Apabila usia makin meningkat,risiko untuk anda terkena penyakit ini lebih tinggi sekiranya anda gemar mengambil minuman berkarbonat,makanan manis seperti kek,kuih serta minuman manis,
Kajian terbaru penyelidik Jerman mendapati individu yang sering mengalami tahap stress yang tinggi -terutama berkait dengan pekerjaan,berisiko diserang diabetes sehingga 45 peratus.
5 Tabiat Tingkatkan Risiko Diabetes
=============================
1) Kerap berjaga malam hingga ke pagi
Hati-hati ya bagi anda yang kerap tidur lewat sepanjang hari. Jangan duk leka berFB,ber'Whatsap' sampai ke pagi sampai lupa kesihatan diri ya
2) Mengudap tanpa henti semasa menonton TV
Kudapan tidak sihat seperti keropok,snek,makanan rapu bukan sahaja menyebabkan ketagih malah menyebabkan kesihatan makin merosot
3) Kurang mengambil probiotik
Probiotik adalah sinonim dengan 'bakteria baik' yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia. Probiotik adalah faktor penting kepada kesihatan yang baik. Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt) dan minuman kultur.
4) Kurang Vitamin D
Vitamin D adalah vitamin yang sangat penting bagi tubuh manusia terutama untuk kesihatan tulang. Vitamin D memiliki fungsi khusus untuk membantu penyerapan kalsium pada tubuh. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan risiko berlakunya osteoporosis.
5) Tahap stress yang tinggi
Stress memang sangat merbahaya. Kawallah stress agar tidak menyebabkan risiko kesihatan lagi memudaratkan seperti darah tinggi,stroke dll
Jaga kesihatan diri,amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang dan bersesuaian setiap hari.
Kurangkan Komplikasi Diabetes dengan Jus Anggur
sumber: iSihat
tq atas reminder ni suhaila ... sama-samalah kita jaga kesihatan yer :)
ReplyDeleteInfo yang menarik kepada semua.. sekarang kan bermacam2 penyakit melanda....
ReplyDelete