Assalamualaikum..salam jumaat penuh barakah buat semua..
Pernah tak anda merasa sempitnya hidup ni?? Di tengah-tengah takde duit tiba-tiba kereta breakdown?? Pergi pasar malam, terjatuh wang RM50?? baru je teringin nak beli baju baru tiba-tiba anak pulak demam dan terpaksa dahulukan duit untuk bawanya ke klinik?
Jika di muhasabah balik kemungkinan juga Allah ingin menyedarkan kita untuk bersihkan harta-harta dan pendapatan kita dengan bersedekah dan berzakat.
Kita selalu d ingatkan,setiap dari kekayaan dan harta kita ada bukan hak milik kita seorang. Ada bahagian insan lain dalam rezeki kita perolehi.
Jom tengok video ni kenapa penting sangat sedekah dan zakat ni kepada kita
Bahagiakan hati ibu ketika si anak mengucapkan terima kasih ibu kerana masak sedap-sedap
Bahagia hati apabila si peminta sedekah mengucapkan barakah atas kamu atas derma yang kamu berikan.
Bahagia bukan sahaja ketika kita menerima tetapi rasa bahagia lebih hebat ketika kita MEMBERI
Kerana itu untuk merasa BAHAGIA juga perlu banyakkan memberi setiap hari.Hadiahnya pasti merasa ketenangan yang tidak dapat di ucapkan- speechless.
pengalaman saya sendiri apabila bersedekah ni memang terasa sungguh ajaib. Pernah saya bersedekah sebanyak RM50 kepada tabung mangsa banjir tetapi hebatnya Allah,Dia maha Pemurah menggantikan kepada 5x ganda sales pada hari sama menggantikan duit saya yang dermakan.
Subhanallah..hampir menitis air mata ini.
Teringat juga pengalaman saya ketika menunaikan umrah pada tahun 2011. Saya sedekahkan beberapa riyal duit saya kepada 10 orang yang meminta sepanjang perjalanan ke Masjidil Haram.
Ajaibnya hari tersebut, dompet saya tidak hilang walau ketika itu saya memegang dompet kakak ipar dan mak mertua saya. Dompet kedua-dua mereka hilang dan saya pun tidak pasti masa bilakah si pengcopet mengambilnya.
dan paling menitiskan air mata Allah mudahkan usaha saya untuk mencium batu hajarul aswad dan apabila di renung kembali hikmahnya hasil dari bersedekah.
Saya pasti amalan-amalan para jutawan juga adalah dengan banyaknya mereka bersedekah. Malah semakin banyak di keluarkan dan di berikan semakin bertambah kekayaan dan harta Allah berikan.
Semoga kita sentiasa menjadikan sedekah dan memberi ini amalan setiap hari. Sedekah bukan sahaja dengan duit malah boleh melalui senyuman ,makanan dan paling terbaik juga adalah mendoakan kebaikan kepada orang lain tanpa di ketahuinya.
JOM BERSEDEKAH:-)
No comments:
Post a Comment