Hari ni saya nak share sedikit info mengenai buah-buahan yang boleh menjadi pelindung jantung. Jantung organ sangat penting dan kita perlu menjaganya dengan sangat baik.
KALIUM penting untuk tubuh.Kekurangan kalium di dalam darah (hipokalemia) boleh menyebabkan gangguan jantung. Ini kerana kalium juga berperanan dalam pengecutan otot,mengekalkan keseimbangan bendalir dan elektrolit tubuh serta penghantaran impuls saraf.
Untuk mencegahnya,ambillah kalium secukupnya.Sumber kalium terbesar adalah TEMBIKAI dan PISANG. 1 atau 2 biji pisang sehari sudah memadai untuk memenuhi keperluan kalium tubuh.
TOMATO bersaiz sederhana memberikan 340mg kalium,separuh kandungan kalium dalam pisang. Sumber kalium lain adalah kurma,kismis,avokado dan strawberry.
Semoga kita dapat amalkan pemakanan yang baik dan banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang bagus untuk kesihatan ini.
Sumber: iSihat
buah kegemearan dan tomato juga kegemaran saya
ReplyDelete