Syukur pada Allah kerana hingga kini si comel ni masih menyusu badan dan saya belum campur dengan mana-mana susu formula lagi.Insyaallah saya akan meneruskan perjuangan penyusuan bayi ni untuk 2 tahun..Doakan saya ye kawan-kawan..
Masuk usia 6 bulan,saya pasti ramai ibu teruja untuk mulakan makanan pertama bayi.Saya pun sama..Walau sebelum ni dah pernah masak bubur anak-anak lain,tapi setiap kali masuk 6 bulan pasti saya cari balik resepi-resepi yang boleh saya cuba untuk hannah..
Saya mulakan pemakanan pertama kepadanya pada usianya 6 bulan 3 minggu..Masih teringat kata-kata kakak ipar saya seorang nurse bahagian kanak-kanak dan bidan bersalin bagitau jika anak belum menunjukkan tanda-tanda untuk makan,sebagai ibu janganlah memaksa si comel untuk makan juga!!
Tapi jika bayi dah menunjukkan tanda-tanda nak makan seperti sering menghisap jari,merenung ibu apabila ibu makan,sering menunjukan tanda-tanda kelaparan,maka bolehlah ibu mulakan dengan makanan pertama iaitu dengan makanan yang lembut-lembut sahaja.Saya ada kongsikan resepi untuk makanan pertama bayi di sini: Makanan pertama bayi kesayangan anda
Saya percaya ibu-ibu mesti teruja dan tak sabarkan..tapi tahukah ibu jika bayi belum bersedia untuk makan boleh menyebabkan permasalahan pada ususnya.Pernah dengar kes bayi di kejarkan ke hospital di sebabkan masalah kerosakan pada ususnya? Saya ada baca mengenai isu ni beberapa kali mengenainya dan sangat menyedihkan bagi bayi kerana ia adalah kesan daripada ibu sendiri yang kurang ilmu pengetahuan dan pembacaan.
Untuk peringkat permulaan pengenalan makanan kepada bayi,perlulah mengenali proses 'cuba-cuba'..iaitu konsep 4 day.Perkenalkan makanan yang sama kepada bayi selama 4 hari dengan menu yang sama,Ini adalah untuk memastikan bayi tidak mengalami masalah alahan,sembelit,ruam dan lain-lainJuga ingin saya tekankan,walau bayi sudah mula makan,susu ibu tetap perlu di teruskan seperti biasa.
Pada hari pertama memasa puri untuk hannah,saya sediakan puri brokoli kepadanya.Namun dia seakan enggan untuk menelan..Saya tak paksa dia untuk makan.Untuk proses pengenalan,cukup 2-3 sudu sahaja untuk bayi belajar menerima benda baru dalam hidupnya..
Hari ke 2-4 saya meneruskan seperti biasa menu puri brokoli kemudian saya baru tukar kepada puri kentang,carrot dan bubur nasi biasa.Sepanjang proses pengenalan kepada makanan tu,saya dapati hannah masih tidak boleh menghadam dengan baik jika makan makanan berkarbohidrat seperi bubur nasi dan kentang.Ini kerana dia akan meneran sekuat hati seolah-olah dia sangat terseksa untuk membuang najis iaitu masalah SEMBELIT..
Saya terus stop serta-merta makanan berkarbohidrat tu sebab memang tak sanggup melihat proses pembuangan air besarnya yang sangat terseksa.Kemudian,saya nekad memperbanyakkan susu ibu semula dan bagi makan puri carrot,betik dan pisang sahaja buat masa kini.
Saya percaya usus hannah masih belum cukup matang sepenuhnya untuk proses makanan 'berat' ini walau dirinya dah masuk 7 bulan.Ini kali pertama saya mengalami masalah begini memandangkan ketiga-tiga anak saya sebelum ini tidak pernah mengalami masalah sembelit pada pengenalan makanan pertama ini..
Takpe hannah,ummie sanggup tunggu dan boleh tunggu hingga hannah boleh makan dengan gembira selepas ini:-)
Ok,saya harap ibu-ibu kat luar sana tidak memaksa anak-anak kecil ini untuk makan ye..Pastikan anak juga tidak mengalami masalah-masalah berkaitan usus,sembelit dan lain-lain.Bejumpalah dengan doktor untuk memastikan anak-anak dalam kesihatan baik sentiasa.Juga ibu-ibu perlulah banyak membaca dan bertanya kepada insan-insan yang berpengalaman dan arif mengenai hal ini.
Untuk keluaran akan datang,saya akan kongsikan petua dan tips untuk bayi montel dan sihat serta tips bagaimana baby hannah masih belum demam sehingga kini!!
suka tengok baby yg tak sabar2 suruh suap makan. tq for the tips!
ReplyDeleteSetuju sangat Setiap anak lain2.anak no 2 saya semua dia makan.susu kuat makan Pon kuat.hehe...
ReplyDeletetq for the tips, sama mcm k.su juga bila anak start mkn, buka balik buku tgk resepi, teruja sebenarnya ^_^
ReplyDeleteAnak mmg suka n selera mkn sgtt...tapi kalau mmg ssh jugak nak berak caner? Huhu
ReplyDeletefara,yg saya pernah bca kt blog dr zubaidi,kalau anak susah berak/sembelit,dia suh bagi cair2 je mknn tu dan banyakkan mknn buah2an mcm betik,pisang..tp jgn bg limau @ oren yg boleh jd cirit plak..then bg susu ibu mcm biasa..kalau mnm susu lembu biasa baby mudah sembelit
DeleteAmmar pon dah nak masuk 6 bulan hujung bulan ni..memang teruja nak start solid food kat dia tambah2 lagi tiap kali kami tengah makan, ditenungnya makanan tu macam nk terkam..rasanya Ammar dah bersedia utk makan..tp dee akan start lepas balik raya..hehe..sabar skit ye Ammar..
ReplyDeletekalu start dengan buah2an dulu pon ok kan? igt nak start dgn buah dulu, than br ke sayur2..sbb buah lebih byk serat..risau gak kalu ttb jadi susah berak..
bila baca entry ni teringat kenangan introduce solid food kat Icha dulu. agak awal jugak saya bagi dalam 5 bulan kot sebab byk tanda dia dah tunjuk. takut jugak kalau jadi apa apa, tapi alhamdulillah semuanya OK. Paling seronok bila diingatkan balik ialah ekspresi Icha bila rasa makanan tu hehehe kenangan manis buat saya :)
ReplyDeletegood tips k su :) hanis hanna dulu pun agak lama makan homemade puri buah.. hasilnye smpi skrg ni pantang tgk buah. ternganga je.. hihi
ReplyDeleteHuhu..mmg kesian bila tgk dorg xleh nak berak...masa esha baby dulu penah kena sembelit, cairkan susu dia, bg mkn betik, buah, still x berak2 gak...smpi abis ikhtiar last2 guna ubat air yg masuk punggung tu...x elok guna ubat tu kan..tp tu la, time tu xtau nk buat cmne dah
ReplyDelete