Bestkan..Meriah sungguh musim perayaan kat negara kita ni..Time ni lah syok nak cuti panjang bersama ahli keluarga dan insan tersayang. Paling best jugak musim perayaan ni, semestinya banyak sale sana-sini...Murah woo..macam-macam jenis sale dan banyak diskaun menanti. Haa korang dah selamat shopping apa?
Tahu tak mengenai Shopee Malaysia ? Dengar-dengarnya ramai shopping sakan kat Shopee ni sempena perayaan Tahun Baharu Cina ni. ni fakta bukan auta ye.
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Kempen Wang Bersama Shopee yang dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta!!!
" Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk
membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan
Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di
Shopee yang mudah dan menjimatkan,”
- Ian
Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Korang dah shopping apa? Haa, kita-kita kaum wanita ni memang pantang tengok ada sale...hehe, tengok ni, carian paling paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita.
No
|
Kategori
|
Carian
Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
|
1
|
Pakaian Wanita
|
Blaus,
Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
|
2
|
Mobil & Gajet
|
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
|
3
|
Permainan,
Kanak-kanak
& Bayi
|
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak
Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
|
4
|
Kasut Wanita
|
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges,
Sandal
|
5
|
Beg Wanita
|
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
|
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat
Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
No
|
Kategori
|
Produk
Paling Popular Terjual
|
1
|
Kasut Wanita
|
Kasut Terbuka
|
2
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Set Pakaian Bayi
|
3
|
Perhiasan Rumah
|
Set Hadiah Tupperware
|
4
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
|
5
|
Runcit & Haiwan Peliharaan
|
KitKat Edisi Khas
|
Wah,syoknya shopping.
Potongan harga dan promosi hebat atas
pelbagai produk sempena Kempen Wang
Bersama Shopee ini berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih
daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee
Malaysia dan korang boleh terus bermain permainan Fortune Ang
Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah
RM8,888.
Woowwww!!!
Jom muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play masing-masing. Selepas ini Shopee
akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari dengan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah
Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS,
Dell dan Lenovo.
Nak shopping sakan?
Nak jimat berganda?
Jom shopping di Shopee
Laman Web : www.shopee.com.my
Facebook : shopeeMY
Instagram : shopee_MY
#WangWithShopee
Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my
No comments:
Post a Comment