Proses penyusuan ibu sehingga 2 tahun sangat mencabar. Lagi-lagi sekiranya ibu berkerja dan menyusu bayi sepenuhnya.
Cabaran 6 bulan pertama untuk ibu membekalkan susu ibu dan mantain susu dengan baik kekadang sangat perit. Tekanan kerja di pejabat, di tambah dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis apabila pulang ke rumah, dan jadual pack menyebabkan ibu keletihan dan stress.
Kesudahannya susu merudum, stok susu anak pun tak dapat nak di hasilkan dengan baik. Akhirnya jalan pintas ibu terpaksa topup dengan susu formula susu lembu sebagai ganti.
Itulah cabaran dan keperitan dalam penyusuan susu. Memang hati perlu kental dan semangat kuat perlu sangat semasa menyusu bayi.
Teringat saya dulu anak pertama jadual kerja memang sangat padat. Berkerja di dalam call center tidak mungkin saya boleh lari sekejap untuk mengepam kerana setiap masa di catatkan rekod. Rehat kekadang setengah jam berebut untuk makan dan solat lagi. Sudahnya saya stress dan tak dapat menyusu bayi dengan baik. Anak saya dapat menyusu badan selama 6 bulan sahaja. Selepas tu dia macam merajuk terus tak nak menyusu badan. Saya terpaksa bekalkan susu lembu ke rumah pengasuh. Masalah lain di hadapi sembelit teruk, kerap demam dan selsema.
Anak kedua,ketiga dan keempat saya tekad untu tebus balik kesilapan saya sebagai ibu. Saya banyak membaca dan join group support ibu menyusu, Group Kumpulan Ibu Menyusu, susuibu.com dan blog-blog perkongsian ibu menjadi teman setia saya setia hari. Ada hari saya merasa sangat down dan malas, cepat-cepat saya baca perkongsian teman-teman dalam group. Memang naik semangat balik. Alhamdulillah saya berjaya mengatasi cabaran dan berjaya menyusu bayi selama 2 tahun dan ada yang 3 tahun.
Setiap bayi ada hak mereka untuk mendapat penyusuan susu ibu. Kita sebagai ibu perlu mencari jalan dan cara terbaik sekiranya berhadapan masalah susu merudum.
Saya nak kongsi pengalaman Puan Noraziah Yang mengalami masalah penghasilan susu- susu malu-malu nak keluar mungkin juga kerana badan yang penat seharian berkerja. Akhirnya beliau mencuba set penyusuan shaklee dan alhamdulillah berpuas hati apabila anaknya dapat menyusu dengan kenyang dan secara tak langsung kesan lain yang dapat- masalah kulit kusam pun hilang.
Jom baca kisah beliau ini.
____________________________________________________________
Assalamualaikum,
Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan.
Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement.
Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.
Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol.
Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi.
Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan.
Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena.
Alhamdulillah, syukur dan lega. Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama.
Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat.
Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai masalah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri.
Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer?
Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar.
.
Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula.
Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung.
.
Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!
___________________________________________________________
Alhamdulillah,saya percaya nutrisi yang cukup dalam badan dapat membantu ibu cergas bertenaga dan mood dalam keadaan gembira. Apabila badan sihat, mood happy, kurang stress penghasilan susu dapat di berlaku dengan baik.
Sebab tu ibu menyusu perlu mengambil makanan berkhasiat.Sekiranya pengambilan makanan seharian tak cukup seimbang, lengkapkan lah dengan suplemen. Insyaallah ibu akan merasa cergas, badan bertenaga nak uruskan rumahtangga,anak-anak dan kerja-kerja di pejabat.
Set Penyusuan Shaklee membantu ibu bertenaga, cergas, membantu penghasilan susu ibu dengan cepat, susu lebih pekat,masalah sembelit dan kulit kusam pun insyaallah hilang.
Saya dah alami masalah ini dan cuba set ni.Alhamdulillah sangat-sangat membantu dan saya percaya semua impian ibu sama nak menyusu bayi seboleh-bolehnya selama 2 tahun dan berikan yang terbaik untuk mereka.
Saya dah alami masalah ini dan cuba set ni.Alhamdulillah sangat-sangat membantu dan saya percaya semua impian ibu sama nak menyusu bayi seboleh-bolehnya selama 2 tahun dan berikan yang terbaik untuk mereka.
Sekiranya ibu mengalami masalah sama seperti Puan Noraziah, cubalah set penyusuan ni. Insyaallah sangat membantu.
Set Penyusuan Shaklee adalah daripada bahan semulajadi, Tiada bahan kimia merbahaya, Bebas pengawet, pemanis dan pewarna.
Testimoni-Testimoni Ibu yang mengambil Set Menyusu Shaklee
Tips Stok Susu Melimpah Ruah untuk Ibu Berkerjaya
Tips Stok Susu Melimpah Ruah untuk Ibu Berkerjaya
Sekiranya ibu berminat untuk mendapatkan set penyusuan lengkap ini boleh klik link di bawah
atau ibu-ibu boleh hubungi saya seperti berikut.
Untuk pembelian lebih jimat, saya cadangkan ibu join keahlian serendah RM80 sahaja dan terus dapat menikmati harga ahli untuk pembelian.
Hubungi saya seperti berikut:
No comments:
Post a Comment