Jul 23, 2015

5 Tips Turunkan Berat Badan Selepas Musim Raya

Musim raya ni memang banyak open house..sana sini rumah terbuka dengan juadah enak-enak tak beringat..Lagi-lagi nampak ketupat dan lemang,cicah pulak dengan rendang daging..fuhh mau menambah 3,4 kali...sodapkan..setahun sekali dapat merasa:-)

Namun,jauh di sudut hati sebenarnya risau jugak makan tak beringat ni karang naik mendadak berat badan..Dahla bulan puasa kemain jaga berat badan kan..alih-alih raya ni kalau tak dijaga memang boleh naik macam kene pam..Jadi camno nak buat ni? Jom ikuti tips turunkan berat badan dengan cepat di bawah:





1) Seperti biasa,elakkan makanan berlemak dan bergoreng..Boleh nak ambil tapi tahu berapa kalori yang diperlukan oleh badan. Lebihkan pengambilan sumber protein dalam diet kita seperti susu,daging,ikan. Kalau nak cepat kenyang boleh bancuh protein soya Non GMO seperti ESP dan Cinch Shake. Dua-dua protein ni bantu bekalkan tenaga dan memberi kenyang lebih lama..Takdela merasa nak mengunyah je..Al maklum musim raya ni macam-macam jenis kerepek sedap ade..


2) Untuk mengawal selera makan, perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Minum air segelas dahulu sekiranya rasa ingin mengunyah. Pengambilan air secukupnya membantu mengelak mengambil makanan secara berlebihan.



3) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Yang ni memang sukar sangat nak konsisten setiap hari kan..Orang cakap ambil nasi 1 portion,lebihkan sayur dan buah-buahan. Sekiranya anda kerap lapar,elok juga mengambil buah-buahan untuk mengunyah seperti buah limau,epal,anggur dan lain-lain. Jadi pastikan sentiasa ada stok buah-buahan segar ini dalam peti ais ya!


4) Hentikan pengambilan air soda berkarbonat (air gas).Musim raya ni banyak juga rumah 
yang saya kunjungi hidang air bergas ni..Lagi-lagi musim panas ni,memang rasa enak tapi awas ya,kandungan gula dalamnya terlalu tinggi dan tidak elok untuk kesihatan. Jika anda teringin sangat nak minum air karbonat ni boleh ambil Performance Drink perisa oren ni..Kurang gula dan bebas karbonat..Insyaallah bantu hilangkan dahaga dimusim panas ni dan elakkan dehidrasi. Ibu-ibu hamil pun boleh minum air oren sedap ni



5) Minum air Lemon sangat bagus untuk detoks .Ia bagus untuk melancarkan pembuangan,membuang toksin dalam badan,mengempiskan perut dan membantu dalam proses penurunan berat badan. 




Anda juga boleh variasikan pelbagai jenis buah-buahan yang sesuai seperti lemon,limau nipis,limau kasturi,epal hijau,timun,pear,strawberry dan lain-lain. Tambahkan sedikit daun pudina dapat membantu rasa lebih segar.


Untuk membantu mendapat berat badan ideal, konsisten juga buat senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pilihlah senaman yang bersesuaian dengan anda..Yang penting buat jangan SKIP ya !!

Boleh juga nak bersenam robik depan youtube dengan anak-anak kesayangan di petang-petang hari kalau malas nak keluar bersenam di taman:-)

Supplemen diet yang sihat juga boleh membantu membekalkan keperluan nutrisi dalam badan. Ini membantu anda merasa lebih kenyang sekaligus mengelak dari mengambil makanan berlebihan. Supplemen ni juga sesuai untuk membuang lemak-lemak dan kotoran usus serta membantu menurunkan paras kolestrol agar tidak naik mencanak dimusim perayaan ni..

Semoga tips kuruskan badan ni dapat membantu anda untuk mengawal kenaikan berat badan sepanjang syawal ini dan mengelakkan juga masalah-masalah penyakit merbahaya lain seperti darah tinggi,kolestrol tinggi dan sakit jantung.

Apa kita makan ia akan membawa kita kepada penyakit.Jadi pilihlah yang sebaik-baiknya dan bersederhanalah dalam apa jua kita ambil..

Wallahualam






No comments:

Post a Comment