Pages - Menu

Sep 30, 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Click banner untuk join

Follower terkini : 190


PROMOSI TERAKHIR ESP TAHUN 2015

Assalamualaikum..semoga kita semua di beri kesihatan baik dan sentiasa dalam perlindungan rahmat dan kasih sayangNya..

Hari ni dah LAST DAY bagi bulan September..tiktok..tiktok..maka hari terakhir juga untuk PROMOSI yang shaklee offer sepajang bulan ini iaitu:


PROMOSI HEBAT ESP:

BELI 6 ESP PERCUMA 1 @ BELI 2 ESP DISKAUN 5%




DAN 

BELI 3 VITALEA FOR CHILDREN PERCUMA 1

Bagi peminat-peminat soya,anda patut rebut tawaran istimewa ni kerana harganya lebih murah dan jimat..dan kemungkinan besar juga ia adalah promosi terakhir ESP bagi tahun 2015 ni..

Kenapa anda perlu memilih soya ESP??

Jemput baca entry saya yang lepas --Kelebihan soya ESP TANPA GMO


Ramai juga telah mencuba dan mengambil ESP ini dan sangat berpuas hati dengan kesan baiknya..Alhamdulillah semua dengan izinNya..

Kelebihan soya ESP ni adalah penghasilannya sangat teliti dan 1 canister ESP yang anda beli tu di hasilkan daripada 30KG soya tanpa GMO yang berkualiti tinggi.

Proses penghasilannya juga sangat teliti dan ia di ekstrak menggunakan air BUKAN alkohol ya..






soya ESP juga menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia terutama ketika hamil dan menyusu kerana ia membantu ibu membekalkan tenaga,membantu pembentukan sel baru,membantu ibu dalam penyusuan di mana susu cepat terhasil dan lebih pekat. Hasilnya bayi akan cepat kenyang selepas menyusu susu ibu.


Pengalaman saya sendiri mengambil ESP sepanjang Kehamilan, berat badan terkawal naik,badan bertenaga,kulit bayi cantik tiada masalah ruam/ekzema.tiada lagi masalah GDM (kencing manis) semasa hamil..

Semasa menyusu pula bayi saya cepat kenyang selepas menyusu..Susu terhasil lebih cepat dan pekat dan alhamdulillah saya dapat kumpul stok susu dengan banyak semasa berpantang dan semasa berkerja.


Alhamdulillah dengan izinNya..kita sedaya upaya berusaha yang terbaik untuk kesihatan diri dan sediakan yang terbaik untuk anak-anak


Protien sangat penting dalam pembentukan sel baru untuk janin dan bayi yang sedang membesar


100% daripada bahan semulajadi.Soya terbaik tanpa pewarna,bahan tiruan dan HALAL

ESP membantu ibu lebih cergas dan bertenaga. Ia sangat sesuai bagi ibu yang mengalami morning sickness

Pengambilan ESP setiap hari membantu merendahkan kolestrol dalam badan


Ramai sudah jatuh cinta dengan ESP!!


PELBAGAI KEBAIKAN ESP untuk kesihatan diri


Ketahui apa kata  customer yang telah mengambil ESP : TESTIMONI ESP  


Bagi anda yang berminat untuk dapatkan promosi ESP ini..Jom hubungi saya segera..Harga lebih murah dan jimat tinggal HARI INI SAHAJA lagi!!!


JOM GRAB HARI INI!!! LAST DAY untuk harga JIMAT

Hubungi saya seperti berikut:

SUE : SMS/WHATSAPP 016 358 9018
PM di Facebook : SUHAILA JOHAR
FB PAGE : IMPIANZ SHOPPE
COD area: Bandar Baru Bangi,Sg Chua,Jalan Reko Kajang,Pekan Kajang,
UPM,UNITEN,UKM

Poslaju/GDEX seluruh MALAYSIA















Sep 27, 2015

Jerebu oo Jerebu

IPU Tidak Sihat kembali melanda nampaknya..Hari Jumaat lepas,masa saya berada di kampung halaman,Paka Terengganu memang jerebu tiba-tiba makin teruk..Plan asalnya nak mandi-mandakat laut tak jadila..Tengok jela air laut dari dalam kereta..Tapi ramai je yang seronok mandi-manda sebab air surut..

Balik dari Paka Terengganu semalam,jerebu makin tebal dan memang kelam..tambah pulak setiap perhentian dan jalan sesak kat Bentong tu..memang terasa kering tekak..nak minum air banyak-banyak tak berani takut terkucil payah plak nak berhenti perhentian semua penuh..sudahnya sampai KL baru minum air lebih sikit..

Hari ni sedikit kompius nak hujan ke jerebu ni..kelam sungguh kat area Bangi ni..tapi aktiviti mencuci tetap di teruskan dan jemur kain macam biasa..Berita TV tengahari tadi pun dah umumkan esok cuti sekolah memandangkan keadaan jerebu makin buruk.



Hope malam ni turunlah hujan selebat-lebatnya dan semoga IPU kembali sihat..Kasihan sangat-sangat kalau anak-anak atau warga emas ada masalah asma atau batuk ni..

Jaga kesihatan diri ya semua..Jemput baca tips perlindungan diri dan keluarga ketika musim jerebu

Jika anda ingin semak bacaan IPU setiap hari boleh ke link berikut:

http://apims.doe.gov.my/v2/

Semoga Allah lindungi kita semua..Take care..

Sep 21, 2015

Selamat Cuti Persekolahan

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog..tah ape bizi kebenonye..

Cuti sekolah juga sudah bermula..sue dan anak-anak dah selamat balik kampung di paka,terengganu..disebabkan encik suami ke brunei untuk training,kami balikla dulu kampung..kebetulan plak raya ni wat ibadah korban,tahlil dan juga kenduri anak saudara.....

Baru-baru ni on the way pulang ke kampung tu tibe-tibe je kereta breakdown tepi highway LPT ni..cuak jugakla dahla campur panas terik lagi..last2 kene tarik dengan trak penunda ke bengkel berhampiran area maran..

Cek punya cek rupanya meter minyak rosak dan lepas p isi minyak dah ok dan boleh start enjin..tapi yang sakit hatinya tokei cina tu ambik kesempatan. rm380 duit melayang..padahal dia tolong bawak ke stesen minyak je dan tolong tuang minyak..dah tak de rezeki. dah terdesak apa boleh buat..bayo jela..huuhu

Balik KL nanti kene p balik servis center toyota ni..adalah hikmahNya..Allah nak beri rezeki lebih baikla tu..ameen insyaallah..

Duduk kat kampung ni saya berpusing la umah kakak-kakak..mak ayah dah tak ade, jadi pandai-pandailah bawak diri..

Anak-anak seronokla ramai sepupu sebaya dan melayan ragam diorang..

Insyaallah ada masa saya mencoret lagi. Internet very slow..hhuhu..


Sep 15, 2015

Tips Perlindungan Diri dan Keluarga ketika Musim Jerebu

Jerebu oh jerebu..kelam dan berkabus ingatkan udara segar rupanya penuh dengan toksik. Hari ni juga semua sekolah di KL,Selangor,Melaka dan Negeri Sembilan di beri cuti selepas indeks bacaan IPU semalam hampir mencecah bacaan sangat tidak sihat menghampiri 200.

Semalam seharian sakit kepala..Mungkin juga faktor cuaca jerebu ni..Tapi paling saya geram apabila melihat ada ibu ayah yang membawa anak berniaga di tepi jalan dengan mendedahkan anak kecil begiu sahaja tanpa di pakai mask atau tutup menggunakan kain. Saya faham orang berniaga ni..Itulah risikonya..tapi jangan sekali mengheret anak yang masih usia lingkungan bawah 2 tahun terdedah sebegitu rupa.Kasihan pada anak.

Balik pula ke rumah,saya melihat anak-anak sekolah tahfiz berdekatan rumah bermain dengan gembira bola sepak di taman..Aduhai adik-adik sekalian..Peranan guru sangat penting untuk mengingatkan anak-anak murid juga bahaya terdedah dalam cuaca buruk ini.



Tips Lindungi Diri Ketika Jerebu







1. Kurangkan Aktiviti Luar

Tidak keluar langsung memang mustahil la kan..Urusan harian memang kena berjalan seperti biasa. Namun hadkan aktiviti di luar rumah seperti berjoging,bersenam,bermain bola dan lain-lain. Pencemaran jerebu boleh mengundang penyakit asma,batuk selsema serta sakit tekak.Awasi juga anak-anak anda supaya mereka tidak berada di luar rumah


2. Banyakkan Pengambilan Air Kosong.

Minum air kosong lebih daripada biasa. Pengambilan air kosong membantu pengeluaran toksin dari badan melalui pembuangan air kecil dan perkumuhan. Elakkan pengambilan kaffeine dan minum air kopi kerana minuman ini mengalakkan kehilangan cecair daripada badan. Ia juga boleh menyekat zat nutrien di serap dengan baik dalam badan.


3. Pakai topeng muka/mask

Jangan sesekali lupa untuk memakai topeng muka jika berada di luar rumah.Bekalkan kepada anak-anak anda ke sekolah topeng muka ini. Jika tiada,boleh menggunakan tuala bersih untuk menutup hidung dan mulut. Juga basuh tangan dengan sabun selepas berada di luar rumah.


4. Berada di dalam bangunan tertutup 


Pastikan pintu,tingkap semua di tutup dan jika ada penghawa dingin boleh ON. Jika ada air purifier juga boleh dipasang bagi memastikan pemgaliran udara bersih.


5. Hentikan pencemaran alam seperti pembakaran terbuka.merokok dan pelbagai lagi..Jadi abang-abang ensem merokok diluar sana,kurang-kuranglah hisap rokok ya dan paling bagus berhenti terus.Boleh tengok video kat bawah ni camna abang sado perokok tegar ni boleh berhenti merokok





Paling penting sekiranya anda tidak sihat atau ada masalah serangan asma,gatal-gatal atau demam batuk,segeralah berjumpa dengan doktor.

Pengambilan supplemen untuk menguatkan antibodi dan sistem imun badan juga sangat penting ketika ini.  Antara cadangan supplemen yang sesuai adalah:

Performance Drink dapat membantu membekalkan bendalir dalam badan dan mengelakkan dehidrasi
Nutriferon dapat menguatkan imun badan dan mengatasi serangan bakteria 
vitamin C bagus juga kuatkan sistem pertahanan badan.



Minyak ikan Omegaguard untuk menyihatkan paru-paru dan menguatkan sistem pertahanan badan


Kesan Buruk Jerebu Pada Bayi/Kanak-Kanak

1.Jerebu mungkin akan menyebabkan hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata bayi tidak selesa.
2. Sesetengah bayi mungkin mendapat ruam kulit.
3. Bayi anda juga mungkin akan mengalami bersin-bersin, hidung berair, gatal mata dan tekak kering serta batuk.
4. Jika bayi mempunyai sejarah masalah pernafasan, sinusitis dan masalah alergi kulit, kesihatannya mungkin lebih terancam semasa musim jerebu.


Panduan Pemakanan Sihat di Musim Jerebu



Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan keluarga sebaik-baiknya. Doakan juga semoga bacaan IPU kembali normal dan kita semua sentiasa di beri kesihatan baik. Buat yang tidak sihat sekarang,jaga kesihatan diri,makan ubat,makan supplemen,banyakkan rehat dan pengambilan air ya.

Take care semua..

Bagi yang berminat untuk dapatkan supplemen kuatkan sistem imun badan di atas boleh hubungi sue seperti berikut:



Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sep 14, 2015

Cara Detoks Usus dengan Mudah agar Perut kembali Kempis

Kita selalu belek kulit muka kita..risau betul bila ada jerawat timbul..Bila renung lama-lama perasan pulak kulit muka kusam,jeragat tak hilang-hilang dan macam-macam lagi. 

Tapi kita jarang fikirkan pasal USUS kita..Setiap hari kita makan macam-macam jenis..Breakfast dah makan nasi lemak,tengahari makan nasi lagi..malam kekadang makan burger/sate dan lain-lain..

Agaknya berapa banyak dah toksin dalam usus kita? Dah berkerak banyak mana,yang dah mendap dengan parasit?? Cuba tengok gambar di bawah ni..Menakutkan kan??






Tanda-tanda usus bertoksin:
  • Sembelit atau cirit birit berpanjangan.
  • Sakit kepala yang kerap.
  • Sering keletihan.
  • Mudah lupa.
  • Tidur yang sering terganggu.
  • Muka pucat dan kusam.
  • Sakit sendi dan otot.
  • Kulit bermasalah-jerawat,berbintik,ezema,ruam.
  • Perut berangin.
  • Bibir yang kering.
  • Ulser mulut.
  • Perut buncit.
  • Badan dan nafas berbau.

Kini anda tidak perlu risau lagi jika mempunyai masalah di atas. Terdapat cara detoks usus dengan mudah iaitu dengan pengambilan Herb-Lax secara konsisten.Ia dapat membantu menyah toksin dalam usus sekaligus membantu mengempiskan perut.






Ramuan asas Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu :
  • Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaves – rangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, cepatkan proses detoks dan kurang kan penyerapan lemak
  • Anise seed – rangsang pengeluaran jus gastrik untuk bantu proses pencernaan.
  • Blue malva flower – bantu proses detoksifikasi dan imbangi tekstur kulit.
  • Buckhon bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan pada usus.
  • Licorice root – bantu proses detoks
  • Rhubarb root – herba yg byk digunakan dalam perubatan Cina
  • Fennel seed
  • Culver’s root

Sifatnya yg menggalakkan tindakan pembersihan yg lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Antara manfaat utama Herb-Lax ialah :
  • Pembersihan najis yg tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yg tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yg lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Pengalaman saya sendiri mengambil Herb-Lax sebelum tidur memang sangat best..Esoknya memang membuang dengan lega sekali..Seperti keluar semua najis-najis tersekat lama tu..

dan paling best perut pun kempis la sikit..hihihi..


Apa kata pengguna yang telah mengambil Herb-Lax?






Harga sebotol Herb-Lax ini hanya RM52.50 untuk 120 biji..Memang sangat berbaloi dan jimat untuk kesihatan usus kita semua.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Herb-Lax jangan segan-segan boleh hubungi saya seperti berikut. Konsultasi berterusan akan di berikan kepada customer saya selepas pembelian.

Jom jaga kesihatan usus kita..Jangan sampai jadi buasir ya..Cegah sebelum perkara tidak di ingini berlaku. Juga banyakkan pengambilan air kosong setiap hari agar toksin mudah dinyah keluar


Hubungi saya seperti berikut untuk pembelian/Order:




Sep 13, 2015

KELEBIHAN MENINGGAL DUNIA DI MAKKAH

Malam ni tetibe terasa syahdu bila dapat tahu ade jemaah haji daripada Malaysia yang terkorban dalam nahas kren tumbang..Apapun Allah lebih mengetahui dan semuanya terjadi ada hikmah tersembunyi..



Sesungguhnya kita patut rasa cemburu kerana mereka di pilih meninggal di tempat paling mulia,paling suci dan dalam beribadah padaNya..

Al-fatihah kepada Allahyarhamah Rusiah Suar dari Sungkai Perak dan salam takziah buat semua ahli keluarga..

Teringat leader business saya pun sekarang tengah mengerjakan ibadah haji bersama suaminya.Apapun semoga Allah berikan kesabaran dan ketabahan buat semua jemaah kat sana..

Buat jemaah haji yang masih hilang,semoga Allah berikan petunjuk dan dipermudahkan semua urusan mereka.

Sama-sama kita berdoa semoga semuanya selamat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.


Al-Fatihah..

___________________________________________________________________

Terbaca catatan ustaz Nasir di FB beliau:

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.
Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.
Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui
Bolehkah kita bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.”
(riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Menurut riwayat al-Tabarani, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesiapa antara kamu yang mungkin mampu untuk meninggal dunia di Madinah, meninggallah di sana.
Sesungguhnya sesiapa yang meninggal dunia di sana, aku menjadi saksi atau pemberi syafaah kepadanya pada hari kiamat.”
(Sabiq, 2000: I: 522-24)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat.
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat (Makkah,Madinah) yang baik.
Subhanallah..Ameen..Moga Allah juga anugerahkan kita semua kesudahan kehidupan yang baik..

Sep 12, 2015

Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum...Jom support GA ni..hadiah best menanti:-)




Click banner di atas untuk tahu syarat-syaratnya..


Sep 11, 2015

8 Jenis Makanan Baik untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga pasti rindu untuk mendengar tangisan bayi. Melahirkan,menyusukan dan membesarkan anak kandung sendiri adalah impian semua suami isteri yang berumahtangga. Namun semua rezeki milikNya..Kita sebagai hamba jangan sesekali berputus asa dan merasakan tidak ada peluang.




Salah satu cara untuk tingkatkan kesuburan adalah melalui pemakanan seharian kita selain daripada melakukan rawatan kesuburan. Sangat penting ya suami dan isteri mengetahui pemakanan ini supaya peluang untuk hamil ada.Insyaallah berusaha yang terbaik pasti Allah berikan jalan.

Antara makanan baik untuk kesuburan:wanita:

1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang organik yang mengandungi enzim,protein dan vitamin yang sempurna yang mudah di serap oleh badan. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran organik ini boleh di dapati di pasaraya dengan label organik dan harganya sedikit mahal tetapi sangat baik untuk kesihatan badan.



2. Makanan tinggi serat

Banyakkan pengambilan makanan tinggi serat seperti bijirin,tembikai,beras merah,roti gandum dan kekacang.Makanan jenis ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan ini melancarkan pembuangan racun dari badan.

3. Sayuran berdaun hijau

Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.

4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar

Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wanita mendapat kitaran haid yang tepat.


5. Makanan tinggi asid folik

Asid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.




6. Makanan yang kaya vitamin C

Ambillah selalu makanan yang mengandungi vitamin C. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan kita jadi perlu di ambil daripada pemakanan seharian daripada buah-buahan,sayur-sayuran dan supplemen. Makanlah buah oren,strawberri,kobis dan pelbagai lagi.


7. Kekacang

Jenis kekacang sangat tinggi kandungan asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.

8.Sumber Protein dan kalsium

Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu  anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.




ESP juga adalah sumber protein yang juga bagus untuk kesuburan wanita.Perisanya yang asli dan bebas GMO menjadikan ia salah satu sumber protein terbaik.


Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu harian anda supaya cepat hamil ya.





Bagi yang berminat untuk mencuba supplemen - set kesuburan di atas boleh hubungi sue ya..


Untuk Isteri boleh ambil ESP,GLA Complex dan B Complex, untuk Suami pula boleh ambil Zink Complex dan Vitamin E


Kita hanya mampu merancang dan berusaha dan selebihnya DIA jualah yang menentukan segalanya..Banyakkan juga berdoa dan ambil makanan yang disarankan di atas ya.

Sebarang pertanyaan atau berminat untuk order boleh hubungi saya melalui whatsapp:












Segmen Bloglist Sept - Dec 2015 by Sh.Amarina





Jom  kengkawan sape2 yang blom join, meh ler join segmen nie ...

Mari ler ramai-ramai memeriahkan suasana ...

Caranya mudah sahaja ...

Klik BaNNeR  jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :-
  16 September 2015