Pages - Menu

Dec 10, 2015

5 Tabiat Tingkatkan Risiko Diabetes

Diabetes atau kencing manis antara penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-ratanya dikaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.



Apabila usia makin meningkat,risiko untuk anda terkena penyakit ini lebih tinggi sekiranya anda gemar mengambil minuman berkarbonat,makanan manis seperti kek,kuih serta minuman manis,


Kajian terbaru penyelidik Jerman mendapati individu yang sering mengalami tahap stress yang tinggi -terutama berkait dengan pekerjaan,berisiko diserang diabetes sehingga 45 peratus.




5 Tabiat Tingkatkan Risiko Diabetes

=============================


1) Kerap berjaga malam hingga ke pagi


Hati-hati ya bagi anda yang kerap tidur lewat sepanjang hari. Jangan duk leka berFB,ber'Whatsap' sampai ke pagi sampai lupa kesihatan diri ya



2) Mengudap tanpa henti semasa menonton TV


Kudapan tidak sihat seperti keropok,snek,makanan rapu bukan sahaja menyebabkan ketagih malah menyebabkan kesihatan makin merosot



3) Kurang mengambil probiotik


Probiotik adalah sinonim dengan 'bakteria baik' yang membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang ditemui dalam usus manusia. Probiotik adalah faktor penting kepada kesihatan yang baik. Probiotik biasanya terdapat dalam dadih (yogurt)  dan minuman kultur. 




4) Kurang Vitamin D


Vitamin D adalah vitamin yang sangat penting bagi tubuh manusia terutama untuk kesihatan tulang. Vitamin D memiliki fungsi khusus untuk membantu penyerapan kalsium pada tubuh. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan risiko berlakunya osteoporosis.



5) Tahap stress yang tinggi


Stress memang sangat merbahaya. Kawallah stress agar tidak menyebabkan risiko kesihatan lagi memudaratkan seperti darah tinggi,stroke dll





Jaga kesihatan diri,amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang seimbang dan bersesuaian setiap hari.


Kurangkan Komplikasi Diabetes dengan Jus Anggur



sumber: iSihat



2 comments:

  1. tq atas reminder ni suhaila ... sama-samalah kita jaga kesihatan yer :)

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik kepada semua.. sekarang kan bermacam2 penyakit melanda....

    ReplyDelete