Aug 12, 2015

5 cabaran yang sering dilalui ibu Hamil dan Cara Mengatasinya

Pengalaman hamil kali pertama sangat teruja dan menyeronokkan. Bagi ibu-ibu hamil pelbagai cabaran (saya gantikan daripada masalah kepada cabaran) sepanjang kehamilan 9 bulan 10 hari ni pasti akan ibu hadapi. Jarang-jarang sekali ibu yang tiada masalah..



Antara cabaran semasa hamil yang biasa ibu akan hadapi :


1) Morning Sickness


Hampir kebanyakan ibu yang alami masalah ini mengalami kejutan. Apatah lagi buat pertama kali hamil. Badan sangat lesu,tiada selera makan,muntah sepanjang masa,pening kepala dan pelbagai lagi cabaran kesihatan kurang menyeronokkan. Namun tahu tak ibu,tanda morning sickness ni menunjukkan rahim ibu kuat untuk menyokong bayi dalam kandungan. Gejala ini adalah perubahan hormon yang biasa terjadi pada awal trimester. Hadapi dengan tenang. Ketahui tips untuk hadapi morning sickness yang saya pernah kongsikan sebelum ni-- Cara Hilangkan morning sickness di awal kehamilan


Berjumpalah doktor sekiranya ibu mengalami penurunan berat badan ketara,muntah tanpa henti atau langsung tidak dapat makan atau minum. Insyaallah memasuki usia 4 bulan kehamilan,hormon ibu akan kembali stabil.



2) Masalah HB rendah


Tiap kali pregnant mesti HB rendah..aduhai..Jangan mengeluh ya ibu..Cabaran ini juga di hadapi oleh ramai ibu. Banyakkan pengambilan zat besi dalam kandungan yang tinggi seperti pengambilan serat,daging merah,sayuran berdaun hijau seperti bayam dan pelbagai lagi. Ibu boleh semak pemakanan yang sesuai untuk tingkatkan HB semasa hamil.






Pengambilan makanan kaya zat besi bersama Vitamin C membantu meningkatkan bacaan HB



3) Sembelit


Sembelit juga tidak asing lagi bagi ibu hamil. Ia kerap terjadi di akhir kehamilan sehingga minggu awal bersalin, Menurut Dr Zubaidi,banyak punca boleh terjadi sembelit ini. Ia boleh di sebabkan rasa kerisauan yang tinggi,kurang pengambilan fiber dan kurang pergerakan fizikal. Ketahui cara untuk mengatasi masalah sembelit ketika hamil dan berpantang. Pengambilan air secukupnya sangat penting semasa hamil bagi mengelakkan ia berterusan.



4) Sakit Pinggang, Simpul Biawak dan Lenguh-Lenguh


Semakin meningkat usia kandungan,bayi makin matang dan besar. Ibu akan menjadi cepat letih,mengah,sakit pinggang dan juga lenguh-lenguh satu badan. Sangat penting ketika ini untuk ibu mendapat rehat yang mengcukupi, Pengambilan kalsium secukupnya juga sangat penting bagi mengurangkan gejala ini. 


Kalsium sangat penting dalam pembentukan tulang dan gigi bayi. Jangan ambil mudah pengambilan kalsium ni tau..Kalau tak nanti cepat sangat gigi patah.sakit pinggang,sakit badan  dan paling memeritkan di tengah-tengah malam terkena simpul biawak ni..Saya pernah alami sendiri dan rasai bagaimana seksanya mahu menapak di tengah malam ke toilet. Cara untuk melegakan sakit pinggang,lenguh badan dan elakkan mengangkat benda-benda berat sepanjang hamil.



Ibu ni pun sering alami lenguh-lenguh dan sakit badan..Ketahui bagaimana beliau dapat mengatasinya..





5) Keputihan


Keputihan juga antara yang sering di hadapi oleh ibu-ibu hamil terutama ketika trimester ketiga kehamilan. Ia terjadi disebabkan oleh kehadiran kulat mikroskopik atau yis dan juga perubahan hormon ibu sendiri. Jaga kebersihan diri dan boleh amalkan pengambilan bawang putih untuk menguatkan antibodi. 



Sebenarnya terdapat pelbagai cabaran ibu hadapi seperti jangkitan kencing manis (GDM), darah tinggi, edema yang menjadi sebahagian rutin sepanjang hamil.



Namun,jangan fikirkan ia masalah ya..Insyaallah hadapi semua cabaran ini dengan tenang. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga tersayang. Ambillah makanan berkhasiat, tidur dan rehat yang cukup, elakkan stress dan sentiasa menjaga keebersihan diri.


Saya doakan semoga kandungan ibu selamat dan semoga dipermudahkan urusan sehingga bersalin nanti. Bayangkan kehadiran si comel di sisi ibu pada masa akan datang. Pasti ibu akan tersenyum gembira mengenang saat tersebut.




Rahsia ibu hamil kuat bertenaga dapat panjat tangga tinggi Candi Borobudur





--with Love--

Sue



SID 889 806

016 358 9018

No comments:

Post a Comment