Mar 9, 2015

The Power of Servicing Others

Alhamdulillah petang ni sempat membelek sekejap buku 21 Formula Hidup Luar Biasa karangan dari ustaz  asyraff dan Dr Azizan Osman.

Membantu orang lain mengajar kita menghargai diri sendiri.

Sekiranya kita sering sakit hati,ego,sombong,lupa pada Tuhan,tidak pedulikan orang lain dan sentiasa negatif bertukarlah dengan perasaan kasih sayang agar perasaan simpati,empati dan prihatin memenuhinya.

"Orang yang mengasihi akan di kasihi Tuhan.Sayangilah orang di bumi pasti anda di sayangi penduduk langit" ( Riwayat Tarmizi)


Kisah hadis Nabi:

Pada suatu hari Rasulullah SAW di tanya sahabat"

Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling di cintai Allah dan apakah perkara yang paling di cintai oleh Allah?

Rasulullah menjawab: "Manusia yang paling di cintai Allah adalah manusia yang paling bermanfaat dan berguna kepada manusia lain sedangkan perbuatan yang di cintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain atau melunasi hutang orang yang tak mampu membayarnya atau memberi makan kepada sesiapa yang kelaparan" ( Hadis Riwayat Tabrani)


Subhanallah..semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang di cintaiNya dan sentiasa berniat untuk memberikan terbaik!


No comments:

Post a Comment