Apr 16, 2015

Cara Mencegah Penyakit Kaki,Tangan dan Mulut (HFMD)

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.


Faktor Jangkitan:
• Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkankebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
• Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
• Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem sarafdan jantung.
• Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Tanda dan Gejala Penyakit:


• Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
• Ulser di tekak dan mulut
• Demam
• Sakit kepala
• Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan:

• Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
• Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
• Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu
dan garpu.
• Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
• Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
• Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.


Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

• Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
• Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atausekolah.
• Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

Credit: Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment