Jul 31, 2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

Assalamualaikum..

Penat ber open house hari minggu hari ni??

Haa malas nak keluar rumah..jem je jalan..jom kita jalan2 kat blog baru..hehe..

Join GA ni sekali..semoga dimurahkan rezeki Insyaallah.






Click banner atas untuk join ye...moga dimurahkan rezeki owner blog ni bagi duit raya kat follower bertuah 



Jul 29, 2016

Resepi Kek Coklat Noxxa Simple dan Sedap

Musim open house banyak lagi syawal ni. Anak-anak kat sekolah pun sama-sama beraya kene bawak potluck..Haa paling senang buat kek Coklat Noxxa ni..

Saya copy balik resepi dari sini..cuma saya adjust sikit bahan-bahan saya guna.


Bahan-bahan:


Bahan A

* 1 Cawan serbuk koko
* 1 Cawan gula pasir ( saya guna 3/4 cawan)
* 1 Cawan susu pekat (saya guna 1/2 cawan je)- kurang manis sikit
* 1 Cawan minyak masak 
3 Biji telur

Bahan B (Di ayak)

2 Cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan tepung gandum,1 cawan tepung kek)
1 Sudu kecil Soda bikarbonat
1 Sudu kecil Serbuk penaik


Bahan² untuk Topping (ganache) 

1/2 Cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
* Buat kaedah double boiled


Cara² membuatnya

1. Masak bahan² bertanda * dengan api yang sederhana dan sejuk kan
2. Pukul telur hingga gebu
3. Bila bahan² bertanda * dah sejuk, masukkan telur yang dah dipukul tadi
4. Masukkan bahan² B sedikit demi sedikit dan gaul sebati
5. Tuang adunan tadi ke dalam inner Noxxa Pressure Cooker dan setkan button steam selama 20 minit.
6. Kalau ada coklat rice,badam or ape-ape hiasan boleh letak sekali

Haa tahan la telinga dengar bip bip bip ni selama 20 minit tau..kejap je..hasilnya..



Coklat rice tu saya tabur je atas tu nak bagi nampak meriah..haha..anak-anak suka sangat..sebiji ni separuh hari je dah habis anak-anak kat rumah ni makan..


First time buat..alhamdulillah menjadi jugak..rasanya takde manis sangat..hubby cakap just nice...alhamdulillah:-)

selamat mencuba.






Jul 27, 2016

Suplemen Antioksidan Terbaik untuk Cegah Serangan Kanser

Suplemen antioksidan sangat penting di zaman sekarang ni bagi melindungi diri kita daripada serangan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel tubuh badan kita. 

Antioksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Radikal bebas adalah sebatian terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga. Orang ramai juga terdedah kepada radikal bebas yang terdapat pada alam sekitar dari asap rokok, pencemaran udara, dan cahaya ultraviolet dari matahari. 

Radikal bebas ini boleh menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit kritikal seperti kanser,diabetes,sakit jantung,Alzheimer,katarak dan lain-lain.


Kita tak boleh nak halang radikal bebas ni kerana ia berada di mana-mana. Namun kita boleh cegah dan jaga sel-sel badan kita daripada serangan radikal bebas ini dengan pengambilan makanan antioksidan dan suplemen antioksidan.


Makanan Antioksidan untuk menghalang serangan radikal bebas

Antara makanan antioksidan yang baik di ambil setiap hari adalah makanan berasaskan VITAMIN A, VITAMIN C, DAN VITAMIN E BERSERTA SILENIUM. 

Menurut sumber wikipedia;

VITAMIN A 
Vitamin A larut dalam lemak, dilaporkan dapat bertindakbalas dengan radikal bebas melalui struktur ikatan lengkapknya.

VITAMIN E 
Vitamin E adalah antioksidan yang larut dalam lemak ,yang perlu ditambahkan dalam makanan.Vitamin E bergerak ke seluruh tubuh bersama molekul lipoprotein, dan dapat melindungi tubuh kita daripada berlaku oksidasi sehingga tidak terbentuk radikal bebas. Oksidasi dari lipoprotein ini merupakan langkah awal pembentukan: Atherosclerosis, pengerasan pembuluh darah boleh menyebabkan kerosakan hati.

VITAMIN C 
Vitamin C larut dalam air, tidak dapat dibentuk oleh tubuh jadi harus dari makanan atau supplement (buah-buahan dan sayuran). Vitamin C ini secara kuat dapat melemahkan radikal bebas serta mempunyai peranan yang sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuhVitamin C dan vitamin E berjalan di seluruh tubuh bersama molekul yang namanya lipoprotein, dan dapat melindunginya dari oksidasi sehingga tidak terbentuk radikal bebas.

SELENIUM Selenium terdapat pada makanan seperti brokoli, kuning telur, bawang merah, bawang putih dan anggur merah. Sebenarnya selenium bukan antioksidan tetapi berguna untuk produksi enzym-enzym yang berfungsi sebagai antioksidan.

Sumber-sumber antioksidan ini boleh di perolehi daripada pemakanan seharian kita seperti sayur-sayuran,buah-buahan yang sarat dan kaya dengan zat dan mineral. Namun kekadang kesibukan kita setiap hari menyebabkan kita kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Antara suplemen terbaik antioksidan yang baik di ambil untuk tingkatkan imun diri dan atasi daripada serangan radikal bebas:

1) Vivix

Vivix adalah suplemen antioksidan terbaik yang kaya dengan gabungan polifenol dan resveratrol yang mampu menangkis serangan radikal bebas. 
Ia adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



Manfaat VIVIX: 

▶Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
.
▶Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
.
▶Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
.
▶Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
.
▶Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
.
▶Membantu merawat penyakit parkinson
.
▶Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
.
▶Meningkatkan kesihatan imum badan
.
▶Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix adalah suplemen terbaik untuk penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung,kanser,darah tinggi,kencing manis dan lain-lain. Alhamdulillah ramai pesakit kronik yang mencuba vivix mendapat kesan positif dan sangat berpuas hati.

Testimoni Vivix di SINI

2) Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk menguatkan sistem imun badan dan melindungi diri daripada serangan virus,bakteria di sekeliling lagi. Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah nutrien vitamin yang larut dalam air . Ia boleh didapati di dalam sesetengah makanan. 
Dalam badan, ia bertindak sebagai antioksida, membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Tubuh juga memerlukan vitamin C untuk membuat kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan luka atau sebarang kecederaan pada tisu.

Di samping itu, vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan berasaskan tumbuhan dan membantu sistem imun berfungsi dengan baik untuk melindungi tubuh daripada penyakit dan jangkitan kuman.

Testimoni Vitamin C


Kelebihan Vitamin C Sustained Release Vita C Plus:
  • Shaklee menghasilkan Vitamin C dari kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. Pesakit gastrik tidak perlu risau untuk mengambil vitamin C ini kerana ia tidak memedihkan perut.
  • Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan sepanjang 5 jam untuk memastikan badan anda mengandungi Vitamin C disaat anda memerlukannya. 
  • 1 biji SR Vitamin C bersamaan dengan pengambilan 7.5 biji buah oren.
  • SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex. bagi membantu penyerapan vitamin C.

3) Vitamin A ( Carotomax)
Carotomax memberikan perlindungan antioksida, mengandungi 6 carotine terhebat seperti lycopene, astaxanthin, alpha, beta carotene, dan lutein. Ia juga membina semula sel rosak di samping membina pertahanan badan.

Manfaat lain Carotomax:

- membantu melawan penyakit kanser dan oksidasi, terutamanya kanser paru-paru dan payudara
- baik untuk masalah kulit - scabies, akne, ulser kulit
- Merangsang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori 
- baik untuk kesihatan mata - atasi masalah rabun jauh/dekat, silau,katarak,mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dll

4) Vitamin E wih Silenium
Terdapat pelbagai jenis jenama vitamin E di pasaran namun pastikan anda memilih vitamin E yang lengkap dengan silenium bagi memastikan kesan terbaik di perolehi dan dapat manfaatnya.

Panduan ketika Membeli Vitamin E

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 



Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 



Vitamin Antioksidan ACE



Penyakit kanser, sakit jantung sekarang ni dah menjadi semakin popular. Jadi sangatlah penting untuk kita cakna kesihatan dan amalkan makanan antioksidan ni semasa masih sihat.

 Insyaallah vitamin antioksidan ni sangat berbaloi dan berharga untuk kesihatan. Jangan terasa rugi atau merasa membazir beli kerana kos perbelanjaan untuk sesuatu penyakit lagi jauh tinggi.


Sekiranya anda bekas pesakit kanser,saya sarankan anda amalkan ambil suplemen antioksidan ni terutama vivix supaya sel-sel kanser tidak merebak kembali dan bagi yang sihat semestinya suplemen ni sangat-sangat berbaloi dan sangat baik untuk tingkatkan imun diri.


Mencegah lebih baik daripada merawat. 


Sekiranya anda ingin suplemen antioksidan ini atau set shaklee yang lain boleh hubungi saya seperti berikut:





Jul 26, 2016

Cara Hilangkan Batuk dengan Cepat dengan Buah Nanas

Musim tak menentu mungkin ada yang tak sihat,demam selsema dan batuk. Teringat beberapa minggu lepas saya diserang batuk yang teruk juga. Sedap sangat balik kampung tim akhir puasa yang lalu, berbuka puasa dengan jus tembikai ais dan jus oren sejuk-sejuk..Time tuh pulak musim panas..apa lagi..memang nyaman sungguh minum reramai.

Selang beberapa hari dah tak sedap tekak. Gatal-gatal dan batuk-batuk mula terjadi. Kebetulan ada baca di facebook ada someone share mengenai khasiat buah nanas yang mampu menjadi 'ubat batuk' mujarab dengan cepat. Apa lagi time tu,mencarilah buah nanas kat kampung tapi musim raya tak jumpa la pulak.

Last balik sini lepas raya, dapatlah sebiji buah nanas dah masak..Balik terus buangkan kulit dan blender isinya.Kemudian tapis airnya. Jangan masuk sekali hampas tau nanti terasa serdak tu lagi batuk. 

dah dapat jusnya simpan dalam bekas kedap udara. Saya guna bekas kaca botol jem. Kemudian simpan dalam peti semalaman. Esoknya selepas makan, ambil secawan jus nenas ni dan campur dengan sesudu madu.






Alhamdulillah 2 kali je saya minum tiada lagi kedengaran batuk.Memang betul tak perlu ubat batuk lagi. saya pun dah lama tinggal ubat-ubat batuk ni. Kebiasaan minum air masak je banyak-banyak dan ambil minyak ikan Omegaguard.


Buah nenas memang kaya dengan vitamin C. Ada kajian mengatakan pengambilan buah nanas lagi mujarab 5 kali ganda berbanding ubat batuk yang di beli di pasaran.

Bagi kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas, berikan sedikit demi sedikit dan banyakkan juga pengambilan air kosong untuk atasi masalah batuk ini,




Banyak lagi sebenarnya khasiat buah nanas ini. Ia juga bantu kuatkan sistem imun badan baik,bagus untuk turunkan kolestrol tak baik, turunkan berat badan dan bantu masalah pencernaan.


Jul 24, 2016

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Assalamualaikum.

hari minggu ni bosan pulak..malas nak keluar harini..semalam dah seharian open house sampai ke malam..

nak join GA ni..moga2 murah rezeki menang duit raya ni:-)



Jom Join sama-sama.

Syarat-syarat untuk join

  1. Anda mestilah seorang blogger Malaysia.
  2. Follow blog cik akak.
  3. Tempek banner di atas dalam entri anda.
  4. Letak tajuk "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak
  5. Backlink entri anda di kotak komen entri ini
Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi
Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pagi

Jul 22, 2016

Indahnya Akhlak Kekasih Hati Kita

Satu hari Rasulullah SAW didatangi oleh sorang wanita kafir. Ketika tu baginda bersama beberapa orang sahabat.

Wanita itu bawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sape yang tengok pasti terliur. Baginda menerimanya dgn senyuman gembira. Limau itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dgn senyuman.

Biasanya nabi akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabat. Nabi terus makan dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu minta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari nabi. Wanita itu nak kenakan nabi tapi bila lihat nabi makan makan makan dan makan dgn senyuman dan ucapan terima kasih dari nabi membuatkan wanita tu kecewa dan terus nak balik.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap nabi masa tu.
Lalu sahabat bertanya. "Kenapa hari ni kamu tidak ajak kami skali ya Rasulullah???"

Dengan tersenyum nabi menjelaskan "tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa aku merasainya utk kali pertama. Jika kalian turut makan bersama, aku bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut kerana buah limau tu masam. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu aku habiskan semuanya."

Indahnya akhlak Rasulullah

Jom kita meambahkan Selawat hari jumaat ini
 Ù„Ù„َّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آل ِ سيدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Jul 21, 2016

Set Wanita Shaklee : Kerana Dirimu Sungguh Istimewa

Kerana Dirimu Begitu Berharga Wahai Wanita.

Ramai mana seorang isteri sanggup bersusah payah sama-sama keluar mencari rezeki supaya dapat beri keselesaan pada ahli keluarga. Penat lelah di tempat kerja,pulang ke rumah di hambat dengan tugasan rumah pula serta anak-anak dan suami yang menagih perhatian. Kesemuanya memerlukan tenaga tambahan dan sokongan.

Ibu permata hati..Sejak kecil ibu menjaga dan melayan kita dengan begitu sempurna. Bila kita demam atau sakit,ibulah paling susah hati. Penat lelah menguruskan rumah tangga bagi memastikan anak-anak dan keluarga selesa.

Isteri atau Ibu..Tonggak utama keluarga. Hebatnya seorang isteri atau ibu, pasti anak-anak dan keluarga hidup aman bahagia.

Set Khas untuk Kesihatan Wanita. Special untuk diri anda wahai isteri, atau ibu.




1) Set Cantik Jelita

Set Cantik Jelita Idaman Semua wanita. Isteri atau siapa sahaja bergelar wanita nak nampak cantik sihat bertenaga. Tak nak muka kusam, berserabut,stress kan..Tapi setiap hari memerlukan extra energy nak uruskan kerja-kerja di pejabat dan dirumah. Set ini terbaik untuk tingkatkan kesihatan diri wanita.

Gabungan istimewa suplemen ESP, Vitamin C, GLA Complex dan Vitalea with Iron bantu tingkatkan sistem imun badan,beri tenaga dan kecergasan, kawal emosi dan stress, Cantikkan dan cerahkan kulit, Lembapkan Kulit Wajah dan stabilkan hormon badan.


2) Set Warga Emas

Special untuk ibu ayah dalam membantu mereka lebih sihat,cergas dan bertenaga.

Set ini terdiri daripada Vivix. Omega guard, Vitalea with Iron, Ostematrix dan GLA Complex.

Kesemua suplemen ini membantu kesihatan menyeluruh.

Vivix adalah antioksidan tinggi yang membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga membantu mengawal penyakit-penyakit kronik di peringkat usia emas seperti sakit jantung,darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Vivix juga memberi tenaga dan kecergasan kepada badan.

Omegaguard dan Ostematrix membantu menguatkan sendi-sendi dan tulang daripada kerosakan,mengelak masalah osteoporosis dan membekalkan zat kalsium mengcukupi untuk badan.


Vitalea membekalkan zat besi dan keperluan vitamin yang lengkap untuk badan.

GLA Complex membantu menstabilkan hormon, mencantikkan kulit

Setiap pembelian set ini akan mendapat Keahlian Shaklee secara Percuma dan Cashback bulan berikutnya. Sangat menjimatkan.


3) Set Hamil 

Set Hamil lengkap untuk ibu cergas bertenaga sepanjang 9 bulan kehamilan. Tidak perlu lagi vitamin dari klinik jika mengambil set hamil ini.

Set Hamil ini mempunyai ESP,Ostematrix, B Complex, Vitalea with Iron, Omegaguard dan Sustained Release Vita C Plus

ESP bantu berikan tenaga berpanjangan serta bantu perut lebih kenyang. Sesuai di ambil ketika morningsickness dan ketika gastrik menyerang. Ia juga bantu pudarkan parut strechmark yang sering di alami ibu ketika hamil.

B Complex penting untuk bekalkan keperluan asid folic dan kesemua vitamin B yang diperlukan oleh ibu. Penting dalam penghasilan sel darah merah,bantu berikan tenaga dan atasi stress.

Vitalea adalah multivitamin yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Bantu ibu lengkapkan nutrisi yang lompong dalam badan. Juga bantu tingkatkan HB dan beri tenaga.

Omegaguard bantu pembentukan retina bayi, baik untuk kecerdasan otak, bantu mantain berat badan supaya tidak naik mendadak dan mengurangkan bengkak ketika hamil


Ostematrix bantu kuatkan tulang dan gusi ibu. Sangat penting di ambil ketika hamil kerana ia bantu mengelakkan masalah kejang, sakit dan lenguh pinggang dan mengurangkan masalah gigi berlubang.

Vitamin C tidak asing lagi sangat baik untuk kuatkan sistem imuniti badan, mengelakkan gejala demam virus, mencantikkan kulit serta mengelak masalah lebam dan pendarahan gusi,


4) Set Bersalin Shaklee


Proses berpantang sangat penting untuk ibu kembali pulihkan kesihatan dalaman dan luaran. Jadi sangat penting untuk dapatkan zat nutrisi yang mengcukupi lagi-lagi ketika ini ibu memerlukan tenaga tambahan untuk menyusu bayi.

Set bersalin Shaklee sangat berbaloi dan telah menjadi pilihan ramai ibu Malaysia.

Terdiri daripada ESP, Sustained Released Vita C Plus, Ostematrix, Omegaguard,Vitalea with Iron dan Alfafa Complex.

Set ini lebih kurang sama seperti set kehamilan cuma tambahan Alfafa Complex yang bantu merawat masalah dalaman wanita, atasi masalah keputihan, merapatkan kembali bahagian intim dan bantu pengeluaran susu ibu.




Setiap pembelian set-set istimewa ini akan mendapat beg kertas "liveAmazing" secara percuma dan  Eco-Friendly Jute Beg dengan harga RM12.72 sahaja. (Harga asal RM22)


Kesemua set wanita ini sangat berbaloi untuk di miliki. Nikmat kesihatan yang tidak ternilai sangat penting. 

Jom hadiahkan untuk diri,isteri atau ibu tersayang"=)


Sekiranya anda berminat dengan mana-mana set di atas boleh hubungi saya segera untuk maklumat lanjut/pembelian seperti berikut:







Jul 19, 2016

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee dan bagaimana pembelian Shaklee secara online membantu saya berkembang

Sudah 3 tahun rupanya saya menjadi ahli Shaklee dan alhamdulillah setakat ni rasa sangat berbaloi dan puas hati. Memang saya suggest bagi yang masih mencari-cari suplemen bersesuaian untuk diri atau ahli keluarga untuk mencuba supplemen semulajadi Shaklee ni. 

Produk-produk Shaklee daripada bahan-bahan atau ramuan semulajadi. Tiada bahan kimia,bebas pengawet,pewarna dan pemanis. Berjuta-juta dollar dilaburkan dalam R&D untuk memastikan produk terhasil selamat dan berkesan kepada pengguna.

First time beli set menyusu tahun 2013 selepas habis pantang,memang seronok sangat time tu sebab susu pekat,anak cepat kenyang dan badan bertenaga. Jerawat-jerawat yang menyubur time preggy tu terus hilang tanpa tinggal jejak bekas lagi..hehe seronok sangat tau.

Pastu join keahlian Shaklee. Upline bagitahu join ahli ni dapat diskaun lebih murah.Haa sape tak suka shopping dengan harga murah dan lebih jimatkan. Jadi dengan keahlian RM79.50 je, dah dapat beli dengan harga ahli dan dapat manfaat kelebihan sebagai ahli shaklee ni.



Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee


1. Boleh dapat harga lebih murah untuk setiap pembelian produk. Diskaun setiap pembelian sehingga 15-20% berbanding harga pasaran. Jimatkan? So jadilah ahli shaklee tau. Memang tak rugi!

2. Jika dah join ahli shaklee. ada peluang besar untuk buat business Shaklee dan mendapat income bulanan. Setiap ahli shaklee ada peluang sama rata untuk berjaya dalam business Shaklee ni. Tapi macamana?? Haa perlula join ahli shaklee dengan upline yang buat business atau yang betul. Bukan setakat menjual je, Sebab upline ( orang yang tolong registerkan anda) akan bantu untuk NEXT STEP cara business dalam Shaklee ni. Buat business Shaklee ni boleh bantu anda dapat SIDE INCOME tambahan. Boleh lepas susu,pampers anak,dapat duit tengah bulan seronokkan?

3. Bila dah join ahli Shaklee, tak semestinya perlu business. Jika tak nak busines pun takpe. Untuk makan sendiri ahli keluarga dapat harga diskaun pun dah best sangat. Setiap pembelian produk/suplemen anda akan dapat UV/ Point. Jika cukup syarat yang ditetapkan iaitu minumum 150 UV/Points , anda akan dapat cashback masuk ke dalam akaun bank anda bulan berikutnya. Haa sambil shopping beli vitamin dapat balik voucher tunai. So jimat berganda-ganda!

4. Berpeluang mendapat PROMOSI ISTIMEWA setiap bulan dengan HARGA LEBIH MURAH & MENJIMATKAN. Setiap bulan, Shaklee ada menawarkan promosi bulanan yang berlainan contoh seperti promosi bulan ini Beli 6 botol VIVIX Percuma 1, Beli 2 botol VIVIX  less 5%. Semua ni anda boleh grab dengan harga ahli yang lebih jimat. Jika bulan tersebut adalah promosi vitamin feveret anda,mestilah syok shoppingkan:=)


Promosi bulan Julai ini yang boleh anda nikmati dengan harga tergolek!


5. Pembelian Shaklee sungguh mudah. Jika anda tinggal berdekatan dengan Branch Shaklee,boleh terus ke sana membeli dengan No Keahlian ID anda. Jika tinggal berjauhan, jangan risau, anda boleh membuat pembelian secara talian, atau paling mudah guna sahaja sistem online Shaklee. Anda boleh gunakan kad debit/ kad kredit untuk pembelian secara online ini. Click-click sahaja. Esok lusa sudah sampai ke alamat rumah anda:-) Memang mudah dan selamat.

6. Shaklee menggunakan khidmat penghantaran kurier yang dipercayai . Insyaallah setiap pembelian barang anda dijamin sampai dengan selamat. Setakat ini, semua pembelian saya dan penghantaran barang ke customer selamat sampai dalam masa ditetapkan.

7. Peluang mendapat ilmu bila-bila masa sahaja. Terdapat pelbagai topik kesihatan menarik diadakan di kelas-kelas nutrisi setiap bulan daripada pakar nutrisi sendiri. 

8. Berpeluang mendapat insentif-insentif menarik dan lumayan daripada pihak shaklee seperti International Trip, Umrah 5 bintang, Bonus kereta dan pelbagai lagi.



Bagaimana Pembelian Secara Online Membantu Mengembangkan Business saya? 

Sekarang saya sudah membuat business ni secara fulltime sambil menjaga anak-anak sendiri di rumah. Menjadi suri rumah ni orang kata kerja-kerja rumah tak pernah habis. Lagi-lagi anak-anak tengah membesar kan. Jadi camna nak buat business Shaklee ni?

Semuanya secara online. Haa tapi perlulah ada kemudahan internet.Sambil-sambil duk tengok FB kawan-kawan,IG artis itu ini,kita selit-selit sedikit masa buat sharing pasal produk Shaklee ni.




Tak susah pun. Teknologi sekarang memang sangat membantu memudahkan urusan business ni..Tak perlu nak hadap FB,Instagram atau blog 24 jam pun!

Jika ada FB page business,buat je schedule sharing ikut masa yang anda nak. Boleh set sehari nak berapa kali. Kalau free sikit,boleh schedule terus untuk esok,lusa dan seterusnya. Nampak macam korang ngadap FB 24 jam,tapi sebenarnya sistem scheduling ni yang membantu.

Dalam blog pun sama,boleh schedule entry anda bila nak publish. So time free tu,anak dah tidur bolehla mengarang sikit sebanyakkan.

Boleh juga install software buffer dan hootsuite untuk schedule post di Facebook ni. Jadi bukan alasan kata business ni tak dapat buat tau.


Zaman sekarang ni semua orang suka beli melalui online sahaja. Dalam FB friend saya,ramai sungguh yang berniaga online ni. Macam-macam jenis barang di jual. Memang sangat memudahkan dan jimat masa.


  • Jika takde transport nak ke Poslaju atau kekangan masa nak pos barang sendiri, Pihak kurier Shaklee akan hantar terus ke alamat penerima. Click-click je vitamin apa yang nak, bayar guna kad kredit/debit. Dalam 2-3 hari dah sampai kat tangan penerima. Kebiasaan area saya ni,click-click hari ni esok dah pon-pon abang kurier sampai. Pantas sungguh!
  • Business Shaklee ni kat mana-mana pun boleh buat janji ada kemudahan Internet. Saya balik Kampung pun masih boleh buat sale, terima order seperti biasa. Dah dapat order kita click-click je macam biasa kat sistem online,shaklee akan uruskan penghantaran.
  • Ketika berpantang dan bercuti panjang pun masih boleh buat business.Bestkan? Kadang customer tak tahu pun kita ni sebenarnya dalam pantang.
  • Jimat masa tak perlu nak ke HQ, atau branch untuk pembelian. Jimat duit minyak,parking dan masa.
  • Tak perlu nak simpan stok bawah katil buat business Shaklee ni. Ada customer order baru buat pembelian. Jadi tak payah nak keluarkan modal pun nak beli barang. So tak de isu takut produk expired ke, or produk tak laku ke. Time ada order, baru buat pembelian. Senang!
  • Terdapat mentor dan support group business yang bantu guide,sharing mengenai produk,sharing motivasi dan pelbagai lagi.Memang sangat best! Kita tak sorang-sorang buat business ni.



Alhamdulillah dah masuk 3 tahun guna dan jual produk Shaklee ni,tak pernah lagi ada masalah dengan pihak kurier atau produk Shaklee.

Alhamdulillah kesihatan diri dan keluarga pun bertambah baik. Memang tak rugi pun join business ni. Boleh buat sambil-sambil atau fulltime. Yang penting rajin-rajinlah berkongsi info produk ni dengan kawan-kawan, sedara-mara dan jiran tetangga.

Insyaallah, jika rajin berusaha,disiplin dan tidak mudah putus asa, pasti akan berjaya.


Jom sertai bersama dalam Empayar Jutawan Sihat. Info produk, info sihat dan pelbagai lagi tips business anda akan dapat.


Nak join business Shaklee, jomla roger-roger ciksu ya. Insyaallah sama-sama kita sihat dan berjaya cemerlang dunia akhirat.