pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Rejab..Bulan Allah penuh keberkatan.
Anda ibu hamil berpuasa sentiasa risau lapar dan lesu??
Anda ibu hamil berpuasa risau bayi sentiasa menendang-nendang perut sebab kelaparan?
Anda ibu hamil berpuasa risau bayi tidak cukup zat nutrisi?
Lagi 2 bulan kita akan bertemu bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan..so adik kakak dah habis ganti berpuasa belum?? jangan pulun last minit tau..sebaik-baiknya habiskan secepat mungkin dan semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk kita penuhi tanggungjawab dan amanah di beri.
Bagi ibu-ibu hamil, adakah anda merasa risau tak mampu untuk berpuasa penuh puasa ramadhan nanti? Masih ada baki puasa ganti yang belum di selesaikan??
Sebelum itu,jom kita tengok video di bawah bagaimana puan Haridah ni cergas dan bertenaga berpuasa walau sarat hamil
Bagi ibu hamil berpuasa yang ingin sentiasa cergas dan bertenaga,saya ada beberapa tips untuk anda dan saya sendiri sudah amalkan dan alhamdulillah berjaya puasa penuh walau sarat 8 bulan pada kehamilan yang lepas.
Tips Ibu Hamil Cergas dan Bertenaga semasa Berpuasa:
- Jangan sesekali skip sahur. Walau anda terlalu penat dan letih atau morning sickness sekalipun.bangun makan ketika sahur walau anda selepas itu muntah. Pengambilan makanan ketika sahur hendaklah di sertakan dengan karbohidrat dan protein. Di sini ibu boleh memilih untuk mengambil sedikit nasi atau roti dan pastikan mengambil protein seperti ikan atau ayam yang memberi tenaga. ESP adalah salah satu protein bermutu tinggi yang boleh membantu ibu kekal bertenaga dan tahan perut sehingga petang.
- Elakkan makanan pedas,berempah ketika bersahur
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
- Kurangkan makanan manis,berlemak semasa bersahur dan berbuka.
- Pengambilan buah kurma dan pisang juga membantu ibu lebih bertenaga dan kuat semasa berpuasa
- Minum air kosong secukupnya walau ketika sahur.
- Jangan lupa mengambil supplemen atau vitamin semasa berpuasa. Jangan sesekali tinggalkan atau skip vitamin /supplemen dengan alasan tidak mampu nak telan waktu sahur. Bayi anda memerlukan cukup zat dan nutrisi lengkap untuk membesar
- Elakkan minuman berkaffeine dan ganti dengan minuman berjus,susu,yogurt yang lebih segar dan yang lebih membekalkan tenaga
- Pengambilan makanan seimbang ketika sahur juga mengelakkan ibu menjadi lesu,mengantuk,sakit kepala dan bayi kelaparan.
- Pastikan minum air secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan,
Dalam Islam terdapat kelonggaran untuk ibu berbuka puasa namun tak eloklah kita beri alasan sebelum mencubakan??Terdapat pelbagai jenis pemakanan supplemen yang boleh bantu ibu semasa berpuasa.
Antara supplemen yang boleh memberikan ibu tenaga sepanjang berpuasa adalah Set Kehamilan ( B complex,Vitalea,Vitamin C dan Ostematrix ) dan pengambilan rutin setiap kali sahur dan berbuka dengan ESP.Mealshake dan Performance Drink
Set bertenaga ketika berpuasa di atas juga sesuai untuk ibu menyusu,kanak-kanak,warga emas dan orang dewasa.
Berdoalah selalu semoga Allah permudahkan urusan untuk melaksanakan ibadah puasa ni..Insyaallah jika kita minta denganNya dengan bersungguh-sungguh pasti segalanya menjadi mudah.Sentiasa fikir positif dan kuat semangat.
Saya doakan ibu-ibu hamil semua sentiasa kuat semangat dan cergas walau apa jua cabarannya. Pastikan pengambilan nutrisi dan zat penting untuk ibu dan bayi tidak di tinggalkan walau berpuasa.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan selamat menggantikan puasa ya wahai ibu..
Jika anda berminat untuk dapatkannya boleh hubungi saya untuk info lanjut dan pesanan pembelian.
Setiap pembelian akan di sertakan konsultasi dan panduan pengambilan suplemen:
Setiap pembelian akan di sertakan konsultasi dan panduan pengambilan suplemen:
Hubungi saya seperti berikut:
No comments:
Post a Comment