Nov 11, 2015

Turunkan Berat Badan: 7 Trik Kawal Nafsu Makan di Pejabat

Assalamualaikum..

Hari ni mood sharing untuk pencinta makanan..tapi nak diet..haa macam mana tu?Lagi-lagi hujung-hujung tahun ni banyaknya kerja nak kene habiskan...STRESS tau..

Cuba perhatikan atas meja atau dalam laci kat pejabat,selain buku,alat tulis,cermin mesti terselit snek kegemaran anda. Eh betul tak..Inilah 'penyelamat' time kerja bertimbun dan stress melanda.




Di opis lama saya dahulu ada disediakan sarapan percuma kepada 20 orang yang terawal datang ke opis. Tahu-tahu jelakan,musim GST ni ramaila ambik peluang makan FREE + sebenarnya bagus datang awal ke opis ni buatkan kita dapat ready awal apa nak buat the whole day..Eh bukan nak cite pasal plan..Tapi nak citenya bile dah dapat makan free ni best tau..tiap-tiap hari menu berlainan..Ada menu nasi lemak,bihun,roti canai,mee goreng dan macam-macam lagi. Tapi tak bestnya dah set awal-awal pagi tak nak makan berat-beratkan,almaklum nak diet,makan berat-berat kang mengantuk plak..Tapinya bila dah makan secara 'berjemaah' ni meriah dan berselera la plak..sambil-sambil duk chitchat isu semasa kan..hihi

So arini saya nak share sikit asal trik untuk kawal nafsu makan di pejabat:-)


1) Makan Waktu yang Tepat

Keinginan untuk mengunyah dengan lebih banyak akan timbul apabila tidak makan pada waktu yang tepat. Contohnya melewatkan makan pagi atau ingin combo terus breakfast dengan lunch jadi BRUNCH:-)

Untuk mengelakkan anda mengambil makanan ringan berlebihan,pastikan anda sarapan pagi dan makan tengahari tepat pada waktunya. Penuhi gizi dengan makanan seimbang agar perut kenyang lebih lama dan nafsu untuk makan berkurangan.


2) Kunyah Lebih Lama

Menurut jurulatih olahraga,Jilian Micheals,jika anda mengunyah makanan dengan lebih lama ia akan membuatkan anda merasa puas.Semakin lama dikunyah,semakin cepat isyarat badan memberitahu anda sudah merasa kenyang dan makan tidak terlalu banyak.


3) Jauhi Media Sosial

Berapa ramai yang suka makan sambil bertemankan TV atau FB? Tika enak membaca Newsfeed pelbagai resepi baru muncul dan aneka makanan memenuhi 'wall' FB anda akan membuahkan keinginan untuk makan. Jadi elakkan menerokai media sosial yang berkisar makanan ketika di pejabat:=)


4) Makanan  dalam Piring

Menghabiskan makanan dalam bekas amat tidak disarankan. Ini kerana anda tidak tahu berapa jumlah sebenar snek yang anda ambil.Sebaiknya anda letakkan snek anda dalam piring kecil atau mangkuk kecil. Pastikan anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah snek tersebut


5) Berus Gigi Selepas Makan

Cubalah menyimpan sebatang berus gigi dan ubat gigi di laci pejabat. Gosok gigi selepas makan tengahari akan membantu mulut lebih segar dan mengurangkan keinginan untuk makan snek.


6) Snek yang Sihat

Sekiranya anda sering tertekan dan memerlukan snek,pilihlah snek yang sihat seperti potongan buah epal.pisang,buah beri dan kekacang.


7) Minum Teh


Salah satu trik yang dapat membantu menahan rasa lapar adalah dengan minum teh. Pilihlah teh herba yang tidak mengandungi pemanis. Anda boleh campurkan lemon,halia dalam minuman teh tersebut. Minum teh dapat mengalihkan perhatian untuk terus mengunyah

Saya suka minum teh Tenaga ,Cinch Energy Tea Mix campurkan bersama madu dan lemon. Minum suam-suam, Bukan sahaja dapat berikan tenaga malah membantu melawan mengantuk. Cinch Tea ni bukan teh biasa tau..Ia campuran pelbagai jenis teh dan selamat di minum. Bebas bahan pewarna,pengawet dan pemanis sesuai untuk semua golongan. Yang ada kencing manis,darah tinggi atau yang suka minuman soda atau caffeine boleh gantikan minuman biasa anda minum dengan teh special ini.




Paling best Cinch Tea ni dapat membantu meningkatkan metabolisma badan dan membantu mengurangkan berat badan bagi yang diet. Ia salah satu suplemen yang ada dalam set kuruskan berat badan. Jadi anda kene cuba tau..Minum teh ni suam-suam  boleh berpeluh-peluh dan cergas semula badan dan cerah semula mata..


Jadi petang-petang hujan ni jangan plak p ngadap keropok lekor atau goreng pisang ya..Kalau makan yang tu confirm tak nak berenti makan la..hehe


Ok,semoga trik kawal nafsu makan ni dapat bantu anda-anda yang sedang berdiet di luar sana. Stay cool & healthy k:-)


Credit: Majalah Rapi


Jika ada yang berminat untuk dapatkan Energy Cinch Tea ni boleh hubungi sue seperti berikut:




SMS/WHATSAP:016 3589018
SID 889 806
COD: BANDAR BARU BANGI/KAJANG/UPM/UNITEN/UKM/IUKL
Poslaju/GDEX seluruh Malaysia





1 comment: