Nov 26, 2015

9 Teknik Meneran dengan betul semasa bersalin supaya Tak Terkoyak Besar

Proses kelahiran bayi adalah saat mendebarkan bagi kaum ibu hamil dan juga amat ditunggu-tunggu untuk melihat insan tersayang yang sudah 9 bulan lama di dalam perut ibu. nik kelahiran bayi secara normal memerlukan teknik meneran yang betul. Tidak hairan jika ada beberapa klinik swasta yang mengadakan latihan/exercise dan demo tentang teknik meneran yang betul supaya ibu lebih bersedia dan yakin semasa proses kelahiran.




Proses kelahiran bayi bukan suatu yang mudah. Saat antara hidup dan mati. Sakitnya hanya DIA yang tahu. Jika ibu sudah melalui beberapa proses kelahiran mungkin sudah mengetahui teknik yang betul. Bagi ibu yang baru ingin menyambut kelahiran bayi sulong,sedikit tips penting untuk ibu ketahui cara meneran dengan betul supaya semuanya berjalan dengan mudah dan selamat



Teknik Meneran yang betul:



1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.
2. Mata pandang ke perut.
3. Tangan pegang pergelangan kaki.
4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.
5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.
6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi
8. Dengar arahan jururawat dan doktor.
9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

Banyakkan bertenang dan bersabar semasa proses meneran. Pastikan ibu sudah cukup tenaga,makan dengan kenyang atau alas perut sebelum proses bersalin. 


Sebab tu semasa bersalin anak ke 4,saya memilih untuk mengambil B Complex dan Vitalea sebelum bersalin.Dua-dua vitamin ni membekalkan tenaga segera dan berpanjangan serta membantu mengelakkan stress. Protein ESP juga bagus untuk alas perut dan bekalkan tenaga berpanjangan sekiranya ibu tidak sempat untuk makan atau tidak ada selera makan.


Jika tersilap meneran,memang boleh menyebabkan luka koyakan yang banyak yang merumitkan proses berpantang nanti.


Apapun,sentiasa banyakkan berdoa dan yakin semuanya pasti dipermudahkan. Pengalaman saya melahirkan anak sulong memang memeritkan.Mungkin kesilapan saya sendiri tidak belajar atau ambil tahu daripada awal teknik meneran dengan betul. Sudahnya semasa proses bersalin,saya meneran di bahagian mulut..Bila sakit terangkat punggung walau doc dah pesan jangan angkat punggung..Tapi sebab sakit sangat tak tertahankan..Allahu,terasa sangat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu apabila dah melahirkan bayi sendiri.

Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin,saya doakan semoga di permudahkan dan selamat semuanya. Bayangkan wajah si comel yang bakal anda tatapi dan peluk nanti. Insyaallah Allah akan bantu dan banyakkan berzikir dan berdoa padaNya.


Banyakkan bacaan zikir ini:







Antara entry-entry berkaitan dengan ibu hamil/berpantang dan menyusu:



Kurus selepas bersalin sampai turun 20KG!!





Sekiranya ibu-ibu masih mencari set berpantang dan ingin mencuba Set Berpantang Shaklee boleh hubungi saya (whatsapp SUE 016 358 9018). Saya boleh bantu ibu-ibu membuat pilihan yang terbaik dan berkongsi kisah saya sendiri yang mengambil set ini.

Credit: Majalah Pama


No comments:

Post a Comment