May 25, 2016

7 Senaman Mudah Hanya Buat di Rumah

Bila sebut pasal bersenam,mesti terbayang seronoknya ada gim,ada alatan seperti di gim,perlu ada kasut sukan,jurulatih kecergasan dan ruang luas nak bersenam.

Namun sebenarnya kita semua boleh bersenam di rumah sahaja dan tidak perlu susah-susah keluar rumah pun. Nak bersenam dengan anak-anak pun boleh.


Saya kongsikan semula jenis-jenis senaman yang boleh kita semua lakukan dirumah sahaja.

1) Lompat bintang

Ini adalah aktiviti riadah paling best di lakukan. Lompat bintang sangat mudah.Boleh dilakukan ketika menonton TV. Ia adalah salah satu senaman kardio yang hebat yang boleh di jadikan warmup juga.


2) Tekan Tubi

Walaupun susah dan menyakitkan,tekan tubi boleh dilakukan dengan cara mudah. Lakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti ini meningkatkan kekuatan tangan,perut dan juga menguatkan bahagian sekitar dada.


3) Leg lifts /Apungan kaki

Aktiviti ini bertujuan untuk menguatkan kaki. Jika rasa susah untuk apungkan kaki,bengkokkan kaki sedikit.


4) Berjalan

Berjalan di sekitar rumah bersama anak-anak memang menyeronokkan. Lagi-lagi kita juga boleh mengajar anak mengenal kejadian alam,melihat burung serta menghirup udara segar.

Jika cuaca tidak mengizinkan, boleh berjalan turun naik tangga beberapa kali. Ini akan menguatkan kaki dan lutut.

Jika tiada tangga,berjalan sahaja di dalam rumah beberapa pusingan.Hasilnya tetap bagus dan baik untuk kesihatan.


5) Angkat berat.

Terbayang malik noor mengangkat besi berat sambil tersenyum..hehe..anda boleb gunakan apa sahaja pemberat yang ada di rumah untuk dijadikan dumbbell.

Sambil mengangkat dumbbell,boleh juga naik turun tangga,berjalan setempat yang boleh menguatkan otot kaki. Boleh pasangkan muzik bersesuaian supaya menjadi lebih seronok.


6) Squats

Senaman yang sangat baik tetapi ramai yang tak mampu lakukannya. Nak punggung yang cantik jangan lupa rajinkan diri buat squats ya😀

Boleh juga memegang hujung kerusi dan ulang beberapa kali.

7) Joging setempat.

Aktiviti ini sangat baik untuk menjaga jantung. Boleh joging sambil mendengar muzuk atau menonton TV. Alatan yang perlu hanyalah sepasang kasut untuk mengelakkan tekanan.


Kini tiada lagi alasan untuk malas bersenam. Untuk kehidupan yang sihat,kita di sarankan untuk bersenam 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30-40 minit setiap sesi.

Jom ajak anak-anak buat bersama. Jangan lupa minum air kosong selepas melakukan aktiviti atau mengambil minuman isotonik untuk mengembalikan tenaga dan tingkatkan kecergasan.

Performance Drink pilihan atlit-atlit dunia yang turut dikenali air basikal ni mampu mengembalikan kecergasan,mengelakkan dehidrasi,membekalkan bendalir yang baik.


Jom sama-sama buat senaman ini di rumah. Ringkas,mudah tetapi sangat bagus untuk kesihatan.

Credit : majalah Rapi



No comments:

Post a Comment