Jul 27, 2015

9 Cara Atasi Morning Sickness supaya Ibu tidak Stress semasa Hamil

Kehamilan menjadi saat terindah bagi yang dah berumah tangga dan pastinya menjadi idaman semua wanita.Namun tak semuanya berlalu dengan indah..Kehamilan selama 9 bulan ada yang penuh berliku:ada yang kerap keluar masuk hospital,ada yang asyik terbaring,ada yang lansung tak boleh menjamah makanan..Macam-macam kesukaran di alami..Namun demi insan tersayang,semuanya di lalui dengan penuh kekuatan dan sabar.Insyaallah,ganjaran pahala juga sangat besar.






Bagi ibu yang baru pertama kali hamil,mungkin sedikit janggal menerima 'perubahan' diri. Ada yang alami masalah jerawat badan,gatal-gatal seluruh badan,sakit-sakit badan dan pelbagai lagi kesakitan. Teringat arwah mak saya dulu pernah bercerita,nenek saya dulu kalau mengandung memang berkurung je dalam bilik gelap..Langsung tak boleh terima 'cahaya matahari'..Memang bergelap dalam rumah,suasana malap je..Namun atok saya bersabar jela..Dah alahan camtu,nak buat camna kan..Hampir 4 bulan jugakla berkurung dalam rumah..ish-ish,macam-macam ragam sebenarnya semasa hamil ni..

Namun,paling penting ibu dan bayi di kandung dalam keadaan sihat selalu. Kebiasaan bagi yang alami 'morning sickness' akan kerap muntah,tak lalu nak makan,tengok makanan pun takde selera dan lembik lesu je. Namun,takkan nak biarkan je kan??Jadi memang sangat penting untuk kuatkan semangat dan lawan perasaan tu..

Morning sickness terjadi apabila adanya peningkatan hormon saat kehamilan. Selama kehamilan hormon estrogen dan progesteron meningkat sehingga mempengaruhi fungsi neuron serta fungsi alat tubuh yang lain. Sekiranya bakal ibu menghadapi 'morning sickness' ini dan dapat melaluinya dengan baik,ia tidak merbahaya. Namun,sekiranya langsung tidak boleh makan dan minum sepanjang hari,muntah sepanjang hari sehingga lembik lesu,sebaik-baiknya bawala ke hospital untuk di masukkan air supaya badan tidak dehidrasi.


 9 Tips untuk atasi 'Morning Sickness'/Muntah Lesu semasa Awal Kehamilan


  1. Selepas bangun tidur,ambil masa untuk bangun dari katil seperti duduk dahulu sebelum bangun dan melangkah ke bilik air. Tin biskut atau roti boleh di sediakan di tepi katil.Pengambilan sekeping biskut krakers sebelum bangun dari katil dapat mengurangkan rasa loya.
  2. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit - Ibu mengandung memerlukan sebanyak 300-500 kalori tambahan setiap hari. Bagi memenuhi keperluan kalori harian, disarankan agar ibu mengandung mengambil satu hidangan makanan dengan kerap tetapi dalam bahagian yang kecil. Makan dengan banyak sekaligus akan menambahkan lagi rasa loya.
  3. Elakkan makanan pedas dan berminyak kerana ia akan menyebabkan perut tidak selesa dan mudah meragam.
  4. Peppermint dan halia dapat membantu mengatasi rasa loya dan mual. Ambil teh Peppermint Ginger dan hirup perlahan-lahan dapat menghilangkan rasa mual. Gula-gula yang berangin juga membantu mengurangkan loya.
  5. Bawa bekal /Kudapan di dalam beg sekiranya keluar ke mana-mana.Ini bagi mengelakkan perut masuk angin . Boleh sediakan biskut,kurma atau buah-buahan
  6. Minum 8 gelas air kosong secara perlahan-lahan  - Walaupun sering muntah, ibu mengandung perlu minum air kosong dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan sembelit. 
  7. Pengambilan buah-buahan segar seperti epal,pisang,mangga dan buah kurma dapat menggantikan makanan utama. Kebiasaan buah-buahan ni lebih berselera di nikmati. Jadi pastikan ada bekalan ini dirumah anda.
  8. Banyakkan rehat dan tidur sekejap di siang hari dapat mengembalikan tenaga
  9. Elakkan bau-bauan yang meloyakan seperti bau ikan,bau tumis rempah dan pelbagai lagi. Berhenti sementara aktiviti memasak dan dapatkan sokongan daripada pasangan supaya hal ini dapat membantu anda 'mood' lebih baik.

Sangat penting untuk wanita hamil mendapat zat makanan yang mengcukupi ketika hamil. Pengambilan asid folic dan vitamin B sangat penting ketika tempoh 3 awal bulan pertama untuk mengelak masalah kecacatan saraf tunjang dan risiko penyakit sumbing. Jadi, untuk dapatkan khasiat kedua-dua vitamin ni,wanita hamil boleh mengambil B Complex yang lengkap dengan asid Folic dan kesemua jenis vitamin B.



Set kehamilan Shaklee juga membantu wanita hamil mendapat keperluan nutrisi yang seimbang dan mengcukupi selain memberikan tenaga berpanjangan dan kesihatan yang baik.

Jadi sekiranya  ibu-ibu tidak mahu mengambil pil klinik dan hanya mahu makan supplemen ini sudah memadai kerana ia sudah lengkap. Tambahan pula ia dari sumber semulajadi,bebas pengawet dan pewarna. 

Pengalaman semasa saya hamil anak ke 4 dan mengambil sepenuh set ini sepanjang 9 bulan,saya bersyukur sepanjang kehamilan tiada kenaikan berat badan melampau,bebas daripada masalah HB,tekanan darah dan masalah kencing manis semasa hamil.Alhamdulillah serasi.


SET PRENATAL Lebih Jimat

Kini masih berlangsung promosi set YES Prenatal yang lebih jimat sehingga Oktober ini sahaja, Setiap pembelian set ini akan mendapat FREE 1 botol VITALEA dan diskaun sebanyak 5% serta cashback semula ke dalam akaun anda. Jadi,jangan lepaskan peluang ini untuk penjimatan dan kesihatan lebih baik.





jom tonton video ni bagaimana ibu hamil ni mantain panjat candi borobudur tinggi ni tanpa masalah




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set hamil ini boleh hubungi saya untuk order dan konsultasi cara pemakanan dan pengambilan yang betul..









No comments:

Post a Comment