Jul 1, 2015

7 Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Musim panas ketika berpuasa menuntut kesabaran tinggi.Ia membuatkan badan cepat lesu,kekeringan dan penyebaran virus cepat terjadi.

Memang perlu penjagaan rapi ketika musim panas dan elakkan terdedah terus kepada cuaca panas ini,


Sangat risau jika selsema batuk ni terkena pada anak-anak kecil yang masih belum pandai nak buang hingus dan kahak ni..Kekadang merengek sepanjang hari sebab tak selesa kan..Seboleh-bolehnya saya elakkan ubat-ubat batuk dan selsema dahulu dan cuba rawatan semulajadi.


Antara petua tradisional yang boleh dicuba sekiranya anda atau anak-anak mengalami selsema dan batuk:





1) Kunyit


Kunyit dapat membantu merawat jangkitan virus dan bakteria. Tambahkan kunyit dalam makanan atau di dalam susu panas dan diminum ketika serangan selsema.Bagi anak kecil,boleh tumbuk sedikit kunyit dan calitkan atas batang hidung.



2) Madu


Madu sangat membantu mengeringkan kahak.Bagi dewasa boleh campurkan 1 sudu madu bersama perahan air limau nipis/lemon.Untuk bayi berusia 1 tahun ke atas,boleh berikan sedikit air madu suam setiap hari

3) Halia

Halia dapat membantu menghilangkan rasa sejuk dalam badan ketika demam.Hiris sedikit halia dan campurkan dalam air lemon/air limau nipis.

4) Ikan

Ikan sperti tuna,salmon,ikan kembung kaya dengan omega 3 asid lemak yang membantu mengurangkan keradangan di dalam badan. 

5) Mandi air suam setiap hari dan elakkan mandi pada waktu malam

6) Pengambilan sayur-sayuran hijau membantu memberi nutrien kepada badan dan membantu melawan sejuk dan jangkitan selsema

7) Bawang Putih

Bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang boleh mengurangkan jangkitan virus dan menguatkan sistem imun badan. Sekiranya anak-anak kecil mengalami demam selsema boleh membuat 'garlic sock'. Caranya mudah dengan bakar1 biji bawang putih tanpa buang kulit pada api.Kemudian lenyek bawang putih tersebut dan campurkan dalam minyak zaitun/minyak olive/minyak masak. Sapu pada kaki dan betis anak anda dan pakaikan stokin.

Untuk dewasa,boleh gigit bawang putih tersebut.Sekiranya anda sukar untuk menggigit bawang putih boleh terus mengambil Garlic Complex yang bagus untuk kuatkan sistem imun badan.


Selain pemakanan di atas,amat penting untuk anda menjaga kesihatan diri dan sentiasa mengelakkan jangkitan dan sakit makin teruk:

1. Hindari penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak rasional kerana dapat mengakibatkan mudah diserang penyakit lebih lama, dan juga sukar diatasi kerana kuman telah kebal.

2. Tidur yang cukup. Kurang tidur dapat mengakibatkan keburukan kepada daya tahan tubuh.

3. Hindari alkohol, rokok dan dadah.

4. Hindari berdekatan dengan perokok (menjadi perokok pasif)

5. Mencuci tangan sehingga bersih menggunakan sabun dan air yang mengalir.

6. Mendapat secukupnya sinaran matahari dan udara segar yang bersih.

7. Senaman yang teratur.

8. Mengendalikan emosi dan stress secara positif.

9. Bekerja dan beristirehat secara seimbang. Biasakan untuk tidur malam 7 hingga 8 jam setiap hari.

Kerapkan juga pengambilan air kosong untuk mengelakkan badan panas dan dehidrasi.


Bagi anak-anak kecil berusia 1 tahun ke atas boleh amalkan mengambil minyak ikan Omegaguard dan juga Chewable Vitamin C untuk kuatkan sistem imun badan mereka.



Sekiranya kerap demam dan sentiasa berulang, boleh cukupkan nutrisi seimbang dalam diet seharian dan ambil set Immune booster ini..



Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya, takut-takut jangkitan virus yang merbahaya.



2 comments:

  1. bagus petua ni ... especially kalau ngandung kan, sbb tak boleh makan macam-macam ubat :)

    ReplyDelete