Dec 7, 2015

Punca Migrain dan 4 Cara Mudah Legakan Migrain dan Sakit Kepala

Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang.Kira-kira 1 dari 4 wanita dan 1 dari 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka.Migrain akan menjadi lebih ketara pada zaman remaja.




Pakar kesihatan berpendapat,sakit kepala atau migrain berpunca daripada beberapa faktor berikut:

  • makanan yang tidak sihat,tidak segar dan bertoksik
  • Stress
  • Ketidakseimbangan hormon

Kebiasaannya pesakit migrain akan diberikan ubat tahan sakit namun ia sangat berisiko untuk kesan jangka masa panjang.

Migrain secara umumnya di bahagikan kepada 2 iaitu:

  • Migrain tanpa aura - pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura(tanda amaran). 
  • Migrain dengan aura - sakit kepala di sertai dengan tanda amaran


Apakah Punca Migrain?
  • Makanan: Alkohol,buah-buahan sitrus,kafein (teh dan kopi) serta makanan yang mengandungi tyramine (keju,yogurt,kacang dll)
  • Persekitaran : Merokok, cahaya terang sperti daripada screen komputer atau TV,bunyi bising,dan bau kuat minyak wangi
  • Psikologi : Kemurungan,cemas,marah,keletihan,tekanan
  • Ubat-ubatan  Rawatan hormon,sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga
  • Lain-lain : Haid, pertukaran masa tidur, putus haid dan lain-lain


4 Cara Mudah Legakan Migrain dan Sakit Kepala:


1) Merendam tangan dalam air dingin

Merendam kedua-dua tangan dalam air sejuk selagi boleh dapat melegakan kesakitan migrain dengan cepat. Anda di galakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.


2) Berada di dalam bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dna berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala. Baring,tutup mata,tutup lampu dan semua tirai. Biar bergelap supaya lebih tenang dan mudah untuk lena.


3) Mengambil sedikit caffein

Bau kopi boleh menenangkan minda dan mengatasi stress.. Sedikit caffeine semasa serangan migrain dapat mengurangkannya. Cubalah rasai perbezaannya.

4) Baring Secara Terbalik

Ketika baring di atas katil,pastikan kepala di turunkan sehingga mencecah lantai dan biarkan kaki di atas katil.Secara rasionalnya,ia menurunkan perjalanan darah ke arah kepala, Salah satu punca migrain juga disebabkan kurangnya pengaliran oksigen dan darah ke bahagian kepala.Lakukan beberapa minit dan berperingkat. Cukup sampai melegakan sahaja kemudian berhenti.


Makanan yang mampu mencegah migrain
  • Telur
  • kekacang
  • Susu atau produk tenusu
  • Bayam
  • Salmon

Sekiranya anda tidak mahu bergantung kepada painkiller boleh mencuba gantikkan dengan set migrain shaklee. Set ini terdiri daripada B Complex dan Ostematrix membantu pesakit migrain




1) B Complex :

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.
  • Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok

2) Ostematrix

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  
  • Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Kenali Punca Migrain dan Cuba Elakkan

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Pengambilan vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. Jadi sekiranya anda selalu bergantung kepada painkiller atau ubat penahan sakit,mungkin boleh membuat pertimbangan untuk memilih yang lebih selamat.


Penting juga untuk anda mendapatkan tidur yang cukup tapi jangan terlebih tidur ya! Pastikan anda tidur dan bangun masa yang sama setiap hari. 

Saya doakan agar anda bebas daripada masalah migrain ni..Cari punca dan cuba cara terbaik untuk atasinya.

Pengalaman saya sendiri jika saya alami migrain atau sakit kepala,saya akan ambil 2biji B Complex dan 4 biji Ostematrix. Jika boleh tidur seketika,saya akan cuba lelapkan diri. Insyaallah bangun tidur nanti tiada lagi sakit kepala.


Jika anda mengalami masalah migrain dan sakit kepala dan ingin mencuba suplemen semulajadi yang lebih selamat,boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Ibu-ibu hamil dan ibu menyusu sangat saya sarankan kerana ia tidak memudaratkan untuk bayi dan juga ibu sendiri.


Hubungi saya seperti berikut untuk konsultasi dan order:



FB page: Impianz Shoppe
FB: Suhaila Johar
COD area: Bandar Baru Bangi,Sg Ramal,Pekan Kajang,UKM,Uniten,IUKL,UPM
Poslaju/GDEX/Citylink ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment