Fuhh..rindunya nak berceloteh..
laptop kesayangan yang selalu setia menemani hampir 3 tahun lebih dah tiba-tiba pecah screen..Rasanya sebab abang umair pijak atas tu masa umie caj letak kat bawah..adoilla..salah diri sendiri la kan..dah tau anak teruna aktif lagi mau taruk bawah:-(
Mati kutu ummie nak update blog..pakai handphone tak best sebab macam x lawas..haha..macam membuang plak..sementara pakai laptop en suami soleh yang baik hati bagi pinjamkan..itupun dah tercabut huruf O yang terpaksa tekan elok2 baru jadi O nyer..
Cuti sekolah ni tak ke mana pun..sebenarnya rindu nak jumpa mak abah mertua kat kampung..haritu masa mak abah ke acheh sempat singgah kejap je kat KLIA sebelum mereka berangkat..dah balik x sempat lagi nak melawat..En suami sangat sibuk semester ini..Huhu..2 hari khamis jumaat kelas awal-awal pagi di UTM KL..jadi urusan sekolah anak-anak perlu ku uruskan selepas ini..
En suami dah berangkat ke ijtima di Marang Terengganu..teringin nak ikut tapi dah penuh pulak seatnye..ramai kawan suami nak join..takpela bagi can mengumpul pahala..Insyaallah moga saya pun dapat sama sahamnya..
Anakanda husna ke kelas alquran Al baghdadi sepanjang cuti ini..Hanya bayaran rm50 sepanjang 5 hari sangat-sangat berpatutan dan murah..Alhamdulillah suka sangat dia belajar kat situ..
Selamat datang hari Jumaat esok penghulu segala hari.
Malam ni jom kita selawat banyaj-banyak dan baca alkahfi ya..
No comments:
Post a Comment