Tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang tiba. Amat baik sekiranya sebelum Ramadhan kita dapat tahu sedikit sebanyak pemakanan sihat sepanjang ramadhan.Takdelah bukak puasa sebulan dengan minum ais dan makanan manis je.
Bulan Ramadhan juga di kaitkan dengan pemakanan sunnah: makan kurma,buah tin dan pelbagai lagi.
Minggu lepas saya berkesempatan hadir 1 liqa kesihatan yang bertajuk ' Persiapan Ramadhan,Diet di Bulan Ramadhan` oleh Dr Muhammad bin Ibrahim.
Beliau menggariskan makanan sunnah yang di anjurkan oleh Islam adalah apa jua makanan halal seimbang yang menyumbang kepada kesihatan badan.
Bukan setakat fokus kepada kurma,buah tin,buah zaitun semata-mata ya.
"Makanlah dari apa yang dibumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang dan nyata bagi kamu"
(Al baqarah : ayat 168)
Penyakit kronik seperti masalah kanser,obesiti,kencing manis,kardiovaskular dan masalah gigi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan kurang sihat.
Pakej Diet Ramadhan : Sihat,Sederhana & Seimbang.
Sering kita dengar nak kurus kene kurang makan. Tetapi kali ini doc tekankan nak kurus makan banyak kalu tetapi dalam kuantiti sedikit setiap kali mengambil makanan.
Ramadhan bulan di mana kita perlu sujud,tunduk dan patuh pada segala suruhan dan laranganNya.
Bila perut kita dalam keadaan lapar,enzim akan meningkat dan iman inilah yang menjaga nafsu kita untuk melakukan perkara baik.
Apa maksud sihat,sederhana dan seimbang?
Sihat : Pilihlah makanan yang sihat
Sederhana : Pilih makanan secara sederhana dan jangan membazir
Seimbang : mengandungi semua kumpulan makanan seperti bijirin,buah-buahan,sayur-sayuran ,protein dan sebagainya.
Pakej Sahur :
1. Pastikan mengambil sahur.
2. Sahur yang ringan dan sihat
3. Bagi yang sukar bersahur boleh ambik segelas susu bersama 2 keping roti wholemeal(berserat) atau pengambilan oat.
4. Makan buah lebih
5. Minum air masak dengan banyak
6. Lewatkan waktu sahur (1/2 jam- 40 minit sebelum imsak)
7. Elakkan makanan yang pedas
8. Elakkan mengambil caffeine atau teh kerana ia boleh menyebabkan terhidrat
Pakej Berbuka :
1. Minum air suam dahulu bersama 2 biji kurma. Kenapa perlu minum air suam?
Doc menerangkan ketika berbuka perut kita kosong,kebolehan sel menyerap makanan dan minuman sehingga 90% efisyen.
Jadi bayangkan sekiranya kita mengambil minuman dan makanan manis, 90% yang masuk ke dalam badan adalah GULA!.
Bila banyak makanan bergula masuk dalam badan, badan jadi mudah letih,berdebar-debar,mengantuk dan jantung perlu berkerja keras untuk mencerna gula yang masuk.
2. Tingkatkan pengambilan sup sepanjang Ramadhan. Sup yang tidak berminyak dan berlemak ya..Bukan sup daging/sup ekor yang penuh lemak tu! Raw sup macam mat salleh makan (boleh google yang ni)
3. Pengambilan kurma sangat baik ketika berbuka. kurma ni tinggi fruktosa. Ia slow relieve carbo jadi badan tak terkejut.
4. Makan buah-buahan dulu secara perlahan.
5. Utamakan makanan berserat dan seimbang.
Bagi PEROKOK, AWAS jangan sesekali berbuka puasa dengan merokok ya!
Bayangkan kadar penyerapan sel 90% efisyen ketika ini.
Bayangkan anda memasukkan racun,karbon monoksida ke dalam salur darah ketika ini ia akan MENURUNKAN paras oksigen dan ketika ini darah menjadi sangat pekat!
Jantung juga perlu berkerja lebih keras! Kesian sangat kat jantung. Jadi bila hari2 jantung terpaksa berkerja keras camni jadilah sakit jantung tetiba,lemah jantung..
Dan apabila darah pekat,salur darah slow dan tak lancar,penggumpulan lemak berlaku dan naik ke kepala..Ketika ini boleh menyebabkan risiko stroke.
Jadi sayangilah nyawa anda dan kita yang tak merokok ni janganlah sesekali dekat dengan orang merokok atau p sedut asap rokok ni. (Ingat ya kadar serapan sel sepanjang berpuasa 90% sangat Efisyen!)
Jadi saya nak menyeru abang-abang yang merokok kat luar sana tu,please alert ya! Dan isteri2 comel yang ada suami merokok ingatkan suami pasal bende ni!
Paling bagus berhenti merokok terus bulan puasa ni.Kuatkan semangat dan tekad sepanjang berpuasa ni,insyaallah slow2 dan berhenti terus. Vivix juga insyaallah bagus di ambil ketika berpuasa ini untuk membaik pulih sel dan mengurangkan keinginan merokok.
Sekiranya anda seorang peminat kopi atau teh,boleh ambil selepas terawikh.
Jom sama-sama kita ubah style pemakanan dan cara makan kita. Sedikit sebnayak ia bantu untuk kehidupan lebih sihat.
Ada penyakit kolestrol tinggi,kencing manis,darah tinggi?
Puasalah ubatnya dan kurangkan makanan yang ada MSG dna gantikan dengan herba-herba ,masukkan lemon dan pelbagai makanan sihat lain.
Semoga perkongsian ini membantu anda dan saya untuk hidup lebih sihat dan cergas!
No comments:
Post a Comment