Sep 11, 2015

8 Jenis Makanan Baik untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga pasti rindu untuk mendengar tangisan bayi. Melahirkan,menyusukan dan membesarkan anak kandung sendiri adalah impian semua suami isteri yang berumahtangga. Namun semua rezeki milikNya..Kita sebagai hamba jangan sesekali berputus asa dan merasakan tidak ada peluang.




Salah satu cara untuk tingkatkan kesuburan adalah melalui pemakanan seharian kita selain daripada melakukan rawatan kesuburan. Sangat penting ya suami dan isteri mengetahui pemakanan ini supaya peluang untuk hamil ada.Insyaallah berusaha yang terbaik pasti Allah berikan jalan.

Antara makanan baik untuk kesuburan:wanita:

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik yang mengandungi enzim,protein dan vitamin yang sempurna yang mudah di serap oleh badan. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran organik ini boleh di dapati di pasaraya dengan label organik dan harganya sedikit mahal tetapi sangat baik untuk kesihatan badan.



2. Makanan tinggi serat

Banyakkan pengambilan makanan tinggi serat seperti bijirin,tembikai,beras merah,roti gandum dan kekacang.Makanan jenis ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan ini melancarkan pembuangan racun dari badan.

3. Sayuran berdaun hijau

Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.

4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar

Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wanita mendapat kitaran haid yang tepat.


5. Makanan tinggi asid folik

Asid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.




6. Makanan yang kaya vitamin C

Ambillah selalu makanan yang mengandungi vitamin C. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan kita jadi perlu di ambil daripada pemakanan seharian daripada buah-buahan,sayur-sayuran dan supplemen. Makanlah buah oren,strawberri,kobis dan pelbagai lagi.


7. Kekacang

Jenis kekacang sangat tinggi kandungan asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

8.Sumber Protein dan kalsium

Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.




ESP juga adalah sumber protein yang juga bagus untuk kesuburan wanita.Perisanya yang asli dan bebas GMO menjadikan ia salah satu sumber protein terbaik.


Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil ya.





Bagi yang berminat untuk mencuba supplemen - set kesuburan di atas boleh hubungi sue ya..


Untuk Isteri boleh ambil ESP,GLA Complex dan B Complex, untuk Suami pula boleh ambil Zink Complex dan Vitamin E


Kita hanya mampu merancang dan berusaha dan selebihnya DIA jualah yang menentukan segalanya..Banyakkan juga berdoa dan ambil makanan yang disarankan di atas ya.

Sebarang pertanyaan atau berminat untuk order boleh hubungi saya melalui whatsapp:












3 comments: