Sep 4, 2015

Kata-Kata Baik Untuk Anak

Konsep diri kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh kata-kata yang diucapkan oleh:
1. Ibu bapa
2. Adik-beradik
3. Datuk dan nenek
4. Pembantu rumah
5. Pengasuh di pusat jagaan
6. Guru tadika
7. Rakan di tadika.

Kanak-kanak yang selalu diberi pujian bahawa dia seorang anak yang rajin mempunyai konsep diri dia adalah seorang kanak-kanak yang rajin, begitu juga sebaliknya.

Malah kajian menunjukkan terdapat kaitan yang sangat rapat antara persepsi kanak-kanak terhadap sikap ibu bapa mereka kepada dirinya dengan persepsi kanak-kanak itu terhadap diri mereka sendiri.
Ertinya, kanak-kanak yang percaya ibu bapanya menganggap dirinya rajin akan mempunyai konsep diri bahawa dia adalah seorang yang rajin. Begitu juga sebaliknya.


Contoh kata-kata positif yang kerap diucapkan oleh ibu-ibu kepada anak-anak kecil mereka:
"Baiknya anak ibu."
"Pandainya anak emak."
"Cerdiknya anak ayah."
"Bagusnya!"
"Cantiknya!"
"Manisnya."
"Ibu suka!"

Anak-anak yang selalu mendengar kata-kata seperti di atas dari mulut ibu bapa mereka akan mempunyai konsep diri:
*Aku budak baik.
*Aku budak pandai.
*Aku budak cerdik.
*Aku budak bagus.
*Aku budak cantik.
*Aku budak manis
*Ibuku suka aku.

Apabila kanak-kanak sudah pergi ke tadika dan sekolah, konsep diri mereka sangat dipengaruhi oleh:
1. Guru-guru
2. Rakan sekolah
3. Rakan sebaya.

Guru-guru tadika dan sekolah boleh merosakkan konsep diri positif kanak-kanak apabila mereka mengucapkan kata-kata seperti:
* "Kenapa kamu jahat?"
* "Jangan nakal-nakal."
* "Jangan suka buat jahat pada kawan."
* "Tak baik jadi budak jahat."
* "Siapa ajar kamu jadi jahat?"
* "Jangan malas-malas."
* "Kamu tidak pandai."
* "Kamu tidak tahu."
* "Kamu lemah."

Kanak-kanak yang kerap mendengar kata-kata seperti itu diucapkan kepadanya oleh pengasuh dan guru-gurunya akan perlahan-lahan menukar konsep-dirinya yang positif menjadi negatif:
*Aku budak jahat.
*Aku budak nakal.
*Aku budak suka buat jahat kepada kawan.
*Aku pemalas.
*Aku tidak pandai.
*Aku lemah.


credit USK - Pelajar Corot menggunakan Teori Konsep-Diri

4 comments:

  1. tq for sharing sis :)

    #jemput ke blog buruk saya yee nanti. peaceee :)

    ReplyDelete
  2. kata-kata yang baik akan membuatkan anak-anak mengikut dengan baik apa yang dikatakan oleh ibu bapa

    ReplyDelete