Pages - Menu

Jul 4, 2015

Cara Nabi Mendidik Anak (Panduan buat Semua Ibu Ayah)

Contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia Nabi Muhammad s..a.w.Baginda umpama penyuluh buat segenap manusia.Apa yang terbaik yang perlu kita amalkan sebagai ibu bapa adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama di amalkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. 

Bagaimana cara Nabi mendidik anak? Mendidik anak-anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w:



1. Umur anak-anak 0-6 tahun



  • Berikan kasih sayang tanpa mengira anak sulong atau bongsu tanpa mengira umur dengan bersikap adil sama rata
  • Melimpahkan kasih sayang sepenuhnya
  • Tidak boleh dikenakan rotan sekiranya melakukan kesilapan wlaaupun untuk tujuan mendidik
  • Kesannya: anak-anak akan lebih dekat dan rapat dengan ibu bapa dan merasakan ibu bapa sebahagian masa membesar mereka yang boleh di anggap sebagai rakan dan rujukan terbaik

2. Umur anak-anak 7-14 tahun

  • Tanamkan nilai DISIPLIN dan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak ketika ini
  • Perintahkan anak-anak untuk mula solat ketika berusia 7 tahun dan pukul mereka sekiranya meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun dan asingkan tempat tidur di antara anak lelaki dan perempuan
  • Pukulan tersebut sekadar untuk menggerunkan mereka dan tidak di pukul; di kawasan muka
  • Masa terbaik unruk membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan islam

3. Umur anak-anak 15-21 tahun

  • Inilah fasa remaja yang penuh sifat memberontak
  • Ibubapa perlu menjadikan anak sebagai KAWAN - banyakkan berborak dan berbincang sekiranya ada masalah,mejadi pendengar yang setia
  • Sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan anak-anak usia ini,elakkan mengherdik dan memarahi mereka di hadapan adik-beradik lain

4. Umur anak-anak 21 tahun dan ke atas

  • Fasa ini adalah fasa ibubapa memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN 'berotonomi' dalam membuat keputusan sendiri
  • Ibu bapa hanya perlu pantau,nasihat dan iringi mereka dengan doa 
  • Bermula pengembaraan anak-anak dengan kehidupan sebenar di luar rumah,insyaallah jika disiplin yang di asah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup akan menjadi benteng diri untuk mereka

Sebagai ibu bapa,jangan penat untuk menasihati mereka.Mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti ibubapa inginkan.



Anak-anak adalah anugerah paling berharga dan amanah Allah buat ibu bapa. Hargai masa-masa indah ketika mereka kecil sebaik-baiknya kerana masa kecil mereka tidak akan berulang buat kali kedua

“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak”.
~Prof Dr Muhaya~






No comments:

Post a Comment