Jan 25, 2019

Tips Pemulihan Luka selepas Bersalin supaya Luka Jahitan Cepat Baik

Semalam dapat anak buah, 2 hari lepas dapat cucu buah. hihi..alhamdulillah, adik dan anak saudara selamat bersalin

Fasa pertama selamat kelahiran dah lepas, fasa kedua fasa berpantang bagi ibu dan yang mengalami luka selepas bersalin samaada luka czer atau luka episiotomi,kedua-duanya sakit dan memerlukan penjagaan rapi





Pemakanan, kebersihan dan juga cara berjalan sangat penting bagi membantu pemulihan luka dengan cepat

Ada sesetengah ibu selepas bersalin langsung tak dapat bangun di sebabkan jahitan luka perinium yang sangat panjang. Nak duduk sakit, nak berjalan sakit, nak membuang air lagilah gerun

Semalam ada customer maklumkan dia berjahit sangat banyak dan sangat sakit di bahagian luka.

Teringat saya kisah 12 tahun lepas, semasa saya bersalin anak sulong juga mengalami masalah sama. Luka jahitan sangat panjang dan ia mengambil masa lama untuk pulih kerana saya kurang ilmu.
Hanya bergantung kepada cara tradisional sahaja tanpa penggunaan ubat atau suplemen yang dapat bantu baik luka dengan cepat



Apa ibu perlu buat untuk memastikan luka jahitan tidak terbuka kembali?



1) Keringkan tempat luka

Luka di bahagian bawah tu memang susah nak tengok kan..Lagi kita gerun bila rasa benang. Selepas cuci bersih kemaluan, pastikan lap lembut di bahagian luka. Boleh beli tisu gulung toilet tu atau gunakan towel bersih. Saya guna tisu sahaja mudah terus buang. Atau boleh juga guna kipas angin atau dryer untuk keringkan bahagian luka


2) Sapu ubat luka

Bila keluar dari hospital, kebiasaan doktor akan bekalkan sekali ubat luka untuk sapu. Biasanya ramai yang guna kapas, tapi biasanya kapas akan menyerap dan sedikit sahaja yang dapat sapu. Sebaiknya guna botol spray. Masukkan ubat dalam spray dan sembur di bahagian luka


3) Jaga Pemakanan

Pemakanan tersangatlah penting ketika dalam pantang. Pastikan ibu mengambil nutrisi yang cukup, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang di benarkan. Juga pengambilan air kosong sangat penting untuk mengelak sembelit. Dah sembelit lagi teruk jadinya.

Petua elak sembelit ketika berpantang


4) Tukar pad dengan kerap

Pada awal kelahiran, darah memang keluar banyak. Tukar pad setiap jam atau 2 jam sekali. Jangan tunggu lama kerana boleh melecet dan jangkitan kuman boleh menyebabkan luka lambat sembuh

5) Pengambilan Suplemen

Antara suplemen yang dapat bantu pemulihan luka adalah zinc dan vitamin C. Kedua-dua ni boleh di ambil selepas bersalin. Nak makan buah seperti sunkist atau oren pun tiada masalah tapi kekadang ada yang perut tak tahan jadi gastrik.

Tahu tak dalam ikan haruan ada zinc sebab tu ada yang cadangkan makan ikan haruan. Tapi kalau susah nak dapat ikan ni boleh ambil Zinc ni. InsyaAllah dapat bantu luka dengan cepat




6) Last but not least, ada petua guna air garam, air asam keping, asah manjakani dan pelbagai lagi. Boleh pilih ikut kesesuaian dan keyakinan diri. Saya pernah guna air garam kasar. Campur dalam air suam.


7) Dan penting juga amalkan senaman kegel. Tahu tak mengenai senaman ni? Haaa ibu wajib buat senaman ni tau. Boleh tengok di sini


Semoga ibu-ibu yang sedang berpantang cepat sembuh. Nak jaga baby, diri sendiri kena cepat baikkan. Jadi amalkan tips di atas. InsyaAllah semoga di permudahkan.


Berminat untuk dapatkan suplemen set asas penyembuhan luka ini boleh terus whatsapp saya di SINI ( sila klik)




1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete