Pages - Menu

Feb 15, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Yeaay...raya..raya..Mood raya datang lagi..

Bestkan..Meriah sungguh musim perayaan kat negara kita ni..Time ni lah syok nak cuti panjang bersama ahli keluarga dan insan tersayang. Paling best jugak musim perayaan ni, semestinya banyak sale sana-sini...Murah woo..macam-macam jenis sale dan banyak diskaun menanti. Haa korang dah selamat shopping apa? 






Tahu tak mengenai Shopee Malaysia ? Dengar-dengarnya ramai shopping sakan kat Shopee ni sempena perayaan Tahun Baharu Cina ni. ni fakta bukan auta ye. 


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Kempen Wang Bersama Shopee yang dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta!!! 



" Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” 
- Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


Korang dah shopping apa? Haa, kita-kita kaum wanita ni memang pantang tengok ada sale...hehe, tengok ni, carian paling paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 


No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas



Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas


Wah,syoknya shopping.


Potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee ini berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia dan korang  boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Woowwww!!! 


Jom muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play masing-masing. Selepas ini Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari dengan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.





Nak shopping sakan?

Nak jimat berganda?

Jom shopping di Shopee


Laman Web : www.shopee.com.my

Facebook : shopeeMY

Instagram : shopee_MY


#WangWithShopee



Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

No comments:

Post a Comment