Aug 11, 2015

10 Cara Hilangkan Jerawat dengan bahan di dapur

Menginjak usia remaja,jerawat mula hidup subur di muka seiring dengan perubahan hormon badan.Namun ada juga yang mengalami jerawat di bahagian belakang badan..Fuhh,menyakitkan!!! Boleh sakit-sakit badan di buatnya..Haa jangan ingat jerawat tumbuh kat muka je tau..paling menyakitkan ia tumbuh dalam hidung,atas kepala,bawah ketiak..Erkkk..ngerinya...

Hari ni sue nak share sedikit tips nak hilangkan jerawat dengan bahan yang ada di dapur kita..Sangat mudah dan murah.







Sebelum tu anda boleh cek dulu gambarajah kat bawah ni,jerawat yang keluar menunjukkan petanda masalah yang dihadapi dan menunjukkan sebab keluarnya jerawat kat muka dan badan anda.



Kebiasaan ramai yang hadapi masalah jerawat di 'zon T'. Kalau dah tahu punca jerawat keluar,jadi senangla sikit kita nak atasinya kan..


Kebiasaannya jerawat yang keluar di kalangan usia remaja hingga awal dewasa adalah disebabkan perubahan hormon,gaya pemakanan,stress dan tidur yang tidak menentu. 



 Apakah punca keluar jerawat dimuka dan badan?



  • Perubahan hormon yang kebiasaan berlaku pada usia belasan tahun dan awal 20an
  • Penghasilan minyak berlebihan pada sebum kulit
  • Lebihan peluh
  • Stress dan pemakanan tidak sihat
  • Pemakaian alat kosmetik tidak bersesuaian bagi kulit muka
  • Penggunaan pil perancang dan ubat-ubatan

Cara Menghilangkan jerawat dimuka dan badan

Sekiranya jerawat mula muncul di wajah dan badan anda,anda boleh cuba tips berikut:




  
1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.


2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.
7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
9. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang

Cara Elakkan Jerawat di Muka dan Badan dengan Cepat






Bagi yang mengalami masalah nak hilangkan parut jerawat pula boleh lihat tips di sini ya:




Bagi yang alami masalah jerawat,amalkan selalu pengambilan Vitamin C setiap hari..Insyallah jerawat pun payah nak muncul dan paling best kalau ada cepat kecut dan hilang. Boleh juga buat masker dengan vitamin C semulajadi ni..

Selamat dan Berkesan:-)


Bagi yang berminat nak dapatkan vitamin C Plus di atas ni boleh hubungi sue ya..Harga mampu milik sangat. RM92.50 ada 180 biji dan boleh tahan sehingga 6 bulan maksimum penggunaanya. Berbaloi-baloi sangat tau..Kira-kiranya anda melabur hanya 51 sen sahaja setiap hari untuk kulit cantik ni..Murah ke tak?

Vita C Plus ni best sebab dia akan di lepaskan secara perlahan-lahan dalam badan setiap jam selama 5 jam..Jika kita mengambil vitamin C berlebihan,ia tidak akan di simpan dalam badan kita malah akan di salurkan melalui proses pembuangan air kecil..Jadi takdela merbahaya dan jadi toksin dalam badan kita..Sue pun dah cuba dan amalkan sendiri setiap hari secara konsisten.Alhamdulillah dah jarang sangat dah jerawat nak muncul kat muka dan badan..

Jika ibu-ibu hamil ada alami masalah jerawat badan juga boleh ambil vitamin C ni. Ia daripada bahan semulajadi,selamat untuk ibu hamil,dewasa,warga emas.

Mendapat Kelulusan KKM dan Halal.

Ok,bagi yang berminat boleh PM/SMS/WHATSAPP sue seperti berikut ya:

SUE 016 358 9018
FB PAGE : Impianz Shoppe
FB : SUHAILA JOHAR
COD Area: Bangi,Kajang,Cyberjaya,Seri Kembangan
Pos Laju/GDEX seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment