Nov 20, 2015

Punca dan Cara Atasi Rambut Gugur selepas Bersalin

Masalah rambut gugur selepas bersalin memang sangat merimaskan..Rata-rata ramai kaum ibu alami masalah ini..Ia bukan masalah luar biasa dan perlu di hadapi oleh ibu dengan sabar ya. Namun,semestinya bila rambut sudah memenuhi ruang tamu,bilik tidur dan bilik air,ia sesuatu yang perlu di ambil perhatian.




Orang-orang tua selalu berkata Haa..anak dah pandai menyebur tu memang habis botakla rambut ibu:-) Adakah ia benar?



Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin




1. Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.

Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.

Perasan tak semasa hamil,ibu jarang alami masalah rambut gugurkan.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

2. Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

 Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.

3. Berusia dan memiliki ramai anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.

4. Pola pemakanan tidak sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih sama.  Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat tertutup.  Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

 5. Faktor  usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.  Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut sihat juga semakin lambat.


Cara Atasi Rambut Gugur bagi Wanita Bertudung


Bagi ibu-ibu yang alami masalah keguguran rambut ni,jangan risau,ibu boleh mencuba petua tradisional yang bahannya daripada bahan-bahan semulajadi dan mudah didapati di rumah.


 Petua Tradisional Mengatasi Rambut Gugur


1) Daun Serai

Daun serai bukan sahaja enak dalam masakan malah ia boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut. Caranya sangat mudah. Tumbuk segenggam daun serai sehingga lumat. Kemudian masaakan dengan sedikit air sehingga kekuningan. Selepas air sudah sejuk,lumurkan seluruh kepala dengan air tersebut. Ulang sehingga 2 minggu untuk melihat hasilnya.


2) Limau Nipis dan Putih Telur

Dua-dua ni memang feveret untuk cantikkan rambut.Perahkan 3biji buah limau nipis dan 2 biji putih telur ke dalam 1 mangkuk.Campur biar sebati. Ratakan pada keseluruhan rambut dan bilas sehingga bersih


3) Santan Kelapa

Santan kelapa juga menjadi perapi terbaik untuk kesihatan rambut dan ia telah di amalkan oleh nenek moyang kita. Caranya dengan parut sebiji kelapa dan perah untuk di ambil santannya. Masakkan santan sehingga mengeluarkan minyak. Tunggu sejuk kemudian sapu pada seluruh rambut. Biar semalaman dan bilas bersih apabila bangun daripada tidur.


Ok,sebenarnya ada beberapa petua lagi yang boleh mengurangkan keguguran rambut ni..Tapi yang ni je saya pernah cuba. Cuba 3 ni dulu ye..dan lihat samaada berhasil atau tak:-)


Sebenarnya banyak petua nak cantikkan rambut,nak lebatkan rambut,nak hilangkan gatal rambut,keguguran rambut dan lain-lain lagi.. Paling penting kena rajin jaga kebersihan rambut dan paling terbaik juga perlu zat nutrisi yang cukup.



Diet yang seimbang penting untuk rambut yang sihat

Semakin usia kita meningkat, sebenarnya tubuh badan kita memerlukan lebih banyak nutrisi.  Organ-organ di dalam badan kita juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia. 
Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan g dan sebagainya.  Ia berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.



Sebab tu selain daripada mengamalkan petua-petua diatas, saya mengambil protein dan zink mengcukupi untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan.

Protein yang cukup dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Sel-sel yang baik akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya. 

Kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.

Antara supplemen yang dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur ialah dengan mengambil protein tinggi ESP soya tanpa GMO dan juga zink Complex.

Dua-dua ni memang saya ambil dan menunjukkan perubahan positif.

ESP 
  • Membantu dan baik untuk pertumbuhan rambut yang sihat
  • Membina dan membaiki sel-sel kulit kepala

Zinc Complex
  • Membantu menguatkan akar rambut
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim dan merangsang regenerasi sel
  • Memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

Syampoo yang bersesuaian juga dapat membantu mengurangkan masalah rambut gugur. 

Prosante Revitalizing syampoo dapat membantu memelihara kutikel rambut yang sihat. Ia mengandungi sistem Pembersihan Patent-Pending. Ia diformulasikan dengan protein berasaskan sayuran dan Humectant.



Semua produk Shaklee berasaskan daripada bahan semulajadi,bebas bahan kimia dan selamat di gunakan seisi keluarga.


Jadi sekiranya ibu-ibu alami masalah rambut gugur,jangan tunggu lama-lama ya. Jangan tunggu rambut sampai nak botak baru nak cari jalan..Nanti makin teruk ambil masa lagi lama nak pulih.

Sekiranya ibu-ibu berminat untuk mencuba set rambut gugur shaklee ni boleh buat pembelian secara online dengan klik link di bawah 




Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk order boleh hubungi saya seperti berikut:










1 comment:

  1. tq sebab share tips ni ... memang rambut gugur pas bersalin anak ke-4 ni :(

    ReplyDelete