Jul 13, 2019

Pengalaman di uji Kanser Tyroid

Assalamualaikum, 

Lama menyepi bukan kerana sudah stop.

Di uji dengan masalah kesihatan bukan kecil malah ujian kanser sangat berat untuk di hadapi. Siapa sahaja yang melalui dan mendengar penyakit kanser pasti duduk terkedu!

aku? kanser Papillary? Penyakit apakah ini ya Allah?

Throwback.

Awal tahun 2018, aku perasan bengkak di leher sekata tapi langsung tidak sakit. Makan seperti biasa, menelan pun macam biasa. Aktif macam biasa.

Suatu malam, bila berada di kampung suami, MIL tegur kenapa leher bengkak dan tidak normal seperti orang lain. beguk ke?

Aku kata langsung tidak sakit. 

Jumpa lagi kakak ipar yang nurse pun tegur yang sama. Lalu aku ambil keputusan ke klinik dan doc minta buat ujian Thyroid. Hasil keputusannya, result NORMAL.

 ya normal, so doc kata takde apa-apalah since tak sakit, makan pun ok, menelan pun ok. So everything going on seperti biasa

Akhir 2018, aku perasan bengkak seperti dah membonjol. Bila nak menelan tu nampak macam ada halkum tu..haha..tapi langsung tak sakit! Makan pun macam biasa, menelan pun ok. Antibodi pun kuat takde selsema demam cuma aku perasan aku batuk je akan jadi lama dan akhirnya akan berakhir dengan semput.

Akhirnya aku ke klinik sekali lagi di seksyen 7 BBB. Kali ni aku jumpa doktor yang sedikit tegas dan garang. Dia sangat serius dan minta aku segera lakukan ultrasound untuk tahu besar ketumbuhan bengkak aku. Cuak sungguh aku time tu! Doc terus suruh aku buat minggu yang sama. Ambil test tyroid lagi sekali pun masih sama. Result NORMAL ujian Thyroid. Jadi tiada tanda-tanda hipertiroid atau hipotiroid.

Aku jalani ujian ultrasound dengan iringan debaran yang bukan sedikit! berdebar takut semua ada. Dahla pergi sorang-sorang en suami ada hal tak dapat elak.

Hasil ultrasound nampak bengkak dalam 3cm macamtu. So doc suggest buat biopsi pula since tak tahu bengkak tu sebab apa. So bermulalah episod aku berjumpa pakar Endokrin. Sebelum tu aku ke klinik kesihatan kerajaan juga, tapi proses menunggu terlalu lama 2 jam sebelum jumpa pegawai kesihatan yang hanya bagi aku surat untuk jumpa doktor pakar di Hospital Serdang. Dah dapat surat nak jumpa doktor, nak cari parking kat Hospital Serdang punyalah payah,lastly ending aku naik menyampah pusing banyak kali tak dapat aku balik rumah dan bagitahu suami kita checkup swasta jela.

Since suami mencarum insurans kat aku since kerja dulu so layaklah untuk claim. So kami decide cari pakar Endokrin, ni aku cari doc perempuan supaya selesa untuk berbincang. Hasil berbincang dengan doktor, beliau suggest doktor di Hospital Pantai KL.

So pertama kali ke Hospital Pantai, aku jumpa terus pakar Endokrin, Dr  S. Beliau tanya details mengenai penyakit aku, pegang leher aku dan endingnya dia bagitahu kalau bengkak solid ni kebiasaannya memang resultnya memang 'tak best'. Banyak kali di pegang-pegang leher aku ni, terasa takut sungguh time ni! Tapi beliau kata beliau tak nak berselindung, so aku dan suami terima semuanya dengan hati terbuka. Untuk menyakinkan apa di kata, beliau suggest aku buat FNAC atau BIOPSI. 

Tarikh buat tu aku letak lepas balik dari Trip ke bumi Turki. Aku nak enjoy dan happy sungguh-sungguh sebelum aku tahu resultnya.

So, bulan march selama 10 hari aku travel ke Turki bersama suami dan ibu ayah mertua. Kesihatanku baik sekali. Syukur tiada demam, selsema batuk atau semput walau cuaca musim sejuk kat sana. Cuak jugak aku ni! Risau kat negara orang jadi apa-apa kan tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Balik dari percutian, aku dan suami gagahkan diri ke hospital kembali. Perasaan pertama kali nak buat FNAC ni pun usah citela, berdebor ya amat! Aku ni jenis cepat berdebor. Doc yang buat FNAC tu perasan aku takut..haha, dont nervous, im not to harm u..bla bla..macam-macam kata pujukannya..

Jarum paling halus doc guna, 2 kali ambil sample dah siap. Fuhh, langsung tak sakit pun! Macam kena gigit semut je sikit. Takde kesan langsung. Tak padan dup dap dup dap tu..haha

Aku teruskan hari-hari seperti biasa. As usual langsung tak sakit cuma benjolan macam biasa ada nampak bila menelan. 

Hari di tiba untuk ketahui result Biopsi akhirnya tiba. Sebelum tu aku dah baca-baca juga dalam group Tiroid dan Anda (TDA). Sejak tahu pasal bengkak ni, banyak gak aku baca pengalaman-pengalaman orang lain dalam tu. As persediaan walau baca tu takut-takut. Tapi aku kagum diorang semua dalam tu. Bincang pasal kanser tiroid tapi macam takde apa-apa pun. Relaks je. haha mana aku tahu perasaan diorang kan..

Eh panjang daa..nanti aku sambung apa hasil result Fnac/ biopsi aku ni. Ada yang sudi baca ke panjang lebor camni..hehe



















1 comment: