Dec 16, 2015

7 Tips untuk Jantung Yang Sihat

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Hampir 50% serangan sakit jantung berusia antara 40-60 dan rakyat Malaysia mengalami serangan jantung pada usia yang lebih muda berbanding rakyat di AS,Eropah,Australia,Kanada,Thailand dan China.





Faktor-faktor risiko serangan sakit jantung:




Hampir 80 % daripada penyakit jantung dan strok peringkat awal boleh dielakkan. Berikut adalah 7 gaya hidup sihat yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



1) Makan makanan yang sihat untuk jantung

Kurangkan pengambilan daging dan makanan yang tinggi lemak tepu,kolestrol,gula dan garam. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayut-sayuran,bijirin,kekacang dan tingkatkan pengambilan serat. Ambil makanan tambahan untuk jantung sihat yang menghasilkan nitrik oksida dalam badan,minyak ikan omega 3 dan makanan seimbang. Pilih makanan yang diproses tanpa lemak trans.




2) Perhatikan Berat Anda

Jika anda berbadan gemuk atau obes,inilah masa terbaik untuk memulakan program senaman bagi mengurangkan berat badan. Sementara anda melakukan perkara itu,beri perhatian jika perut anda mula buncit.


3) Aktifkan Diri

Bersenam selalu 30 minit sebanyak 3 kali atau lebih seminggu. Aktiviti fizikal seperti berjalan pantas dan berenang dapat membantu menurunkan tekanan darah,menguatkan jantung dan menghilangkan tekanan.


4) Dapatkan Saringan Kesihatan Secara Berkala

Oleh sebab kebanyakan simptom penyakit jantung tidak dirasai adalah penting untuk kita menguji tekanan darah,kolestrol dan glukosa darah secara berkala bagi menangani masalah dengan lebih awal. 


5) Tidur Berkualiti 

Dapatkan tidur yang berkualiti selama 7- 9 jam setiap hari, sebaik-baiknya dengan tidur dan bangun awal. Ini boleh mengurangkan risiko obesiti,tekanan darah tinggi dan masalah jantung


6) Hadkan Tekanan

Jangan memikir hal kerja apabila anda sedang bercuti. Manjakan diri dengan urutan atau memupuk hobi baru atau bertemu dengan rakan-rakan semasa hari cuti.


7) Hidup Tanpa Asap

Tiada jumlah rokok yang selamat. Jika anda merokok, berhentilah.


Antara suplemen yang membantu kesihatan jantung



Jom sama-sama kita jaga kesihatan diri dan amalkan tips di atas. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat kita semua.














1 comment:

  1. Pcl selalu timbang berat buat bada, tapi buat kita semakin risau kalau berat meningkat badansemakin sihat tu ok la..alhamdulillah.

    #senam selalu

    ReplyDelete