakkan manfaat dan khasiat asid folic ni.

Jika anda mempunyai masalah darah rendah, selalu mudah nak pitam, cepat letih lesu ambillah suplemen asid folic ni.

Asid Folic boleh di dapati daripada sayur-sayuran jhijau dan buah-buahan. Sekiranya anda kurang makan sayur, atau jarang-jarang makan buah, topupla nutrisi badan dengan suplemen Asid Folic.

B complex with asid folic antara suplemen baik yang dapat membantu ibu atau anda yang sering letih lesu dan kekurangan sel darah merah.



Yang merancang untuk hamil atau bakal-bakal pengantin perempuan,amalkanlah pengambilan B complex ni seawal 3-4 bulan sebelum berkahwin. Ia membantu kesihatan janin bayi dan mengelakkan masalah dan kecacatan pada bayi. 

Sekiranya anda mengambil B complex lengkap dengan acid folic ni, bukan sahaja dapat manfaat asid folic malah turut mendapat manfaat dan khasiat vitamin B untuk kesihatan.


Khasiat vitamin B untuk kesihatan tubuh:

1. Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut serta otot di dalam saluran usus gastro

2. Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti tekanan

3. Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu mencegah anemia

4. Membantu mengelakkan sawan, epilepsi dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.

5. Membina rambut yang sihat dan mencegah uban

6. Membantu dalam merawat elergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif

7. Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual, kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi badan terhadap keracunan plumbum.

B Complex mengandungi kesemua vitamin B seperti:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflavin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Asid folik
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Nak dapatkan manfaat dan khasiat B complex berserta Acid Folic ni? Harga B complex satu-satunya tiada GST tau..haa nampak sangat memang penting dan mampu milik untuk semua. 

1 botol ada 120 biji berharga RM58.75 ( tidak termasuk kos pos) boleh tahan makan sehingga 4 bulan. Berbaloi sangat-sangat untuk kesihatan.

Nak dapatkan B complex atau vitamin semulajadi lain boleh whatsapp saya di sini -- 







Nov 21, 2017

Milkbooster Shaklee untuk Ibu Kekal Bertenaga dan Stok Susu Semakin Meriah

Rindu zaman mengepam masa BF baby dulu .Dulu-dulu saya antara ibu yang sangat gigih mengepam di office. Haa angkat bakul sekejap...kekeke....Zaman-zaman bawak beg laptop sebelah bahu kanan, beg mengepam sebelah bahu kiri, beg bekal kat tangan kanan, handbag sebelah tangan kiri..Sampai dulu ada kawan lelaki tegur eh apalah banyak sangat beg ko bawak ni su..Kiri kanan haa..Without fail saya bawak hampir 2 tahun tau! Memang kalau ikutkan nak lempar je semua tu..lagi-lagi seharian berkerja penatnya usah cite..




Berkerja sebagai Programmer menyebabkan saya terpaksa bawak balik laptop ke rumah sebab nak kejar dateline. Nak copy sistem bukan kecik dalam pendrive. Itulah terpaksa angkut juga laptop bawak balik ofis.

Kenangan naik bas, kenangan naik LRT, kenangan tumpang kereta dengan kawan, kenangan naik motor rempit dengan che abe, kenangan drive jalan super jam kat Ampang nung..memang di ingat balik nak tergelak, nak menanges, nak ketawa semua ada:-)

Dan saya percaya pengalaman-pengalaman beginilah bila di kenang balik sangat indah. Betulkan? Saya percaya korang pun ada pengalaman special sebegini.

Dulu-dulu fasa menyusu, saya sangat percaya susu ibu adalah titisan emas untuk bayi. Masakan tidak, kalau tak takdelah ayat dalam alquran yang menyuruh ibu menyusu bayi dan saya juga percaya susu ibu membantu bayi membina antibodi badan kuat. Ya betul! Anak-anak jarang demam, sakit atau selsema. Syukur alhamdulillah.

Akibat saya 'kelek' beg pam spectra dulu-dulu juga ramai kakak di office yang juga mengikut jejak saya beli pam spectra dan sama kelek ke ofis..Alhamdulillah, saya happy sangat dapat 'create' environment sihat ini di opis..Time rehat juga sama-sama mengepam dengan gembiranya.

Thats stori mori sikit zaman happy BF dulu..Rindu sangat..

Ada orang rezeki Allah izinkan dapat susukan bayi sehingga 2 tahun. Sampai 3-4 tahun pun ada. Namun ramai juga yang mempunyai masalah kekurangan susu badan lagi-lagi bila badan letih, stress kerja menimbun, zat nutrisi tak cukup, makan pun lintang pukang memang penghasilan susu juga merudum.

Senang cite stok susu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Haa..esok nak guna, harini sibuk mengepam! Lagi malang, terus suakan dengan susu tepung cap lembu.

Sekiranya ibu-ibu mempunyai masalah susu merudum, susu segan-segan nak keluar, pam banyak kali pun tak nak keluar, selalu penat lesu seharian berkerja, saya cadangkan ambillah set penyusuan shaklee ni..Bukan sebab saya jual menyebabkan saya promote tapi sebab saya pernah alami semua tu dan saya jumpa set penyusuan ni masa tu, alhamdulillah seperti magic susu kembali lancar, badan kurang penat, balik masih boleh memasak dan uruskan rumah tangga,walau stress kerja banyak masih dapat menyusu bayi dengan baik.


Saya tahu bukan senang fasa penyusuan bayi ni. Hati mau kental, semangat tekad perlu ada. Yakin boleh menyusu bayi, yakin susu cukup dan sudah semestinya kena rajin pam/ BF direct bayi setiap 2-3 jam, minum air kosong banyak (3 liter seharian) dan pengambilan suplemen tambahan membantu mengurangkan stress, menambah tenaga seterusnya membantu pengeluaran susu lebih banyak dan lancar.

Jom dengar cerita jururawat ini yang mengalami masalah penyusuan dan stok susu berkurang. Alhamdulillah selepas mengambil suplemen Shaklee, sangat berpuas hati. Stok susu semakin bertambah dan kesihatan anak-anak pun baik.



Set menyusu Shaklee terdiri daripada ESP, B Complex, Vitalea, Alfafa Complex, Vitamin C dan Ostematrix ( kalsium)





Set menyusu lengkap shaklee


Namun sekiranya ibu mempunyai masalah bajet, boleh mengambil set bajet penyusuan iaitu ESP dan Alfafa Complex


ESP adalah protein soya daripada sumber Non GMO. Ia adalah milkbooster utama yang ramai sangat ibu suka. Pengambilan konsisten membantu susu badan lebih pekat, membantu pengeluaran susu dengan cepat dan  bukan setakat itu sahaja, ia juga memberikan tenaga berpanjangan, memberikan tempoh kenyang lebih lama dan kulit menjadi cantik dan sihat


Antara manfaat  dan kebaikan ESP:

♡soy protein yang membina blok sel-sel asas kulit
♡ mencerahkan kulit semulajadi dan rawat kekusaman sewaktu berpantang dan menyusu
♡ melembabkan kulit dan kulit menjadi awet muda
♡ memudarkan parut baru dan lama
♡ mengurangkan gastrik dan baik untuk kuruskan badan
♡ bayi kurang meragam sebab kenyang dan bayi bambam gebu gebas
♡ membantu cerahkan kulit dan membaiki sel-sel kulit
♡ membantu kuruskan badan ibu dengan mengelak mengunyah sepanjang masa
♡ meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
♡ meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu





Alfafa Complex baik untuk dalaman Wanita


Mungkin tidak ramai yang mengenali Alfafa Complex. Alfafa Complex juga di gelar Raja segala tumbuhan dan ia kaya dengan kandungan vitamin dan mineral di dalamnya. Ia juga agen detoks utama dan dapat bantu singkirkan toksik dari badan

Selain ESP, Alfafa Complex juga membantu dalam pengeluaran susu ibu, bertindak sebagai milkbooster, menghilangkan kepenatan dan pelbagai lagi manfaatnya untuk kesihatan wanita terutama ibu selepas bersalin.
Alfafa Complex juga di gelar kacip fatimah moden kerana ia dapat membantu mengetatkan balik faraj selepas bersalin, baik untuk masalah keputihan atau bau badan. Herba ini juga baik dalam membantu menghangatkan badan selepas bersalin.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:
Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Set bajet ni sangat special. Sehingga sekarang walau sudah berhenti menyusu pun saya masih amalkan 2 suplemen bersama beberapa suplemen lain.Ini kerana ia bukan setakat untuk penyusuan bayi malah khasiatnya lebih daripada itu.


Saya pasti tiada ibu yang tidak mahu menyusukan bayi mereka dan sudah pasti inginkan terbaik untuk bayi kan..Pulangan kesihatan berbaloi insyaallah dengan pengambilan set menyusu ini. Lagi baik juga sekiranya ibu dapat  amalkan pemakanan seimbang, tidur cukup, air kosong yang cukup, manage stress dengan baik dan amalkan teknik penyusuan yang betul sepanjang penyusuan bayi.


Apa kata ibu yang mengambil set menyusu ini?











Ingin dapatkan Set Penyusuan Shaklee?

Untuk dapatkan set penyusuan lengkap atau set bajet menyusu ni boleh hubugi saya secara berikut. Fast response melalui whatsapp. Boleh klik link ini - 016 358 9018 atau boleh juga hubungi saya seperti berikut





Nov 20, 2017

Produk Bayi Organik Shaklee untuk Kulit Sensitif

Buat julung kali, produk shaklee  untuk bayi di perkenalkan dan hari ini sudah mula berada di pasaran.

Bagi anda yang sudah biasa menggunakan produk organik untuk bayi, produk Baby Shaklee ini sangat sesuai dan terbaik untuk kegunaan harian bayi.



Istimewa set produk bayi Organik Shaklee:
  • Di rumus khas daripada bahan Organik 
  • Diuji secara klinikal dan telah diuji oleh pakar kanak-kanak 
  • Tidak merengsakan kulit
  • No Paraben
  • Sesuai untuk masalah kulit sensitif dan bayi yang mempunyai masalah eczema
  • Selamat untuk kulit lembut bayi
  • Bahan yang telah disahkan organik
  • pH seimbang
  • Bahan semulajadi dan organik



Produk untuk bayi ini hanya ada 3 produk sahaja iaitu:




1) Shaklee Baby Gentle Wash
Bagi bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif, penggunaan sabun tidak di galakkan. Jadi penggunaan Gentle Wash ini sangat membantu untuk membersihkan kulit bayi dengan lembut dan berkesan setiap hari.
Mandian ini turut mengandungi bahan aloe organik, ekstrak oat, dan minyak zaitun untuk membersihkan kulit dengan lembut. 
Fungsi setiap kandungan bahan:
Lavender organik membantu menenangkan kulit. 
Chamomile organik membantu memberikan rasa tenang dan relaks kepada bayi.

2) Shaklee Baby Massage Oil

Selepas mandi, sangat bagus untuk memberi urutan kepada bayi seluruh badan. Urutan manja ini dapat membantu bayi lebih sihat, tenang dan juga mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.
Minyak urutan bayi ini juga daripada bahan semulajadi. Adunan istimewa bersama minyak asli semulajadi dan minyak essential untuk kulit lembap dan lembut. Lavender essential oil sudah semestinya memberi haruman ketenangan dan mententeramkan.

3) Shaklee Baby Soothing Lotion
Selepas dah lakukan urutan kepada bayi, bolehlah sapu Shaklee Baby Soothing Lotion ni pada seluruh badan bayi.  Losyen ini membantu kulit bayi lembap dan lembut dan ia juga telah di uji keatas kulit sensitif.
Ramuan istimewa daripada Aloe dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan Kelapa bantu melembapkan kulit dan menyuburkan nutrien kulit. 
Essential oils organik seperti Lavender, Chamomile, Rosemary dan Vanilla Fruit membantu dan memberikan perasaan yang tenang.
Yang bestnya losyen ini tidak melekit dan sangat terbaik untuk kulit lembut bayi.

Bestkan 3 produk ni..Memang ramuan terbaik dan pilihan terbaik untuk di gunakan kepada bayi. Bukan setakat untuk bayi yang mempunyai masalah kulit sensitif, malah boleh digunakan untuk anak-anak yang tidak mempunyai masalah kulit pun kerana ia organik dan semestinya pilihan terbaik untuk anak-anak.
Jom dapatkan segera set produk bayi ini..Ekslusif untuk bayi comel tersayang. Set ini sangat terhad pengeluarannya jadi anda kena dapatkan segera ya.
 Hubungi saya melalui whatsapp untuk pesanan : sila klik di sini 




Nov 17, 2017

Cara Hilangkan Angin dalam Badan dengan Mudah dan Berkesan

'Kak, ada tak peppermint ginger? badan saya banyak angin tapi payah nak kentut. Susah sangat nak buang angin..Jadi badan rasa lesu, perut pun sebu'

'Su, ada tak peppermint ginger? nak try untuk hilangkan loya muntah ni..Tak tahan akak preggy kali ni..Loya teruk sangat.'

'Su, sedap sungguh makan peppermint ni..terus rasa lega perut..lega angin dah keluar..hehe'




Masalah angin dalam badan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Perut sebu, susah nak sendawa, susah nak kentut, masalah penghadaman..Semua ni kalau tak di tangani dengan baik boleh menyebabkan kepala pening, badan lesu.Moody je sepanjang hari tau,

Cara tradisional untuk hilangkan angin dalam badan adalah dengan meminum air halia.

Halia memang sinonim dengan masalah angin ni. Dulu-dulu jika perut sebu, rasa bergelodak angin dalam badan mesti minum air halia untuk atasi hilangkannya.

Jika dalam pantang, ramuan dengan halia sangat penting. Halia terkenal untuk membuang angin dalam badan. Jadi badan ibu tak tersumbat dengan angin sepanjang berpantang. Bayi pun takde masalah kembung perut.

Tapi tak semua orang boleh nak telan halia ni kan. Namun jangan risau,ada caranya yang mudah dan berkesan iaitu dengan pengambilan Peppermint Ginger Plus





Apakah kandungan bahan Peppermint Ginger?


Kandungannya daripada halia, pudina,pokok adas (fennal) , cekur manis (anise), Tiada pemanis, pengawet atau pewarna.


Kebaikan Peppermint Ginger:


  • Membantu mengurangkan masalah loya / mabuk teruk morning sickness
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/ mabuk darat
  • Membantu mengeluarkan angin dalam badan
  • Melegakan masalah penghadaman / perut sebu
  • Melancarkan sistem penghadaman
  • Mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Menghalang muntah selepas pembedahan




Siapakah yang boleh ambil Peppermint Ginger?


1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loya yang teruk atau morning sickness.

2. Mereka yang kerap kembung atau sukar untuk membuang angin


3. Mereka yang alami masalah penghadaman, selalu berangin perut


4. Mereka yang kerap mabuk laut, mabuk naik kenderaan

5. Mereka yang alami masalah susah nak sendawa, rasa senak perut


Apa kata pengguna yang dah pernah mencuba Peppermint Ginger ?






Yang berminat untuk dapatkan Peppermint Ginger ini atau produk shaklee yang lain boleh hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp : 016 358 9018 (klik sini)