Jun 30, 2015

Resepi Pulut Panggang Serunding

Gara-gara encik suami beli pulut panggang lembik kat bazar ramadhan,maka gigihla daku mencari resepi pulut panggang walau tak pernah hayat mencuba pun sebelum ni..

Masa kecik2 dulu pun arwah mak selalu beli time berbuka puasa..kat Terengganu ade inti ikan di campur kelapa..memang sedapla..

Memandangkan kat rumah ni ada serunding daging yg masih banyak dan ada pulak pokok pisang depan rumah ni,so bolehla mencuba buat..



Bahan-bahan untuk membuat pulut:

2 cawan beras pulut - cuci dan rendam dalam sejam
1 cawan santan cair
1/4 sudu kecil garam

Cara-caranya:

Didihkan air dalam periuk pengukus. 
.
Dalam mangkuk campurkan santan bersama garam dan kacau.Kemudian tuangkan kedalam beras pulut.Kacau dan kukus pulut selama 30 minit atau sehingga rasa pulut masak



Untuk inti korang boleh beli serunding dah siap..oor kalau rajin bolehlah cari resepi serunding ya,,..

Bila pulut dah masak,tunggu seketika biar sejuk. Sementara itu,kerat daun pisang dalam sejengkal lebar. Layurkan atas kuali seketika dan lap sedikit minyak masak pada daun menggunakan tisu,

Kemudian bolehlah masukkan inti serunding ikut sesuka hati banyak mana..Memandangkan nak makan sendiri,haruslah banyakkan..hihi..baru puas hati..

Kemudian gulung dan goreng tanpa minyak..Pusing-pusingkan supaya tidak hangit.

Taddaa...siap masak bolehlah hidang utk berbuka..

Sebenarnya tak susah pun nak buat pulut panggang ni jika dah ade serunding sedia..yang leceh jika kene masak serunding dahulu..tapi mestilah puas hati air tangan sendirikan..


Hasil pulut panggang,..lidi takde,stepler takde..jadi lipat jela asal tak keluar isinya..


Ok,Selamat mencuba:-)


Jun 29, 2015

Vivix Shaklee Terlalu Mahal?? : Kebaikan dan Keistimewaannya setanding Harga

Vivix Shaklee adalah antara produk termahal dalam senarai harga barangan shaklee..Namun dengan kualiti yang setanding harganya,vivix adalah antara produk terbaik yang membantu ramai pesakit kronik di luar sana seperti pesakit jantung,diabetes,darah tinggi,kanser dan pelbagai lagi.






Apakah kandungan VIVIX?

Vivix mempunyai 4 kandungan yang sangat istimewa iaitu:

1) Muscadine Grape

Anggur hebat ini mempunyai 20 kromosom yang memberikan banyak faedah kesihatan,sifat antioksidan yang tinggi dan fungsi imun lebih baik. Ia dapat membantu menghentikan kimia yang menjadi puncakanser,antivirus dan anti bakteria


Rupa Muscadine Grape yang besar..Nyum-nyumm..


2) Elderberry 




Elderberry juga dikenal sebagai Sambucus Nigra. Buahnya bulat kecil berwarna ungu gelap bergerombol seperti anggur. Buah ini banyak tumbuh di Eropa, Amerika Utara, Asia, dan Inggris. Elderberry merupakan jamu popular dan telah lama digunakan dalam pengobatan tradisional. Manfaat lain jus elderberry ialah

  • telah terbukti sangat efektif dalam pengobatan dan penyembuhan flu dan juga digunakan untuk mengobati penderita flu selama epidemi di Panama pada tahun 1995. 
  • Kandungan vitamin C yang tinggi membuat jus elderberry sangat bermanfaat dalam pengobatan penyakit yang disebabkan karena infeksi virus dan bakteri. 
  • Kemampuannya untuk mencegah dan mengobati kanser, fakta dikaitkan dengan antioksidan yang dikandungnya.
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta sangat membantu dalam mengobati penyakit AIDS dan kanser.
  • Menurunkan kadar kolesteroldan mengurangi kolesterol jahat. Hal ini dapat sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.
  • Efek berbahaya dari pencemaran, stres, dan makan yang tidak sehat dapat dicegah dan dikurangi dengan mengambil jus elderberry setiap hari.
  • Mencegah dan membantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap infeksi virus, dan sesak nafas. 
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.
3) Purple Carrot


Ia adalah sumber terbaik vitamin A dn mengandungi phytokimial termasuk carotenoids ,phenolics,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yg mustajab. Anthocyanins adalah btanggungjawab pd warna merah menyala, biru dn ungu pd buah dn sayur. Asid klorogenik adalah antioksidan paling byk dlm semua karot dn ia bertanggungjawab mengurang diabetes.Kebelakangan ini kajian menunjukkan anthocyanins, bertindak sebagai anti radang,anti mikrobial dn anti carcinogen. Ia mengurangkan risiko penyakit jantung.

4) Polygonum cuspidatum
Polygonum cuspidatum ( knotweed jepun) adalah tumbuhan perenial yg besar berasal dari asia, yg juga byk ditemui d amerika utara dan eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol Polygonum Cuspidatum banyak menafaat kesihatan dn dgunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan . Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol membantu melambatkan prosespenuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dn megurangkan berat badan



Istimewanya vivix kerana ia mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal beabs.  Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan pencemaran, cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan. Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.

 Buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol paling tinggi. Jadi sangatlah beruntung jika anda mengambil Vivix kerana kandungan Resveratrol dalamnya dapat membantu memberi kesihatan lebih baik.

[[Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain]]

Apakah Penyakit yang boleh dikurangkan dengan Resveratrol??
Banyak kajian klinikal telah dijalankan untuk mengetahui kelebihan resveratrol. Alhamdulillah, kajian telah membuktikan ianya berkesan untuk merawat penyakit darah tinggikencing maniskanseralzheimer.
Malah Resveratrol juga membantu menentang penuaan di mana kajian yang dilakukan ke atas vivix shaklee dapat membantu anda sentiasa awet muda dan kelihatan seperti usia 25 tahun:-)

Kebaikan dan manfaat Vivix :


  • Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  • Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  • Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  • Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  • Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
  • Membantu merawat penyakit parkinson
  • Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
  • Meningkatkan kesihatan imum badan
  • Menggalakan kesihatan keseluruhan

Jom tengok video ini dahulu bagaimana seorang lelaki yang aktif bersukan nyaris lumpuh di sebabkan kesakitan tulang.Namun hasil kebaikan Vivix beliau dapat bersukan kembali..Alhamdulillah




Saya pasti abang-abang di luar sana ada yang keinginan berhenti merokok..akak-akak pun sama mesti nak lihat suami bebas merokok kan..Jom tengok video ini bagaimana encik N dapat berhenti merokok dengan mudah



Sayangi isteri dan anak-anak, berhentilah merokok..Kesian kat mereka...hukhuk..

Banyak lagi testimoni lain dimana vivix dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan lebih baik..Jom tengok koleksi TESTIMONI VIVIX disini --> TESTIMONI VIVIX



Jika di lihat pada kandungan vivix dan manfaatnya,sangatlah berbaloi pengeluaran RM475 untuk harga sebotol VIVIX..Boleh di minum dan bertahan selama 2 bulan dan memberi kesan baik menyeluruh untuk kesihatan.




Untuk mendapatkan promosi harga lebih jimat,Shaklee menawarkan penjimatan dan harga runtuh dimana setiap pembelian 2 botol VIVIX sepanjang Mei hingga Oktober ini,anda layak menerima seperti berikut:

>>Diskaun 5%
>> PERCUMA 1 botol multivitamin VITALEA 120 biji
>> PERCUMA KEAHLIAN BERNILAI RM69
>> PERCUMA PENGHANTARAN KE SELURUH SEMENANJUNG/MALAYSIA


Owhh..sangat-sangat beruntung tau..banyak sangat penjimatan ini..Jadi jangan lepaskan peluang keemasan berharga ini..

Hadiahkan vivix untuk mak ayah tersayang..Pasti anda akan berpuas hati melihat perubahannya seperti yang di alami oleh pengguna lain..

Jom hubungi saya segera untuk mendapatkan 2 botol VIVIX dan nikmati manfaatnya dengan SEGERA




Jun 23, 2015

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015

Salam ...

Jemput semua join Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015.


Caranya mudah sahaja :

1. Masukkan BuatWanita.Blogspot.Com dalam bloglist korang.
2. Buat satu entri bertajuk Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015
3. Copy code Disini, klik New Post dan paste dalam ruangan HTML.

Semua yang join akan masuk bloglist secara bergilir-gilir dari julai hingga disember 2015. Klik Sini untuk Senarai Peserta dan Bloglist sepanjang bulan julai hingga disember 2015. Segmen tamat bila senarai bloglist julai hingga disember tahun ni penuh.

Jom semua kita join dan support segmen ni beramai-ramai. Thanks :)

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

Assalamualaikum..

Jom cari kawan baru:-) join bloglist mudah ini..moga2 ada rezeki dapat tersenarai:-)

PENCARIAN BLOGLIST JUNE BY SYAHIRAH VALIANT

Jun 22, 2015

Tips khatam Alquran di bulan ramadhan

Alhamdulillah..sudah hari ke 5 kita di bulan Ramadhan..Semoga ibadah puasa kita bertambah baik daripada tahun-tahun lepas.

Bulan Ramadhan juga kita di galakkan untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat alquran.Boleh juga untuk tilawah,tadabbur atau bertadarus ramai-ramai.Dengan kecanggihan teknologi sekarang,alhamdulillah ramai create group tadarus,tadabbur dan sharing terjemahan ayat melalui whatsapp,telegram dan lain-lain.



Mukmin terbaik mesti ada cita-cita nak khatam alquran sekurang-kurangnya sekali di bulan ramadhan..Itu pesanan seorang ustaz ketika saya hadiri kuliah ramadhan di surau berdekatan yang lepas.

Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk khatam alquran dengan mudah di bulan ramadhan?

Cara mudah agihan bacaan agar tidak terasa terpaksa/terkejar-kejar untuk habiskan bacaan


Untuk khatam 1X = ( Baca 20 muka surat sehari)

Subuh - 4 muka surat
Zohor - 4 muka surat
Asar - 4 muka surat
Maghrib - 4 muka surat
Isyak - 4 muka surat







Belum terlambat untuk sesiapa yang belum mula untuk membaca al quran..Insyaallah jika kita ada niat dan semangat pasti Allah mudahkan urusan kita:-)


Bagi sesiapa yang ada smartphone,boleh download apps alquran Android/tafseer yang dapat bantu kita untuk membaca alquran di mana sahaja.


Boleh baca ketika traffic jammed pulang dari waktu kerja
Boleh baca ketika menunggu seseorang
Boleh baca ketika menunggu train/komuter
Boleh membaca sambil-sambil semasa menyusu bayi

Di mana sahaja yang memudahkan kita untuk mencapai 4 muka sehari..insyaallah..




Boleh print jadual semakan di atas,jadi kita lebih bersemangat untuk membaca alquran:-)


Semoga tips yang di berikan ini memberi semangat kepada semua untuk membaca alquran walau di mana berada..Kata ustaz,smartphone boleh menjadi medan pahala kita bila-bila masa sahaja iaitu dengan membaca alquran,al mathurat melalui apps yang disediakan.



Kelebihan orang-orang membaca alquran:


Orang yang lancar membaca Alquran akan bersama malaikat utusan yang mulia lagi berbakti, sedangkan orang yang membaca Alquran dengan tersendat-sendat lagi berat, maka ia akan mendapatkan dua pahala.” (HR. Muslim)

Tidaklah berkumpul sebuah kaum di salah satu rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya, kecuali akan turun ketentraman kepada mereka, diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut mereka ke hadapan makhluk di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah, maka ia akan mendapatkan satu kebaikan dengan huruf itu, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidaklah mengatakan Alif Laam Miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Orang yang membaca Alquran terang-terangan seperti orang yang bersedekah terang-terangan, dan orang yang membaca Alquran secara tersembunyi seperti orang yang bersedekah secara sembunyi.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasa’i, lihat Shahihul Jaami': 3105)

Semoga kita bersemangat untuk meneruskan pembacaan alquran bila-bila masa sahaja dan di mana berada. Dan semoga Ramadhan kali ini sekurang-kurangnya kita dapat qhatam sekurang-kurangnya sekali.

Insyaallah

Jun 18, 2015

Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak PERCUMA ketika solat terawikh

Assalamualaikum..Salam 1 Ramadhan buat semua.

Syukur alhamdulillah Allah panjangkan usia kita untuk memasuki bulan penuh keberkatan ini dan semoga kita manfaatkan ia sebaik-baiknya.

Saya pasti ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau anak-anak aktif yang sedang membesar ingin turut serta menunaikan solat berjemaah dan berterawikh bersama-sama imam di masjid.Namun sering kali bila fikirkan ragam anak-anak yang tidak mampu 'duduk diam' maka terpaksa akur untuk solat bersendirian di rumah sahaja..


Kini ibu-ibu dapat tunaikan solat berjemaah dengan tenang dan 'aman':-)

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menyediakan ruangan khas untuk penjagaan kanak-kanak semasa ibu ayah sedang solat.

____________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR - Menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara percuma adalah antara tarikan pihak masjid di ibu kota untuk umat Islam mengimarahkan ibadah mereka dalam bulan Ramadan.

Perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah pada waktu malam itu disediakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini sementara ibu bapa mereka menunaikan solat Terawih.

Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah Kuala Lumpur, Azian Eziana Ahmad berkata pihaknya telah menyediakan khidmat itu sejak tiga tahun lalu dengan bantuan lebih 10 tenaga pengasuh.

"Sesi penjagaan kanak-kanak itu akan diisi dengan aktiviti seperti belajar solat bagi memastikan mereka memperoleh sedikit sebanyak ilmu semasa di masjid," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata inisiatif itu diambil kerana banyak ibu bapa berhadapan dengan masalah penjagaan anak-anak mereka apabila ingin menunaikan sembahyang sunat itu setiap kali menjelang Ramadan. 

Azian Eziana berkata pihaknya turut menganjurkan program tadarus al-Quran selepas solat sunat tarawih selain mengadakan majlis berbuka untuk lebih 1,000 orang setiap hari.

Credit ___________________________________________________________________

Selain Masjid wilayah,masjid Hasanah di Bangi juga menyediakan bilik khas untuk jagaan kanak-kanak dan terdapat taman permainan di luar kawasan masjid.Ini juga dapat membantu ibu ayah untuk bersolat dengan baik dan khusyuk.


Insyaallah,jika ada kelapangan nak bawak juga anak-anak ke masjid ni..Tak dapat setiap hari ke masjid,sekurang-kurangnya hari minggu dapat manfaatkan masa sebaik-baiknya untuk berjemaah.Moga-moga dapat pahala berjemaah dan bersilaturahim.

Masa ini juga peluang untuk mengajar anak-anak untuk mencintai masjid dan memberi kefahaman kepada anak-anak mengenai ibadah solat terawikh,adab di masjid dan pelbagai lagi.

Semoga bermanfaat:-)

Jun 17, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah,beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut ramadhan apabila berkumandang sahaja azan maghrib..Subhanallah begitu banyak ganjaran Allah sediakan pada hambaNya yang melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya.

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua umat islam.Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan lebih mendekatkan diri kita padaNya.

Kuatkan hati,teguhkan iman,jauhkan dari perkara-perkara yang sia-sia.

Semoga kita dapat beribadah dengan baik di bulan mulia ini.

Mohon maaf sekiranya ada tersalah kata,tersalah menyusun bicara..

SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA..


Jun 16, 2015

10 sunnah yang perlu di hidupkan sepanjang Ramadhan

Lagi 2 hari menjelang Ramadhan..Subhanallah..Bulan penuh barakah..Allah lebarkan pintu-pintu keampunan,pintu-pintu rahmat,pintu-pintu syurga dan pintu-pintu kebaikan seluas-luasnya di bulan ini..Peluang dah ada hanya kita perlu memanfaatkan ia sebaik-baiknya selama 30 hari sahaja.





Sedikit 'refreshment' untuk kita semua hidupkan kembali sunnah-sunnah sepanjang Ramadhan dan semoga kita mendapat pahala mengerjakannya.


1) Mengucapkan tahniah kerana berjaya sampai ke bulan Ramadhan

Rasulullah pernah berucap ketika memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda:

 “Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kalian berpuasa padanya. Dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu alJahim (neraka), diikat para syaitan pada bulan Ramadhan. Padanya juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sesiapa yang dimuliakan dengan kebaikannya, maka ia telah dimuliakan.”

(HR Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad, bilangan: 8991) Syeikh Syuaib al-Arnaouth menyatakan bahawa hadis ini sahih. Ibnu Rejab al-Hanbali berkata: Sebahagian ulama berpendapat, hadis ini adalah asal usul bagi amalan ucapan tahniah antara satu sama lain pada bulan Ramadhan.

Orang Arab, apabila tiba bulan Ramadhan mereka sering mengucapkan: Barakallah, Ramadhan al-Mubarak, Kullu Am wa antum bi khair, dan sebagainya. Maka kita ucapkanlah ucapan-ucapan yang mengembirakan kita apabila datangnya bulan Ramadhan. Ucapan yang 


2) Menyegerakan berbuka

 Ibadah ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Jangan bertangguh-tangguh atau melambatkannya. Apabila ada makanan dihidangkan, maka berdoa yang pendek-pendek (sebaik-baik doa makan adalah Bismillah.) kemudian teruslah makan.

 Ini sunnah! Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`id bahawa Nabi SAW pernah berkata:

Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagi mana mereka terus menyegerakan berbuka”. (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1957) 


3) Berbuka dengan beberapa biji kurma basah

Kurma mempunyai pelbagai kategori. Kurma basah disebut rutob, kurma kering disebut tamar, manakala kurma asli disebut balah. Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah kurma yang basah

Nabi saw berbuka sebelum solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, maka Baginda menghirup beberapa teguk air.” (HT at-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 696)


4) Melambatkan waktu Sahur



Imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmu` menyatakan: Waktu sahur ialah waktu di antara pertengahan malam sehingga terbit fajar.

 Di dalam Hasyihah ad-DusukMasuknya waktu sahur apabila telah sampai pertengahan akhir daripada waktu malam. Melambatkannya adalah lebih baik. Telah jelas daripada Nabi SAW bahawa baginda melambatkan sahur sehingga waktunya dan waktu Subuh hanya berjarak bacaan 50 ayat alQuran. 

Justeru itu, difahami daripada apa yang kami sebutkan bahawa makan sebelum sampai pertengahan malam tidaklah dikira sebagai sahur. 

Berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Waktu yang terbaik ialah memulakan sahur pada 30-10 minit sebelum masuk waktu subuh dengan perkiraan bacaan 50 ayat al-Quran. 


5) Memperbanyakkan amalan kebaikan

Memperbanyakkan amalan kebaikan adalah dituntut pada bulan Ramadhan. Apatah lagi ia adalah bulan yang dinilai pahalanya oileh Allah sendiri. Satu perkara yang perlu diberi perhatian besar di dalam bulan Ramadan ialah peluang untuk mendapat pahala berganda.

 Imam al-Bukhari dengan sanadnya daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah menyebutkan hadis Qudsi : 

 “Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang langsung membalasnya. Perubahan bau bagi orang yang berpuasa adalah lebih wangi di sisi Allah berbanding wauan kasturi.” (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 5927)


6) Berkata Aku Berpuasa apabila berlaku perselisihan 


Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Puasa adalah pelindung. Maka janganlah kamu mencarut dan melakukan perkara bodoh. Sekiranya diajak bergaduh, maka katalah:

 ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa.’ Sebanyak dua kali. (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1894)


7) Menyediakan makanan kepada yang berbuka puasa

Amalan memberi makan kepada orang lain untuk berbuka puasa sangat subur di tanah-tanah arab. Sebahagian mereka mengumpulkan para pelajar di rumah mereka atas tujuan tersebut selama 30 hari berturut-turut. Sekiranya tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah kurma ataupun minuman untuk mereka berbuka. Itulah yang disebutkan di dalam mazhab asySyafii. 

Imam at-Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 "Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang berpuasa itu sedikitpun”. 

(HR At-Tirmizi di dalam Sunan at-Tirmizi, bilangan: 807) Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini Hasan Sahih. 


8) Berdoa sewaktu berbuka 



Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Mari kita ambil kesempatan itu untuk banyak berdoa dengan hati yang ikhlas, mengikuti sunnah Rasulullah saw, dan berkeyakinan bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah. Imam Ibnu Hibban dengan sanadnya meriwayatkan hadis yang panjang daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

Tiga doa yang tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa ketika mahu berbuka, dan doa orang yang dizalimi. (HR Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban, bilangan: 7387) Syeikh Syuaib al-Armaout menyatakan Hadis ini Sahih dengan syawahid. 

Antara doa yang baik untuk dibaca ialah: 

 “Ya, Allah ! Aku berpuasa untuk Mu, dengan rezeki Mu aku berbuka, telah hilanglah kehausan, telah basahlah kerongkong dan telah pastilah ganjarannya Insya Allah”.


9) Meninggalkan kata-kata keji dan dusta 

Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut hendaklah dihentikan pada bulan Ramadhan. Ia menjadi permulaan pendidikan jiwa dan sosial yang baik untuk menghadapi bulan-bulan berikutnya. 

Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu dan novel-novel yang melalaikan. Terutama adalah lagu-lagu yang bercanggah dan novel yang tidak memberi faedah.

 Imam al-Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya.” (HR al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, bilangan: 1903) 


10) Memperbanyakkan Solat Sunat dan Bangun Qiam di Tengah Malam

Carilah masa di celah-celah kesibukan hari untuk banyakkan solat sunat seperti solat sunat taubat,solat tahajud,solat dhuha dan pelbagai lagi.

Isikan masa juga dengan memperbanyakkan bacaan ayat-ayat alquran supaya tidak terbuang masa begitu sahaja.




Sebenarnya banyak lagi perkara sunnah yang kita boleh lakukan sepanjang Ramadhan. Buatlah sebanyak-banyak kebaikan Insyaallah puasa kita terlaksana dengan baik dan lancar.

Semoga Ramadhan kali ini kita buat sehabis baik dan hidupkan kembali sunah-sunah yang di tuntut mudah-mudahan Allah berikan ganjaran berlipat ganda dengan segala kebaikan yang dilakukan.

Insyaallah..


Credit :Ust Syihabudin Ahmad
(Graduan Kuliah Syariah Universiti Al-Azhar)

Jun 15, 2015

Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias


Assalamualaikum..Jom join GA ni..mana tau kan ada rezeki dapat CD best Nowseeheart nanti.



Giveaway NOWSEEHEART - KATAKAN by AziziElias akan bermula dari
8 JUN 2015 - 29 JUN 2015








Jun 14, 2015

10 Cara Melatih Anak Berpuasa dengan Baik

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Ada beberapa hari sahaja kita semua akan menyambut bulan keberkatan ini..Masih ingatkah memori berpuasa ketika zaman kecil-kecil dahulu? Tentu ada kisah menarikkan setiap kali ramadhan..Paling tak lupa bila ambil wuduk,pasti curi-curi telan minum air:-)


Haa..ade tak memori tu???:-)






Ada anak-anak yang mula nak belajar berpuasa tahun ini?

Bilakah masa sesuai untuk mereka mula berpuasa?

Bagaimanakah cara untuk mengajak anak berpuasa?

Ketika masuk usia 5,6 tahun sebenarnya ibu ayah sudah boleh mula ajak anak-anak berpuasa. Sekiranya anak-anak sudah bersekolah tadika atau pra sekolah,kebiasaan cikgu pun sudah memberi pendedahan asas kepada anak-anak tentang ibadat puasa ni..


Rancangan Upin Ipin pun ada slot khas mengenai Ramadhan..Ini pun boleh merangsang minat anak-anak untuk berpuasa.

Jom baca beberapa tips bagaimana cara melatih anak-anak berpuasa dengan baik di bulan Ramadhan nanti



1) Memberi Penjelasan Mengenai Ramadhan





Maklumkan kepada anak beberapa hari sebelum Ramadhan mengenai ibadat puasa. Maklumkan mengenai apa itu berpuasa,niat puasa dan boleh ceritakan pengalaman seronoknya bangun sahur,berbuka puasa beramai-ramai, dan solat berjemaah bersama-sama.Dengan ini ia membantu memberi semangat untuk anak-anak belajar berpuasa.



2) Puasa bertahap-tahap bagi anak yang baru belajar berpuasa

Seperti kita semasa kecil dahulu,mak ayah suruh berpuasa dahulu separuh hari.Esoknya jika larat lagi,tambah masa lagi setengah jam dan begitulah seterusnya sehingga anak-anak dapat berpuasa penuh.Mulakan dari sahur sehingga 10 pagi,kemudian sehingga waktu zohor dan seterusnya. Anak akan belajar perlahan-lahan sehingga dapat berpuasa sehingga waktu berbuka.


3) Sahur yang Seimbang dan Berzat

Ketika bangun sahur,jangan lupa kejutkan anak juga untuk sama-sama bersahur. Mulakan pagi dengan makanan yang berzat dan seimbang.Ibu ayah boleh mencuba menu sihat setiap sahur seperti mengambil nasi,roti,buah dan lain-lain.


4) Sediakan Makanan Kegemaran Anak ketika Sahur dan Berbuka

Kebanyakan anak susah untuk bangun sahur.Jadi cara untuk memujuk mereka untuk bangun sahur adalah dengan menyediakan menu kegemaran mereka. Roti pizza,ayam goreng,Mealshake yang berkhasiat boleh disediakan untuk menu sahur dan berbuka bagi memberikan mereka semangat untuk berpuasa.


5) Tunjukkan contoh yang baik

Sangat penting untuk Anda dan anggota keluarga tidak menunjukkan rasa lapar dan haus saat berpuasa di depan anak-anak.Jangan pulak kita yang mengeluh penat atau lapar dihadapan anak-anak ya:-) dan paling penting kawal perasaan marah-marah dan panas baran.


6) Berikan semangat kepada anak

Jangan lupa juga untuk memberikan semangat kepada anak untuk terus berpuasa, Contoh jika hari pertama,anak dapat berpuasa separuh hari,puji dirinya dan ajak berpuasa lagi esok hari. Begitu juga sekiranya dia dapat berpuasa penuh,puji dirinya-Wah,bagusnya Aishah berpuasa penuh hari ini..Allah sayang dan suka orang berpuasa.Esok kita berpuasa dan berbuka puasa sama-sama lagi ya:-)


7) Jauhkan godaan makanan darinya

Jauhkan segala jenis makanan yang boleh menggodanya untuk berbuka, seperti aiskrim, coklat, dan apa jua makanan lain di tempat terbuka. Sembunyikan makanan tersebut dan usahakan agari anak tetap sibuk selama puasa. Ibu ayah boleh mengajak anak-anak untuk membaca al-quran, bermain game,membaca buku dan sebagainya.


8) Jangan memarahinya sekira terlupa

Jika anak tidak kuat untuk berpuasa,atau sering memujuk ibu ayah untuk berbuka puasa jangan memarahi mereka.Kadang-kadang anak-anak curi berbuka puasa.Jangan memarahi mereka,cukup nasihat mereka supaya tidak ulangi lagi dan ajak mereka berpuasa lagi keesokan hari.


9) Memberikan hadiah

Anak-anak amat suka dengan ganjaran hadiah. Ibu boleh maklumkan jika adik berpuasa nanti ibu akan hadiahkan kasut raya yang cantik seperti Elsa,hadiahkan tudung cantik dan pelbagai lagi.Ini untuk merangsang semangat anak-anak untuk berpuasa.


10) Ajar anak-anak perkara yang baik

Sepanjang Ramadhan,terapkan sebanyak ilmu baru kepada mereka seperi minta mereka baca doa berbuka puasa,solat berjemaah,membaca al quran dan pelbagai lagi




Semoga tips ini membantu ibu ayah dalam mendidik anak-anak berpuasa..


Selamat Berpuasa adik-adik.Semoga dapat mula berpuasa dengan baik ya.Jangan curi-curi makan tau:)


Jun 13, 2015

7 sunnah yang perlu di amalkan setiap hari

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke Masjid, kerana Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan Masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.👳 In shaa ALLAH.

Sharing dari ustaz Don daniyal